"ariill janji... diya takkan tinggalkan arill.."
"diya takkan tinggal arill. tapi arill tu.. akan tinggal diya ke tak?"
"kalau arill tinggal diya... diya bunuh arill.. tembak kat dada ni k sayang.."janji arill dalam gurauan..
tertawa diya dengan tingkahnya..
Tuhan.. aku ingin sekali nikmati saat indah ni..
Arill menggaru kepalanya.. saat2 indah bersama diya masih terbayang lagi di kepalanya...
"arill tinggal diya.. diya bunuh arill.."kata2 yang masih bergema ditelinganya..
ya.. diya telah membunuhnya.. melenyapkan dia dari ingatannya.. memadamsegala memori mereka..diya... arill mintak maaf.. air matanya menitis penuh kekesalan..arill menyesal..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"zam.. hati2.."aku menjerit ke arah zamri..memberi arahan..
aku memandang gadis yang terbaring lesu di jalan.. kepenatan dan ketakutan..pantas saja langkahku bergerak ke arah gadis yang jelas menggigil..
"adik tak pape?" aku bertanya.. sebaik tanganku menyentuh bahunya, aku dapat merasakan ketakutan yang dihadapinya.. ya, aku pernah mengalami apa yang gadis ini rasakan..
dia cuma menangis teresak2.. tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara.. tragedi yang berlaku tadi membuatkan dia takut..
"dahla 2.. akak ada.. adik jangan nangis lagi.."aku membawa dia ke dalam pelukanku.. cuba membuang segala ketakutan yang dia rasakan..
mataku masih memandang zamri yang sedang bergelut dengan empat orang pemuda.. aku bimbang.. zamri kulihat agakkepenatan brgelut dengan mereka.. ya allah, jangan la Zamri cedera..
"adik dok sini ye..."aku memegang bahunya dan ingin bangun..
dia memegang erat tanganku.. tak ingin melepaskan..
"sekejap je.. adik jangan takut ye.." perlahan lahan aku tanganku memegang tangannya dan mengembalikan tangannya ke riba.. aku menepuk2 memberi ransangan kepadanya..
pantas kakiku bergerak ke arah Zamri.. tersenyum dia memandangku..
"dah penat ke zam?"aku menyoal sinis.. selepas itu memandang musuh di hadapan..
"perut aku penuh la... kurang stamina.. " balas Zamri sambil melepaskan penat bergelut dengan pemuda2 di hadapan..
pemuda itu memandangku dengan pandangan penuh ejekan..
"phewitt.. dia bawak geng la.."
"perempuan plak tu.." seorang lagi mengejek..
aku merengus.. mentang2 la aku perempuan..
"zam, kau handle je la budak dua orang tu.. aku handle budak ingus ni.. biar mnangis.." ujarku..
Zamri mengenyit mata padaku.. paham dengan anginku yang membara..
aku menggengam tanganku erat.. bersedia untuk mempertahankan diriku..
"amboi.. garangnya cik adik kite ni.."pemuda tadi masih mengejek..
"kalau jantan sangat mai la.. " aku memberi cabarann..
dia tersenyum.. kawannya bergerak ke belakang.. mengepung aku..
"takkan takut kot.." aku menyoal sinis.. sengaja membangkitkan kemarahan mereka...
entah..
Dua lawan satu.. nampak tidak adil tapi lagi adil daripada zmri menghadapinya seorang diri.. itu lebih baik..
aagak sukar untukku mengalahkan kedua2 musuh sekaligus.. mungkin aku kurang bersenam dan berlatih sejak akhir2 ini.. namun aku bersedia dari segi mental dan fizikal..
Ya Allah.. lindungilah aku dan Zamri.. lindungilah jugak gadis itu ya Allah..
Aku menangkis semua serangan yang ditujukan padaku... namun ada kala, mereka berjya juga memecahkan tembok pertahanan yang aku bina.. sakitnya hanya tuhan yang tahu.. selepas berhempas pulas, akhirnya kedua2 mereka tumbang.. begitu juga lawan zamri.
"adik tak apa2 ke?"zamri bertanya..
gadis itu menganggukkan kepalanya...aku memandang penuh simpati.. tentu dia ketakutan selepas apa yang dia alami sekarang.
"zam, kita kena hantar dia balik ni.. nampak macam trauma je"
Zamri menganggukkan kepalanya.dia memahami apa yang aku fikirkan..
"adik nak pergi klinik ke?"aku bertanya.. takut jika sebelum kedatanganku berlaku sesuatu yang pelik..
gadis itu mengelengkan kepalanya..
"saya x apa2.. saya nak balik"ujar gadis itu dalam tangisan..
Dalam kereta, Zamri cuma menjeling ke arah gadis itu. melihat pada pakaian yang tersarung di tubuhnya dia pasti yang gadis itu bukan sebarangan orang.. orang kaya ke ada hubby yang support dia..
rambut gadis itu diwarna perang.. dah melayu tu wat la cara melayu.. kan lagi cantik berambut hitam. macam orang cakap, hitam itu menawan.
Baju sendat menghiasi batang tubuh gadis itu.. menampakkan semua lekuk tubuhnya.. dah pakaian macam ni, lelaki mane tak teruje..hui... daring giler..
"where are u going.." lisa menyoal keras... geram dengan hakimi yang tiba2 bangun dari katil.. kehangatan yang dirasai sebentar tadi mati di situ..
"i'm going home" balas hakimi sambil melemparkan senyuman buat lisa.. buka dia tidak suka berada bersama dengan lisa tetapi panggilan yang diterima sebentar tadi mamatikan niatnya untuk tinggal di situ..
dipandang tubuh gebu lisa.. muka lisa yang merah menahan marah. im sorry lisa.. i love u..
"sayang... i need u.. please.." lisa menukar rentak dia tahu saat hakimi bangun dari katil, dia akan ditinggalkan keseorangan.. semuanya gara2 panggilan yang diterima sebentar tadi..ditarik tangan hakimi untuk kembali ke katil..menggoda..
"bukan sekarang sayang.. lain kali ye.." pujuk hakimi lembut.. melihat lisa yang hanya berselimut memang meruntun perasaannya.. namun apa dayanya, panggilan dari adiknya membuatkan dia terpaksa pergi.. esakan adiknya membuatkan dia bimbang..
"sayang... please... please..." lisa cuba memujuk lagi..
hakimi memandang lisa.. dia tersenyum.. lisa.. gadis itu cukup menggoda.. dia menarik lisa ke dalam dakapannya..
"sorry.. i kena pergi.. my sister call tadi.." ucap hakimi dan menghadiahkan kucupan mesra di dahi lisa.. berharap lisa akan terpujuk dengan penerangannya..bangun dari katil dan terus bersiap2 untuk keluar..
lisa memandang hakimi yang pulang dengan hampa.. hari ini, dia keseorangan lagi.. dia benci pada adik hakimi.. kenapa mesti dia mengacau saat intim mereka bersama... huh.. ditarik selimut menutup badannya yang kesejukan..
aku memandang pada gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai sha itu.. dia kelihatan menggigil kesejukan dalam hawa dingin kereta.. 20 minit terasa begitu cepat berlalu..
"sha umur berapa?" aku bertanya.. sebenarnya aku tidak suku dengan suasana yang sunti ini.. jam pun sudah menjangkau pukul 1 pagi.. patutnya pada waktu ini aku sudah lena di atas katil. tidak perlu risau akan apa2..Zamri pla kulihat sudah lena ditempatnya.. mengantuk dan letih agaknya..aku ingin tidur tapi bila melihat gadis itu yang terkebil2 menanti abangnya, aku mematikan niatku.. nampak tak sopan pulak..
"21 akak.."
"dah boleh mengundi la ek" aku berkata spontan..
dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.. entah.. teringat masa aku belajar dulu, bila je orang bertanya tentang usiaku, aku dengan senang menjawab.. tapi sekarang, bukan usiaku yang menjadi persoalan.. apa yang selalu disoal rakan2 adalah bila aku akan kahwin? dah berapa orang anak?
tersenyum aku mengenangkan gelagat rakan2ku.. ramai antara mereka sudah berumahtangga dan ada anak.. aku pula sibuk dengan buku2 ku.. tamat je ijazah, aku terus menyambung pengajian ku..
bukan aku tidak pernah mimpi untuk berkeluarga.. malah angan2 yang indah itu masih kekal tarcatat di dalam diariku.. sejak kecewa dengan arill, aku tidak pernah memikirkannya.. angan2ku telah terhapus bersama dengan kekecewaan yang aku alami..
selama tiga tahun aku hidup dalam kesakitan.. akhirnya aku bangkit semula menjadi seorang yang lebih kuat..lebih cekal.. dan arill mula sedikit demi sedikit meretakkan benteng yang aku bina untuknya..
"tu siapa" sha menyoal lembut.. dipandang Zamri yang lena.. cutenya.. dipandang gadis yang masih menemaninya..
"Zamri" ujaraku lembut..
"suami akak ke?" soal sha ingin tahu.. entah kenapa dia merasakan satu perasaan yang tak difahami sedang menceroboh hatinya..
"kalau ye kenapa?" aku menyoal balik.. aku memandang sha yang asyik merenung Zamri yang sedang tidur itu.. pantas aje matenya dialihkan saat melihat aku memandangnya dengan asyik.. seperti mana asyiknya dia memandang zamri..
"tak ada apa la kak.."balasnya sambil menggigit bibirnya perlahan.. kantoi.. ntah macam mana di tak sedar yang dia sedang memandang Zamri yang tengah tidur tu.. dan temannya itu nampaknya perasan akan pandangannya.. malu2.
aku memandang wajah sha yang memerah itu.. sedar yang gadis itu malu dengannya.. melihat telinganya yang merah itu mengingatkan dia pada seseorang.. bosnya.. mereka berdua mempamerkan reaksi yang serupa bila malu.. telinga akan merah..
"comel" tanpa sedar aku berkata.. sha memandangku dengan pandangan heran..
"apa dia kak?" sha bertanya..
"telinga sha.. selalu ke merah macam ni?"aku bertanya ingin tahu..
dan persoalan aku mendapat reaksi yang sama.. telinga dan pipi sha makin merah dengan pertanyaan itu..
"emmmm..."kulihat sha menggigit bibir bawahnya..
"akak bukan apa sha... sha nampak cute sangat bila malu.. nak2 muka dan telinga sha yang merah tu.. " aku menerangkan..
sha mengangkat kepalanya memandang dee.. dia tidak pernah menerima komen yang begitu dari sesiapa pun.. tapi dee begitu ikhlas dalam kata2nya.. sha tahu dee takkan berbohong..
"betuk ke akak?"
"betul.. macam bos akak.. cute sangat bila telinga dia merah.."balas aku sambil tertawa kecil..
tetiba, seseorang memandangku dari cermin tepi.. aku terkejut yang amat..takkan la.. baru je sebut dah muncul.. mungkin bayangan aku je.. aku memandang lagi teliti.. ingin mengesahkan apa yang aku lihat..
tok..tok..tok..
ketukan di cermin itu mengesahkan apa yang aku pandang.. aku menutup mulutku..Ya allah.. jangan la dia dengar apa-apa tadi..
sha keluar dari kereta.. begitu jugak aku.. Zamri aku biarkan dengan lenanya.. tidak sanggup mengganggu tidurnya..
aku memandang lelaki itu.. dan dia turut memandangku..
"apa hal ni sha?" hakimi bertanya penuh minat.. bukan panggilan sha yang membuatkan dia bertanya penuh minat tapi kehadiran kerani di depan rumahnya membuatkan dia tertanya2..
"sha nak tumpang rumah abang malam ni.. boleh?" sha bersuara..
"kenapa?"hakimi menyoal lagi.. dia memandang adiknya dan matanya kembali memandang keraninya yang asyik menunduk.. pandanglah ke sini.. rayunya dalam hati..
"emm..emmm... nanti sha citer.."balas sha kalut.dia tak tahu bagaimana dia harus menceritakan perkara yang menimpanya dalam masa yang singkat..
"sha.. akak rasa akak nak balik dulu la.." aku targagap2 bersuara dan memandang ke arah sha.. aku tak berani memandang bosku.
"apa awak buat kat sini?" hakimi mula menyoal.. dia tahu yang keraninya ingin mengelakkan diri darinya.. sekali lagi..
"saya hantar sha ni.. ok la.. saya kena balik ni.dah lewat.. esok nak kerja."
aku bersuara perlahan..cuba mengelak dari bosku..
hakimi memandang keraninya yang kelam kabut melarikan pandangan matanya dari melihat matanya..
dilihat keraninya itu membuka pinti kereta dan mengejutkan seseorang sebelum dia sendiri turut masuk ke perut kereta.. yang pasti, pemandu kereta itu adalah lelaki..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
arill menjerit sekuat hatinya...
ahhhhh...
pertemuan pertama sejak mereka berpisah terbayang di matanya..
Diya dayang ke pejabatnya untuk ditemuduga..
"masuk.. "arahnya pada tetamu yang sedia menanti di pintu.
dia berada di situ kerana dia merupakan salah seorang panel penemuduga.Saat gadis itu duduk di tempatnya, arill masih leka menulis sesuatu di kertasnya..
salah seorang rakannya bertanya kepada gadis itu.
"perkenalkan diri anda dan latar belakang anda.."
gadis itu menjawab dengan sopan.
"saya diya amylia abdullah..."
sebaik mendengar nama itu, terus aja matanya beralih ke arah gadis itu.. diya amylia..terkejut.. lidahnya kelu.. dan dia tidak mendengar apa2 selepas merenung wajah itu.. fikiran dan pandangannya hanya tertumpu pada batang tubuh yang berkata2 itu..
diperhati penampilan diya.. berbaju kurung bunga kecil, menampakkan lagi ketinggian dan kelansingannya.. kepalanya dihiasi tudung.. sejak bila diya berudung? dia masih ingat akan rambut diya yang panjang ke paras bahu.. lurus dan lembut.. cantik.. dan diya nampak lagi manis bila bertudung..teringin sekali dia melihat mahkota yang disembunyikan diya.. hanya untuk suaminya mungkin.. dan tetiba dia cemburu pada lelaki yang bertakhta di hati diya.. masih solo atau sudah berkeluarga?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment