Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 5

rahsia yang ada padaku....

"baik encik pergi sebelum saya panggil security.. "dia memberi amaran..

aril tergamam.. usahanya untuk berbincang dengan diya nyata buntu.. diya nyata sudah nekad...

"arill mintak maaf.." ugkapnya sebelum melepaskan tangan diya dan berlalu dari situ.. dia bukan takut pada amaran lelaki itu.. dia takut diya akan terus menolak dan memalukan dia lagi..tapi hanya utk hari ini. dia akan pastikan yang diya akan mengaku kalah padanya sama saperti yang pernah dia lakukan dulu.. itu tekadnya..


"awak kenal lelaki tadi?" soal hakimi..nyata dia tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya pada kerani pejabatnya yang selamba itu..
"saya memang tak kenal encik.."aku cuba menjawab seyakin mungkin.. sedar yang tindak tanduknya sedikit sebanyak menimbulkan rasa curiga di hatinya..

"awak ok ke kat sini.. ke nak kami temankan.."soal hakimi lagi..

"tak apa encik.. saya ok.."aku membalas.. ntah la.. bosnya ni mesra semacam je.. kawannya disebelah tetap diam sambil menghulurkan sebuah senyuman padaku.. aku membalas senyumannya.

"ok lah. saya pun ada kerja ni." hakimi bersuara dan terus mengajak temannya ke keretanya..

"siapa tu?" soal ikmal ingin tahu..

"kerani kat office aku.." balas hakimi..

"sejak bila kau ambik berat kat pekerja kau ni?"ikmal menyoal sinis.. melihat pandangan hakimi pada gadis itu, dia dapat melihat tarikan pada mata hakimi.. atau dia yang terlebih menduga..

"dia pekerja aku.. lagipun kau pun aku rasa sama je..kau akan tolong jugak.. "

"aku macam pernah nampak la budak ni?" ikmal bersuara..

hakimi berpaling ke arah ikmal.. ingin tahu.. dia jugak merasakan yang dia pernah bertemu dengan keraninya itu..
"kat mane?"

"kat mane apenya?" soal ikmal lagi.. dapat dilihat rasa ingin tahu hakimi pada perbualan ringan ni..
"kau jumpa dia kat mane? aku pun macam pernah tengok tapi aku tak ingat kat ner la.."

"kau ni.. xsabar2.. tunggu sat ye.. aku gain memory ni... pejam mate.. tutup telinga....bla..bla..." ikmal membebel seorang diri.. memang itul;ah sikapnya bila dia ingin mengingat sesuatu.. mulutnya asyik membebel, menyebut satu persatu walaupun mereka yang mendengar tidak tahu apa yang dia katakan..

Tapi tu bila dia bersama hakimi atau rakan rapatnya.. bila menyentuh soal kerjaya, nyata dia seorang yang serius dan boleh diharap untuk melaksanakan setiap pekerjaan yang dipertanggungjawabkan padanya...

"haa... aku dah ingat dah.."
hakimi teruje mendengar...

ikmal diam tidak terkutik.. sengaja menyeksa hakimi..

"cepat la mal.."

"tak sabar la kau ni.. Kau tau.." sengaja ikmal tidak menghabiskan kata2nya.. memandang hakimi yang memandu..

"dia perempuan sama yang pernah kita jumpa kat hutan hari tu.." balas ikmal..
perempuan mana?" soal ikmal lagi..

"ala.. perempuan yang kau cakap hantu tu.. yang melambai kita kat tengah hutan.."balas ikmal sambil tertawa perlahan..

hakimi tertawa.. teringat dia akan paksaan dia yang tidak mahu ikmal memberhentikan kereta kerana menyangka gadis yang melambai minta tumpang tu hantu..

"dia ke?" soal hakimi masih tidak berpuas hati..

"ha'a.. dia la..kenapa?"
hakimi diam.. tidak ingin menambah apa2..

ikmal nampaknya masih ingin bersuara..
"aku heran la.. muka dia tak de la menarik sangat tapi ramai betul lelaki yang kejar dia.."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Arill geram.. teringat dia akan penolakan diya terhasapnya... diya, kenapa hati diya keras sangat.. dah macam2 cara arill guna untuk lembutkan hati diya.. tidak cukup ke dengan setiap rayuan yang arill persembahkan untuk diya.

Diyana amylia.. gadis yang satu masa dulu pernah bertakhta di hatinya.. pada mulanya dia tidek pernah berminat pada gadis itu.. dia tidak secantik mana.. rupa paras yang biasa jika diikutkan dengan kawan2 lain yang pernah dikenali..persahabatan yang pada mulanya kawan akhirnya melahirkan perasaan cinta padanya.. diya seorang yang memahami dan tidak pernah mengongkong setipa tindak tanduknya.. malah terlalu mempercayai dirinya.. kerana itu, kepercayaan yang diya berikan membuatkan dia tamak.. mengambil kesempatan ke atas kebaikan diya.. dia berpeleseran dengan gadis lain.. malah pernah tertangkap oleh diya,namun, gadis itu tidak pernah melenting..apatah lagi meminta perpisahan..

diya.. kenapa la diya degil sangat..

"arill, janji ngan diya boleh?"
"apa saja sayangku diya.."ujarnya mesra.. tertawa dengan diya yang manja.. bila berduaan macam ni baru dia dapat melihat kemanjaan diya.. melihat tawa riang diya..

"arill jangan tinggalkan diya..."
aril memandang pemandangan tasik yang luas di matanya.. aku amat menyayangimu.. mana mungkin aku tinggalkan kau sayang..
"kalau arill tinggalkan diya.."
arill terasa tangannya sakit.. aduh..
rupa2 diya sudah mencubit tangannya.. geramm..

"sakit la sayang.." arill menjerit.

diya buat tak peduli.. satu lagi cubitan singgah dilengannya.. kali ni lagi kuat..aduh.. sakitnye..

No comments:

Post a Comment