"tak uncle.. diya cuma tolong uruskan syarikat sementara tunggu farid balik.. diya tak nak ada kena mengena dalam syarikat ni.. tidak dalam hidup diya.."
"kenapa diya degil sangat.."
"sebab diya sedar siapa diya uncle. diya tak ada makna langsung dalam hidup abah.. diya cuma anak abah pada kertas tapi diya tak pernah dilayan macam anak. tok wan abah diya dari dulu sampai la sekarang.. bila tok wan tak ada, pak long yang jaga diya. abah tak pernah ambil tahu pun pasal diya."
"jadi diya berdemdam pada abah diya?"
"diya tak pernah benci pada abah.. dia ayah diya tak kira macam mane sekalipun.. sebab tu diya setuju bantu abah sementara tunggu farid. tapi diya tak nak nanti diya bergaduh dengan adik2 sebab syarikat. uncle pun tau kan macam mane adik2 diya layan diya.. diya ni macam orang asing pada mereka.."
################################
"sofea.. cepat la sikit.. kimi dah tunggu tuh.."
"kau cakap la kat dia suruh tunggu kejap. aku tengah siap-siap nie" ujar sofea sambil membetulkan anting-anting di telinganya. dia memandang wajahnya yang siap dimekap.cantik.. kalau tak takkan la hakimi boleh terpikat padanya. dia tersenyum sendirian.
"sofea.." jeritan nini membuatkan sofea cepat-cepat bersiap dan bergegas turun.
"lawa nampak" ujar nini dengan nada menyindir..
"ni sofea la.. mesti lawa.. kimie mane?"
"dia tunggu dalam kereta.. kau ni pun lambat sangat siap.. jenuh aku pujuk kimie suruh tunggu kau."
sofea tersengih.. dia mengakui kata-kata nini.. hakimi memang pantang jika dia sesiapa lambat. hattta dia sekalipun tidak terkecuali.. walau sayang mana hakimi padanya, dia akan ditinggalkan jika lambat.. dulu dia tidak sedar akn hal ini.. namun bila satu hari dia ditinggalkan seorang diri kerana lewat setengah jam barulah dia sedar. itupun kerana dia menelefon.. ingin merajuk tapi bila hakimi memarahinya kerana lambat barulah dia tahu yang hakimi memang pantang dengan orang yang lewat.
"kau bagi excuse apa kat kimi tuh?"
soal sofea lagi..
"aku cakap kau sakit perut.. xtahan.. tuh dia tunggu tuh.." ujar nini sambil tersenguh panjang..
terus mencuka muka sofea bila mendengar jawapan nini. kurang asam punya kawan. ada ke bagi alasan macam tuh..
"kawan.. cepat la..kang kena tinggal dek kimie tuh.." ujar nini cepat2 menghalau sofea.
"kenapa lambat?"
soal hakimi bila sofea masuk ke perut kereta. dia memndang soea yang tampak anggun dengan gaun labuh merah darah..
"sakit perut.." balas sofea perlahan..
"u nampak cantik" ujar hakimi setelah lama mendiamkan diri.. matanya memandang ke jalan raya.
Sofea memndang hakimi.. tersenyum dia kerana dipuji hakimi. tidak sia-sia dia bersolek.
"kita nak pegi mana ni?"
"kita ada dinner kat rumah dato' salim.. ulang tahn perkahwinan dia ngan datin saleha." balas hakimi pendek.
"Diya.. nak lari ke mana tu?" suara suraya yang tetiba aje menyebabkan diya menghentikan langkahnya.. alamak.. bala dah sampai dah.
"nak g dapur jap.." balas dia sambil bergegas pergi. namun, suraya terus jugak mengekorinya.
diya memandang sahabatnya itu.. nampak btol riak tak puas hati suraya terhadapnya.
"apa yang sue nak cakap ni.. sampai ikut diya ke mana je diya pergi."
"tak de apa. takkan nak borak ngan kawan lama pun tak boleh kot. diya ni sensitif sangat la"
suraya mengambil gelas dan terus mengisi air kosong ke dalam gelas. dihulurkan gelas tersebut kepada diya.
"trima kasih.. any way.. diya bukan tak kenal sue.. kalau dah mengekor macam ni tentu ada apa-apa."
suraya terdiam. entah patut ke tidak dia bertanya tentang hal ini pada diya..
"tak ada apa-apa diya.. ke mana diya pergi? nasib baik sue ada bussiness ngan company tu. kalau tak haram nak jumpa ngan diya."
diya tesenyum. dia mengakui bahawa sejak balik, dia tidak pernah menghubungi kawan-kawannya.. dia berjumpa dengan suraya pun kerana suraya ada urusan dengan syarikat dia bekerja..
"aku balik kampung la.. lama jugak aku dok sane sebelum datang sini.."
"em.. diya happy ke sekarang?"
diya menganggukkan kepalanya. dia memang gembira.. gembira bila berhadapan dengan semua orang.
"siapa yang tak pernah ada problem sue. aku pun macam tu jugak. kadang2 ada jugak problem aku kena handle.."
sue mencapai gelas kosong untuknya."macam problem kau dengan arill ke?"
dia menuang minuman ke dalam gelas dan meneguk air tersebut.
diya diam. suraya rupanya sudah tahu perkara tersebut. tapi siapa yang bagitahu dia? seingatnya dia tidak pernah menceritakan hal tersebut kepada sesiapa. keluarganya tidak pernah tahu akan hubungannya dengan arill. hakimi pun cuma orang luar yang tidak pernah tahu akan kisah silamnya.
"dari mana kau dapat cerita nie.." diya cuba menafikan.
"aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai.. u know.." suraya tidak dapat menjelaskan bahawa arill yang memberitahu hal tersebut kepadanya.. merayu-rayu minta dia memujuk diya..
pada mulanya dia heran dengan sikap arill yang tetiba datang kepadanya dan memberitahu yang dia ingin bersama dengan diya semula.. lebih 3 tahun dia tak pernah mendengar nama diya disebut arill. Sejak arill memutuskan hubungan tersebut. Diajuga tidak pernah menyebut nama arill apabila bersama dengan diya. takut diya terasa dan terluka.
"kisah aku ngan arill dah lama tamat. jangan nak buat spekulasi.. aku rasa informer kau tu dah berkarat la kabel dia." ujar diya sambil mengukir senyuman buat sahabatnya.
aku faham diya. bukan senang untuk kau terima arill setelah apa yang arill buat pada kau.
"kau nak lepak kat sini ke? jom la ke depan.." Suraya cuba mengalih perhatian diya.
jelas ditelinganya suara orang ramai di halaman rumah.
"Kau pergi la sue. Aku tak berapa sihat. Aku datang ni pun sebab kau kawan aku. "
Diya cuba mengelak dari menonjolkan diri di majlis tersebut. dia pasti yang arill pasti akan hadir ke majlis tersebut.
"kenapa? Takut berjumpa dengan Arill ke?" suraya sengaja memprovok. tahu yang diya sedaya upaya mengelak dari berjumpa dengan arill.
"buat apa aku nak takut jumpa dengan orang macam tu. buang karan je.."
"macam tu kau ikut aku ok.." suraya menarik tangan diya ke laman hadapan.
Diya memerhatikan majlis tersebut dari kerusi di taman.. dia datang setelah puas dipujuk suraya. dari situ dia dapat melihat arill namun sengaja dia mengelak dari bertembung dengan arill. Nyata jangkaannya benar. Arill berada di situ.
"kau ni pun. dah datang majlis macam ni pun nak buat muka macam tu lagi..senyum la k" Suraya cuba memujuk diya.
baru sekejap tadi dia berbual dengan arill. Arill ingin bercakap dengan Diya namun dia menghalang. Dia tidak ingin melihat wajah Diya semakin terbeban.Lagipun Arill telah banyak melukakan hati kawannya.
"aku ok je kat sini.. Kau tu patutnya kat sana. Layan tetamu tu.. X elok tuan rumah lari macam ni tau.."
Suraya pura-pura marah
"ala.. aku nak jenguk kawan aku kejap. nanti aku pergi la layan tetamu ni.. tetamu boleh tunggu tau.. kau tu aku takut tetiba hilang pulak."
diya tertawa.
Suraya tersenyum. Dapat jugak dia melihat senyuman di wajah diya.
"dah berapa lama mak ayah sue kawin? diya nampak mereka tu secocok je.. mesra."
Suraya memandang ibu dan bapanya. mereka memang pasangan yang serasi.
"dah dekat 45 tahun dah diya.. aku pun kekadang heran jugak ngan mereka ni.. dari dulu sampai sekarang aku tengok macam orang baru bercinta.. kalah kami anak-anak nie."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment