"Sebenarnya sebelum diya kerja sebagai setiausaha kimie, diya pernah kerja sekejap sebagai kerani syarikat.. dia berhenti kerja sebab ada masalh peribadi. bila kimie jumpa dia Diya cakap dia tengah cari kerja. kebetulan pulak setiausaha kimie dah nak berenti. kimie offer la kerja tu. " terang hakimi jelas. tolong menjawab pertanyaan abahnya pada adiknya. memang patut pun dia beritahu kerana dia yang paling tahu duduk perkara tersebut.
terangguk-angguk kepala abahnya tanda faham.
"pukul berapa rombongan esok sya.. " soal abahnya. dipandang pada tiga konopi yang sudah terpacak di laman tumah. Untuk jamuan sempena pertunangan anaknya.
"abah tanya la kak diya.." balas Sya malas. Tangannnya mencapai hirisan tembikai. Digigit tembikai tersebut sambil menyeringai ke arah orang tuanya.
Datin salma memandang tingkah anaknya tajam. Isk budak ni.. memain pulak dia.
"buat apa la ibu ngan abah nak tanya diya pulak. Sya kan patut lebih tahu.."
"abang... tolong jawabkan soalan ibu tuh.. Sya nak ke atas... dah memanggil-manggil tuh.." ujar sya sambil membasuh tangannya.
Mereka saling berpandangan. aik.. bila masa pulak ada panggilan masuk.. bila didengar betul-betul barulah mereka dapat mendengar deringan telefon. ai budak ni.. bunyi yang sayup-sayup pun sya boleh dengar ke?
Sebelum sya menghilang di tangga, sempat hakimi melihat kenyitan mata adiknya. untuk apa pulak tuh?
"kimie.. pukul berapa rombongan esok.. berapa ramai.." soal Dato' hakim sesudah makan semasa mereka berehat di ruang tamu. Diya turut diajak bersama dengan mereka.
Dato' hakim melihat hakimi yang menggaru kepalanya.Anaknya ni tak tahu ke? bukan ke tadi sya suruh dia bertanya pada hakimi?
"yang kamu tergaru-garu ni kenapa? ada kutu ke kat kepala tuh.."
menngeluh dato' hakim melihat sengihan anaknya itu. jawapan yang dia faham benar. anaknya itu tak tahu.
"insyaallah pukul sepuluh dato' kalau tak ada aral melintang. pasal berapa ramai tu dalam 20 orang macam tuh la.."
Diya menjawab bila melihat sengihan hakimi. Isk.. hakimi ni, tak sensitif langsung..
"akak esok nak ikut rombongan ke nak temankan sya?" Sya tiba-tiba mencelah.
Dato' hakim menjeling.. anaknya ini suka hati je menyampuk cakap orang. baru ingat nak basuh otak anak lelakinya yang tidak peka itu. takkaan la pertunangan adiknya pun hakimi buat tak tahu.
"akak ikut rombongan rasanya sya.."
"akak temankan sya.. Sya takut ni.." rengek sya manja memujuk diya.
"kenapa diya nak kena ikut rombongan pulak?" soal hakimi ingin tahu. Sya memandang ke arah abangnya.
"abang tak tahu ke?" soal sya memerli.
"tu la bang.. tak cakna langsung.. benda depan mata pun dia tak nampak.. Bakal tunang sya ni sepupu dengan kak diya.. bukan ke dulu sya pernah kenalkan dengan abang. Abang takkan dah lupa kot.."
Dalam perbualan mereka hakimi hanya mampu tersengih. tak tahu apa nak dijawabnya bila abahnya bertanya. Diya pula yang rancak berbual dengan abahnya. Abahnya pulak bukan main seronok bercerita itu ini pada diya. macam rapat je.. Terasa hati jugak hakimi. Abahnya tak habis-habis memuji Diya dan memperlekehkannnya.
"yang kamu tak senang duduk ni apa hal pulak? diam la sikit.. sakit mata abah tengok tau.. macam ada bisul je kat punggung kamu." tempelak abahnya bila melhat hakimi yang tak duduk diam.
hakimi mencebik geram. dilihat Diya dan adiknya yang tersengih-sengih memandang antara satu sama lain. mereka ni ada komplot nak jatuhkan aku ke? abahnya asyik menyindirnyanya. Diya dan Sya pula tak abes-abes ngan sengih dan berbisik-bisik. Ntah ketupat palas apa la yang dianyam mereka.
"Abah tu asyik ngan diya je.. hakimi ni macam tunggul kat sini.." hakimi meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"bukan abah tak cakap dengan kamu. bila abah tanya je kamu tak tahu. garu sana, garu sni.. " terdiam hakimi mendengar jawapan abahnya.
menjeling pada diya dan sya yang sudah tertawa riang. senang hati la tu dia dimarah abah. melihat tawa diya akhirnya dia juga turut tersenyum..
"kamu ni abah tegur senyum pulak.." mati senyuman hakimi bila mendengar teguran abahnya. abah ni.. anakmu ini baru je nak mengelamun..
***************************************************************************************************************
naik geram hakimi melihat diya yang tak habis-habis tertawa bila memandangnya. pemanduannya sedikit terganggu melihat bahu diya yang terhenjut-henjut sambil menutup mulutnya cuba menyembunyikan tawanya.
"ketawa la puas-puas" ujar hakimi mengalah. kalau dihalang pun dia pasti diya pasti tidak akan berhenti mentertawakannya. dalam ketidakselesaannya itu dia juga gembira kerana dapat melihat wajah diya yang ceria. keceriaan yang lahir dari hatinya dan bukan senyuman paksa yang selalu dilihat di wajah itu.
"happy..." soal hakimi.
tersenym bila diiya menganggukkan kepalanya. Diya sudah tidak lagi tertawa. wajah diya sudah kembali kaku dan beku.
"kimi tak suka.." tegas dan ada sedikit kemarahan dalam kata-kata hakimi.
"apa?" tanya diya acuh tak acuh. matanya terarah pada pemandangan di tingkap tempat duduknya.
"diya macam ni.. buat kimie sakit hati.. kaku.. tak de perasaan.."
"kimie nak diya macam mana?" diya bertanya kembali..
"pandanng kimi bila bercakap diya.." amaran diberi.
diya berpaling mengadapnya. merenungnya.. terleka sekejap hakimi sebelum meneruskan hujahnya.
"kimie nak kenal diya yang berada di rumah kimie tadi.. ceria.. energetic.. diya yang tertawa tadi.. bukan diya yang tunjukkan muka yang tak de perasaan macam sekarang ni.."
"kimie sedar tak apa yang kimi mintak ni?" mata itu merenungnya tajam.. mencabarnya.
dianggukkan kepalanya.
"Diya tak boleh.." jawab diya tegas..
" kenapa?" soalnya kembali.
"sebab diya tak boleh.. kimie takkan faham kalau diya cakap pun. "
"cuba fahamkan kimie.." masih berharap
"kimie suka diya ke?"tergamam dia dengan pertanyaan diya yang tiba-tiba. lagi tergamam bila pertanyaan itu dihiasi dengan senyuman sinis dari diya. Dirasakan seperti diya memperlekehkannya.
"kimi takkan sekali-kali jatuh cinta dengan diya.." penafian yang menjerut dirinya sendiri. nafasnya terasa sesak dengan pengakuan bohongnya.
terlihat segaris lagi senyuman di bibir diya." baguslah macam tu.." ujarnya terus memalingkan wajahnya.
hakimi diam. diya terus melayan perasaannya sehingga kereta berhenti di rumah mereka. Diya keluar tanpa mengucapkan apa-apa. begitu juga hakimi.
***************************************************************************************************************
Aku merenung langit yang kelam.. sukar untuk melihat bintang-bintang di langit. macam ni la agaknya langit di kota.. bintang2 pudar dek kerana cahaya lampu yang bertaburan di merata tempat.. satu keluhan dilepaskan.
Baru sekejap tadi dia berbual dengan pak long.. mendengar setiap leteran yang lahir dari mulut itu membuatkan rindu bertandang di hatinya.. Esok, dapatlah dia melepaskan kerinduannya. Takkan dilepaskan peluang bersama keluarganya itu. Nak mintak cuti pun dia tahu yang kimie takkan bagi.
teringat dia akan pemandangan malam di kampung.. Rindunya.. rindu untuk mengira bintang sambil berborak dengan sepupunya.. perangai nakal mereka.. ahh.. sukarnya melupakan kenangan manis itu.
"apa yang akak tenngok tuh?"
"kira bintang.." balas diya menjawab pertanyaan sepupunya. mata terus terarah pada langit malam..
"akak kira bintang ke teringat si dia?" soal amin denga kenig terangkat.
"si dia? siapa?" acuh tak acuh diya bertanya.
"macam la kita tak tahu.. orang nun jah di sana..." amin menunjukkan pada bintang yang paling cerah di langit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment