Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 8

"sorry la... saya btol2 sibuk ni.." aku cuba bersuara selembut mungkin.. pantas aku mematikan talian.. aku tak ingin bercakap lebih banyak dengan arill..

sebaik sahaja aku mematikan talian, telefonku bergegar lagi.. aku pasti yang arill merupakan si pemanggil. mungkin dia tidak puas hati kerana aku telah mematikan talian.

"diya, jangan matikan talian macam tu.. arill tak suka" kedengaran suara tegas di sebelah..
aku diam.. siapa yang menguji kesabaran siapa sebenarnya.. sudah aku cakap berulang kali pada arill yang aku tak mungkin akan menerima dia kembali dalam hidupku..

" dengar, diya sibuk ni..." aku cuba mengawal suaraku..
"are u seeing someone diya?"
suara itu berbaur cemburu...
"itu tak ada kena mengena dengan awak.."

"diya dengan lelaki tu ke?"
" yup dan jangan ganggu diya lagi.." aku bersuara. aku mendengar dengusan si pemanggil. marah mungkin dengan jawapan.. sorry arill, aku kena berbohong.. kau memang tak reti bahasa..

"do you love him diya?"

aku memandang en hakimi.. meneguk air liurku perlahan.. entah.. tak berani berbohong.. aku pernah cintakan arill... dan setelah itu aku melupakan perasaanku padanya.. mencintai pelajaranku dan keluargaku..

"yes" aku terus mematikan talian..

saat itu, tiada lagi panggilan yang menghantui aku sepanjang perjalanan.harap2 arill mengerti..

"siapa tu" hakimi bertanya..jelas dia ingin tahu..

"tiada sesiapa, just kawan.." aku bersuara.. sebenarnya aku tiada mood untuk meneruskan makan malam yang sepatutnya berlangsung.. aku teringatkan arll dan soalan yang dia tanyakan padaku..

saat kereta itu berhenti di hadapan hotel, aku tergamam.. kekok kerana aku tidak berhias sebaik mungkin.. dengan jeans dan blouse, aku pasti yang diriku akan menjadi tumpuan.. patut la en hakimi berpakaian kemas dan segak. begitu jugak sha..

"kita nak makan kat sini ke?" aku menyoal.

"yup.. kenapa?"hakimi bertanya..

"why not kita makan kat tempat lain.. saya tahu satu tempat ni.. makanan dia best" ucapku sambil menaikkan ibu jariku..

"awak pasti ke?"
"sure.. apa yang bos suka makan? sha plak?"

en hakimi menyebut beberapa jenis masakan barat.. aku yang mendengar naik meluat.. dah hilang ke selera melayu en hakimi..

sha pulak tidak memilih..

"well.. kedai tu tak de menu2 yang bos sebut tu tapi saya jamin bos akan suka..exspeacially ketam.."

sha tersengih je..

dan en hakimi bersetuju untuk menurut kehendakku.. entah.. mungkin mengenangkan pertolongan yang aku hulurkan pada adiknya maka dia bersetuju untuk menurut kehendakku..


hakimi memandang keraninya.. sekejap tadi, selepas menerima panggilan, wajahnya murung dan suram. seolah-olah berdepan dengan masalah.. dan sebaik sahaja dia parking di hadapan hotel, gadis itu mula bersuara.. wajahnya kembali bercahaya.. dia menelan setiap ucapan yang lahir dari mulut gadis itu. keraninya begitu beria-ia memperkenalkan tempat itu padanya..
dia sebenarnya bukannya suka sangat makanan barat. cuma untuk menduga keraninya..

nyata, hidangan yang dihidangkan di restoren berkenaan memenuhi seleranya.. malah dia tidak segan silu meratah hidangan ketam yang diminta oleh Diya.. dan gadis itu cuma tersenyum melihat telatahnya yang bersahaja..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"assalamualaikum..." aku menanti si pemanggil bersuara. namun yang kudengar hanyalah dengusan suara pemanggil..
"encik cari siapa?"
aku bertanya lagi. kuagak si pemanggil mungkin tersilapnombor..

"diya amelia.."
"ya saya." aku menjawab seringkas mungin. pelik dengan si pemanggil. sebenarnya ini bukan kali pertama aku mendapat panggilan telefon dari nombor ini. tiap kali aku mengankat gagang, pemanggil tersebut akan memutuskan panggilan. ini kai pertama dia bersuara..

"maafkan ayah...." dan panggilan tersebut terus putus..

Ayah.. panggilan tesebut sudah lama tidak aku sebut. semenjak aku tinggal dengan atok, panggilan ayah cuma untuk atokku seorang.. bukan ayahku. kini tiba-tiba ada lelaki mengaku sebagai ayahku? siapa dia? kenapa kini dia muncul?


"diya.. tolong taip surat jawapan untuk kms holding.. urgent" en hakimi bersuara..

aku masih kaku. tidak sedar akan kehadiran bosku di mejaku.. ingatanku melayang kepada lelaki yang menelefonku..

"diya" suara itu menengking kuat..

aku tergamam. dan kurasa seluruh pejabat tergamam dengan suara itu.
"awak nak kerja ke nak berangan?"
mata itu memandangku tajam. aku merenung kembali ke arahnya..apa hal pulak dia nak menjerit ni?

"ada apa en. hakimi?" aku bertanya lembut.. mungkin orang lain, mereka akan menangis kena tengking macam ni. tapi aku? hampeh..

"awak taip surat ni.. urgent" balasnya kembali tenang..dilempar fail tersebut kearahku. aku memandang sepi. tidak ingin bersuara lagi.. orang bila dia marah jangan dilayan sangat..
hakimi masuk ke dalam biliknya. teringatkan reaksi keraninya itu. bila kali pertama dia bersuara, gadis itu seolah-olah hilang dalam dunianya.. dia sabar menanti namun gadis itu masih tidak sedar akan kehadirannya. dia tidak dipedulikan. lantas menengking gadis itu.. dia tidak sabar..

dan gadis itu nyata terkejut dengan kehadirannya.. malah dia pasti, suaranya dapat didengari oleh seluruh pejabat. sama seperti bila dahulu. tidak banyak berubah.

renungannya dibalas dengan renungan. keraninya sedikit gugup namun dia bijak menyembunyikan kegugupannya sebelum memandangnya tenang..seperti jeritan amarahnya tidak memberi apa-apa kesan padanya.. gadis itu terlalu sukar untuk dia duga.


"diya.. diya ok ke?" mimi bertanya.
"saya ok je? kenapa ni?" aku bertanya.
"dah lama tak dengar en hakimi marah macam tu.. kenapa dengan diya ni.. selama ni mimi tengok diya ok je dengan en hakimi tu? kerja pun tak pernah silap.. diya ada masalah ke?" ramah dan prihatin mimi bertanya.

"diya tak apa-apa la mimi.. diya mang silap pun.. mana boleh waktu kerja nak menggelamun.. berangan.. kalau nak berangan kena mintak cuti berangan la dengan bos tu.. diya ok.. penat je kot.." aku membalas sebaik mungkin. mana mungkin aku akan mendedahkan kepada mimi apa yang aku rasa.

"diya pasti ke?"
aku menggengam tangan mimi dan mengangguk perlahan.. meyakinkan mimi yang aku tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan..


sebaik aku keluar dari pejabat..kulihat arill sudah menantiku..
satu lagi masalah yang aku cuba selesaikan namun tak pernah selesai hingga ke hari ini.. bila la agaknya arill akan faham apa yang aku cuba sampaikan padanya. aku dah tulus ikhlas melepaskan dia..

"apa lagi arill nak?" aku menyoal perlahan.
"kita pergi makan dulu ye.. arill ada sesuatu nak cakap"
"penting ke?" aku menyoal lagi..
arill menganggukkan kepala.
"penting sangat-sangat diya.. arill merayu kat diya."

aku memandangnya.. arill nampak terdesak sangat-sangat. apa perkara penting yang ingin arill sampaikan agaknya?

"ok".
"apa yang ok?" arill bertanya hairan.
aku memandangnya. takkan dia tak faham bahasa kot?
"kita keluar.. to talk."
aku dapat melihat senyuman di bibirnya.. gembira la tu.

aku memandang di sekitar restoren tersebut.. elegen dan mewah.. seperti arill jugak.. citarasa arill tak pernah berubah.. dulu arill tinggalkan dia mencari sesuatu yang cantik dan mewah dihatinya.. yang dapat dia bangga-banggakan.. apalah yang ada pada dia waktu tu.. gadis yang dibesarkan di kampung..

"diya suka?"
"restoren ni ke? emm... ok, cantik dan mewah.. " aku berkata.

arill senyum.. gembira kerana berjaya mengajak diya ke restoren tersebut.. dia ingin memenangi hati diya kembali..

"apa yang arill nak cakapkan kat diya?"

"kita makan dulu ye" arill cuba memujukku..
"diya tak de masa nak makan arill. just tell me what tou want?"

"diya.. arill dah fikir masak-masak..arill harap diya dapat terima apa yang arill nak cakap."

"just straight to the point arill."

"marry me...." ujar arill dan terus menghulurkan sebuah kotak kecil ke arahkku..

aku memandangnya tidak percaya.. arill melamarku.. gile ke?

"arill harap diya terima cincin ni.. arill dah cakap kat papa dan mama and they want to see you as soon as possible.. arill tahu bwnda ni mendadak tapi arill harap sngat-sangat diya terima arill.. I love u Diya..just give me one more chance to show u my love...."

aku tidak dapat mendengar apa yang arill cakapkan padaku.. mataku merenung kotak itu.. arill, lelaki yang pernah melukakan hati aku kini datang melamarku.. dan menagih cinta yang dulu subur mekar dan dan pernah aku kuburkan selamanya..

aku seolah-olah tidak percaya.. dulu aku pernah mengimpikan untuk hidup bersama lelaki ini.. membayangkan bagaimanan dia akan datang melamarku.. bercerita tentang rumah dan impian kami...

"arill... diya tak boleh.."

"kenapa diya.. diya tahu kan apa yang arill rasa sekarang.. i'm madly in love with u... please... demi cinta kita.. demi saat-saat kita bersama..terima arill"

"tell me arill? macam mana diya nak terima arill? demi cinta kita? itu semua mengarut... karut... pernah ke kita beercinta? pernah ke kita berkasih? tell me..."

"listen diya... trust me...and

"and what?... arill akan cakap yang cinta kita suci.. yang ariill akan membahagiakan diya? macam tu? "
aku bertanya lagi.. arill jelas tergamam.. sebelum ini..hanya dia yang akan bersuara dan diya cuma mendengar. nyata hari ni, dengan tindakannya yang mengejutkan membuatkan diya makin berang dengannya.

arill tidak mengharapkan jawapan seperti ini.. dengan melamar diya, dia harap dia dapat melembutkan hati diaya dan menunjukkan betapa cintanya dia pada diya.. dia ingin diya tahu yang dia bersungguh-sungguh..ikhlas pada diya.. dalam angannya, diya akan tergamam dan memeluknya erat.. bersetuju dengan lamarannya.. bukan seperti ni..

"arill..diya tak boleh terima arill.. diya tak boleh terima lelaki yang tinggalkan diya keseorangan.. diya tak boleh terima lelaki yang pernah berjanji untukk membahagiakan diya tetapi dia hancurkan hati diya... diya tak boleh terima lelaki yang pernah pasang angan-angan dan impian dengan diya tapi lelaki itu juga yang akhirnya menunjukkan pada diya yang angan-angan itu hanya angan-angan.. tidak mungkin menjadi realiti.. lelaki itu juga mengajar diya aagar tidak lagi mempunyai angan-angan. sejak itu, diya tidak pernah bermimpi.. tidur malam diya dihantui wajah-wajah yang mengejek diya... menghantui tidur diya.. bagitau diya..macam mana diya nak terima arill?..."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"akak... boleh sya tanye something x" perlahan sya menutur kata. diya hanya memandang sya sambil mengukirkan senyumannya..

apa yang gadis tu nak tanya padanya.. dia sendiri tidak tahu.

"abang zamri tu dah ada gurl friend ke blum?" tanya sya malu2.. diya tergelak.. tu je ke yang sya nak tanye dia rupanya.. matanya memandang wajah sya yang merah menahan malu..

Gadis ini dah mula untuk mengenal cinta.. mencari kebahagiaan sendiri.. dia sedar sejak pertemuan mereka sya selalu bertanya tentang zamri.. tapi pertanyaan nya berlapis.. kadang2 dia mengajak diya dan zamri keluar bersama.. dan dirinya yang akan menjadi penghubung antara mereka..

"emmm... akak tak tau la.. sya tanya zamri sendiri la ye.." ujar diya cuba menduga..

wajah sya kembali muram. sangkanya dengan bertanya kepada diya dia akan dapat menenangkan hatinya sendiri.. dia mula terpikat pada kebaikan yang zamri tunjukkan padanya. dan dia juga tahu betapa rapatnya diya dengan zamri.

"sha suka kat zamri ye..." diya cuba menduga lagi.

perlahan sya menganngukkan kepalanya..

"dia baik" ujar sya perlahan.

diya memegang bahu sya lembut.. dia tahu yang sya jujur dalam apa yang diluahkan padanya.

"sya pun baik jugak.. " diya cuba mengembalikan semangat sya.


"akak tengok sya memang baik.. manis plak tu.. mane2 laki pun akan terpikat dengan kecantikan sya tau.."

sya hanya memandang diya dan tersenyum hambar.. dia tahu yang diya cuba mengembalikan semangatnya kembali..

"boleh akak bagitau satu rahsia tak?" ujar diya sambil memegang tangan sya.. di wajahnya terpancar sinar harapan untuk sya..

"apa dia akak?"

diya tersenyum . nyata dia berjaya mengambalikan mood sya.

"zamri kirim salam rindu buat sya..."

"zamri?..." tanya sya tidak percaya.

diya menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-katanya.

"dia mintak maaf kat sya.. dia busy.. suh sha abeskan masa ngan akak je.. buat ganti dia.. n akak pun mintak maaf kat sha.. akak saje nak uji sya.. sayang jugak sya kat zamri ye.. emmm... sejakbila zamri ngan sya ehem.. ehem ni.. "
soal diya dengan kening terangkat..


sya tunduk malu dengan pertanyaan spontan diya..

dia sendiri sebenarnya terkejut dengan pesanan zamri untuknya.. sebelum ini zamri tidak pernah melayannya lebih dari seorang kawan.. bila dia berborak, tidak pernah bertanya apa-apa yang terlalu peribadi.. malah bila zamri dekat dengannya biasa diya juga akan turut bersamanya..

"zamri tak pernah cakap dia suka kat sya.. sya ingat sya sorang je yang suka kat dia.. dia pernah cter apa2 ke kat akak?"

"banyak sebenarnya... nanti sya tanya zamri ek.. kalau akak cerita nanti ada plak yang terlebih terkurang plak.. tapi akak tahu yang zamri dari dulu lagi suka kat sya..
macam sya jygak.. tapi dua2 malu. tu yang payah tu?"


"bila mak ngan ayah sya nak balik ni?"
diya bertanya.

"dalam dua hari lagi la akak.. tu la sya mintak akak teman sya.. takut la.. abang kimi pin xde kat umah. pagi nanti baru balik.. " sya mengeluh.

dia terkenangkan abangnya hakimi.. di mana la abanya sekarang.. dia sedar tiap hujung minggu abangnya itu akan hilang.. tak dapat dikesan. kemana abangnya menghabiskan masa tak pernah diketahui.. bila menelefon pun panggilannya tidak akan dijawab..

"dia ke mana?" diya bertanya ingin tahu..

sya mengelengkan kepalanya. tidak tahu untuk berkata apa2..
"sya tak tau akak.. dia memang selalu hilang bila malam minggu. pagi esok baru balik.."

"entah2 balik rumah wife dia kot.." aju diya spntan.. wajah bosnya terbayang di matanya.. dengan aset yang dia ada mesti ramai gadis yang sanggup bersama dengannya..

diya terasa perutnya sedikit sakit dicubit sya.
"abang sya tu bujang lagi la akak.."

"mana la akak tau. kawen rahsia ke?"

sya terdiam seketika.. otaknya mengcongak kemungkinan yang diya cakapkan. memang kelakuan abangnya pelik bila tiba hujung minggu. hilang dan tidak dapat dihubungi.

"kita siasat nak tak akak?" sya berbisik lembut.

"siasat apa?" soal diya jugak dalam berbisik. dia terasa hendak tergelak. hanya mereka berdua sahaja di rumah tu dan gaya sya berbisik macam la ada orang yang akan mendengar perbualan mereka..

"ke mana abang kimi pergi la.."

"emmm.. kemudian apa sya.."

"sya tak tau.. apa kita nak buat akak."

diya menghampiri sya.. sedikit mengesot. perlahan dia berbisik ke telinga sya
"akak rase dinding ni dengar la apa kita cakap" ujar diya tidak dapat menahan tawanya.

sya memandang diya yang nampaknya terasa lucu dengan tingkahnya.. dia terpegun..kemudian raut mikanya berubah. masam.. merajuk mungkin..


"adik akak ni merajuk ke?"
diya memandang sya yang masam mencuka. sah merajuk.. payah la macam ni.. nasib zamri la dapat awek yang cepat merajuk macam ni..

"sorry.. muka sya cute sangat.. sebab tu kot sepupu diya tu berkenan kat sya.."
dia mengusap2 bahu sya perlahan.. cuba memujuk..

sya masih kaku.. hatinya sedikit terpujuk namun masuh mendiamkan dirinya..

diya mengeluh perlahan.. nak merajuk lagi ke?

perlahan tangannya mencapai telefon. dia memandang sya. sya memandang tingkahnya dan sya sedikit tertanya-tanya dengan tingkahnya.

diya menjauhkan diri sedikit dari sya.. susah btol la orang suka merajuk ni..
perlahan tangannya mendail telefon. kemudian bercakap dengan pemanggil tersebut. mengangguk2 kepala dan memandang sya yang tertunduk..

"ada orang nak cakap dengan sya ni.. " ujar diya perlahan namun dapat didengar oleh sya.

sya mengelengkan kepalanya. saat ini dia tidek ingin bercakap dengan sesiapa..

" sya btol ni tak nak cakap? kesian dia tau.. dari jauh ni.." diya masih cuba memujuk..

sya masih masam mencuka. mengelengkan kepalanya..

diya mengeluh. memandang sya. payah btol nak pujuk..
"zam.. sya tak nak cakap la dengan zam.. ok ... bye..."

mata sya bersinar saat mendengar nama zamri disebut. pantas bangun dan berlari ke arah diya.

wajah hampa terpancar di matanya saat diya memutuskan panggilannya.

"kenapa? kan tadi sya tak nak cakap dengan zamri.."

diya memulangkan paku buah keras.. dia sebenarnya kesian pada sya tapi sya terlalu manja.. cepat merajuk.. macam budak2.

diya memandang wajah sya.. dapat dilihat matanya yang sedikit berair.. alamak.. nangis ke budak ni.. jangan la.. diya tak suka la tengok orang nangis..nanti diya nak nangis sama.. huhu..

telefon ditangannya bergetar..
diya menghulurkan telefon tersebut pada sya.
"zamri call ni. sya nak jawab ke tak?" ujarnya sambil tersenyum..

pantas saja sya merampas telefon di tangannya.. tersenyum.

"akak pernah bercinta tak?"
soalan dari sya membuatkan dia kelu seribu bahasa.. alamak.. soalan yang dia paling elakkan..

No comments:

Post a Comment