Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 1

"apa nih..kau dah gler ke?"
terjerit2 aku saat hamdan merangkul erat tubuh aku..
hamdan cuma tersengih. sinis senyuman dia..
"ala relaxla..macam la tak biasa.."aku makin jelak dengan perlakuan hamdan. lelaki.. semuanya sama. suka mengambil kesempatan.
"sebelum aku belasah kau, baik kau lepaskan aku." aku makin berang. rontaan aku bagaikan menaikkan lagi semangat hamdan.. dalam gelap macam ni, hamdan seolah kerasukan.. jin apa la yang bersarang kat kepala hamdan..
"kau ni kan, makin marah makin manis..." ujar hamdan masih lagi dengan senyuman sinisnya..
ni tak boleh jadi ni.. aku kena buat sesuatu. teringat dia kan pesan arwah atuk. jangan melawan selagi termampu. bila diserang cuba mengelak.. bila dah tak mampu mengelak baru bertindak..Ya Allah, selamatkanlah aku ya Allah..
tetiba kelihatan satu cahaya menghampiri mereka. semakin lama semakin dekat.. inilah waktunye.. pantas tangannya menolak batang tubuh hamdan , memijak kakinye dan berlari ke arah cahaya tersebut..
"hei... jangan lari.."jerit hamdan lantang. dia mengejar namun berhenti apabila melihat kelibat beberapa orang di balik cahaya tersebut.

Aku menarik nafas lega apabila Hamdan tidak lagi mengekoriku. Jantan keparat.. Aku akan balas apa yang kau buat pada aku malam ni..
"adik tak apa2 ke?" salah seorang daripada mereka bertanya..
aku menganggukkan kepalaku. malas untuk bersuara dalam keadaan macan ni. namun aku bersyukur kerana kedatangan mereka aku dapat melepaskan diri dari lelaki tersebut.
"kami hantarkan adik balik ye.." lelaki tadi ramah bersuara sedangkan kedua kawannya tetap mendiamkan diri. masih memerhati...
bila aku masuk ke perut kereta tersebut barulah aku perasan ada seorang lagi penumpang lelaki sedang menjelingku sinis. tidak sedikitpun ada tanda yang dia ingin menyapaku.


Aku memandang kehadapan. memerhatikan lelaki yang ramah menyapaku.. ku agak umurnya dalam 30 tahun lebih. nampak kematangan dan ketampanannya dalam samar2 lampu.
"adik kenal ke dengan lelaki tadi?" soalnya. sekejap2 dia memandang cermin belakang memerhatikan riak wajahku.
aku mengangguk.
"kawan.."ujarku pendek.
lelaki itu mengangguk perlahan. seolah memahami kebisuan yang aku tunjukkan. aku menjeling sekilas ke arah lelaki di sebelahku. masih diam sambil sibuk bermain dengan PDA nya. entah apa yang menarik perhatiannya. aku seolah2 tidak wujud disisinya..
"saya ikmal.. panggil mal je..yang kat sebelah adik tu aliff, sebelah abang ni johari" ikmal jelas cuba menghapuskan kebisuan yang berada disitu. ku agak dia seorang yang peramah dan mudah mesra..
"dee".
Belumpun sempat ikmal bersuara, aku memintas percakapannya.
"abang berhenti bang.. saya berenti kat sini je.."
"betul ke? " soal ikmal sambil memandang kawasan sekeliling seolah meminta kepastian. terdapat beberapa orang pemuda sedang lepak di pinggir jalan. mungkin kerana bimbangkan keselamatan aku ikmal bertanya sekali lagi."adik betol xnak kami antar ke rumah?".
Aku menganggukkan kepalaku. "saya berenti kat sini je..abang dah banyak tolong saya.."
kupandang beberapa orang pemuda yang semakin menghampiri kereta. ikmal memandang cemas.begitu juga kedua kawannya yang kelihatan gelisah. Pantas aku keluar dari perut kereta. mengucap terima kasih dan terus bergerak ke arah pemuda-pemuda tadi.
"siapa tu dee?"
"aku tumpang kereta dia kejap..nanti aku bgtau korang..korang pegi dulu..aku lupa nak ucap terima kasih tadi.."ucapku perlahan.
ikmal masih setia dalam keretanya.. Nyata dia tertanya2 perbualanku dengan pemuda2 tadi.
"terima kasih abang..."ucapku sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.


Nyata malam itu merupakan permulaan episod kisah hidupku...

keesokannya aku mendengar khabar bahawa Hamdan berada di hospital..padan muka. Menurut cerita dia dibelasah teruk. kakinya patah.. Aku tersenyum menang. Walaupun bukan itu yang aku mahukan namun aku tahu siapa yang membelasah hamdan. Mesti sepupuku Zamri dan kawan2 dia.. Mungkin Hamdan tidak sedar yang aku merupakan sepupu Zamri. Malah xramai lelaki yang berani mengusikku kerana zamri selalu bertindak melindungiku walaupun kadang2 aku bukan mahukan begitu.. mungkin kerana aku merupakan satu2 sepupu perempuannya.. dan dia tidak mempunyai adik beradik perempuan...


"zam.. thanks"
Zamri seyum memandangku..
"Kau ni dah macam adik aku.. aku tak sanggup tengok kau sedih.. apa lagi kalau ada orang cuba nak buat xsenonoh kat kau"
"ala..zam.. kalau ye pun xkan la sampai patah kaki hamdan kau kerjakan. kalau dia report polis cam mane?".Soalku balik.
"try la kalau dia berani.. yang kau ni pun, kenapa xbelasah je mamat 2?"
aku tersengih.
"ingat pesan arwah atok zam.. jangan ikut suke je belasah orang..."
"yela2.. aku tau.. aku ni xboleh tahan sabar.. cepat naik darah.. tu sebab atok sayang sangat kat ko kan.. aku ni pun atok tak layan.."
Aku terdiam. memang aku akui atok memang melebihkan aku berbanding cucunya yang lain. tak kira la dari segi layanan ataupun wang ringgit. tapi aku xsalahkan atok. kerana aku telah kehilangan keluarga sejak kecil. atoklah tempat aku menumpang kasih.Zamri dan adik2 dia bagai famili aku..dan aku jugak satu2 cucu perempuan.
"itu pun kau dengki ke? aku ni satu2 gurl dalam famili..mak ayah dah tak de.. atok pun dah xde.. tinggal keluarga kau je aku tumpang kasih."



"zam, kalau aku nak mintak tolong boleh tak?"
"pe dia lagi?"ujar Zamri seolah2 merungut... ni paling aku suke kat dia.. tak pernah menghampakan aku.. segala kehendak aku dia turuti.. aku ingat lagi waktu usia aku 8 tahun. bila melalui pohon2 mempelam, kecur air liur melihat buah yang menghijau.. kerana tidak mahu menghampakan aku, Zamri sanggup panjat pokok tersebut dan bedebuk...
Bukan buah yang jatuh tapi Zamri yang jatuh...menangis2 Zamri kerana sakit. tangannya yang sebelah retak dan terpaksa disimen namun dia sempat menghulurkan buah mempelam bila melihat aku menangis tidak henti2 saat dia didukung paklong ke hospital... malah memujuk2 agar aku tak menangis..
"Aku nak kerja.. Kau pujuk la paklong zam.."
"aku kau je kau ni la..panggil la aku abang zam.. sedap cikit dengornye.. aku ni ;agi tua dari kau tau"
aku tersengih.
"ala, dulu dee kan dah panggil abang zam.. tapi abang yang tan nak.."aku berkata dalam suara yang manja. sengaja mengusik..aku tau dia memang tak suka tiap kali aku berbuat begitu padanya. mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan tingkahku yang lepas..
"eishh.. meremang bulu roma aku.. geli..jangan la panggil macam nak menggoda tu.. panggil biasa2 je.. tu nak ngorat tu.."
sempat kulihat dia menggosok2 lengannya.. dah geli la 2..
"boleh tolong ke tak ni?"
"kau dok umah je la.. kau bukan tak tau abah tu.. bila dia cakap x maka x la jawabnye.."
"geramnye.. ni maleh nak mintak tolong ni.."
sedikit merajuk bila Zamri yang kuyakin dapat membantuku menolak mentah2 cadangan yang aku berikan. Muka Zamri masih serius seperti tadi..
"kenapa nak keja? xcukuplagi ke duit abah bagi?"
Aku merengus geram..
"Bukan.. aku nak berdikari.. Xkan la seumur hidup nak harapkan duit paklong tu..nak jugak aku merasa makan duit kerja sendiri..aku pun nak tolong paklong.. dah selalu sangat aku tengok paklong batuk2, demam... dah tua2 masih nak keja lagi.. malu la aku yang muda nie."
"kau yakin dengan keputusan kau ni?"
Ishhh... seriusnye mamat ni..
aku menganggukkan kepalaku.. yakin dengan keputusan yang dibuat. kulihat zamri menghela nafasnya panjang.. Udah2 la fikir tu.. gumamku sendirian.
aku bagaikan banduan yang menunggu jawapan yang keluar dari mulut zamri.. Kenapa susah sangat nak cakap nih..Ada emas ke?


"kau nak keja apa?"
Aduih.. mamat ni.. xabes lagi timbang tara..ni belum paklong lagi.. perangai anak ngan bapak ni sama je..
"keja la pape pun.. cuci pinggan pun aku sanggup". Balasku berani.
"kalau setakat cuci pinggan tu kau kawen je ngan sapa2. jadi suri umah. Dapat la cuci pinggan hari2."
aku menjuihkan bibirku.. time ni pun sempat lagi nak wat lawak brutal. tadi sius sangat.
"aku tak kesah zam.. asal aku dapat tolong paklong je.. cari rezki sendiri.."
"kalau ko nak keja ko kena ikut aku.. for sure abah xkan bagi kau pegi sorang2.. kau sanggup ke ikut aku?"
Aku tersenyum lega.. sekurang2 Zamri dah bersetuju dengan cadanganku untuk mencari kerja..
"kau nak aku dok kl?" soalku lagi..
Zamri menganggukkan kepalanya."kat mane lagi.. Abah mang takkan benarkan kau sorang2. aku faham sangat perangai abah tu.. "
"aku takut la.."
Zamri tertawa mendengar pengakuanku..
"duk UK 5 tahun tapi takut nak g kl..Xpaham aku.."

"Wei.. jangan la sindir.. mang aku takut pun.. takut jatuh cinta ngan mamat kat sane je..hihi.."

"alahai anak dara ni.. ke situ plak.."



Aku diam membeku di kerusi. Pandangan Pak long tajam ke arahku..aku tak berani mengangkat kepala. Terasa pandangan Pa Long tembus ke hatiku. Zamri juga diam tidak terkutik di kerusinya.. khabar yang aku sampaikan nyata mengejutkan paklong. perbincangan yang hangat tadi sudah berakhir. cuma menunggu kata putus dari pak long.
"diya dah nekad ke?"
Aku memandang tepat ke mata paklong. nyata cadanganku sedikit sebanyak merobek hatinya.. Dapat aku lihat pada sinar matanya itu..

"Iya paklong.. Diya nak bantu paklong.."
"diya dah bantu pak long.. dah temankan pak long kat sini.. Diya xkesian kat pak long ke?"
Nyata dia ingin aku merubah keputusan yang aku buat...

No comments:

Post a Comment