Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 10

"saya yang patut tanya soalan tu miss diya.." balas hakimi. matanya tajam merenung gadis di hadapannya.

diya semakin menggelabah.pandangan lelaki itu melemaskannya.. namun dikawal riak wajahnya.. menyusun dan terus menyimpan kertas tersebut ke dalam begnya yang agak besar..

"jangan panggil saya macam tu en. hakimi.. pelik je saya dengar."


"awak nak saya panggil apa? diya je ke?"

"boleh je en hakimi. lagipun saya tak biasa orang berencik2 dengan saya nie.." balas diya sambil tersenyum.

diya memandang lelaki itu. wajah yang semakin kabur dalam ingatannya. dalam keadaan sekarang, masa lampaunya seolah-olah semakin hilang. tugasan barunya memrlukan dia menumpukan penuh perhatian. tugasnya semakin sukar.

"awak panggil saya hakimi je.."

diya mengelengkan kepalanya." tak boleh en hakimi. encik majikan saya.."

"bekas majukan diya.." balas hakimi perlahan..

diya memandangnya.. teringat akan sifat hakimi. garang dan tidak banyak bercakap..lelaki ini semakin berubah.

"apa yang diya buat kat sini?" soalnya lagi.

"saya.. saya datang nak makan.." balas diya..

hakimi memandang tajam. tidak mempercayai kata-kata yang diluahkan diya.. juka nak makan mana makanannya.. meja didepannya kosong..

"lelaki2 tadi siapa?" hakimi masih tidak puas hati.

diya resah di tempat duduknya.jika hendak, dia boleh meninggalkan hakimi terus di situ..

"jangan ingat saya bodoh diya.. siapa mereka. apa awak buat kat sini?" hakimi cuba menekan diya.

"mereka pelanggan syarikat. bos saya mintak saya ambil sesuatu dari mereka.. sebab tu saya kat sini."

hakimi memandang diya meminta kepastian. dia tidak pasti apa yang diya katakan adalah benar. memandang diya berbual dengan lelaki2 tadi, dia pasti mereka sedang berbincang. tentang apa dia tidak tahu. dia memandang beg besar yang berada di sebelah kerusi. agak kontra dengan pakaian yang dipakai diya. beg lusuh yang sering dipakai sewaktu menghadiri kuliah. apa isi kandungan beg itu agaknya. dan kertas2 tersebut.

hakimi menarik nafas panjang.
"sya bimbangkan awak. kenapa awak tak pernah contact dia." hakimi cuba mengalih tumpuan diya. dia pasti yang diya dapat melihat lirikan matanya yang memandang beg disebelahnya.

"maaf en hakimi. saya ada urusan.. tak ada masa langsung nak contact sya."

"awak kerja kat mana sekarang?" hakimi bertanya ingin tahu.

diya menunjukkan ke arah bangunan yang terletak bertentangan dengan restoren tersebut.
"saya kerja makan gaji je kat sana. semak2 surat macam tu la.."

"saya tak tahu pun. kenapa awak berhenti? gaji kecik sangat ke?"

diya memandang hakimi. lelaki ini banyak soal pulak. ini bukan kebiasaan hakimi.. lelaki itu seorang yang sinis. sekarang jadi busy body plak ke?

"cukup en hakimi.. just x serasi je.." balas diya teragak2..

hakimi memandang diya tidak percaya. diya berhenti kerana dia terasa tidak serasi? serasi dengan apa? kerja ke seseorang yang membuatkan dia tidak serasi?

"serasi?"

diya menganggukkan kepalanya. apa la yang aku mengarut nie.. dia tidak pernah terase terasing bekerja di bawah hakimi. rakan-rakannya semua prihatin dan baik. en hakimi walaupun garang tidak pernah mengganggu urusannya. cuma kadang2 perit telinganya mendengar herdikan dan jerkahan en hakimi. memang anak singa btol..

"diya.." tetiba satu suara menggangu perbualan mereka. hakimi memandang lelaki yang menegur diya. wajah itu pernah dilihatnya.

hakimi memandang diya yang tidak mempedulikan sapaan lelaki tadi. apa yang berlaku ni? akalnya tertanya-tanya.

"jadi ni la kekasih baru diya.. boleh tahan.." arill mengejek..

diya memandangnya tidak percaya. tidak percaya yang arill alan berkata begitu padanya saat hakimi masih berada di kerusi di depannya. dapat dilihat wajah hakimi yang terkejut.

"dia bukan kekasih diya.." balas diya tegas.

aril masih tersenyun. tidak siapa tahu yang dia sekarang sedang menahan perasaan dari menumbuk lelaki yang berada di depan diya. dia tidak mempercayai kata2 diya. pertama kali berjumpa dengan lelaki itu sewaktu di depan pejabat. lelaki itu menghalaunya.. sekali lagi dia terserempak sewaktu diya keluar dari rumah lelaki itu..kali ini di restoren ini.

namun apa yang menyakitkan hatinya adalah kerana diya menafikan semuanya.. kalau bukan kekasih, kenapa diya berada di rumah lelaki itu? selepas diya menolaknya, dia kadang2 mengekori diya..

"habis apa? diya perempuan simpanan lelaki ni?" arill menyoal sinis.

merah padam muka diya mendengar tiap patah perkataan yang keluar dari mulut celupar arill.. ini sudah melampau.. murah sangat ke dia untuk dihina seperti ini.

"jangan menuduh arill.." balas diya tegas..

hakimi memandang mereka berdua. jadi lelaki ni namanya arill.. kekasih diya ke? dalam diam dia memuji penampilan lelaki itu..kemas dan segak.. namun apa yang dilihat sekarang adalah muka diya yang merah padam saat lelaki itu menuduh diya sebagai perempuan simpanannya.. aku ni ke problem dia orang?

"emmm.. diya.." hakimi cuba bersuara..

"memang pun.. berapa banyak dia bagi kat diya? arill akan bagi lebih dari tu.. tinggalkan lelaki keparat ni.." jerit arill lantang. tidak mempedulikan mata2mata yang memandang.

hakimi terkedu. diya diam membisu.. arill mengepal penumbuk menahan marah.

arill terasa pipinya perit. ya, diya menamparnya.

diya tidak menyesal saat tangannya ringan ke muka arill.. lelaki itu sudah melampau. menghinanya seteruk itu. apa yang sudah dia buat untuk mendapat penghinaan seperti itu?kenapa lelaki itu kejam padanya.

"memang diya perempuan hina.. apa salahnya diya dengan dia. sekurang2nya dia tak kejam macam arill.. sekarang berambus dari sini.. " jerit diya.

hakimi cuma mampu memandang drama tersebut.


"diya.. please.. kita bincang k.." arill cuba memujuk. pipinya masih terasa sakit namun diabaikan. baginya, diya lebih penting dari segalanya. selepas diya menamparnya baru dia sedar yang dia telah membiarkan emosi menguasai diri.

"kita tak ada apa-apa lagi nak bincang.. semua dah selesai.. jangan ganngu diya lagi. diya tak nak jumpa arill lagi."


"siapa lelaki tadi?"
hakimi bertanya selepas lelaki tersebut menghilang.

"kawan lama. saya kena pergi dulu. dah lewat ni.." balas diya terus berlalu meninggalkan hakimi terpinga-pinga.

hakimi cuma mampu memandang.

dia masih bingung dengan kejadian tadi. kata-kata diya masih terngiang di telinganya. dia tahu ada sejarah antara diya dan lelaki tadi. kekasih diya ke? emm.. bukan calang-calang orang lelaki tadi. lihat sahaja pada pakaiannya.

diya memandang ke luar tingkap. kenapa hidupnya tak pernah tenang. ingin sahaja dia pergi dari sini. tapi ke mana?
arill tak sudah-sudah mengganggu hidupnya. kenapa arill tak nak terima hakikat yang dia tidak mungkin akan kembali padanya walau apa pun yang arill buat.

#########################################

"apa lagi yang uncle nak bincangkan?"

"pasal syarikat.. abah diya masih kat hospital.. dia kena banyak berehat."

"jadi.."

"uncle nak diya uruskan syarikat ni sementara nie. abah diya pun dah setuju.. kami dah berbincang.. memang patut diya terajui syarikat nie."

No comments:

Post a Comment