"setahu Farid belum..." balas Farid. tidak mengerti akan soalan yag dilontarkan Dato' hakim. Apa kena mengena pulak kakaknya bujang atau belum. pelik dengan kelakuan Dato' hakim.
"baguz..." ujar dato' hakim sambil tertawa sendirian.. otaknya merencana sesuatu. Dipandang hakimi seolah memberitahu perancangannya pada anaknya.
terdiam hakimi dengan pandangan abahnya padanya. senyuman dan gelak tawa abahnya dirasa racun padanya. Senyuman abahnya memberitahunya yang abahnya sudah merancang sesuatu. Sesuatu yag dia tidak dapat elak.
Keempat-empat mereka termasuk pekerja bawahan farid saling berpandangan. masing-masing tidak mengerti akan senyuman dan tawa Dato' hakim.
"jemput minum semua..." ujar dato' hakim dengan senyuman masih dibibirnya. kopi yang pekat itu terasa manis di mulutnya..
ikmal mencuit bahu hakimi . bertanya akan perubahan Dato' hakim yang gembira. Tidak mengerti akan mood Dato' hakim yang berubah.. hakimi hanya mampu mengangkat bahunya tidak tahu.
kedengaran telefon berbunyi. Masing-masing memandang ke arah farid. Farid meminta diri seketika . Sedikit menjauhi mereka untuk menjawab panggilan tersebut.. Seminit kwemudian kembali ke tempatnya.
jelas terdapat sedikit kehampaan di wajahnya.
"maaflah uncle.. sebenarnya tadi sis Farid call. Farid ingat nak kenalkan uncle dengan kakak Farid tapi dia tak dapat datang pulak. Ada hal katanya.. lagipun kakak Farid yang lebih tahu pasal projek ni. " terang farid.
Dato' hakim mengangguk faham. sedikt terkilan kerana tidak berpeluang berjumpa dengan kakak Farid.
"macam mana kakak Farid boleh terlibat dengan projek ni?"
"sebenarnya macam ni uncle.. kakak ambil alih syarikat after papa jatuh hari tuh. Waktu tu Farid tengah sibuk dengan final year.. So kakak ambil keputusan uruskan sementara tunggu farid balik."
"Kakak farid kat mana sekarang?"
"kakak farid ni lain sikit uncle.. Suka berdikari.. uncle.. farid nak tanya cikit boleh?.. kenapa uncle nak tahu sangat psal kakk farid ni.."
"uncle nak jadikan menantu..."
jawapan dato' hakim mengejutkan hakimi dan Farid. Ikmal jangan disoal la. Matanya lagi terbeliak dari sebelum ni.
hakimi menjerit dalam hati.. Memanng jangkaannya tidak silap. abahnya terang-terang menyatakan cadangannya.
Diya memandang dari jauh. dapat dilihat Farid dan jugak tetamunya.. sememangnya dia datang untuk berjumpa dengan farid dan bakal rakan kongsi untuk projek tersebut tapi bila terpandangkan Hakimi yang turut berada di situ dia tak jadi mampir.. takut segala rahsianya bocor.. terfikir olehnya kenapa takdir selalu menemukan dia dengan Hakimi. Pertemuan yang secara kebetulan dan mengikat dia dengan hakimi. makin jauh dirinya dilarikan makin dekat pula dengan Hakimi.
**************************************************************
petangnya diya mengemaskan pakaiannya yang tak seberapa dan dimasukkan ke dalam beg.. fikirannya melayang mengingatkan perbualannya dengan pak cik osman. mungkin terkejut dengan keputusannya yang tiba-tiba. Tapi apa lagi yang boleh dibuatnya?
dalam hati ada rasa ragu-ragu dengan keputusan yang diambil. bila hakimi mengusulkan cadangan tersebut dia pantas bersetuju. tak tahu kenapa dia dengan senang mengikut cadangan hakimi. Sedangkan dia tidak begitu menyukai lelaki itu.. Dia takut saat hakimi merenungnya.. Ada sesuatu yang tersembunyi di balik renungannya.
terfikir olehnya adakah ini jalan yang tebaik buatnya. mereka bakal tinggal serumah.. mesti akan berhadapan dengan masalah.
Adakah secara kebetulan atau apa diya tidak mengerti. Memang sekarang mereka sudah serumah. bekerja di tempat yang sama. namun perlakuan merka seolah-olah orang asing.
Kadang-kadang saja hakimi pulang ke rumah.. itupun bila jam sudah menginjak ke angka satu atau dua pagi. diya pyla balik aje dari kerja terus pulang ke rumah. kadang-kadang terdetik di hatinya, inikah sahaja rutinnya. bekerja dan pulang ke rumah. menghabiskan masa sendirian. Suaminya pulak entah ke mana.
Sudah hampir sebulan Diya melalui rutin yang membosankan itu. acap kali dia teringat akan uncle Osman sekeluarga.. begitu juga Pak Long di kampung. dia ingin bebas ke mana saja dia ingin pergi tapi sejak di rumah itu, kakinya tidak dapat melangkah dengan tenang. Asyik teringat akan kewajipannya sebagai isteri lelaki yang satu ini. tidak senang ke mana-mana tanpa izin lelaki itu.
Dan dia juga dapat melihat perubahan hakimi. Sudah tidak mesra sewaktu kali pertama mereka sebumbung.. lelaki itu hanya memandangnya sekilas dan suka mengelak dari bertembung dengannya. Bencikah lelaki itu padanya. Apa yang dibimbangkan sudah mula menampakkan wajah. Kalau la macam ni kenapa hakimi menawarkan perlindungannya. hanya untuk menjauhkan diri darinya?
******************************************************
hakimi cuba memejamkan matanya. diam tak diam sudah sebulan Diya tinggal bersamanya. cuba dilupakan raut wajah yang tenang itu. hadirnya diya mengocak kembali perasaannya. sebab itulah dia sering menjauhkan dirinya dari Diya.
Bukannya dia membenci dia. tiap kali memandang wajah itu hatinya bimbang.. ingin ditegur tapi takut diya akan mengcungkil rahsia hatinya. Dia sudah terjebak. Terperangkap dengan jerat yang dipasangnya sendiri.
Dia tidak patut mengajak diya tinggal bersamanya. dia tidak sepatutnya meletakkan gadis itu dekat dengannya. semakin hari semakin sukar untuknya melupakan wajah itu. Sebab itulah dia jarang balik ke rumah.
bila di pejabatnya, dia sengaja terperuk di biliknya.. kerana dia tahu yang diya dekat dengannya. jika ada apa-apa urusan dia lebih senang berbicara dan memberi arahan melalui panggilan.. Sedangkan jika nak boleh aja dia keluar dan mengarahkan isterinya itu.
Memang diakui sejak Diya bekerja dengannnya, kebanyakan tugasnya menjadi lebih teratur dan senang. diya nyata cekap menjalankan tugasnya. pekerja-pekerja lain pun kelihatan dapat menerima Diya dengan baik. Ikmal pun selalu berbual dengan diya sebelum masuk ke biliknya. Kawannya yang seorang itu memang ramah dan cepat mesra.
Hanya dia yang menjauhkan diri dari diya. Diya pula dilihat tidak mempedulikannya langsung. khusyuk dengan kerjanya. Habis je waktu kerja diya terus pulang ke rumah. tidak ke mana-manakah diya?
dan satu hari..
"Ni surat apa ni?" Soal hakimi bila Diya memeintanya menandatangani surat tersebut. Bukannya dia buta dan tidak dapat memaca apa yang tertulis di kertas tersebut. Hanya inginkan penjelasan dari Diya. Tak ada angin ribut tetiba je diya memohon cuti.
"encik boleh baca kan... tu surat cuti.."
"saya tahu.. tapi kenapa sekarang? tiba-tiba pulak tuh.." ujar hakimi keras.
perempuan ni pun.. kenapa la mintak cuti sekarang.. tunggu la dulu.. kau nak lari dari aku ke? apa salah aku? kau nak pergi mana?. akalnya sibuk berbicara.
pandangannya terarah pada surat tersebut dan kemudian berkalih pada Diya. dipandang wajah yang menunduk. muka aku pun kau tak nak tengok ke? Dia mengeluh perlahan.
"bukan saya tak nak luluskan cuti awak taoi sekarang ni waktu yang sibuk. kalau awak tak de susah saya nak buat kerja.." hakimi sengaja mencipta alasan. tidak mahu meluluskan cuti gadis itu.
Diya memandang raut wajah yang berkata-kata itu. tangannya sudah berpeluh. digosok perlahan untuk menghilangkan gemuruhnya.
"jadi cuti saya..?"
"tak diluluskan...." ujar hakimi melemparkan surat tersebut ke meja sambil tersenyum. gembira bukan kepalang dia. emtah kenapa dia tidak sanggup berada jauh dari diya.
Diya bungkam. dia menggaru kepalanya yang tak gatal.. alamak. cuti tak lulus. apa yang dia nak buat sekarang? teringat pada zamri.. habis la aku kalau mamat tuh tahu cuti aku tak lulus..
"emmm... tak boleh timbangkan semula ke?" rayu diya. dia amat memerlukan cuti itu.
"penting sangat ke urusan awak tu?" bangkang hakimi.. aku takkkan bagi cuti.
"sya tak bagitau encik ke?" soal diya.
"bagitau apa?"hakimi betul-betul tidak tahu. apa lagi bila nama adiknya disebut oleh Diya. ada apa-apa yang dia tak tahu ke? teringat akan peringatan diya suoaya sentiasa menghubungi adiknya jika dia tidak ingin diya rapat dengan adiknya. tengolk la sekarang..
"2 minggu lagi sya nak bertunang..." balas diya. hairan dia. takkan la hakimi tak tahu. tak ada sesiapa yang bagitahu ke? pelik.. takkan abang sendiri tak tahu urusan pertunangan adik sendiri.
"bertunang?" terkejut bukan main hakimi dengan berita yang baru didengarnya. dengan siapa? bila tetapnya? ish.. abah dan umi dah tahu ke? kenapa abah tak pernah beritahu dia pun?
"encik hakimi memang tak tahu la ni?" sekali lagi Diya menyoal. Pelik hakimi mengelengkan kepalanya. Adus.. apa punya abang la aku ni. adik nak bertunang pun tak tahu. tengok tuh.. kau siap senyum lagi ek.. menngata aku ke? pantas sahaja jari jemarinya menekan telefon. inginkan kepastian.
Diya yang memandang terpinga-pinga. hakimi nak telefon siapa pulak tuh? habis permohonan cuti dia ni macam mana? takkan tak lulus kot.Dapat dia membayangkan wajah zamri dan sya yang masam mencuka. habis dia kali ni.
"encik nak call siapa tuh?" cepat dan lancar aje mulutnya berkata-kata. tak sengaja. rasa ingin tahunya membuak-buak.
hakimi hanya mengisyaratkan supaya diya diam. Diya patuh. telinga bosnya makin memerah.. cutenya.. diya memuji dalan hati.
Diya hanya medengar perbualan hakimi dan insan di talian.Dia menggerakan hujung jari kakkinya. penat berdiri. hakimi pula seolah-olah tidak sedar akan keadaannya. sampai bila la dia nak berdiri. Nak duduk takut dimarah hakimi. angin lelaki itu sukar diduga.
hakimi meletakkan gagang. Dipandang diya yang dari tadi menunduk. tak penat ke kepala kau tu.. dari tadi pandang bawah je. lama-lama bengkok juga tengkuk kau tuh.
Bingkas dia bangun. langkahnya diatur mnghampiri diya yang menunduk.. Asyik sekali dia memandang isterinya.
Diya masih menunduk. dapay dilihat sepasang kaki menghampirinya. semakin lama semakin dekat. Hakimi buat apa datang ke sini?
"diya..." suara hakimi yang lembut menyapa telinganya mengejutkan dia dari angannya. pantas diangkat wajahnya.
TIDAK!!!!!!! TIDAK!!!!
Diya memandang wajah hakimi yang tersengih-sengih di depannya. Dia tidak tahu bagaimana wajahnya sekarang. pucat ke, manis ke, masam ke.. dia tak ingin tahu. yang ada di fikirannya hanyalah pergi dari bilik yang tiba-tiba sempit pada pandangannya.
langkahnya diatur ke pintu bilik. ingin keluar dari situ. langkahnya terhenti apabila dua tangan sasa memeluk erat bahunya.
"nak ke mana tu sayang?" lembut suara itu berbicara.
Diya kaku. buat pertama kalinya dia terasa hendak pengsan. Hakimi.. please.. jangan buat diya macam ni.. lututnya terasa lemah.
"kenapa ni sayang?" bicara itu masih romantis. membuai perasaan diya.
"tak ada apa-apa" terketar diya menjawab.
Tiba-tiba ada seseorang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
"kimie..U busy ke? i nak..."ucapan tamu itu terhenti bila melihat babak di depan matanya.
Diya dan hakimi memandang wajah yang terkejut itu. belumpun sempat hakimi bersuara lelaki itu sudah melangkah keluar.
hakimi meleraikan pelukannya. Diya melangkah keluar.
"cuti Diya diluluskan..." sayup-sayup diya mendengar suara itu berkata sebelum dia menutup pintu bilik.
hakimi mengeluh perlahan. memandang sahabatnya yang tersenyum memandangnya. Apa lagi ni ikmal.. senyum kau tu ada makna.. macam la aku tak tahu. Dari tadi dilihat sahabatnya tu asyik senyum sorang-sorang jek.
"kau ni kenapa?" soal hakimi ingin tahu.
" tak ada apa-apa la. kenapa? nak senyum pun tak bleh ke?" ikmal cuba menyimpan rahsia hatinya. bukannya apa, dia teringatkan aksi sebabak hakimi dan Diya tadi. kat office pun sempat buat projek. tu nasib baik dia yang masuk. kalau dato' yang masuk macam mana?
"aku nak jemput kau datang rumah hujung minggu ni. bawak famili kau sekali. " jemput hakimi pada sahabatnya. Sya yang memintanya menjemput shabatnya itu. kerana ikmal memang rapat dengan keluarganya sejak dulu lagi.
"kenapa pulak?"
"adik aku bertunang hjung minggu ni. aku pun baru tahu hari ni. melampau punya adik.. kenapa la tak cakap kat aku siang2. tadi dah termalu aku kay diya tu. " hakimi meluahkan rasa hatinya.
"for sure aku datang.. eh.. apa kes kau dengan diya plak? semacam je aku tengok?" ikmal cuba mengorek rahsia. kopi yang masih panas itu dihirup perlahan. kembali diletakkan ke meja sambil memandang hakimi yang sibuk menaip mesej di telefonnya.
"biasa je. tak de kes pun.." balas hakimi selamba. tangannya laju menaip mesej tidak peduli akan pandangan tajam ikmal padanya. aku layan sofea lagi best dari ikmal yang mula menyoal siasatnya.
"habis tadi tuh?" ikmal masih tak puas hati.
ikmal berhenti menaip. mengangkat kenng bertanya dalam diam. bahasa yang difahami ikmal.
"aku nampak la tadi. siap pluk-pluk tuh apa hal? " ikmal melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana hakimi mengelak dari menjawb soalannya.
hakimi menyimpan kembali telefonnya. moodnya untuk mesej sofea hilang. Dialihkan pada sahabat yang pura-pura membelek majalah di tangan.
"kau nak tahu ni kenapa?"
ikmal meletakkan kembali majalah yang dibeleknya. dipandang sahabatnya. sahabat yang paling dia sayang. Risaunya dia bila sahabatnya mendapat susah. bila hakimi ada masalah, dia la yang tolong cover. nak2 bila abah hakimi bertanya tentang hakimi.
"kau kawan aku." tenang ikmal membalas.
hakimi kembali mengeluh. ingatannya kembali pada peristiwa tadi.
********************************************************************************************************
dia teringat bagaimana dia begitu ralit memandanng wajah diya. sehinnga tidak sedar yang langkah dan kedudukannya begitu hampir dengan diya.
Dan bila dia memanggil nama gadis itu dengan tidak sengaja bibir mereka bertemu bila diya mengangkat wajahnya.
walaupun sekejap hatinya terasa riang. Memandang wajah diya yang kalut dan memerah menggamit perasaannya. kerana itulah dia tidak segan silu memeluk diya.. dapat dirasakan tubuh diya yang menggeletar bila dia memegang Diya. Takutkah gadis itu padanya?
***************************************************************************************************************
"tak ada apa-apa la tadi.. just a rush.." hakimi menerangkan.
"kau suka diya ke?"
"aku memang suka dia. tapi bukan macam apa yang kau fikir tu.. " luah hakimi berani.
"aku tak faham dengan kau ni. Diya tu kan isteri kau. Kau pun suka dengan dia. Apa masalahnya sekarang?" ikmal meluahakan rasa tidak puas hatinya pada sahabatnya.
"kau tak faham.. macam aku cakap.. aku memang suka diya.. yes. I do like her.. tapi bukan macam aku suka kat Sofea.. I love sofea.. Dengan diya ni aku lain cikit.. macam kawan tapi kadang-kadang aku tak boleh kontrol diri aku. macam tadi la.. aku sendiri pun tak sedar kenapa aku pluk dia. its just happened. Macam tu je"
ikmal mendengar luahan hakimi. hakimi memang menyukai diya. dan dia sedar yang hakimi bukan setakat suka-suka macam tuh je dengan diya. Suka hakimi pada diya lebij dari itu. Tapi sahabatnya itu masih lagi tidak dapat menyelami perasaannya. Entah bila agaknya hakimi akan menyedari perasaannya?
"Diya macam mana pulak?"
keluhan hakimi menarik minatnya. Dia memang selalu berbicara dengan diya tapi bukan berkenaan peribadi gadis itu. Rissa yang tak sudah-sudah menyuruhnya menyampaikan pesan. Kamceng benar isterinya dengan Diya.
"itu yang aku pening sangat sekarang. Aku tak tahu apa yang dia fikir..." Adu hakimi.
Ikmal senyum. hakimi ni.. tadi cakap suka sebagai kawan. ni risau pulak pasal Diya. Apa-apa je la kawannya ni.
"kau yang senyum ni kenapa? " saat terlihat senyuman di bibir ikmal dia bertanya.
ikmal menyindir pantas."aku nak senyum pun tak bolh ke?"
hakimi menjeling tajam."senyum kau tu ada maksud. macam la aku ni baru kenal kau. dah lama tau.. aku dah tahu dah bila masa kau senyum kambing, senyum geliga kau, senyum sedih kau... dan macam-macam senyum lagi la..."
***************************************************************************************************************
"sue... aku pening la sekarang ni.." adu diya pada sahabat baiknya. bukan senag untuknya berbicara dengan sesiapa pun tapi dia dah terlalu sakit. sakit hati, sakit kepala dan mcm2 sakit lagi.
"kenapa ngan kau ni.." suraya bertanya bimbang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment