Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 7

saat mata diya beralih ke arahnya, arill dapat melihat jelas batapa terkejutnya diya akan kehadirannya.. agak terketar2 suara diya menjawab setiap soalan yang ditujukan buatnya.. malah, pandanga diya hanya tertumpu pada kedua rakannya.. nampak sangat betapa diya tidak ingin berjumpa dengannya.. apatah lagi melihat wajahnya..

arill mengambil peluang yang ada..
"puan amylia, apa yang membuat anda rasa anda layak untuk menjadi salah seorang staff kami?"

kulihat dia menggigit bibirnya perlahan..matanya memandang wajah arill.. biarpun mata itu dilihat penuh dengan perasaan dendam, namun dia puas dapat melihat mata itu terarah kepadanya..

"maaf, saya belum mampu menyandang gelaran puan.. just cik amylia.. saya seorang yang sanggup belajar dari asas, bertanggungjawab, boleh berkomunikasi dengan baik...bla..bla.. bla.."

Arill tersenyum girang.. dipandang diya penuh minat.. perubahan fizikal yang tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan sikap nya yang banyak berubah.. makin agresif dalam mempertahankan dirinya..tegas dan degil.

ya.. gadis dihadapannya masih solo.. kenapa agaknya? dalam pada itu, dia masih takut kalau2 hati diya sudah dimiliki orang lain.. sudah pasti harapannya akan hancur berkecai.pertemuan yang membuahkan perasaan kasih pada gadis yang satu masa dulu pernah dia tolak.. tak malukah dia?..

ya, sebaik selesai dia mengejar diya yang melarikan dirinya.. namun bayangan dia makin lama makin hilang di depan matanya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


kenapa la nasib aku jadi camni..
sejak kerja kat sini macam2 benda berlaku..lagi selesa bila dok kat kampung.. pak long ada jugak tolong jaga aku.. adik2 zamri pun tak kurang membantu aku dalam menghabiskan masaku di sana..jadi guru tuisyen tok dieorang..

Arill, lelaki itu tak habis2 mengganggu hidup aku.. hidup aku sudah kelam kabut.. arill tak sudah2 mengekoriku.. ke mana je aku pergi, dia tak habis2 mengganggu..muncul tanpa aku perlu seru namanya..kenapa arill nak kusutkan hidup aku.. aku sudah tiada apa2 hubungan dengannya..

hakimi, merangkap bos aku plak.. aku tak suka dengannya.. bila dia memandang aku, aku rasa berdebar2.. jantungku kurasakan bagai nak tercabut.. nak kata aku jatuh cinta dengannya pun tak..kami bukan bertegur sangat pun.. aku paling tak suka matanya.. bersinar bagaikan ingin menyambar aku.. membaham aku sehingga tidak tinggal apa2 untuk aku lagi..

namun aku tahu yang hakimi tu tak pandang aku pun.. lelaki itu sudah mempunyai kekasih... cantik bergaya.. walaupun aku tak pernah melihat kekasihnya dengan mata kepalaku sendiri, namun aku tahu kerana pejabat merupakan tempat paling baik untuk kita mendapat berita tentang sesuatu terutama gosip2 tentang kakitangan di syarikat..


dan jugak, tawaran dari syarikat nan satu itu.. tawaran sebagai pegawai eksekutif memang aku nanti2kan.. gaji yang agak lumayan.. takkan aku nak terus kekal sebagai kerani di sini.. lagipun tujuan aku datang adalah untuk membantu pak long dan keluarga.. macam mana aku nak membantu jika kerjaku sekarang cuma cukup untuk menampung hidupku di sini..

aku memang teruja untuk bekerja di sana.. namun aku bimbang sekiranya aku menerima tawaran tersebut, aku akan tewas dengan perasaanku sendiri.. arill bekerja di situ.. menerima tawaran tersebut, bermakna aku memberikan ruang untuk arill terus mendekatiku... kami akan selalu berjumpa..


telefon yang tetiba berbunyi mematikan lamunanku.. aku memandang nombor yang tertera di skrin.. number yang tidak kukenali.. aku memandang aje telefon di tanganku sebelum ia berhenti berbunyi.. salah nombor agaknya..

namun, deringan yang kedua meyakinkan aku bahawa pemanggil ini memang tidak salah nombor..aku menjawab panggilan itu..


"helo..."
"helo.. kak diya ke ni?"
"ha'a... siapa ni?"
"akak... gembiranya dapat cakap dengan akak.. kita rindu kak akak.."pemanggil itu tidak menjawab pertanyaan yang lahir dari bibir aku.

aku menelan air liurku.. entah siapa malam2 macam ni telefon aku.. suara ini memang aku tak cam..

"saya nak ajak akak keluar malam ni.. boleh?"
"mintakmaaf la dik.. adik ni siapa?"

"sorry akak..lupa plak nak saya.. nie sha.. adik hakimi..."

hampir gugur jantung aku bila mendengar nama bosku disebat.. jadi nie la dia..adik hakimi.. macam mana plak dia dapat nombor telefon aku? mesti bosku yang bagi nombor ni kat adiknya..

"sha ke ni?" tanyaku sekali lagi untuk kepastian.. walaupun aku tahu yang pemanggil itu telah memperkenalkan dirinya sebentar tadi..

"iye.. kita keluar ye akak..nanti sha ambik akak.." ujar pemanggil itu dan terus mematikan panggilannya..

aku terpana.. belum sempat aku bersuara, sha telah memutuskan panggilannya.. bagaimana sha begitu yakin yang aku akan berjumpa dengannya.. budak ni, tak fikir ke dia?


setengah jam kemudian telefon aku berbunyi lagi.. aku menjawab panggilan tersebut..

"akak.. cepat la turun.. saya kat bawah nie"

aku mati kata2.. nampaknya sha memang nekad untuk membawa aku keluar..

"akak...akak ada hal la sha.."aku cuba mengelak..

"sha tunggu kat bawah.." ungkapnya dan terus mematikan taliannya..

aku memandang telefon itu geram.. dari mana la budak ni belajar buat macam ni.. tak habis2 memaksa orang...aku memandang sepi telefon tersebut.. terus menyambung bacaanku.. lantak la apa pun.. aku tak nak keluar..

lima minit kemudian, telefonku kembali berbunyi..la, tak abis2 lagi ke?"sha, akak sibuk ni..nanti la kita keluar.."

"sibuk? buat apa?" soal si pemanggil...

aku terdiam..nie sapa plak ni.. aku pandang skrin telefon.. mang aku tak kenal pun..

"emm... "

"sha dan saya tunggu awak kat bawah.. apa yang awak sibuk sangat tu?"

"ni siapa?" aku beranikan diri bertanya..

"takkan bos sendiri pun x kenal.."

"tak.."lancar je mulutku bersuara..

"apa awak cakap?" suara itu bertanya lagi.

"ni en hakimi ke?" aku menyoal lagi..inginkan kepastian..

"ya sayang... boleh awak turun sekarang.. atau awak nak saya heret awak keluar?" jawab si pemanggil lantang..

aku terkejut.. belum pernah sesiapa mengarahkan aku macam ni..

"saya turun kejap lagi" ucapku sebelum mamatikan talian..

aku menghela nafas panjang.. suara bosku yang lantang memang memgejutkan aku.. sepanjang aku bekerja, seingatku dia tidak pernah meninggikan suara padaku..ini yang pertama.. nampaknya, memang betul apa yang kat munah khabarkan padaku.. jangan bermain dengan bosku..

pantas aku bersiap keluar...

di bawah, sha dan abangnya sudah sedia menanti


aku mengambil tempat duduk belakang..
tak sanggup aku dok dengan bosku kat depan..
sha begitu seronok denganku..
aku pulak separuh hati menerima pelawaan tersebut..kalau x kerana bosku, aku takmungkin akan keluar dari rumah..memang sah adik beradik.. mereka mempunyai sifat yang sama.. suka memaksa..

"akak kerja ngan abang kimie ye? nape xcakap kat sha?" sha bertanya..

"akak pun tak sangka sha nie adik encik hakimi.. kebetulan je tuh" aku membalas.

"akak blajar kat mana?"soal sha lagi.
"uk" balasku selamba.. namun tak lama kemudian aku terpana kerana mata bosku menjelingku tajam. sedar yang aku telah tersilap langkah..

"saya tak tahu pun yang awak belajar kat uk?" hakimi bertanya.. saat gadis itu menyebut 'uk' dia sudah merasakan ada sesuatu yang tak kena..

"emmm.. uk, tok ulu kinta... bukan united kingdom.." .. aku kena berhati-hati bile bercakap sekarang..

sha tersenyum memandangku..
"sha ingat betul2 uk tadi.. akak dah lama ke kerja ngan abang kimie?"

"baru lagi sha.." aku memandang en. hakimi yang memandu.. takkan la bosku tak beritahu pape pun pasal aku kat adik dia?

"akak pandai betol bersilat.. blajar kat mane? ... boleh ajar sha tak?"
waa, macam2 soalan keluar dari mulut sha.. ternyata dia seorang yang amat peramah..

"akak tak pandai sangat pun.. akak belajar dengan arwah atok akak masa kecik2 dulu.. akak pun dah lama tak berlatih.. sha boleh je masuk tek wan do. kat bandar macam ni senang nak cari pertubuhan macam tu.."

"emm... abang kimie pernah masuk tek wan do kan?" sha bertanya kepada abangnya..

hakimi menganggukkan kepalanya..

"sha nak masuk boleh?"

"nanti la abang tanya kawan abang tu.."

"thanks abang" ucap sha sambil memeluk bahu abangnya..
"sha, abang tengah drive nie.. nanti accident kang.." hakimi sedikit terganggu dngan perlakuan spontan adiknya itu..

"sorry abang.."

aku mermerhatikan keduanya... mereka agak rapat nampaknya.. entah kenapa la abangnya nak ada jugak kat sini.. aku tak selesa..


"kita nak ke mana ni?" aku bertanya.. aku prhatikan jalan2 yang en hakimi lalui, sedar yang jaraknya dengan rumahku semakin jauh..
"kita pegi makan la."
En hakimi masih menyembunyikan destinasi yang dituju..aku diam..

gegaran telefon bimbitku membuatkan aku kalut..nasib baik aku dah silent mode tadi.. aku perhatikan nombor pemanggil..Arill, apa lagi yang dia nak lagi ni..perasaanku semakin kalut.. antara hendak menjawab panggilan tersebut atau terus membiarkan ia berdering..

kubiarkan ia berdering..
namun deringan buat kali kedua meresahkan aku.. en hakimi sudah mula menjeling ke arahku.. mungkin kerana melihat telefonku yang asyik berkelip2..

"akak, ada panggilan tu.. akak tak nak angkat ke?"

hish.. sha ni.. dia pun perasan jugak ke?

teragak2 aku memjawab panggila itu..
"hello.."
"hello diya.. arill rindu kat diya.."
"sorry la... saya sibuk ni."
"diya kat mana tu, kita dinner nak x?"
aku memandang dua pasang mata yang menjelling ke arahku..

No comments:

Post a Comment