Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 4

menghalangnya untuk bersuara.. ego mungkin..

tiba2 dia terdengar sesuatu.. bunyi deringan yang sayup2.. dilihat keraninya mencari sesuatu di dalam beg tangannya dan bercakap dengan seseorang..
Dia memandang semula ke lif namun telinganya masih dapat mendengar patah yang keluar dari mulut keraninya..Berbual dengan siapa agaknya.. kekasih ke? mesra aje bunyinye..


"so, dah biasa blim ngan keja tu?"
aku menganggukkan kepala. dah macam burung belatuk. mamat ni kan, xsabar2 la..tunggu la aku rilex dulu.. baru je jatuh punggung kat kerusi dah tanye memacam..aku sepak kang..
aku pandang kawan di sebelah.. tersengih2 je dari tadi. muka aku je yang masam.. penat woi..

"bagi la aku rehat dulu.. xlari nye aku.."
Dia memandangku..wei, jangan la pandang macam nak telan orang je.. meremang aku..
"ko rehat dulu k. 5 minit ckup?"
Aku pandang wajahnya..5 minit je. hampeh tol..kami saling pandang memandang.. macam lagu tu..masing2 xmau mengalah.. aku kalau xkenal ngan mamat ni gerenti jatuh cintan kat dia.. ye la..hensem giler.. sib baik tuan dia x giler..mate dia.. fuhh.. bleh cair bila tenung lame2..kuch2 hotak hang..

"dah jatuh cinta ke?" ayatnya itu mematikan tenungan aku padanya.. Dia tersengih sambil mengangkat kening.. ala2 ziana ada la jugak..
"jatuh.. dah jatuh pokok" aku membalas geram.. dia ni kalau xmenyakat aku xbleh ke? ada2 je perangai nak sakitkan ati aku..

" sblum makan, aku nak kenalkan kau ngan member aku ni.Saleh.. ni dee"
Aku mengangguk pada temannya.. masih jugak ngan aksi tadi.. tersengih je..
"Saleh ni suka senyum ke?" aku menyapa ramah..
"haa... xde la..saje je.." balasnya lembut.. alahai mak, sore dia, garaunye.. macho..
Aku pandang Zamri..Zamri mengangkat keningnya..ni sorang lagi.. suka pakai bahasa isyarat..
"saleh satu tempat kerja ke ngan zam ni?"
Saleh mengangguk..Dipandangnya aku penuh perhatian.. apahal lak ngan member zam ni..
"Zam, paklong kirim salam kat kau.."
Aku alihkan perhatianku pada Zamri. tidak berapa gemar dengan pandangan yang temannya tunjukkan padaku..malas nak layan.
"so, bila kau nak terima tawaran tu?"
Aku terpana.Nampaknya zamritelah terlebih dahulu tahu.. dari mana dia tahu..
"aku tengah fikir la ni.. gaji yang dia tawarkan memang lumayan tapi jauh la..."
"Apa plak yang jauhnya.... Dekat je la..ke ada apa2 yang aku kena tahu.."
Aku merengus..Zamri cuba mengorek sesuatu yang aku sembunyikan dari dia.. apa yang sebenarnya aku tak pernah bagitahu Zamri ye..
"tak ada ap2 la..nanti la aku fikirkan.."balasku hambar..
perbualan yang sekejap itu namun dah mampu mamatikan aku dari terus ramah besuara.. Ya.. ada sesuatu yang memang zamri tak pernah tahu.. malah, rahsia ini aku simpan seorang..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


aku termenung lewat malam itu.. perbualan aku dengan zamri nyata membawa kembali memori yang aku tinggalkan selama hampir 3 tahun..ahh.. kenapa aku harus ingat kembali pada peristiwa itu.. bukankah aku telah biarkan semuanya terkubur selama ini..
Adakah semua ini telah ditakdirkan.. kenapa aku harus berjumpa dengannya.. kenapa dia harus mendesak aku kepada sesuatu seperti ini.. membawa aku dalam dilema kembali... tidak cukup ke dia sakitkan hatiku suatu masa dulu. Buat aku tidak mempercayai lelaki sepertinya lagi.. kau kejam.. Kenapa kau mengganggu hidup aku..


"diya, we need to talk.."
"siapa awak?" soalku sinis..lelaki itu mula mengganggu hidup aku. apa sebenarnya niat dia padaku..
"diya.. jangan pura2 tak tahu.. jangan palingkan muka diya pada arill.. we do need to talk.."dia masih berusaha untuk bercakap denganku..
"sorry encik.. saya betul2 tak kenal encik. kita pernah jumpa ke sebelum ni?" aku dapat melihat desakan yang terpancar di matanya. aku peduli apa.. bukankah ini yang dia inginkan satu masa dulu..hubungan kita putus..

"diya.. please..jangan pura2 lagi..arill rayu jangan buat arill macam ni.." tangannya mula mencari dan memegang tanganku.. eh, lelaki ni.. senagn2 je pegang tangan orang ek.. kau ingat aku akan lembut ke?

"encik, baik encik lepaskan tangan encik ni.." aku memberi amaran..
dia mengelengkan kepalanya.. degil. bentak hatiku..

"sebelum saya jerit baik encik lepaskan tangan encik ni.. saya tak kenal encik..tolonglah.." aku masih berkeras untuk tidak berbula dengan lelaki itu..biar dia rasakan. bukankah dia dulu yang pernah meminta agar aku lupakan dia. lupakan segala kenangan bersama. lupa yang dia pernah hadir dalam hidupku.. sekarang dia ingin aku lupakan segala kata2nya dan bersikap seolah2 tiada apa pernah berlaku antara kami.. huh.. jangan harap..

"diya... listen here..."
aku melihat seseorang melihat seseorang keluar dari perut bangunan tempat aku kerja.. pantas saja mulutku menjerit meminta bantuan..


"encik.. tolong.. orang ni cuba paksa saya keluar.. saya xkenal pun dia.." aku buat muka kesian..
alamak, bos aku rupanya... malunya.. di belakang dia aku melihat satu lagi wajah.. macam pernah dilihat.. tapi di mana ye..

"awak siapa?" dia bertanya dengan wajah yang tegang.. nampak macam marah namun aku tahu dengan raut muka yang serius macam tu, sesiapa yang melihat pasti menyangka bahawa dia seorang yang garang..

"saya kawan dia encik.."arill memandang lelaki yang baru je mengganggu perbualan dia dengan diya.. perbualan ke macam ni.. nak mengaku kenal pun diya tak sudi.. inikan pulak nak berbual..

"awak kenal lelaki ni?"soal lelaki itu pada diya..
Diya mengelengkan kepalanya.. aku takkan mengaku.. tidak sekali2..

"encik.. sila pergi dari sini.. perempuan ni cakap dia xkenal dengan encik.."

"tapi saya memang kawan dia encik.. diya... please... jangan buat macam ni pada arill.."arill masih berharap. berharap yang diya akan berlembut hati.. dia tidak menyangka hati diya akan manjadi sekeras itu.. bukankah dulu diya seorang yang lembut hati..

lelaki itu sekali lagi memandang ke arah diya.. seolah2 menginginkan kepastian pada tiap patah yang keluar dari bibir lelaki yang mengaku kawan diya.. hatinya mengatakan yang gadis dihadapannya memang mengenali lelaki itu.. ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh gadis itu.. kenapa gadis itu cakap yang dia tidak mengenali lelaki tampan itu..

"encik, saya memang tak kenal lelaki ni.."aku bersuara.. wajah bos yang tertanya2 itu mengundang gelisah di mataku.. pandangannya seolah2 ingin mengcungkil sebanyak mungkin

No comments:

Post a Comment