Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 22

Diya melentokkan kepalanya di bahu suraya. ingin bermanja. terasa sedikit selesa bila tangan suraya mengusap dan membelai rambutnya. Sudah lama dia tidak dimanjai seperti ini. tenang aje hatinya.

"aku tidur sini malam ni boleh.." rayu diya.. matanya dipejam rapat. kepenatan dan ingnkan ketenangan.

Suraya hanya diam. diusap rambut sahabtnya yang terlentok di bahunya. apa masalah diya agaknya? tak pernah dibuat diya nak tidur di rumahnya. Ada masalah lagi ke?

"diya... diya..." suraya memanggil. ingin berbicara dengan diya namun terhenti bila mata itu dipejam rapat. Dah tidur ke? cuba digerakkan namun diya masih tidak bangun.

Diya membuka matanya bila suraya sudah berlalu pergi. kepalanya sudah beralas dengan bantal. badannya sudah berselimut. Dia sengaja berpura-pura ridur. tidak ingin menjawab pertanyaan suraya. maafkan aku teman. Aku tak mampu.


"apa yang awak menungkan tu abngnye..." datin salma bertanya pada suaminya. Dipandang si suami yang hanya merenung kosong majalah di tangannya. Sedar yang fiiran suaminya sudang terbang jauh. hinggap di pohon mana dia sendiri tidak tahu.

"anak bujang awak tu la.." dato' hakim meletakkan majalah tersebut di meja.

"kenapa pulak dengan dia bangnya. saya tengok ok je.." datin salma menuangkan air kopi ke dalam cawan yang tersedia di dalam dulang. Dihulurkan cawan tersebut kepada suaminya.

"abang risau pasal hakimi ni.. umur dia tu sepatutnya dah berkeluarga. ni saya tengok asyik ke sana ke mari je dengan perempuan. Tengok la ikmal tuh.. kawan dia dah ada anak dah tapi dia macam tu jugak.. sorang2.. Yang adiknya Sya pun dah nak bertunang minggu ni.. mana la saya tak susah hati..."

Datin Sallmi menjeling pada suaminya. Apa taknya.. biasa si ibu yang lebih bimbang akan anak-anak tapi suaminya lagi bimbang berbanding dirinya.

"abang jangan bimbang sangat pasal hakimi. dia balik nanti tahu la saya nak buat macam mana." pujuk si isteri cuba menyejukkan hati si suami.

"persiapan pertunangan sya semua dah siap ke Sal. berapa ramai yang nak datang nanti.." Datok hakimi sengaja menukar topik. bila berbircerita pasal hakimi dai jadi tidak tenang. kebimbangangannya memuncak.

"itu abang jangan la bimbang. Semua dah siap dah..tungu rombongan je..."

Datok hakim memandang isterinya."wah... bukan main cepat awak ye sal.. semua dah selesai. "

"saya tak sabar bang. nsk tunggu kimie tu jawabnya tua la kita.. Alhamdulillah bang... saya tengok sya pun dah berubah sejak kenal Zamri tue.. Dia pun tak segan 2 datang jumpa kita pasal hasrat hatinya. kagum saya dengan budak tu.. baik budi bahasanya.." berbakul pujian dilemparkan datin Salma buat bakal menantunya itu.

Dato' hakim tersenyum senang. Dia bersetuju dengan isterinya. Syukur kerana Sya akhirnya berubah. Dia pasti yang Zamri memainkan banyak peranan dalam memastikan anaknya itu berubah.

"betul tu sal. Zamri memang baik. kali pertama abang jumpa dia abang dah berkenan . "


“kenapa dengan akak ni?” Soal sya bila melihat diya yang seolah-olah lari dalam angannya sendiri.

“tak ada apa-apa sya. Akak ok je.” Balas diya sambil menolong membetulkan cadar yang sedikit berkedut itu. Dipandang wajah yang kelihatan gembira itu. Mana taknya. Esok rombongan Zamri akan datang ke rumah Sya. Kedatangannya ini pun kerana tidak mahu menghampakan sya yang berharap sangat agar hadir menemaninya.

“amacam sya rasa sekarang? Happy ke? Mesti happy kan..akak tak sangka betul sya ngan Zam boleh rapat macam ni..” luah diya gembira. Gembira dengan kegembiraan sepupu dan adik iparnya. Melihat wajah-wajah gembira insane-insan yang disayangnya terasa sudah cukup mengubat kedukaannya.

Tangan Sya ligat memintal-mintal bucu bantal yang beropol itu. Malu la tu. Tertawa Diya melihat perlakuan Sya. Teringat dia akan hakimi bila melihat telinga Sya yang memerah.. memang sah dia orang ni adik beradik.

Makin kuat tawa diya bila bantas tersebut dibaling Sya ke arahnya. Tak sempat mengelak dan mengenai kepalanya..

“sya..” jerit diya dalam tawanya. Diambil bantal tadi ingin membalas perbuatan Sya. Sengaja mengusik. Pantas aja sya berlari ke pintu. Ingin melarikan diri dari dikenakan diya. Tidak sedar yang pintu biliknya sudah dibuka dari luar.

Bantal sudah dilontar ke sasaran. Sya menjerit kesakitan. Wajah di pintu berkerut seribu. Tidak menyangka yang kehadirannya akan disambut dengan kejutan .

Diya memandang kemudian berpaling ke arah lain cuba menyembunyikan tawanya yang masih bersisa. Ditambah rasa bersalah kerana sasaran tersasar. Pura-pura sibuk dengan kerja yang dia sendiri tak tahu. Sengaja dibelek-belek bunga telur yang sudah siap dari awal lagi.

Rungutan Sya yang kesakitan tidak diendahkan. Bukannya tidak bimbang tapi dia tahu yang insane di pintu pasti akan menolong. Sesekali matanya menjeling ke arah keduanya. Melihat tingkah Sya yang manja di sisi abangnya. Si abang pula begitu lembut memujuk adiknya yang seorang itu.

Sakit sangat ke Sya tercium pintu tuh. Tertawa dalam hati bila si dia merungut akan wajahnya di hari esok. Pasti tidak cantik. Dah la esok hari pentingnya.

Ada kala terfikir di benaknya, mampukah Zamri melayan tingkah sya yang agak manja itu bila mereka berkeluarga. Dirinya tahu yang sepupunya itu seorang yang matang sedangkan sya masih keanak-anakan.

Dipandang pula wajah di sisi Sya. Ahh.. kenapa la ingatannya asyik teringat akan dia. Melihat dia melayan keletah adiknya diya tahu yang hakimi seorang yang penyayang. Kalaulah dia dipertemukan hakimi dengan jalan yang lebih elok sudah pasti yang dia akan terpikat pada lelaki itu. Kalaulah si dia masih tiada sesiapa dihatinya, sudah pasti sekarang akan dianyam mimpi indah bersama.

Farid… help.. help.. tolong kakakmu yang sorang ni…jerit hatinya..

“kak…kak…” panggil Sya berkali-kali namun gadis itu masih asyik dengan angannya. Sya merengus geram. Dah la dirinya yang kesakitan tidak langsung diendahkan diya. Mujurlah abangnya sudi memujuk. Kalau tak sudah panjang muncung rajuknya.

Pantas tangannya menyambar bantal yang berada dikaki abangnya. Terus dibaling kea rah diya bagi meluahkan rasa geramnya.

“akak dengar tak sya panggil akak tadi?” aju Sya bila melihat Diya yang memandangnya dengan wajah yang terpinga-pinga. Macam baru bangun dari tidur je.

“tak.. tak.. ulang balik apa sya cakap tadi.. “ balas diya lambat.. matanya sesaat terarah pada hakimi sebelum kembali pada wajah sya yang mencuka. Ala.. merajuk pulak adik iparnya ni.. Tolonglah sya… akak ni tak reti pujuk orang..

“Umi ajak Sya dengan Diya turun makan.. “ hakimi bersuara.

“kenapa tak cakap dari tadi.. abang ni memang la..” adu Sya manja.

Diya menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya Sya tidak lagi merajuk dengannya. Ajakan hakimi menyelamatkannnya dari rajuk sya.


"akak.. kenapa ni?"
soal sya bila melihat diya hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan sedangkan dia tahu yang diya mengadu kelaparan tadi kerana belum bersarapan.

"Untie masak tak kena selera Diya ke?" Tingkah datin salma pula. Dato' hakim dan hakimi memandang diya meminta jawapan.

Digeleng kepalanya perlahan."bukan.. sedap datin masak.. "

Hakimi memandang. seleranya turut mati bila melihat gadis dihadapannya tidak lalu makan. kerana kehadirannyakah diya tidak berselera?

"nak ke mana tu kimie" aju dato' hakim bila tetiba aje anak lelakinya bangun dari duduknya. mata diya juga turut berkalih padanya. seakan memohon supaya dia duduk di kerusinya.

Terlihat segaris senyuman di wajah diya bila dia kembali duduk di kerusinya.lega hati hakimi.

"Sedap masakan datin ni. diya teringatkan mak diya bila merasa masakan datin. sama macam mak.." diya mencelah. tidak mahu ayah dan ibu hakimi bertanya sebab kenapa hakimi bangun dari duduknya. Dia tahu yang hakimi tidak selesa dengan kelakuannya yang seolah-olah menyalahkan kehadiran hakimi dengan selera makannnya.


"mak diya sihat?" soal Datin salma ingin tahu. saat terpandang Diya dia sudah suka. kalau macam ni la semua kawan-kawan Sya hatinya tak bimbang. Ada jugak la orang yang tolong jaga akan anak gadisnya.

"mak Diya dan tak ada Datin.. Meninggal masa Diya kecik lagi. " balas diya tesenym hambar.

Terdiam datin salma seketika sebelum bersuara memujuk.

"untie mintak maaf... anggap la untie macam ibu diya ye.. jangan la segan-segan datang rumah ni. "

"kalau ibu nak tahu... kak diya ni pernah kerja ngan abang kimie. kan abang" sya menjeling ke arah abanngnya. hakimi senyum. mennganggukkan kepalanya.

"bukan ke sekarang ni diya kerja kerja ngan kimi jugak. Bila tu sya?" abah hakimi bertanya pada anak perempuannya.

No comments:

Post a Comment