Dua minggu berada di situ, aku sudah serasi.. segala kerja mampu aku siapkan dalam masa yang ditetapkan. Kak munah nyata gembira dengan prestasiku..Malah kata kak munah, bosnya memuji hasil kerjaku..
sebenarnya aku tak pernah berkesempatan berjumpa dengan ketuaku sepanjang bekerja..yela, mejaku yang berada agak jauh dari pejabatnya membuatkan aku cuma mampu melihat dari jauh namun tidak pernah bersua secara dekat. Masuk je office, ketuaku terus masuk ke pejabat.. tak keluar pun.bila dia keluar, aku sudah berada di gerai menikmati makan tengahhari..bila aku masuk, dia masih di luar.. begitu la rutin nya setiap hari..
Yang jelas, telingaku sudah lali mendengar pujian yang lahir dari bibir kawan2 pejabat.. apa lagi, mengenai kekacakannya la..malah ramai yang menaruh hati ingin berkahwin dengan bos aku tu..
"siti, nak g mana tu?"
Soalku ramah pada siti.. dia ni lagi muda dari aku tapi aku yang paling baru kat sini. Dia memberi isyarat dengan ekor matanya..
"aku nak kirim bleh?"
"kau nak makan apa? kenapa xkuar ari ni?"ramah pula siti bertanya.
"aku banyak keja nak kena siapkan ni.. bos mintak petang ni.." ujarku sambil menunjukkan beberapa keping fail yang menimbun di mejaku..Yela, kak munah cuti dua hari.. keja2 dia terpaksa la aku siapkan..
sebenarnya aku bukan nak merungut. tapi bila kak munah tak ada aku memang rasa penat.. keja dua orang aku kena siapkan. dengan kerenah bos yang asyik menelefon bertanya bila surat2 nak siap..
"kak munah.."
Aku mendengar satu suara memanggil nama kak munah dibelakangku namun aku tak hiraukan.. dia panggil kat munah kan, bukannye aku.. terus saja aku mengemas fail2 di tangan..
"kak munah.. fail saya nak tadi kat mane?"
lelaki tadi masih jugak bertanya..tiba2 aku teringat..Ya Allah, kak munah kan cuti hari ni.. dia bercakap dengan aku ke?aku ni dia ingat kak munah ke?
lelaki itu memandang pekerjanya. sudah beberapa kali dia bertanya namun tiada jawapan yang keluar dari mulut kak munah..Dia seolah2 tak wujud..Dah pekak ke kak munah ni..
""kak munah, fail saya mana?"
ujarnya sedikit meninggi.. sakit hati bila permintaannya tidak diendahkan.Dia bukannya lelaki yang sabar..
"fail yang mane encik?"
pekerjanya bersuara tapi masih tetap membelakangkannya..
Lelaki itu hairan. suara kak munah hari ni lain.. sakit ke dia?
"fail megATREND.."ujar lelaki pantas. dibiarkan saja persoalan tadi mati di situ..Walaupun begitu, matanya masih tajam memerhatikan pekerjanya.. kak munah dah makin cerah ke? soalnya sendirian bila melihat tangan yang halus itu mencapai beberapa fail. mencari..
dipandang batang tubuh yang membelakangkannya.. pakaian kak munah dah lain. aik, dah kurus ke dia skang?.. makin lama dia melihat, makin yakin dia yang pekerjanya itu bukan kak munah.. lenggoknya lain, tubuh ini lagi kurus dari kak munah.. malah agak tinggi...
"kak munah.."
"apa lagi encik?" pantas pekerjanya bertanya.
Sah.. ni bukan kak munah.. tapi siapa? ada pekerja baru ke?
"tak ada apa.. mana fail yang saya mintak tadi?"
pantas sahaja pekerjanya itu menghulurkan fail tersebut bersama senyuman di bibir..
lelaki itu memandang pekerjanya dengan pandangan yang bersahaja. dia terkejut namun pantas sahaja dia menstabilkan dirinya.. malu kerana tersilap orang..
"baru masuk ke?"
soalnya kaku..
pekerjanya menganggukkan kepalanya..
"terima kasih".
Ujar lelaki itu dan terus berlalu masuk ke biliknya..
dia..
malu betul dia pada pekerjanya itu.. cepat2 dia pergi dari situ. Bukan dia tidak nampak senyuman yang pekerjanya hulurkan padanya, namun senyuman yang ikhlas itu seolah2 mengejeknya. Malah tika dalam biliknya pun mukanya masih merah menahan malu.. perasankah pekerjanya akan perasaannya saat itu?
Baru dia teringat yang memang ada kerani baru yang bekerja di situ.. ya, waktu itu dia sibuk.. bercuti bersama kekasihnya.. Pekerja yang baru masuk itu seolah-olah pernah dilihat.. di mana ya.. akalnya sibuk bekerja namun wajah yang dirasakan pernah ditemui masih belum diketahui.. mungkin di lif? kedai?.. namun akalnya masih menidakkan anggapannya itu..
malas aku nak fikir lagi..
dan dia meneruskan kerjanya yang tergendala..
aku..
aku tersenyum sorang2 mengenangkan kejadian tengah hari tadi.. ya.. aku dapat melihat telinganya yang merah.. sah2 bosnya malu.. haha..
cepat2 aku masuk ke dalam lif.. ramai la jugak manusia yang ada dalam lif tu.. ketat..bila aku masuk je, satu bunyi aneh kedengaran di telingaku.. beberapa orang manusia kat situ memandangku sambil tersenyum.. mengejek mungkin.. mula2 aku buat bodoh je tapi makin ramai yang menjeling..yela2..pantas aku keluar..
macam mane lif tu nak gerak kalau aku ada.. dah lebih muatan..
hai.. lambat lagi la aku nak tunggu lif gerak balik..aku mengeluh sendirian.. memandang kaki.. cantik jugak kasut ni ye.. cepat je fikiran aku ni melayang..
sedang aku asyik memandang kaki dan memuji2 kasut yang aku pakai, aku melihat ada sepasang lagi kasut kat sebelah aku..Aik, kasut sapa pulak ni.. aku memandang penuh minat kasut yang diperbuat daripada kulit itu.. cap buaya.. mahal jugak kasut ni.. kat mane dia beli ek..aku pandang kasut dia dan aku pandang kasut yang tersarung di kakiku.. jauh beza.. macam langit ngan bumi..
macam ni la agaknya yang orang cakap tengok kaki dulu pun dah tau sapa tuan punye.. banding kasut yang tersarung di kaki aku dan kasut kulit cap buaya yang dia pakai, dah nampak beza nilai duit di mata.. teringat aku pada paklong.. teringin aku nak belikan dia kasut mahal seperti tuan punye kasut kat sebelah ni.. mesti cantik..
Lelaki itu tetap sabar menunggu.. jam di tangan dipandang sekilas.. awal lagi.. bentak hatinya.. dipandang teman yang asyik menunduk itu.. sakit agaknya..
pantas aja dia teringat pada kerani barunya.. teman yang berada di sebelahnya..perhatiannya beralih pada kerani itu.. apa yang dia fikir agaknya..
dipandang wajah itu penuh minat.. tertanya2 dengan sikap yang ditunjukkan..wajah itu biasa je, tiada tandingan dengan kekasihnya..hidung yang sederhana, kulit yang kuning langsat, mata yang bundar..dan mata itu tetap memandang ke bawah.. seolah2 ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.. matanya dipandang ke bawah, cuba untuk mengagak apa yang dipandang oleh keraninya.. tiada apa2 yang menarik..huh..
ingin sahaja dia menyapa keraninya namun dia masih diam.. keringkongnya saat ini tidak mampu mengeluarkan suara.. bukan sakit tekak..malu, tidak jugak.. tapi ada sesuatu yang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment