"Korang berbual la dulu k. Aku keluar jap. Pape hal kau panggil aku k." Ujar Ikmal dan menepuk bahu kawannya sebelum keluar dari bilik itu. kalau tadi dia merasa seram sejuk, bila memandang kawannya dan Arill dia merasakan suasana tegang dan hangat.
"kenapa kau datang jumpa aku ni?" tiada salam tiada apa, hakimi terus bertanya tujuan lelaki itu datang berjumpa dengannya. dia sudah dapat mengagak apa tujuan kedatangan lelaki ini. Mesti pasal Diya. Dia sudah tahukah pasal perkahwinan mereka?
"Nop. kali ni I nak bincang pasal U. Not Diya.."
"I? Apa yang U nak discuss pasal I. " Soal hakimi lagi.
Arill melemparkan kepingan gambar yang berada di poket kemejanya. "pasal ni..."
Hakimi memandang gambar-gambar yang bertaburan di meja itu. Gambar-gambar ketika dia bersama dengan Sofie. Kenapa gambar-gambar ni ada pada Arill. Lelaki itu mengekorinyakah? Kalau papa tengok gambar-gambar ni gerenti aku kena kerat lapan.
"Apa tujuan kau ambik gambar-gambar ni semua?"
"Curious. I nak tahu kenapa Diya memilih U dan menolak I. Rupa-rupanya U ni pun kaca jugak. Tak sepadan dengan Diya."
hakimi diam. Kenapa lelaki ni begitu memuja Diya.
"Do you love her?" Soal Arill tenang.
Hakimi mengelengkan kepalanya.
Arill berdiri merapati Hakimi. Wajah lelaki itu dipandang mencari kejujuran..
"lepaskan diya.. "
"I tak boleh.."
"kenapa? U tak cintakan diya.. please.. let her go.. I tak sanggup tengok diya menderita sekali lagi.."
"U tak faham.."
"make me understands.." Arill masih menahan kesabarannya yang makin menipis. Lelaki itu sudah terlalu angkuh. Dia tidak cintakan Diya. Dia ada perempuan lain. Dia akan melukai Diya kesayangannya. Sama macam apa yang pernah dia lakukan pada Diya dulu.
"I... I... hus.." kata-kata hakimi mati di situ. Kenapa perlu dia beritahu Arill akan ikatan itu. Arill cuma bekas kekasih isterinya. Ya.. Diya isterinya yang dia sendiri tidak terima dengan hati yang ikhlas. Tapi diya masih isterinya.
"apa yang U nak cakap sebenarnya. "
"Nooo.. Never. I takkan lepaskan Diya.." kata-kata itu terpacul di mulut hakimi. Mana mungkin dia serahkan isterinya pada orang lain.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"we need to talk"
"apa lagi yang arill nak. Tak pernah bosan ke mengacau Diya."
"nop.. Dengan u mana I boleh bosan.."
"jangan nak mengarut. Diya tak suka.. lagipun dulu Arill jugak yang bosan dengan diya.."
Arill terdiam. benci sangat ke Diya untuk mendengar suaranya. Bercakap di telefon pun penuh dengan perasaan benci.
"jangan nak unkit kisah lama. Kita jumpa k. I ada something nak bincang dengan Diya nie.. Please.. benda ni penting tau.."
"Arill nak kawin ke?" lancar je kata-kata tersebut keluar dari mulut Diya. Sebenarnya dia berharap sangat yang arill akan bertemu dengan cintanya. Berkahwin dan melupakan dirinya. Susah sangat ke nak melupakan dia yang tak ada apa-apa ni? cinta memang pelik..
"Diya... " Arill menyambut geram. Kenapa? kadang2 diya melayannya dengan baik dan kadang-kadang juga diya melayannya dengan dingin.
"ok.. where do we meet?"
"U nampak cantik Diya.."
"selama ni Diya tak cntik ke?" Sindir diya.
"U selalu cantik Diya. I ni je yang tak nampak.."
"whats wrong with U today?" Diya bertanya hairan.
"nothing..." ujar arill pantas. akan dianyatakan hasrat hatinya pada hari ini.
"Apa yang U nak makan?" Soal arill ramah?
"Anything fine.. Cepat cikit. I ada hal ni. " balas diya malas. Ajakan Arill diterima kerana lelaki itu beria-ia mengajaknya. entah apa yang hendak arill cakapkan padanya.
"diya.." Arill meneguk air liurnya perlahan. hatinya masih menimbang-nimbang sama ada dia patut memberitahu diya akan rahsia hakimi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
hakimi resah di kerusi. Otaknya penuh dengan ugutan yang lahir di bibir arill. Lelaki itu mengugut untuk menceritakan perihal dirinya dengan Sofea kepada Diya. Apa yang harus dia lakukan. Dia tidak ingin gambar-gambar itu sampai ke tangan Diya.
Tapi kenapa? Dia masih tidak fahamm akan perasaaannya di saat ini? Dia tidak sukakan diya. berkali-kali ayat itu diulang di kepalanya. Meyakinkan dirinya yang diya bukan sesiapa padanya.
ARGHHH...
Hakimi memandang telefon di meja. akalnya menimbang-nimbang sama ada patutkah dia menelefon Diya. mereka perlu berbincang.
"hello.."
Kedengaran suara menjawab sapaannya. Hakimi tersenyum lega biarpun rasa gemuruh mendengar suara di seberang..
"Sibuk ke?" Soalnya lagi. Saja berbasi-basi dengan pemanggil di talian.
Hampir terjatuh telefon di tangan saat mendengar jawapan si pemanggil..Kurang ajar kau arill. Baru tadi kau datang menyerangku dan sekarang seronok bercanda dengan isteriku.
"awak di mana?" keras suaranya bercampur amarah. Apa yang dia tahu sekarang ialah menumbuk muka arill. Langkahnya laju menapak keluar sambil tangannya terus mendekatkan telefon di telinga. beg dan kotnya dibiar begitu sahaja. Yang dia tahu dia harus segera ke tempat di mana Diya dan Arill berada.
Bila diya memberitahu di mana dia berada, terus telefon tersebut dititup. Bila sampai dan masuk ke kereta, telefonya dibaling entah ke mana kerana amarah yang membara. Jaga kau Arill.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Diya memandang telefon di tangan. Tidak menyangka yang hakimi menelefonnya tadi. Entah apa angin lelaki itu tiba-tiba bercakap dengannya. Dia hairan dengan panggilan yang sekejap itu. bila dia memberitahu yang dia bersama dengan arill, dapat didengar dengusan yang kuat dari pemanggil tersebut. Lanras telefon tersebt disimpan ke dalam beg.
"siapa tadi?" Arill yang memerhati perbualan itu bertanya.
Diya mengjungkitkan bahunya.
"kawan..."
"Arill nak cakap apa dengan diya ni. bukan main penting Diya dengar." Diya terus bersuara selepas pelayan membawakan makanan mereka. Dia merasa tidak sedap hati. Dengan Arill yang jelass ceria dan panggilan hakimi yang masih mengganggu fikirannya.
"U dengan Hakimi macam mana?"
terkejut diya dengan soalan berupa perangkap padanya itu. Kenapa Arill ni nak ambil tahu sangat hah. Kisah mereka sudah noktah. tak paham-paham lagi ke? ke Arill nak dia beritahu yang dia isteri hakimi baru lelaki itu nak mengalah.
"Ok. kenapa arill tanya nie. Ada Apa?" sengaja diya mengelak dari memberkan jawapan yang pasti. Apa makna ok yang dia sebutkan pun tak tahu. Ok la kot kerana tak jumpa dan tak gaduh dengan si Hakimi tuh.
"I nak kita kembali macam dulu diya.. Please.. kali ni je.. dengar la apa yang arill nak cakapkan kat diya. I sayangkan Diya. Selama kita berpisah ni I menyesal sangat-sangat Diya. Hanya u saja yang boleh bahagiakan I." Arill memujuk lemmbut.
"Sorry arill.. Diya tak boleh. Macam mana Arill merayu pun Diya tetap takkan balik pada Arill. Diya dah ada kehidupan diya sendiri. diya bahagia dengan siapa diya sekarang... "
"Diya.. kenapa diya sekejam ni. Diya sanggup ke tengok arill menderita. Kenangkan la saat bahagia kita besama.. beri I peluang untuk berubah dan bahagiakan U...."
Diya mengeleng perlahan. Mana mungkin dia menerima arill.
"baik sangat ke lelaki tu sampai Diya tak nak terima Arill?" Arill menyoal. Dia tidak nampak di mana baiknya lelaki yang sanggup bermain kayu tiga itu.
"siapa?" soal diya hairan. Ntah siapa yang dimaksiudkan Arill. Dia blur..
arill terasa dengan respond Diya. Adakah diya sengaja bwertanya soalan yang dia sendiri tahu jawapannya. Adakah diya sengaja menyakiti hatinya?
"siapa lagi kalau bukan kekasih Diya.. Hakimi.." tukas Arill geram.
Dya terkejut namun disembunyikan juga wajah terkejutnya pada Arill. Apa yang Arill lihat sehingga mendakwa Hakimi kekasihnya. Dia benar-bennar tak faham. Atau ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuannya.
"Arill cari hakimi ke?" Diya serkap jarang. Dia teringat akan dakwaan hakimi bahawa Arill pernah datang mencarinya. Lelaki ni buat hal lagi ke? Tak serik-serik lagi ke?
"Yes.. I mean no.. Memang I ada pergi ke office hakimi. Itu urusan antara I dengan Hakimi.."
"Arill dah giler ke? Kenapa arill ni tak pernah serih hah.. " Melenting diya dengan pengakuan Arill. Apa lelaki yang seorang ni fikir pun dia tak tahu.
makanan dihidang dibiar sepi. Perlahan tangan diya mencapai minuman yang dipesan. Dia cuba menahan kemarahannya. Kenapa la hati ni asyik panas je kebelakangan ni. Jus tembikai dihisap menghilangkan amarahnya.
Arill sedikit trkejut melihat emosi yang bertandang di wajah Diya. Sekejap gadis itu tenang dan sekejap jelas terpamer kemarahannya. Salahkah dia andai ingin melindungi gadis yang disayangnya. Cintanya.
"hakimi bukan lelaki yang baik. Trust me.. "
"So siapa lelaki yang baik? Arill? Arill tak berhak cakap macam tu pada hakimi. Sebelum arill tuding jari kat orang lain, look at yourself Mr arill... " balas Diya geram. kalau ikutkan hati nak sahaja dia menjerit ke arah lelaki itu. disabarkan hatinya kerana mereka berada di khalayak ramai. Bukan caranya untuk memalukan lelaki di hadapannya.
"Arill tahu arill bukan lelaki baik. Tapi arill mohon.. Percaya la cakap arill kali ni.. kali ni je.. Lupakan saja hakimi. Dia tak sesuai dengan Diya..." Tangan diya cuba dipegang Arill namun ditepis Diya.
diya kaku. Dia tidak faham kenapa Arill hendak sangat dia memutuskan hubnngannya denga hakimi. Dari suara Arill, diya tahu ada sesuatu yang Arill tahu namun dia masih merahsiakannya darinya. Apakah yang Arill sembunyikan darinya?
"Ada benda yang diya kena tahu pasal hakimi ke?"
Arill menjerit dalam hati.. Kenapa la dia jadi macam ni. Sedaya upaya dia berharap agar dia tidak perlu memberitahu Diya akan kecurangan Hakimi. Dia benar-benar tidak ingin.
dia memegang kepalanya. kusut..
"nothing Diya. Tak ada apa-apa pun.. " ujar Arill
Diya tidak berpuas hati dengan jawapan Arill. Ada sesuatu yang lelaki itu ingin ucapkan tapi tak terluah. Diya memandang wajah yang jelas berserabut di kepalanya.
"You are hiding something.. " gumam diya.
Arill mendongakkan wajahnya. Di depannya adalah gadis yang yang dicintainya. Kenapa begitu berat dugaannya. kenapa begitu payah untuk dia ucapkan. cakap je kekasih Diya curang. Kau akan ada peluang hatinya berkata namun di sudut hatinya ada juga sesuatu yang melarangnya dari melukai gadis itu.
"say something arill. Apa yang terbuku di hati Arill. Apa sebenarnya yang arill sembunyikan dari diya.." Dya memujuk lembut.
terketar-ketar tangan arill menyeluk sampul surat yang berada di poketnya. Diunjukkan pada Diya.
"Diya tengoklah. Diya akan faham apa yang arill maksudkan" lemah suara itu bersuara. Damm..
Diya mengambil sampul yang dihulur arill padanya. Perlahan tangannya mengeluarkan isi sampul tersebut.. tergamam dia memandang wajah yang dikenalainya itu. Hakimi..
Tangannya cekap membelek-belek gambar-gambar yang tersusun tebal.. Pelbagai aksi dan suasana dapat disaksikannya.
"Arill harap diya faham.." Arill memandang diya yang tekun memandang foto-foto yang memaparkan aksi hakimi dan kekasihnya. Tak marahkah Diya bila melihat foto-foto itu? Dia dapat melihat kejutan di wajah itu tapi tak ada pula wajah amarah seperti yang dilihatnya saat merendah-rendahkan hakimi.
Diya meletakkan foto-foto tersebut ke atas meja. Dia tahu niat Arill baik. memang dia terkejut bila memandang foto-foto tersebut. Hendak dimarah dia tidak berhak. Lelaki yang memegang status suaminya itu tidak pernah menerimanya dalam hidup lelaki itu.
"thanks but no thanks.."
Arill memandang Diya tidak percaya. tiada sebarang emosi di wajah itu. Benarkah Diya dan Hakimi berkasih. dia mula merasa sangsi. Adakah kerana itu Diya melenting bila dia berjumpa dengan hakimi? kerana tiada hubungan langsung antara mereka?
Tapi hakimi pula begitu bersungguh dan protecktive bila nama diya disebut. Lelaki itu beria-ia tak nak melepaskan diya. Dia keliru.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bergegas hakimi masuk ke restoren itu. matanya melilau mencari diya di antara pelanggan yang berada di situ. Harap-harap Arill belum memberikan gambar tersebut pada Diya. Terbayang di matanya Diya yang menangis kerana gamba r tersebut. Arill pula dengan senang hati memujuk isterinya. Memeluknya.
hakimi cuba menghapus bayangan itu. kenapa pula dia membayangkan Diya menagis kerananya. Entah-entah Diya tersenyum gembira sambil memeluk kekasih hatinya kerana kecurangannya. Ahhh... jangan fikir apa-apa. jangan bayangkan apa-apa. Pedulikan diya. Biarkan Diya dengan halnya..
Pantas langkahnya diatur saat melihat wajah Diya di satu sudut.
"sayang... Diya buat apa kat sini..." laju sahaja mulut itu berkata tanpa sempat ditahannya. Wajah Diya jelas terkejut begitu juga dengan Arill.
Hakimi berlagak selamba. terus sahaja dia duduk di bangku di sebelah Diya. Tangannya dilingkarkan di pinggang diya. Dapat dilihat wajah Diya yang mula memerah.. Cutenya..
Diya cuba melepaskan pautan hakimi namun lelaki itu makin kuat memeluknya.
Senyuman di wajah hakimi kaku bila terpandang foto di meja. Sudah terlewatkah dia?
Bila melihat wajah hakimi yang berubah itu diya dapat mengagak sebabnya kerana mata itu terarah pada foto-foto di meja. pantas tangannya menyusun dan memasukkannya di dalam sampul.
"kimie simpan la.." Diya mengunjukkan sampul itu kepada Hakimi.
Tergamam keduanya dengan lagak Diya yang selamba.
"Diya tak perlu perkenalkan korang kan..Rasanya korang berdua lagi kenal satu sama lain banding Diya sendiri."
"Diya... kita balik yea.." ucap kimi tidak mempedulikan Arill yang memandang. Saat ini dia ingin bersendirian dengan DDiya. Mendengar apa sahaja yang diya ingin cakapkan padanya. Melihat wajah diya yang tiada emosi lebih menyakitkan hatinya.
Dia lebih rela diya memarahinya berbanding kebisuan yang diya tunjukkan padanya.
"Sori arll. Diya rasa dah tak ada apa yang Arill nak bincangkan kan. Diya balik dulu.."
Hakimi tersenyum kemenangan.
hakimi memandang diya yang membisu di kerusi di sebelahnya. Dia juga turut diam. akalnya mencorak ayat yang ingin dikhabarkan kepada diya. Fikirannya tidak tenang mengenangkan pertemuan yang beralku antara diya dan Arill. Dia sedar yang dia masih tidak dapat mengenal hati budi gadis di hadapannya itu.
"Diya kerja mana sekarang?" mata hakimi trus terarah ke jalan raya. menumpukan konsentrasi sepenuhnya kepada pemanduan.
"diya dah tak kerja dah.."
"kenapa? bukan ke hari tuh Diya dah kerja kan... Pegawai tinggi lagi tue.. Ada apa-apa yang berlaku ke?" hakimi ingin tahu. Dia masih ingat akan perbualan mereka sewaktu di pulau dahulu.
"Diya cuma pegang amanah waktu tu. Sekarang sudah diserahkan kepada yang berhak. Diya dah tak ada urusan lagi di situ."
Hakimi berfikir seketika sebelum bersuara.
"kalau hakimi panggil diya kerja balik diya nak ke?" Hakimi mula merencana. dia tidak senang membiarkan Diya sendirian dan jauh darinya. Arill sudah terang-terangan manyatakan perang dengannya. dia tahu yang Arill kini tidak akan malu-malu untuk mencari diya. Sekurang-kurangnya dengan tawaran itu membolehkan dia memerhati akan diya.
"kenapa?" soal diya
hakimi terdiam.
Dia membrek kereta apabila sampai ke lampu isyarat. Matanya memandang lampu merah di depan. hidupnya sekarang pun macam ni jugak agaknya. terhenti dan tak tahu bial masa ia akan berputar epada kehidupan yang bahagia.
"tak ada apa-apa. I just tak nak arill ganggu Diya lagi. He is so persistant. u know." hakimi berterus terang. biar diya faham akan situasinya sekarang. untuk mengaku yang dia cemburu egonya masih tinggi. Dia takkan mengaku yang dia cemburu akan diya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment