"kimi cemburu ke?" soal diya lagi. Apa yang payah sangat lelaki ni nak cakap hah. tapi dia sendiri tidak faham. lelaki ini sudah ada kekasih. kenapa perlu cemburu pada arill. Masih diingat akan tindakan berani hakimi mencarinya hingga ke restoren. Bewgitu pentingkah dia pada hakimi? lelaki itu mungkin hanya ingin menjaga air mukanya. baginya lelaki itu hanya kawan walaupun pada hakikat adalah suaminya yang sah.
"U are my wife. Kimie tetap kena jaga Diya. Diya tanggungjawab kimie. tuh je.. " balas hakimi tenang.
"pasal foto yadi kimi jangan la bimbang. Diya faham." ujar diya perlahan.
hakimi bungkam. Jado diya tidak kisah akan foto-foto tersebut. bermakna diya tidak kisah akan hubungannya dengan Sofea. hatinya merasa sakit. kenapa aku perlu sakit hati. bukankah baik jika Diya tidak kisah akan hubunganku dengan Sofea. Tiada kongkongan mahupun paksaan.
"pasal tawaran kimie tadi macam mana"
Diya menganggukkan kepalanya. Dia mnenerima tawaran hakimi. Kenapa dia terima pun tak faham. Adakah kerana tawaran itu membolehkan dia dekat dengan hakimi? dapat memerhati segala pergerakan hakimi. Namun dia tidak juga merasa cemburu. kenapa ya.
"jawatan kerani tuh masih kosong sampai sekarang ke?" diya bertanya ingin tahu. Dia teringat akan kak munah yang baik dengannya itu. Apa agaknya yang mereka fikir bila dia menjejakkan kaki semula ke pejabat itu?
"Siapa kata Diya akan kerja di situ?"
"habis tu kat mana?" soal diya ingin ttahu.
" diya jadi my PA. lagipun PA yang lama dah nak beberti kerja dah. dia kena ikut husband dia bertuka rke sarawak. "
Diya memandang hakimi yang ralit memandu. Apa niat kau sebenarnya hakimi.
"pasal tadi tuh diya mintak maaf. Dia cuma keluar dengan Arill sebagai kawan. Diya mintak maaf sebab tak mintak izin dari kimie." Entah kenapa dia melontarkan ucapan maaf buat Kimi.
"maaf diterima sayang. lain kali jangan nakal-nakal lagi.." laju mulut hakimi membalas.
"how is she?" soal diya seolah-olah tidak mendenga r apa yang dibicarakan hakimi sebentar tadi.
"siapa?" hakimi tidak mengerti akan siapa yang dimaksudkan oleh diya.
"your lover.."
"Owh... dia baik je.. sihat walafiat.." bals hakimi
"kenapa U setuju kita nikah? dan kenapa pulak nak tunggu stahun baru kita berpisah.?"
hakimi menanyakan soalan yang sudah lama berlegar di fikirannya. kali ini dia merasakan masanya sudah tiba untuknya tahu alasan gadis itu. pernikahan itu sudah mengjangkau empat bulan. namun dia hanya berjmpa dengan dengan diya sebanyak lima kali. Tidak ganjilkah hubngan mereka?
"bukan ke diya dah bagi jawapannya. kenapa hakimi masih bertanya lagi?"
"jawapan diya masih banyak lubang-lubang kosong. masih banyak persoalan yang belum terjawab diya. Kimi sendiri tak tahu siapa sebenarnya diya yang hakimi kahwini ni. "
"kimi cuma kena tanya. Diya akan jawab semua soalan kimi tuh. tapi bukan sekarang k. lagipun diya dah penat melayan si Arill tadi. So.. dia memang ada jumpa kmi la yea. Apa yang kimi dan arill bincangkan?"
"nothing..." balas hakimi.
"kita nak ke mana ni?" soal diya apabila melihat sekelilingnya. ini bukan jalan ke rumahnya. leka betul dia bersoal jawab dengan lelaki di sebelahnya.
"kita balik rumah kita la.." hakimi mengusik.
"hah!!!" diya cuak. bila masa pulak dia setuju nak tinggal serumah dengan hakimi? lagipun mereka tidak pernah membincangkan akan kemungkinan tersebut. Sikap hakimi yang tiba-tiba berubah meresahkan hatinya. Kemesraan dan keperihatinannya .. lagipun selama ini bukankah lelaki itu sering mengelak bila bertembung dengannya.
"dari sekarang diya akan tinggal dengan kimi.. kerja dengan kimie.. and... tidur dengan kimi.." hakimi seronok mengusik diya. suka betul dia memandang wajah diya yang pucat. berbeza dengan riak diya yang sentiasa tenang.
"kimi dah giler ke?" soal diya lantang.
"memang. gilerkan diya.." tersenyum dia memandang diya yang makin berang dan pucat itu.. Alahai... cutenya muka dia..
bila melihat diya mengangkat tangannya untuk memukulnya terus hakimi memberhentikan keretanya di bahu jalan.
kereta yang berhenti mengejut itu mebuatkan kepala diya terhantuk ke depan.
hakimi terus menanggal kan tali pinggang keselamatan dan terus meluru k arah diya bila melihat diya mengaduh kesakitan. terbit rasa kesal di hatinya kerana menyebabkan kejadian tersebut.
"Are ok diya.."
"Diya tak apa-apa. pening je sikit..." balas diya perlahan. memang kepalanya sedikit pening kesan hantukan tersebut.
"let me see..." hakimi menongkatkan dagu diya untuk melihat di mana hantukan itu berlaku. lantas matanya menangkap kesan lebam dan sedikit calar di dahi kanan Diya.. Ya allah.. apa dah aku buat ni..
"Sorry diya... kimi bukan sengaja. kimi memang maksudkan apa yang kimi cakap tadi tapi bukan the last one. kimi cakap macam tu aja nak mengusik diya... Sakit lagi ke? kat mana yang sakit.. nak jumpa doktor tak? "
tangan hakimi menyentuh perlahan dahi diya yang lebam. Dia meniup kesan lebam itu perlahan-lahan.
diya kaku dengan perlakuan hakimi. Ish mamat ni.. bimbang bukan main.. lebam sikit je la.. kalau ada yang patah boleh la bimbang. ni cuma calar dan lebam sikit je.
"sakit lagi ke?" hakimi masih meniup-niup dahi Diya. Diya mengelengkan kepalanya biarpun masih pening-pening lalat. tak dapat bersuara dengan wajah hakimi yang dekat dengan wajahnya. Dia malu bila dilayan begitu oleh lelaki itu.
Perlahan diya menepis tangan hakimi yang berada di dagunya.
"diya ok kimi. Just drive ok. Diya lagi pening bila kimi dekat macam n..." ujar diya. memang berkeadaan begitu membuatkannya tidak selesa. Dia tidak suka bila hakimi menunjukkan kebimbanganya. dia tidak suka dimanjai oleh lelaki itu.
"kenapa? Are u feeling something...?"
"jangan nak mengarut. perasaan apa pulak? " nafi Diya pantas.
hakimi tersenyum mendengar jawapan dari diya. benarkah apa yang diya cakapkan padanya? Diya benar-benar tiada perasaan padanyakah?
"ok.. kimi benar-benar maksudkan cakap kimie tadi. We will live together. ala.. macam rumah sewa la.. bilik kita still asing2.. Kimie cuma nak make sure yang diya Ok. tak ada gangguan.. mungkin dengan itu kita akan kenal satu sama lain lebih rapat lagi. Even only as a friend.. Kimie harap diya tak kisah dengan cadangan kmie ni. " panjang lebar hakimi cuba menjelaskan perkar itu kepada Diya.
"Arill, kenapa dengan kau ni hah?" sahabatnya menepuk bahu kawannya yang kelihatan lesu dan tertekan.
"tak ada apa-apa lah.."
"kalau tak ada apa-apa takkan la kau datang lepak kat rumah aku ni.. Mesti ada pape. Aku kenal kau dah lama.. muka macam ni mesti ada problem.. pasal perempuan lagi ke?" Andy meyoal ingin tahu.
Andy sedar yang Arill mesti ada masalah. Apa lagi kalau tak pasal perempuan. Lelaki ini tak pernah serius. tapi bila berteman, temannya akan ditatang bagai minyak yang penuh. Sekala keperluan teman wanitanya akan ditunaikan biarpun terpaksa ponteng kerja. Sayang bangat dengan kekasih hati.
Kali ini entah apa pulak yang merunsingkan temannnya itu. Seingatnya sudah agak lama sahabatnya membujang. Solo. tiada kekasih di sisinya. sudah berubah arahkah temannya itu.. terus dia mematikan pemikirannya yang tersasar jauh tu. Takkkan la temannya itu sampai macam tu sekali. Putus kasih? tapi dengan siapa?
"kenapa ni.. erita kat aku.." andy memujuk lembut.
"aku tak tau macam mana nak cakap.." tinggi suara arill. kali ini dia memang terasa nak maki sesiapa aja yang berada di depannya. asalkan kesakitan yang dirasai sekarang hilang. Agaknya inilah yang dialami oleh teman-teman yang pernah dia tinggalkan sewenangnya dulu.
"kalau kau cakap macam tu masalah kau akan settle ke? aku kawan kau. cerita apa masalahnya sekarang? kau putus cinta ke? itu aku dah selalu dengar? dah berlambak girlfriend kau tinggal. tapi tak pernah macam ni pun.. "
"ex-girl aku.." sayu suara Arill. kata-kata andy memang benar. dia putus cinta.. cinta yang tak pernah dia hargai.
Andy mennghemmpaskan tubuhnya ke sofa. dia memandang teman yang sudah tidak keruan lagaknya. rambut yang selalu tersisir rapi kelihatan kusut. entah berapa kali agaknya Arill menggaru atau mengusutkan rambutnya itu. bajunya sudah renyuk. beberapa btang baju sudah terbuka.
"kenapa dengan ex kau... " soal andy perlahan. bukan niatnya menyakiti arill. Dia cuma ingin membanntu.
"aku sayangkan dia.."
"kau sayang kan dia.. apa susah.. beritahu perasaan kau kat dia. maybe dia akan terima kau..."
arill mengelengkan kepalanya. lelaki ini tak faham.
"kau tak faham Andy.. bukan semudah tuh.."
"buat aku faham.."
"dia memang ex aku.. tapi tu dah lama berlalu.. Lebih tiga tahun lalu.."
"maksudnya kau.."
"aku jath cinta sekali lagi. pada permpuan yang pernah aku kecewakan.." akui Arill lemah.
andy mengeluh perlahan.. beratnya masalah kawannya ni. dia sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Kenapa la Arill jath cinta pada ex dia. tak ada orang lain ke? dia juga sedar yang cinta tak boleh dipaksa.
"Siapa?" soal andy ingin tahu. Mesti perempuan tuh bertuah gler kerana dapat mencairkan hati lelaki di depannya. Sedar yang bukan senang nak memikat sahabatnya itu.
"Diya.." ujar arill.
ternganga mulut andy mendengar nama sahabatnya disebut. jadi diya la perempuan yang dimaksudkan arill. dia mengeleng tidak percaya. Andy tersenyum sinis.
memang patut kalau arill macam orang giler bayang pun. Dulu dia pernah menasihatkan arill agar tidak mempermainkan perasaan sahabatnya namun arill degil. Dia pernah melihat betapa kecewnya Diya bila ditinggalkan Arill. Perempuan itu makin menyendiri. Malah dirinya dijadikan musuh hanya kerana dia kawan baik Arill. Dia juga terseksa kerana hilang kawan baik. Mujur ada suraya yang selalu di samping diya.
"padan muka kau. siapa suruh kau tinggalkan dia. " Ujar Andy sinis. Padan muka kau Arill. Kawan aku kau kecewakan dan sekarang kau sendiri yang merana.
"wei.. kau ni kawan aku ke kawan diya. Aku terseksa sekarang tau.."
Andy membalas geram."sekarang baru kau tahu perasaannya kan. Aku pernah bagi amaran akt kau dulu. jangan mainkan Diya. tapi kau buat jugak. Kau tau tak sakit ati aku terngok diya dulu. Seminggu dia tak datang kuliah. Malu nak jumpa kau. dengan aku pun dia tak nak bercakap. Aku ni putus kawan dengan dia pun sebab kau. Sebab kecewa dengan kau aku yang dijadikan musuh. Mujur ada suraya tuh"
"tolong la aku Andy.. kau kawan aku kan.." Arill merayu. ya memang silapnya kerana meninggalkan diya dulu. tapi dia sudah menyesal. Dia ingin menebus kesalahannya. Andy bukan sahaja tidak membantunya malah turut menempelaknya.
"maaf la kawan.. kalau bab diya aku tak dapat tolong kau.. Kau uruskan sendiri.. Aku dah serik. Aku tak nak jadi musuh Diya. " Andy bangun daru duduknya dan terus masuk ke biliknya.
Arill hanya memandang. Kenapa? kenapa semua orang tidak menyokongnya. Kenapa susah sangat untuk dia tebus kesilapannya?
***********************************************************
"assalamualaikum.."
"waalaikumussalam. Diyta kat mana ni? kenapa tak balik lagi?" kedengaran suara cemas di hujung talian.
Diya mengerling ke arah Hakimi. lelaki itu masih berdiri di situ. Apa tengok-tengok. nak pasang telinga ke?
"Sorry uncle.. Diya tak dapat balik malam ni.. Ada hal.."
"diya kat mana ni?" Osman menyoal bimbang. Diya jarang balik lewat. Apatah lagi keluar ke mana-mana tanpa pengetahuannya. Hari ini Diya bukan sahaja tidak balik tapi tidur di tempat lain. Mana dia tak riisau.
"Diya kat rumah kawan la uncle.. Diya tak apa-apa la..Esok bila diya balik baru diya cerita kat uncle yea.." rendah aja suara diya. harap-harap pakcik Osman tidak bimbang lagi.
"cakap kat mana diya sekarang? selagi diya tak cakap selagi tu lah uncle bimbang.
"diya kat rumah kawan la uncle.."
"kawan mana diya?" Osman cuba mengorek rahsia. Dia tahu yang Diya bukan jenis bergaul dengan orang yang bukan2 namun hatinya masih berlagu bimbang. Apa perasaan ni?
Diya sekali lagi mengerling ke arah Hakimi yang sudah duduk bertentangan dengannya.. Ala dia ni, suka2 je duduk kat situ. orang nak cakap pun tak senang. punnggungnya diangkat dan terus melarikan diri ke ruang yang dia pasti merupakan dapur rumah itu. Jangan ikut2 lagi la kimi. Payah nak berjawab dengan uncle ni.
Baru je dia ingin bersuara kedengaran Hakimi bersuara. "jangan nak lari.. tak de nya kimie nak ganggu dya. boraklah.."
"siapa tu diya?" pakcik osman sudah bertanya. Alamak.. mampus la diya kali ini. Sudah pasti pakcik osman dapat mendengar suara Hakimi tadi. Apa alasan yang nak dia berikan agaknya. Kalau pakcik osman tahu malam ni jugak agaknya si hakimi tu kena reman.
"diya kat rumah husband diya uncle.." balas diya perlahan.
pakcik osman jelas terkejut."dia dah balik kursus ke Diya? 6 bulan kan dia kursus. Kenapa balik awal sangat.."
Diya menggigit bibirnya. kantoi aku kali ni.. Memang diberitahu pada Pakcik Osman yang suaminya berkursus. sebab itulah dia tinggal sementara di rumahnya. Takut duduk berseorangan.
"Dia balik awal sebab... emm... emmm... rindu kat.. Diya" terketar-ketar jawapan muncul dari mulut diya. harap=harap pakcik osman percaya la cakapnya ini.
"baik betul ye bos husband diya. Tengah kursus pun boleh balik awal..Kat mana husband diya kerja?"
"buat apa uncle?"
"nak berterima kasih kat bos Dia la.. Sekarang ni kamu berdua boleh la habiskan masa bersama. Tak ada la rindu2 lagi. Dah dekat.. nak berkepit bila-bila masa pun boleh."
diya menelan air liurnya. sampai ke situ pulak yang pakciknya fikirkan. ingat aku kemaruk sangat ke nak berkepit ngan hakimi tuh. tiap kali dekat pun mesti ada yang tak kena. tengok macam tadi, baru je nak berbaik kimi pulak sengaja naikkan darahnya. tak faham betul.
Namun dia tak menyalahkan pakcinya itu. sedar yang pakciknya itu menyangka dia berkahwin kerana cinta sehingga sanggup membelakangkan keluarganya. tiba-tiba ingatannya teringat pada ayahnya. apa khabar agaknya ayah sekarang. Farid ada memberitahu yang ayahnya sudah boleh bergerak dan turun dati katil hospital sekarang. Agaknya bilalah ayah akan keluar dari wad.
"ayah macam mana pakcik? sihat ke?"
"kamu ni kan, dah jauh dok dengan suami baru tanya pasah ayah kamu tu.. Selama duduk kat rumah uncle tak de pulak kamu tanya..Tak faham pakcik.."
Diya terasa dengan kata-kata pakciknya. Salahkah dia bertanya bila teringat akan ayahnya. bukannya dia sengaja tak nak tanya. selalunya farid akan ringan mulut bercerita pasal ayahnya setiap kali singgah di rumah pakcik osman untuk bertanya urusan kerja padanya. cuma seminggu ni je farid sibuk sangat sehingga hanya mampu menelefonnya. itupun hanya perbualan yang singkat.
"ayah ok kan uncle..." diya cuba menahan sendu yang bermukim di hatinya. Biarlah. Akan disimpan perasaannya ini. Selagi dia mampu akan disimpan tangisan hatinya. bukankah kewajipan anak untuk membahagiakan keluarga dan orang tuanya.
"kalau ayah diya stabil dua hari lagi dia dah boleh keluar wad dah.Diya nak jumpa abah diya tak?"
"tengok la uncle.. kalau tak de kerja diya datangla.. tapi diya tak janji uncle."
seteleh berbasi-basi, diya meminta diri. Bukan tak nak berbual dengan pakciknya tapi masa sekarang tidak sesuai. tahu yang hakimi sudah menunggunya di ruang tamu. Esok masih ada.
Diya menepuk dahinya bila tringat yang dia lupa untuk bertanya akan jadual pakciknya itu. Kalau ada kes kat mahkamah jawabnya tak jumpa la diya dengan pakciknya esok.
hakimi memandang diya yang bergerak ke arahnya sambil menepuk dahinya. Apasal kau tepuk2 dahi tuh.. ada benda yang kau baru teingat ke? kalau ye pun jangan la tepuk kuat macam tuh. dah lupa ke bengkak yang ada kat situ. Gumam hakimi sendirian. Ditarik raut serius di wjahnya.
"OK KIMI.. mana diya nak tidur ni?" soal diya. dia mengambil tempat di sisi hakimi. di kerusi kecil yang beralaskan kusyen yang agak tebal.
"Diya tidur kat bilik tu." ujar hakimi menujing jarinya ke arah bilik kosong yang dekta dengan dapur. diya memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh hakimi. terus bangun dari kerusinya dan bergerak ke bilik itu.
tombol pintu dipulas dan pintu dibukak. Dia memandang sekeliling bilik itu yang menempakkan katil bujang dan almari serta meja solek. Hakimi mengekor dari belakang. melangkah tenang ke
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment