katil empuk. sengaja dia merebahkan diri di situ.
Diya memandang tajam. bukan dia tak tahu yang hakimi sengaja ingin mengjengkelkannya. kalau penat atau apapun dia pasti yang bilik hakimi mempunyai tilam yang lagi besar dan empuk berbanding tilam di bilik tersebut. Macam budak-budak.
"not bad 4 a start. ada apa-apa lagi ke yang Diya kena tahu?"
Diya memeluk tubuhnya.memandang hakimi yang sudah memejamkan matanya. melampau betul.
hakimi membuka matanya. dilihat yang diya sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya. Dahinya berkerut. Dia bangun namun punggungnya masih tidak meninggalkan tilam itu.
"Tak ada apa-apa lagi.Esok kimi bagi kunci rumah ni. sementara tuh diya rehatlah. kat dalam almari tuh ada beberapa helai bau. Just use it.."
"ok.. " jawab diya ringkas. dia memandang hakimi. menunggu untuk lelaki itu keluar dari bilik itu. badannya terasa melekit dan letih. kalau ikutkan hati ingin saja dia menghempaskan badannya ke katil tanpa mempedulikan kehadiran hakimi.
"apa pandang2... " soal hakimi bila melihat mata diya masih terarah padanya. mulutnya terkumat kamit macam membaca mentera tapi tiada satu pun yang difahami hakimi.
"sampai bila kimie nak lepak kat sini. Pergi la masuk bilik Kimi. Diya nak berehat ni.." Ujar diya melepaskan geramnya.
"Ni kan rumah kimie. ikut suka kimie la nak lepak kat mana pun.. ". hakimi sengaja berdalih. suka benar dia menaikkan kemarahan diya.
Hati diya bertambah panas. Hakimi memang sengaja cari gaduh dengannya. Tak boleh ke dia dibiarkan sendirian walaupun sekejap.
Langkah diya terus diatur keluar dari bilik tersebut. Hakimi yang melihat terpinga-pinga. terus bangkit dari duduknya mengejar diya.
"nak ke mana tu?" hakimi memegang kejap lengan diya. terkejut dengan tindakan diya yang tiba-tiba gergegas keluar.
"kalau macam ni perangai hakimi baik diya keluar je.. Diya tak ingin tinggal kat sini. makin menyusahkan ada la.."
hakimi terpna.
"so... so.. sorry. diya ni... kimi gurau je la.. Dah. pergilah berehat.. kimi tak kaco lagi.."
Mata diya terarah pada pegangan hakimi yang kejap di lengannya. mula merasa sakit. Sure la pas ni ada kesan lebam.. tangan mengalahkan gorilla. Macam ni ke dia layan awek dia? Sure taknya.
"kimi.. dia mintak sangat2 ni.. bagi diya privasi. diya dah banyak tolak ansur dengan kimie."
Tolak ansur? apa yang tolak ansurnya? bukan ke Diya itu isteri aku. takkan la aku tak berhak ke atsnya. nak tidur sekatil pun boleh.. Diya ni pun satu, cepat je latahnya bila dicuit. setahu aku dia ni kebal je selama ni. tak de perasaan langsung.
"diya memang macam ni ke?"
"macam apa?"
"nak cakap macam mana ek.. split personalities.."
"kenapa kimie cakap macam tuh plak?" diya menyoal ingin tahu. dia ingin mengenali hakimi. ingin tahu pendapat hakimi tentang dirinya. Adakah pendapatnya sama seperti teman wanitanya?
"yela.. diya yang kerja ngan kimie dulu cool je.. tak banyak cakap.. tak pandai tarik muka macam sekarang ni.. ni kena usik sikit dah melenting.. tapi kadang2 diya ni cool jugak.. selamba je..tapi perahsia.."
Diya tersenyum... cool.. selamba.. entah apa la hakimi ni? tak faham dia..
"diya tak de pun split personalities or apa-apa je yang pelik tuh.. Ni la diya yang kimi tengok selama ni.. cuma waktu tu situasi je yang berbeza.. macam sekarang ni.. cos u are my friends aka husband jadi diya fikir diya boleh je cakap apa yang diya nak.. no harm done right.. "
terangguk-angguk hakimi. tidak sedar pegangan di lengan Diya makin longgar.
Diya mengambil kesempatan melarikan diri dari hakimi sekali lagi. kali ini terus masuk ke biliknya tanpa sempat hakimi mengejar. terus dikunci pintu tersebut. selamat aku..
hakimi memandanng puntu bilik yang tertutup rapat. pasti sudah diunci diya dari dalam. Dia mengeleng.. dia leka sekejap dan diya sudah cabut lari darinya. teruk sangat ke dia di mata diya? teringat akan gelagat diya yang tergesa-gesa masuk ke biliknya. cuba dikejar tapi diya sudah selamat di dalam bilik. dapat didengar Diya gelak sakan. mesti kutuk aku ni..
diya memandang lebam di lengan dan dahinya.. alamak.. apa la yang aku nak kelentong pakcik osman esok.. Jatuh tangga? bilik air?.. Diya memegang bonjolan di dahinya.. tak de la sakit sangat.. masa terhantuk tadi je sakit.. ditekan bonjolan tersebut. terus matanya terpejam. sakit lagi bila ditekan.
matanya berkalih pada lengannya.. lebam sedikit je.. esok2 ok la tuh.. lagipun dulu dia dah biasa mengalami lebam di badannya aibat latihannya. kuat jugak mamat ni.. agaknya inilah hadiahnya kerana setuju dengan cadangan hakimi yang giler-giler nih.. tersenyum memandang bayangan di cermin dan kemudian merebahkan diri ke katil. terus lena..
diya memandang almari yang mempunyai isi yang sedikit itu. dipandang baju-baju yang tergantung di situ.. siap dalam plastic bag lagi. sure kimie hantar baju ni pegi dobi. diselak satu persatu baju yang ada di situ. Agak2 ni baju sofea ke baju sya? Diangkat sehelai bahu dari penyangkut. ni sah bukan baju sya.. tak cukup kain je dia tengok. selalu ke Sofea tidur kat sini?
tangannnya kembali meletakkan baju tersebut di penyangkut. diselak-selak lagi mencari baju yang sesuai untuk dipakai. yela, kebanyakan baju kat situ terlalu seksi baginya. tersenyum gembira dia bila terpandang skirt labuh yang berwarna hitam. ni boleh la dia pakai.. dia cuba mencari baju yang sesuai untuk dikenakan bersama skirt tersebut.melihat blouse putih berenda dan lengan panjang terus dicapainya.
hakimi ni pun satu.. tak nyempat2 nak dia tinggal kat sini. tengok la nak cari baju pun susah..ngomel diya sendirian.
diya memandang refleksi dirinya di cermin.. berkerut dahinya. memang sesuai tapi dia kurang selesa kerana blouse tersebut terasa ketat membalut tubuhnya. Perlahan dia menyikat dan menyanggul rambutnya. Tudung malam tadi dipakai kembali. nak buat macam mana, dalam almari tuh memang tak ada tudung. Sya ngan sofea mana reti pakai tudung. Dipin dan disemat keronsang biar nampak kemas. setelah berpuas hati dengan penampilannya barulah dia keluar dari bilik tersebut.
Terasa lama diya berada di sofa. hakimie ni bila nak keluar. jam sudah menginjak ke angka 8. hai.. masuk kerja pukul berapa la kimie nie. majalah yang berada di meja tidak dipedulikan lagi. sudah puas dia membelek2 majalah itu sementara menunggu hakimi. bukan sengaja dia menunggu hakimi tapi kunci pintu grill disimpan hakimi. dia tak boleh keluar.
terkejut bukan main diya bila melihat hakimi yang baru keluar dari biliknya. ni nak pergi office ke pergi bendang.. selekeh, selebet, comot dan perkataan yang sama waktu dengannyalah. mengeleng kepala diya tidak percaya.
"baru bangun ke tuan putera?" sindir diya.
hakimi sibuk memasukkan hujung bajunya ke dalam seluar. dengar akan ucapan diya namun tidak berdaya membalas. akur dengan kecuaian sendiri. lupa akan diya yang berada di rumahnya. macam mana la dia boleh tak terbangun.
Diya menghampiri hakimi yang terkial-kial dengan tanganya. berniat ingin membantu.. kesian pulak dia tengok hakimi ni.
"kimie ada meeting pagi ni..." luah kimie.
patut la kelam kabut sangat. rupanya dia ada hal pagi ni.
"sini diya tolong.." ujar diya. dia menarik tali leher yang berada di genggaman hakimi. hakimi membiarkan saja.
****************************************************
berdegup kencang jantung hakimi bila terasa jemari diya di dadanya..Apa yang kau buat tuh diya.. jangan la nak goyahkan perasaan aku.. dah la aku ada meeting kejap lagi ni.. kang tak pasal-pasal cancel plak..
hakimi menundukkan wajahnya. melihat apa yang dibuat diya. jari jemari tu cekap mengkancing butang bajunya. dia tak kancing baju ke tadi? melihat diya yang selamba terfikir olehnya adakah diya selalu semesra dan sedekat ini dengan arill?terbayang di matanya arill dan diya bersama di katil empuk.. tak.. tak..tak mungkin..diya bukan macam tue.. hatinya menjerit menafikan bayangan yang sekejap itu..
"kenapa" diya mengangkat wajahnya. terkesan akan tubuh kimie yang terasa kaku.. dia ada buat salah ke?
mata bertentang mata.. asyik hakimi memerhati wajah yang memandangnya. dipejam matanya cuba melupakan perasaan yang melandanya sekejap lagi..
"tak ada apa-apa" geleng hakimi.
hakimi memandang lagi.. diya sudah meneruskan kerjanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. tali lehernya sidah berada ditempat yang sepatutnya. sesudah selesai diya bergerak menjauhinya. dicapai tas tangan dan tersenyum memandangnya..
"jom pergi.." hakimi dapat mendengar suara diya..
cepat-cepat hakimi menyarung stokingnya.. tidak ingin terus terleka dengan perasaannya.. boleh ke dia bersabar jika sekarng pun dia dah tak boleh menahan perasaannya? melonjak-lonjak inginkan diya menjadi miliknya. cintakah dia atau hanya kerana ego dia tidak mahu diya menjadi milik orang lain? dia keliru.
Usai mesyuarat hakimi terus masuk ke biliknya. deringan telefon terus mengisi telinganya sebaik dia masik ke biliknya. siapa pulak la pagi-pagi macam ni dah mengacaunya.. baru je dia nak bersendirian dah ada yang mengganggu. dibiarkan sahaja panggilan tersebut.
Entah berapa kali telefon itu berbunyi dia pun tak tahu. sengaja dibiarkan berbunyi tanpa diangkat. bosan.
kemudian, telefon bimbitnya pula yang berbunyi. Siapa pulak ni.. Diambil telefon di pokeynya untuk melihat si pemanggil. terus tegak duduknya bila melihat si pemanggil. Mampus aku kali ni.
"Ada apa abah?" soal hakimi.
Dijauhkan telefon itu di telinganya bila mendengar suara di talian membebel kepadanya. Pasti yang pemanggil tersebut marah padanya yang sengaja membiarkan talian tidak diangkat. kalau la dia tahu tadi, awal-awal lagi panggilan ke biliknya sudah dijawab.
Hakimi mendengar sambil lewa akan apa yang diperkatakan oleh abahnya. tak habis lagi ke membebel tue. segera dia bergegas keluar atas arahan abahnya. telefon masih tetap dilekapkan ke telinganya. Langkah diatur ke bilik ikmal namun terhenti sebelum sempat dia masuk ke bilik tersebut. ikmal sudah keluar seolah-olah sudah tahu akan kedatangannya. mungkin abahnya sudah memberitahu ikmal.
"abah.. ikmal dan kimie dah nak turun ni. Abah tunggu kat bawah k. " ucap ikmal sebelum mematikan talian.
Di dalam lif ikmal berbual dengan hakimi berkenaan urusan yang tiba-tiba itu. cuba memahami perjumpaan yang bakal berjalan. abahnya sudah memberitahu semasa bercakap dengannya tadi tapi masih ada perkara yang tidak difahaminya.
Di dalam kereta ikmal hanya mampu mendiamkan dirinya. tidak mahu masuk campur dalam urusan dua beranak. dia menjeling ke arah cermin pandang belakang. muka kedua-dunya serius.
"bila kimi nak kenalkan calon menantu abah?" soal lelaki tua itu. dalam usia itupun dia masih kelihatan kacak dan segak. Cuma garis-garis kedutan di wajahnya yang menunjukkan yang usianya sudah tua.
"hah..." terpinga-pinga hakimi dengan soalan yang mendadak. dipandang ikmal yang sudah mula tersenyum sinis. dilemparkan renungan tajam ke arah sahabatnya itu. Ikmal buat-buat tak faham.
"hakimi ni tunggu bidadari kayangan uncle" ikmal tertawa.. bukan dia tak tahu yang hakimi itu sudah berkahwin. kesian dengan abah hakimi yang berharap mendapat menantu sedangkan dia sebenarnya sudah mempunyai menantu.
"bidadari kayangan mana pulak yang kamu tunggu ni? abah ngan umi ni dah tua.. nak jugak tengok kamu ni berkeluarga. tak kesian ke kat kami ni?" ujar abahnya berharap..
hakimie diam. Alamak. emosi pulak la abahnya kali ni. dah berkali-kali soalan itu diajukan kepadanya. macam-macam alasan sudah diberikan pada abah dan uminya. tahu yang mereka kecewa dengan setiap alasan yang diberikan.
"tungu la abah. nanti la kimie kenalkan.. " balas hakimi lemah..
"kamu dah ada calon la ni? bila nak kenalkan kat abah?" beria-ia benar abahnya. hakimi sekali lagi merasa bersalah. Sudahlah dia memberi harapan pada abahnya.
"kimie tak ada calon lagi la abah.." ujar kimi mematikan harapan abahnya.. dapat dilihat wajah yang riang tadi kembali mendung.. apa lagi yang boleh dibuatnya.. takkan la nak kenalkan sofea pada keluarganya. Abahnya awal-awal lagi sudah membantah biarpun uminya kelihatan boleh menerima sofea.
"kalau hujung tahun ni kamu tak bawak calon menantu abah, abah tak teragak-agak kahwinkan akmu dengan calon abah. Abah dah penat tunggu kamu bawak calon kamu sendiri. " abahnya bersuara. keras di telinganya.
begitu payah hakimi menelan air liurnya sendiri.. Abahnya tidak pernah bermain dengan kata-katanya. apa yang dikata akan dikotanya. Apa pennyelesaian yang dia ada? dia mati akal..
"kamu masih dengan sofea lagi ke? dah cair telinga abah dengar pasal kamu dan kekasih kamu tuh.. dekat pulau hari tuh pun abah dengar kamu dengan sorang perempuan? apa nak jadi dengan kamu nih.. perempuan kamu buat macam baju.. bila la kamu nak berubah.."
hakimi sekali lagi terdiam. terdiam kerana abahnya bercakap pasal hal kat pulau tuh.. Apa akan jadi kalau abahnya tahu perkara sebenar.. agaknya disembelih hidup-hidup. matanya terarah pada ikmal. berbicara dalam diam.
"kita nak ke mana ni dato'" ikmal memecah suasana. cuba mengembalikan dan mengalihkan perhatian kedua-duanya.
"kita nak jumpa anak kawan abah. Abah ingat nak join venture dalam projek mereka ni.. abah lihat potensi projek mereka ni memang besar..dengar khabar projek ni dikendalikan sepenuhnya oleh anaknya. "
terdetik kekaguman di hati hakimi terhadap anak kawan abahnya. sedar bukan senang abahnya memuji sesiapa. jika pujian diterima abahnya bermakna orang tersebut memang layak dan berkebolehan.
" abah ni lebih-lebih pulak memuji. Ada pape ke abahnya?" usik hakimi.
Tertawa lelaki itu dengan usikan anaknya.. dipuji salah tak dipuji pun salah..
"kalau anak kawan abah tu perempuan dah lama abah kawenkan korang tau.." jawapan bapanya membuatkan hakimi turut sama ketawa. Abahnya ada-ada saja la.. sempat lagi mengenakannnya.
jatuh hati n kemudian jatuh tangga... boleh tak?
actually plot cter ni agak panjang..masih tidak berpenghujung.. bermacam dugaan yang akan hakimi dan diya tempuhi.. kedukaan, kebahagian... semuanya akan menjadi satu..
harap-harap semuanya setia menanti kesudahan kisah dia selamanya...
bila mereka sampai di cofee house anak kawan abahnya sudah sedia menanti. disisinya terdapat seorang lagi temannya. hakimi mengagak yang itu perupakan pekerja mereka.
mereka berkenalan seketika sebelum memulakan perbincangan. dari perbualan tersebut hakimi mengetahui pemuda di depannya baru sahaja menamatkan pengajiannya. dia kagum. dalam usia yang masih mentah itu pemuda yang dikenali sebagai farid itu kelihatan matang dan berpengalaman. Kalah dia yang sudah 8 tahun di bawah bimbingan abahnya. memang kena pada pujian abahnya.
"Uncle dengar projek ni Farid uruskan sendiri. Starting dari proposal sampai la peracangan sekarang.."
Farid mengelengkan kepalanya. Tidak senang dengan setiap pujian yang dihulurkan padanya. sedar yang pujian itu hanya patut diberikan pada yang berhak. dia cuma menggalas dan menyudahkan perancangan yang sudah dibuat saudaranya.
"pujian tu bukan pada saya uncle.. saya cuma menyudahkan apa yang sudah direncanakan orang lain.." ujar farid.
Dato' Hakim diam. hairan dengan kata-kata farid. Pada siapa harus diberikan pujian. Rancangan yang dibuat itu memang cukup teliti. sukar untuk mencari kecacatan pada perancangan tersebut. farid yang dipuji tidak dapat menerima pujian yang diberikan. salahkah maklumat yang diterimanya?
"tapi uncle dapat tahu yang projek ni anak dato' abdullah yang handle.. kalau bukan farid siapa lagi?"
barulah farid faham apa yang dimaksudkan Dato' Hakim. maklumat tersebut ada benarnya tapi ada sedikit hakikat yang tidak diketahui dato' hakim. adakah papanya sengaja merahsiakan perkara tersebut? tapi bila difikirkan balik memang ramai yang keliru.
"owh... maksud uncle kakak saya?"
"kakak?" terpana dato' hakim.. tidak mengerti akan sandiwara di depannya. setahunya Farid adalah anak sulung dalam keluarga Dato' Abdullah.. bila masa pulak farid ada kakak.
"kenapa abah?" soal hakimi bila melihat abahnya yang kelihatan terkejut. Memandang Farid seolah mengharapkan jawapan. Ikmal juga kelihatan ingin tahu. perbincangan berkenaan perniagaan kini bertukar rentak.
"Setahu abah Farid anak sulung dato Abdullah.. Tak pernah ada kakak.." ujar dato' hakim perlahan..
"maaflah uncle.. Farid tak tahu pulak sampai uncle terkejut macam tu sekali. sebenarnya Farid bukan anak sulung.. Farid ada kakak. perkahwinan papa dengan isterinya yang pertama.. " farid menerangkan pada sahabat baik papanya itu. Sudah masanya semua orang menyedari akan kehadirannya kakaknya. Sampai bila papanya hendak menyembunyikan hakikat tersebut.
Dato' hakim mengangguk faham biarpun dia masih tidak percaya akan khabar yang baru didengarnya. tiba-tiba teringat akan cakap-cakapnya di dalam kereta tadi.
"kakak kamu tu bujang lagi ke?" Soal dato' hakim tiba-tiba.. memandang anaknya yang berada di sebelah.
Farid yang mendengar terpinga-pinga seketika.. tidak menyangka dengan soalan yang terluah di bibir dato Hakim.
"apa uncle tanya tadi?" soal farid pula. bukan dia tak dengar tapi ingin mengesahkan pertanyaan Dato' hakim.
"kakak kamu tu dah kawen belum?" ulang dato hakim. soalan yang berbeza tapi jawapannya untuk kedua soalan masih sama.
kimie memandang tidak percaya. Tidak sangka abahnya akan bertanya soalan yang tidak disangka. Mata ikmal sudah membulat.. melopong mulutnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment