Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 9

aku masih terluka lagi ni.. tapi sya mana tau kan..

"pernah la.. kenapa sya tanya?"

sya memandang gadis yang dianggap seperti kakaknya ini. walaupun baru berkenalan tetapi sya sudah dapat merasa kemesraan. malah dia selalu mengambil peluang ke pejabat abangnya untuk berjumpa dengan diya.

dia agak hairan dengan diya. kebanyakan masanya dihabiskan dengan kerja dan keluar bersamanya dan juga zamri. setiap kali dia menelefon, diya mesti berada di rumah.. kehidupan sosialnya cuma rumah dan tempat kerja.

"tak ada apa akak.. sya ni selalu jatuh cinta pada orang yang salah.. bila kecewa sha akan mengangis macam tak nak hidup lagi.. susah kan bercinta.."

" cinta perit dan susah kalau kita fikir susah.. dia akan senang dan manis jika kita menikmati tanpa ragu2.."

"cinta akak macam mana?" soalsya ingin tahu.. tidak dia sedar soalannya manambah luka diya sedia ada..

"akak menikmati cinta yang amat manis sehingga akak lupa akan kepahitan yang bakal akak temui..." balas diya perlahan..

sya turut terdiam.. sedar yang soalan dia telah membuatkan diya sediih..dia memeluk diya tanda simpati.


"ok sya.. jom tidur.. dah lewat gler ni.. pagi esok kan tak bangun plak kita nanti."

keesokan paginya, usai solat subuh diya terus turun ke bawah. perutnya sedikit lapar. matanya masih lagi mengantuk namun perutnya tidak mengendahkan matanya. masih meminta-minta untuk diisi..

diya memandang ke arah sya yang selesai solat terus merebahkan dirinya ke katil. tak sampai seminit terus tertidur.. isk budak nie... terus tido..dah la nak kejut tadi bukan main susah.. diya mengelengkan kepanya.

terus langkahnya diatur ke dapur. melihat ruang yang luas itu dia kagum. dapur itu mempunyai segala kelengkapan. malah kebanyakan alatan adalah yang terbaru.. emm.. boleh tahan jugak dapur rumah sya nie.. langkahnya diatur ke fridge.. matanya terbuka luas. penuh dengan makanan dan minuman.. emmm.. xlapar la sya kalau tak keluar rumah tiga hari pun.. akalnya bersuara..

terus dia mengambil beberapa biji telur.. apa yang dia nak masak ek.. melihat bahan-bahan yang lengkap di dalam peti membuatkan akalnya sedikit keliru..ala, masak je la apa yang patut.. ni tok breakfast je kan..

dengan riang dia memasak. sya bila bangun nanti mesti lapar. dia menyediakan beberapa masakan yang simple. masakan yang selalau disediakan semasa terkejar-kejar ke kuliah. lagipun perut dia sendiri sedikit sakit. lapar.. tidak sedar ada seseorang memerhati setiap gerak gerinya.

hakimi pulang ke rumah sebelum subuh. selesai solat, dia terus terbaring ke sofa. penat kerana memandu dan tidak tido semalaman.. dia memicit2 kepalanya.. langkah seseorang menuruni tangga kedengaran di telinganya. matanya yang mengantuk dan badannya yag letih tidak mempedulikan ayunan langkah itu. dia menyangkakan ia kepunyaan adiknya..

bunyi bising di dapur mengganggu tidonya.. dan bau sesuatu yang dimasak mengejutkan perutnya yang kelaparan.. sya buat apa la ni bising pagi2.. masak ke? dia tersenyum dalam separuh sedar.. adik dia nak masak? jauh panggang dari api.. teringat sewaktu sya cuba menunjukkan kemahirannya memasak. alih-alih dia dan sya terpaksa makan roti. semua yang dimasak sama ada hangus atau terlalu banyak perasa..

sekali lagi hidungnya dapat menagkap bau masakan yang wangi.. aku mimpi ke? pasti ini mimpi yang indah.. dia tersenyum sekali lagi.. sure sedap ni..

dan tiba-tiba dia bingkas bangun. akalnya menafikan yang dia bermimpi.. memang bau masakan yang real.. matanya terbuka luas memandang lampu dapur yang terbuka.. ini bukan igauan dia kan.. ada seseorang di dapur rumahnya dan orang itu bukan adiknya.. kawan sya ke?


perlahan kakinya melangkah ke dapur.. dia sedikit heran. ini rumahnya tetapi kenapa tindakannya seolah-olah seorang pencuri? mengkin kerana rasa ingin tahu siapa yang berada di dapur rumahnya..

dalam bayang yang gelap dia memerhati gadis itu memasak. perutnya kembali lapar melihat masakan yang disediakan. walaupun agak mudah namun dia dapat melihat ketelitian dalam setiap masakan yang dibuat.. dan dia nampak cekap.. gadis itu biasa berada di dapur.. dan bila dia berpaling ke sisi untuk mengambil sesuatu. dia agak terkejut.. itu keraninya.. apa yang dia buat kat sini? dan dia teringatkan sya.. sudah tentu.. tentu diya yang menemani sya sewaktu dia keluar malam tadi.

"garam... kat mana kau garam.. cepat la keluar syang.." dia mendengar diya bersuara perlahan.. bercakap dengan dirinya sendiri.. giler ke budak ni.. senyuman terukir di bibirnya.. terasa lucu dengan telatah diya...

diya menyelongkar laci2 kabinet di situ tetapi masih tidak berjumpa dengan apa yang dicarinya.. dia teringat akan sya.. patut ke dia naik mengejutkan sya semata-mata untuk bertanya di mana garam? tak msauk akal. dia mengeleng2 kepalanya..

"garam kabinat tiga dari kiri.. dalam bekas tudung merah.." ujar hakimi.. dia melihat wajah diya yang terkejut dengan kehadirannya.. gadis itu memang tidak perasan akan kehadiranya..

melihat diya yang shock. dia bergerak ke arah kabinet dan mengambil garam dan dihulurkan ke arah diya..
"ambil la.. wak perlu ni dalam masakan awak kan..?" hakimi menyoal lembut..

perlahan-lahan diya mengambil garam dan meneruskan tugasnya.. membelakangkan hakimi..
"en hakimi dah lama ke balik?" hakimi mendengar gadis itu bertanya sambil tangannya sibuk mengacau bahan-bahan tadi..

"cukup lama untuk mendengar awak menyeru2 garam keluar dari tempat persembunyiannya.." balas hakimi selamba.. dapat dilihat badan diya yang mengeras.. kemudian kembali ke posisi asal..namun hakimi tidak dapat melihat wajah diya.. dia ingin sekali reaksi gadis itu akan komennya..

"sedap je baunya.. awak masak apa tu?"
"breakfast je en hakimi.. sarapan yang mudah je.. encik pun boleh buat.." balas gadis dihadapannya..
dia mendekati keraninya.. melihat-lihat apa yang dibuat.. bahunya sedikit bersentuh dengan bahu diya.. dia dapat melihat diya melarikan dirinya dari berada dekat dengannya..
"ada apa-apa yang saya boleh tolong? saya dah lapar sangat ni tengok awak buat brekfast.." ujar hakimi sedikit mesra..

diya berpaling ke arahnya.. sedikit ragu-ragu.."en hakimi tolong rebus telur-telur kat meja tu.."

Hakimi tersenyum girang. Entah apa yang menggembirakan hatinya. Memandang keraninya yang begitu sibuk di dapur membuatkan dia berangan. Dia membayangkan lisa yang berada di situ. Menggantikan keraninya. Memasak untuknya.

“apa-apa lagi yang saya boleh tolong?” soal hakimi saat dia menyiapkan tugasannya. Memandang keraninya yang sudah pelahan gerak langkahnya. Dia memandang beberapa makanan yang sudah siap disediakan.. Cuma menunggu dihidangkan.

“tak ada apa lagi en hakimi. Semuanya dah nak siap dah. En duduk je kat situ.” Balas diya.


hakimi terkebil2 di dalam bilik.. otaknya ligat berfikir. entah kenapa kata-kata keraninya itu menyakitkan hatinya. baru hari ini dia mula melihat kebaikan yang terpancar di wajah keraninya. dia mula menyukainya sebagai seorang kawan. dan dia terasa kehilangan.

hari ini sema sa bersarapan mereka berbual-bual sebagai kawan. bukan sebagai pegawai atasan. diya nampak senang dengannya. mereka berbual dari hal pejabat hinggalah ke hal peribadi. banyak yang dia tahu tentang diya. dan dia tahu banyak jugak yang disembunyikan olehnya.

dalam pemerhatiannya, diya terlalu berhati-hati bila bercakap. diya tidak menyentuh langsung tentangnya yang boleh membuatkannya mengenali diya. cuma apa yang diketahui orang lain yang diceritakan diya kepadanya.dan dia tahu yang diya lebih bijak dari apa yang ditunjukkannya.

"akak.. ada phone" suara sya yang tetiba menggangu mereka mematikan perbualan mereka.

"siapa?"

"entah la akak. dia cakap urgent.."

diya menjawab panggilan tersebut. mukanya berubah pucat. hakimi tidak tahu apa yang berlaku namun dia tahu yang panggilan tersebut bukan panggilan yang mengenbirakan. diya terduduk di kerusi.

sebaik panggilan putus, hakimi memandang dengan rasa ingin tahu.. diya masih pucat tidak bergerak. kemudian tetiba dia berlari ke tingkat atas tidak berkata apa2. diya nampak tergesa-gesa.. apa yang berlaku agaknya. hakimi tidak pernah melihat gadis itu dalam keadaan macam ni.

"akak nak ke mana tu?" sya bertanya sebaik melihat diya dengan pantas menuruni anak tangga..

"akak nak balik. adal hal.. maaf ye.." balas diya dan terus meluru ke pintu depan.

hakimi berlari mengejar diya.

"awak ok ke?" hakimi bertanya lembut. melihat keadaan diya dia jadi bimbang. mukanya pucat tidak berdarah.

"sa...sa..yaa ok.." balas diya terketar-ketar. hakimi membantu membukakan pintu untuk diya.

sebelum keluar diya berkata sesuatu kepadanya.

"terima kasih en hakimi atas sarapan tadi.. mungkin kita takkan dapat berbual macam tadi lagi.. maafkan saya ye..saya kena pergi.."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kadang-kadang kita inginkan sesuatu dan yang pasti kita tidak akan dapat mencapainya.

sudah lebih tiga hari diya tidak datang ke pejabat. hakimi jadi hairan. selepas pemergian diya dari rumahnya memang dia tidak mendengar sebarang khabar daripadanya.

begitu juga dengan sya. sudah beberapa kali dia bertanya kepada zamri. dia jadi bimbang. dan jawapan zamri mengecewakannya. zamri juga tidak tahu ke mana diya menghilang. cuma panggilan diya selepas diya keluar dari rumah hakimi menyatakan dia tidak dapat pulang dan menyuruh zamri tidak bimbangkannya.

diya seolah-olah hilang. setiap panggilan dibuat ke telefon bimbitnya tidak diangkat.

sudah seminggu diya menghilang.. dan tiba-tiba dia muncul di pejabat. wajahnya kellihatn cengkung. tidak cukup tidur. terus diya bergegas ke mejanya tanpa mempedulikan rakan-rakan sekerja yang mengerumuninya.

sebaik hakimi mengetahui kedatangan diya, dia terus mengarahkan diya masuk ke biliknya.

hakimi memerhatikan keraninya. dalam seminggu dia dapat melihat perubahan pada diya. wajahnya nampak pucat dan cengkung.. diya seolah-olah menanggung masalah yang berat.

"apa alasan awak tidak hadir kerja selama seminggu nie?" hakimi terus menyoal tegas. hatinya terasa sakit kerana diya sudah seperti kawannya. melihat diya dalam keadaan sekarang membuatka dia inin yahu. apa masalah yang menimpa diya.

diya cuma diam membisu.

"diya, awak dengar tak apa saya cakap? kenapa awak tak hadir selama seminggu nie?" hakimi menyoal lagi.

hakimi hampa apabila diya masih mendiamkan dirinya..

"diya, saya minta maaf kalau saya kasar dengan awak.. sekarang, saya nak awak jawab soalan saya.. bukan sebagai atasan awak tetapi sebagai kawan.kemana awak pergi seminggu nie."

diya masih diam. cuma matanya memandang ke arah hakimi.

"ini surat berhenti kerja. saya harap encik terima permohonan saya." hanya itu yang terluah di bibir diya.

hakimi terpana. dia kemandang sirat yang dihulurkan diya kepadanya.. apa yang berlaku sekarang benar-benar membingungkannya.

"diya dah buat keputusan pak long. kali nie diya kena pergi."

"pak long tak tahu nak cakap apa lagi. pak long cuma harap diya jaga diri baik2. jangan malukan pak long."

diya memandang pak long nya. perit hatinya melihat mata pak long yang sedikit merah. sedaryang pak long kecewa dengan keputusannya.

"maafkan diya pak long. diya kena buat nie. sampai bila diya nak bergantung pada pak long? sampai bila diya nak terus tersisih.. diya tak nak hilang diri diya... dia perlukan diya. amanah dia diya kena tunaikan."

"pak long tahu. pergi lah nak.. pak long akan sentiasa doakan kesejahteraan diya.. dia beruntung ada diya. "


hidup ini singkat...

diya memandang jauh kehadapan. pemandangan indah tidak dapat menenangkan hatinya..

"apa yang diya fikirkan?" satu suara menegur perlahan..

diya memandang wajah yang terlantar di katil. dia sudah semakin stabil. sedah hampir sebulan diya melawatnya. menjaga makan minumnya..

"tak ada apa2. nak apa2 lagi ke?" soal diya perlahan.

dia memandang diya. jelas rasa bersalah pada diya. diya meninggalkan kehidupannya untuk berada di sisinya.. namun dia pernah meninggalkan dia dan menolaknya untuk berada di sisinya.

"diya marah?" soalnya perlahan. dalam keadaan sekarang, dia tidak mampu untuk menjerit, menengking mahupun menolak kehadiran diya disisinya seperti mana yang selalu dia lakukan saat diya ingin menghampirinya.

"diya tak marah.. cuma rasa terpencil bila dekat macam ni. diya tak layak."

dia diam. perasaannya bercampur baur. dia tidak pernah menyangka saat-saat sukar macam ni, diya akan berada disisinya.

dia pernah membenci diya. tidak membenarkan diya berada disinya. menyingkirkan diya dalam hidupnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sha memandang zamri yang berada disisinya. wajah zamri sedikit kelat.
memang hari ini dia amat gembira. zamri menghabiskan masanya bersamanya dengan memonton wayang, berjalan-jalan dan berbual dengannya.

tika itu mereka sedang berehat di bangku taman.

"apa yang zam fikirkan?"

zamri memandang sya. dia tidak betah menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan sya. namun dia juga tidak ingin sya mengetahui apa yang berada di fikirannya.

"zam.. sya mintak maaf.. tapi sya tak suka tengok zam macam ni.. ada apa2 ke zam nak kongsi dengan sya?"
sya bertanya lembut. dia tahu ada sesuatu yang zamri fikirkan.

"diya.."

"kenapa dengan kak diya? cuba zam cerita kat sya.."

"tak ada apa-apa pun sebenarnya.. zam cuma bimbangkan diya.. dalam keadaan ssekarang diya perlukan sokongan. dia tertekan.."

sya memandang zam dengan prihatin. perlakuan diya memang membimbangkan. dia mendapat khabar yang diya sudah berhenti kerja..pernah juga dia cuba menelefon diya tapi tidak pernah dijawab.

"apa yang berlaku zam?"

"zam sendiri tak tahu nak cakap macam mane. benda ni personal. nanti bila semua dah selesai diya akan kembali macam dulu. sekarang kita jangan ganggu dia. dia ada urusan yang penting untuk diselesaikan."

"sya x faham.."

"kita g makan aiskrim nak.. jom" zamri cuba mengelak dari manjawab pertanyaan sya.

sya memandang zamri yang sudah menghulurkan tangannya padanya smbil berdiri. lidahnya kelu.

"sya x faham zam..."

"tak ada apa yang perlu sya faham. zam sendiri pun x faham. benda ni rumit. kita makan aiskrim dulu ye.." zamri cuba memujuk..

perlahan sya menyambut tangan zamri walaupun dia masih keliru.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hakimi memandang pada gadis didepannya. kedudukan gadis itu yang jauh menyukarkan dia untuk mengecam gadis itu. namun dia tahu yang dia pernah berjumpa dengan gadis itu. wajahnya seiras diya.

dia memandang gadis itu yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki yang kemas berpakaian. mereka nampaknya berbual sesuatu yang serius.

memandang pakaian gadis itu, dia teringat pada diya. diya tidak pernah memakai sut seperti gadis didepannya. pantas dia mencari meja yang membolehkan dia memerhatikan gadis itu dan rakannya.
sut biru yang dipakai gadis itu sesuai dengannya. selendang bercorak abstrak menyerlahkan lagi penampilannya. namun wajahnya masih kekal simple dengan solekan yang nipis.

melihat rakan gadis itu berdiri, dia turut mengalih perhatiannya. nampaknya mereka sudah habis berbincang. langkahnya diatur perlahan ke meja mereka. sebaik rakan-rakan gadis itu pergi dan meninggalkannya sendirian, hakimi terus menyapa.

"miss diya?" soalnya membuat serkap jarang..

gadis itu memandangnya. pantas juga dia mengemas kertas2 di hadapannya dari pandangan hakini. namun hakimi sempat melirik kepada kertas2 tersebut. sekilas pandang dia tahu yang kertas2 itu sulit dan penting.

"encik hakimi.. apa yang encik buat kat sini?" soal diya agak terkejut.

No comments:

Post a Comment