Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 2

"diya sayang paklong dan keluarga.. Diya nak bantu aiman, haikal, adik2 diya belajar tinggi2.. paklong pun diya tengok slalu batuk2.. dia sedih paklong bila tengok paklong susah payah cari duit..paklong dah banyak bantu diya.. sekarang diya nak bantu paklong pulak" sebak hatiku saat meluahkan kata2 tersebut.

"Zam akan jaga diya abah.. Abah jangan la risau sangat.." sampuk Zamri memberi sedikit keyakinan agar paklong mengizinkan aku pergi.
Paklong memandang aku. Aku menganggukkan kepala memahami apa yang bersarang di hati tuanya. kemudia dia memandang Zamri.
"Zam akan jaga Diya. dengan nyawa Zam sendiri.."
"paklong izinkan diya pergi"
menitis air mataku saat paklong mengucapkan kata2 tersebut. aku bersyukur yang amat sangat. sewaktu peperiksaan spm keluar dahulupun aku tidak segembira ini..


"Aku ingat paklong tak izinkan tadi tapi alhamdulillah.."
"semua orang sayangkan kau dee... adik2 aku pun macam tu.."
"'kau ni.. xabes2 jeles ngan aku.."
"mane xjeles.. sume yang kau nak kau dapat"
Aku tersenyum. merajuk ke Zamri denganku.
"ala, kau jugak yang manjakan aku. apa aku nak je kau beri je.."
"Kau satu2 sis yang aku ada. keluarga ni ada. kau ni ibarat bunga dan yang lain2 cuma duri2 yang akan melakukan apa sahaja untuk menjaga bunga nan satu ni tau..Kau bertuah dee.."
"aku yang bertuah sebenarnya zam.. ada famili yang begitu mengambil berat akan aku. yang memberi selautan kasih sayang yang xmampu aku luahkan dengan kata2. yang mengajar aku, melatih dang mengasuh aku.. menjadikan aku sebagai keluarga mereka.."

"dee, bila kau tinggalkan keluarga ni, jangan pernah lupa pada keluarga ni.."
aku mengangguk.
Aku takkan lupakan kamu semua..
KELUARGAKU>>


"kau dah fikir btul2 keni?"
"aku dah fikir masak2 dah.. dah cair otak aku ni tau.."
"pelik la kau ni..keja macam tu pun kau sanggup buat.."
Aku menjeling sekilas ke arah Zamri. mamat ni xabes2 bercakap. xpenat ke mulut dia ni..
"keja ni sementara je la.. xkan la aku nak makan tidur je.. Kesian aku kat nik tu.. dah la menumpang kat umah dia.. Xbayar pape plak tu.."
panjang lebar aku bersuara. ambik kau.. pandai2 je kutuk aku ek..

Zamri memandang gadis dihadapannya.. pelik tapi itulah yang membuatkan dia istimewa..kadang2 lasak dan adakala manja semacam.. pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan pun.. Dia memang bijak tapi adakala macam budak2..suka main2 tapi matang.. Ada ke orang macam dia ni ye.. Namun gadis di hadapannya memang berperwatakan macam tu.. bila dia nekad, tiada sesiapa dapat menghalangnya..

"apa yang kau fikir ni?"
Soalan yang keluar dari mulut gadis itu mematikan lamunannya..
"tak ada apa la.. Nape tak mintak keja kat tempat nik je?"
"aku dah mintak dah. Kau ingat aku main2 ke.. Nik pun cakap kat tempat dia tu lambat lagi nak ambik orang.. sementara tu aku ikut la kak munah dulu.."
"kau pandai ke buat keja tu? kang xpasal2 makin terabur plak.."
Zamri sengaja mengusik..
Gadis itu menjeling tajam. merajuk la tu..tengok tu.. dah muncung dah mulut.. comel..
"ala, bukan susah sangat pun"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku memandang bangunan yang tinggi melangit di hadapanku.. Kak munah disebelah tersenyum memandangku. Mungkin kerana aku dilihat seperti mengelamun.Pantas sahaja kak munah mengheret aku masuk ke dalam.. sambil2 tu dia turut menerangkan beberapa perkara kepadaku sepanjang perjalanan. aku sekadar mengangguk kerana kak munah sudah beberapa kali bercakap perkara yang sama.
"jangan menggatal. hati2 bila buat kerja. pastikan semuanya teratur. bos akak ni lain cikit..jangan buat silap, dia paling anti tau."
Masih teringat aku pada ungkapan2 yang sama itu..tersengih sorang diri aku bila mengingatkan semua itu.
"bos akak tu hensem tak?" Sengaja aku bertanya. bukan apa.. aku malas mendengar ungkapan yang sama dari bibir kak munah yang ramah itu.
"hensem sangat2 tau.. Kak munah bekenan sangat tapi perangai dia je la pelik sikit.. pendiam tapi suka marah2. tu la yang akak nak dee hati2 tu.. tak pasal2 nanti dee kena."

alahai kak munah ni.. Hensem sangat ke bos dia ni.. dalam puji siap mengutuk plak tu..garang ke? alahai mak.. tentu xhensem pun..yela.. dah garang sangat..mesti muka bos tu macam cuka masam..hehe..


Tugasku sebagai kerani tidaklah begitu membebankan.sempoi je.. Bila disuruh menaip baru la aku kelam kabut menyiapkannya. kawan2 sekerja pun ramah je.. Sepanjang minggu aku berada di sana aku tidak pernah berjumpa lagi dengan bos kak munah..
Entah la.. dengar kata dia pergi holiday..
"dee, tengah hari ni dee free x?" Murad bertanya. Murad ni pembantu akauntan kat jabatan tu. Sejak aku masuk ni, selalu je dia menempel kat meja aku.. asyik tersengih2 je..Aku ni apa lagi, layan je la.tu pun bila aku tak de kerja..dah ada kerja jangan harap aku layan..
"xde. kenapa?"
"kita keluar makan nak?".
takut2 dia bersuara. Aku tersenyum memandangnya.. Ada hati nak ajak aku makan nagn dia.. tapi muka si Murad ni boleh tahan la.. Bukan aku tak pernah dengar kat munah beritahu perangai murad yang suka berfoya nie..dah berbini tapi ada hati nak tambah satu lagi..
"kak munah, abang murad nak belanja. Jom la.."pantas aku bersuara saat aku melihat kak munah yang menghampiriku..
Bagai mengantuk disorong bantal kak munah bersetuju.
"tau2 je dee ni.. Kak munah pun tengah lapar. pagi tadi xsempat nak makan."
tersenyum senang kak munah dengan rezki yang bergolek tanpa mengesyaki apa2.. aku pura2 tidak melihat wajah Murad yang jelas hampa.
"abang murad cakap nak belanja kita makan kat hotel sebelah".Sengaja aku menambahkan lagi.
"hotel? Waa, kaye murad sekarang..Eh.. kenapa tetibe je baik sangat ni?"nyata kat munah sudah mengesyaki sesuatu di sebalik ajakan murad tadi..
"ala, murad ni raikan dee keja kat cini. nak pegi berdua takut orang mengata nanti.. lagipun dee dengar abang murad ni sayang sangatkat bini dia...murad ni pun suh la dee ajak akak sekali..tak de la timbul fitnah nanti."
Aku menjeling Murad yang jelas tergamam..Terkejut mungkin dengan kata2 aku.. Namun dia tetap tersenyum bila kak munah memandang ke arhnya dan berkata."betol ke ni murad?".
Teragak2 murad mengiyakan kata2ku. jelas dia malu untuk menafikannya. takut..

tengah hari itu, aku dan kak munah makan dengan kenyang.. Murad pula tersenyum dalam paksa..menyesal mungkin. yela, bukan sedikit duit terpaksa dihulur bagi membayar makanan yang kami order..Aku rasa murad pasti serik untuk mengajakku lagi.

No comments:

Post a Comment