hakimi masih mendiamkan diri.. dah bisu ke? mungkin hakimi tidak selesa dengan kehadirannya.
"ok je.. baik.. Diya pulak macam mana?" hakimi tidak berniat ingin tahu akan hal diya namun dia perlu berbual dengan diya untuk mengurangkan debaran hatinya bila berada dekat dengan Diya.
"Diya pun sama macam kimie jugak. tapi diya sekarang dah tak kerja kat tempat lama lagi.."
"kenapa?" hakimi ingin tahu. Seingatnya nya ini sudah dua kerja Diya lakukan dalam masa enam bulan. adakah diya seorang yang suka menukar tempat kerja apabila bosan?
"personal problem. " balas diya dan terus menolak troli ke hadapan.
hakimi makin hairan. Diya memberikan jawapan yang sama seperti yang dia berikan sewaktu berhenti kerja dari syarikatnya. adakah diya betul-betul ada masalah peribadi atau dia sengaja memberikan alasan yang begitu.
tangan Diya pantas membelek-belek sayur yang tesusun kemas itu. menilai sama ada ingin nmembeli atau tidak. mengingat barang apa yang diperlukan dirumahnya.
"kimi tak selesa ke bila dengan diya?" soal diya tiba-tiba dan memandang tepat ke arahnya.
"I don't know how to act in front of U. Diya tahu kenapa kan.."
Diya mengangguk perlahan. faham dengan maksud hakimi.
"diya minntak hakimi jangan benci diya walau apa pun yang berlaku nanti.." Diya terus menolak troli tersebut meninggalkan hakimi. hakimi hanya memandang langkah diya yang berlalu meninggalkannya.. hatinya tetiba merasa pedih. perasaan apakah ini?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"Sue, kau datang ambik aku jap boleh?"
"kau kat mana ni?"
"kat tempat biasa la. Aku ada hal nak bincang dengan kau ni.."
"apa hal pulak?"
"adalah... aku tunggu kau tau.."
Suraya memandang telefon di tangannya setelah talian terputus. Apa halnya Diya nak jumpa dengannya. tergesa-gesa pulak tuh.. ni mesti ada ada apa-apa nie..
Suraya memandu dengan tenang biarpun hatinya bergelodak dengan seribu satu persoalan. Harap-harap tiada apa-apa yang besar. Diya ni bukannya boleh dijangka.
sesampainya di taman mini, suraya terus meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang tersedia.
Mata suraya melilau mencari diya. Tersenyum riang dia apabila melihat kelibat diya di celah-celah orang ramai yang mengambil peluang beriadah di taman itu. Suraya melihat yang kawannya itu berteman. Siapa? teman lelakinyakah? afdakah diya ingin memperkenalkan dia dengan temannya itu?
"Assalamualaikum..."
Diya menyambut salam yang disampaikan sahabatnya itu. Lelaki di sebelah diya turut sama membalas salam tersebut.
"apa hal kau cari aku ni. tergesa-gesa pulak tu?" terus suraya bertanya.
Diya menepuk bahu sahabatnya itu.
"kalau ye pun nak tahu, takkan la khabar kawan baik sendiri pun kau tak tanya. sampai hati betul.."
suraya tersengih menampakkkan giginya yang putih bersih itu pabila ditegur Diya. Salahnya jugak, tergesa-esa sangat nak tahu sampai terlupa tanya khabar berita.
"Siapa mamat kat sebelah kau ni?" lain yang ingin ditanya lain pula yang keluar dari mulut suraya. Lekas-lekas dia menutup mulutnya. malu.
diya tergelak. Sue ni tak beragak langsung. Kenapa la dia ni gelabah sangat hari ni. biasa tak de pulak macam ni.
"ni adik aku la. farid. Farid, ni kawan kak Diya Suraya... " diya memperkenalkan kedu-duanya. mereka bersalaman tanda perkenalan.
"pehal kau ajak aku datang ni?"
"akak borak la dengan Sue ya. Farid nak ke sana jap. Nanti farid datang balik. " ujar farid tidak mahu mengganggu perbualan keduanya.
"bila masa kau ada adik nie?" Suraya masih tidak serik untuk melemparkan pertanyaan demi pertanyaan pada sahabatnya.
"dah lama dah. kenapa pulak? aku tak pernah bagi tau kau ke?"
Berkerut dahi suraya cuba mengingati sama ada Diya pernah menceritakan perkara itu dengannya. Tidak..
Apabila Diya melihat dahi Suraya yang berkerut seribu itu dia terus mencelah.
"Farid tu adik tiri aku... "
"what?" Suraya terkejut dengan pengakuan Diya.
"farid... is my stepbrother.." tekan diya lagi.
terlopong Suraya. Rahsia sebesar ini diya sembunyikan dari dia. Ada lagi tak perkara yang diya tak pernah beritahu padanya? dia terfikir..
"Sue ingat lagi tak masa kita studi dulu, bila holiday diya pernah cakap nak pegi melawat saudara diya. Farid tu lah saudara Diya."
zahir memandang gadis yang asyik memandang jauh ke hadapan. hari ini pun dia tetap ada. Siapa dia?
Diya mengeluh. sampai bila dia nak lari. Lagipun masalah dia bukannya tiada penyelesaian. perbualannya dengan suraya nyata sia-sia. kepada siapa harus dia luahkan segalanya. Suraya menentang keras keinginannya untuk pergi dari sini sehingga segalanya selesai.
hingga ke hari ini, sahabatnya masih merajuk denganya dan langsung tidak menghubunginya.Salahkah keputusan yang aku buat ni?
telefonnya tetiba berbunyi. Pantas Diya menjawab panggilan tersebut setelah melihat siapa yang memanggil.
Zahir masih setia memdang gadis itu. kepalanya dilihat bergerak mengikut perkekerakan mulutnya. Dengan siapa dia berbual. serius semacam je..
Seolah-olah menyedari yang dirinya diperhatikan, gadis itu memandang kearahnya. Zahir pura-pura memandang ke arah lain. setelah pasti yang fadis itu tidak lagi memndangnya, Zahir meneruskan pemerhatiannya.
Gadis itu meletak telefonnya dan kemudian terus berjalan ke arahnya. Alamak.. dia sedar ke aku pandang dia? zahir menundukkan wajahnya. Gadis itu berlalu melepasinya. huh.. Dia tak perasan ke?
Zahir menanti derap lagkah gadis itu tidak kedengaran lagi dan kemudian baru lah dia berpaling memandang gadis itu berlalu pergi. kenapa setiap kali aku melihat kamu, wajahmu penuh dengan penderitaan?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"Sofie... Rindu kat u la.." ujar hakimi memandang buah hati kesayangannya. Rasa lega hatinya saat memandang kekasihnya. tangannya kemas memeluk pinggang sofea. Sofea hanya merengek manja di dalam dakapan hakimi.
"I pun rindu kat U jugak. U sibuk sangat ke sekarang? baru hari ni muncul..."
hakimi mengusap lembut pipi Sofea
"sorry honey... I busy sangat sekarang ni.."
"sibuk sangat ke? ke U ada perempuan lain?" Sofea cuba menduga. Perangai hakimi sedikit berbeza berbanding dulu. Bila berjumpa dengannya, hanya sekejap dan kemudian menghilang. Sibuk dengan kerja katanya. Hujung minggu pun hakimi sudah jarang mengajaknya keluar.
"I betul2 sibuk honey.. kerja kat office menimbun. projek baru dapat. banyak benda nak kena handle.. U kena faham..nanti ada masa kita pergi holiday yea..." makin erat pelukan di pinggang Sofea. Hakimi membelai rambut Sofea.
Fikiran hakimi tiba-tiba melaayng teringatkan diya. apa yang dia buat sekarang.. bersama kekasihnyakah? Dia teringatkan lelaki yang selalu mengekori diya. lelaki itu tidak pernah berputus asa. Sekarang pun lelaki itu masih mengekori diyakah? hatinya tiba-tiba merasa panas.
"kenapa ni kimie?" tegur Sofea lembut bila melihat wajah Hakimi yang tiba-tiba berubah.
Hakimi mengelengkan kepalanya. hal ini bukan masalah Sofea. Dan bukan juga masalahnya. mereka tidak ada apa-apa hubunganpun. Hakimi cuba meyakinkan dirinya
"kita nak makan kat mana ni?"
"kita order pizza je.. I malas nak keluar.." balas hakimi memegang erat jari jemari Sofea.
Sofea memandang hakimi. Ada apa-apa yang berlaku ke? hakimi kelihatan letih. dia memandang hakimi yang telah meletakkan kepalanya di sofa..
"U ok ke kimi? "
"i'm ok sofie. penat sikit je. Tolong order pizza.. I dah lapar ni. dah kebulur.. I tak sempat lunch pun tadi.."
Sofea mengeratkan pegangan tangannya sebelum pergi ke dapur untuk menyediakan minuman untuk hakimi dan memesan makanan buat mereka berdua..
Sofea memandang hakimi yang terlentok di sofa. Letihkah dia? Dia tiak pernah melihat hakimi seperti hari ni. terlalu banyak bebanankah hakimi sekarang? adakah itu sebabnya dia merasakan yang hakimi semakin jauh darinya. Tapi itu bukan sebabnya bukan. Sofea merasakan yang ada insan lain yang membuatkan hakimi makin jauh darinya. Tapi siapa?
Sofea mengusap rambut hakimi sebelum ke pintu untuk membukanya apabila loceng pintu berbunyi. tentu pesanan pizanya tadi. Sofea membawa pizza tersebut ke meja setelah membayar pesanan tesebut.
"kimi... bangun sayang.." Sofea cuba mengejutkan hakimi yang tertidur. Dia sebenarnya tidak ingin mengujutkan hakimi tetapi bila mengenangkan hakimi yang kelaparan barulah dia mengejutkan hakimi..
Perlahan hakimi membuka matanya. matanya dipejam celik beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuknya.
"ada apa" soal hakimi perlahan. masih mengantuk lagi.
"your pizza sayang... nak tak?" Sofea menghulurkan sekeping pizza ke mulut hakimi.
Sofea tergelak manja apabila hakimi menggigit pizza tersebut.
"jangan la gelojoh sangat kimi sayang.. "
###############################################
"hi there"
Diya memandang ke kiri dan kanannya. Hanya dia seorang di situ. lelaki ini becakap dengannya ke? Diya memandang penuh tanda tanya.
Lelaki itu berjalan menghampirinya. Diya bergerak ke belakang. teragak-agak dengan tujuan lelaki yang tak dikenalinya itu. Mendapatkan jarak yang sesuai jika sesuatu terjadi padanya.
Diya memandang sekeliling.. ramai orang berada di sekeliling mereka. Mungkin lelaki ini bertujuan baik.Mana mungkin dia mempunyai niat buruk padanya.
"Sorry..." lelaki itu memberhentikan langkahnya apabila melihat Diya bergerak ke belakang.
Diya masih mendiamkan dirinya. lelaki itu mengundur sedikit ke belakang. Dia cuba meyakinkan diya dengan langkahnya bahawa dia bertujuan baik.
Zahir mematikan langkahnya apabila melihat gadis itu memandangnya dengan curiga.
"I selalu nampak U kat sini... I zahir.." lelaki itu menghulurkan tanganya ke arah diya.
Dia memandang lelaki itu. huluran tangannya tidak disambut.
teragak-agak zahir menarik tangannya dan menyapu seluarnya untuk menghilangkan rasa malunya. kemudian menggaru kepalanya yang tak gatal sambil tersenyum malu.
Inilah kali pertama huluran tangannya tidak bersambut. Gadis itu memang menarik perhatiannya. bukan kerana kecantikannya tapi kerana personalitinya yang berbeza berbanding rakan-rakan yang dikenalinya.
"Sorry. bukan muhrim..." Ujar diya melihat lelaki itu terkaku dan malu kerana salamnya tidak bersambut. Dia cuba menilai keikhlasan lelaki itu.
terpancar kegembiraan zahir kerana gadis dihadapannya mula bersuara. Dia sudah mula mengalah dan merancang untuk melarikan dirinya setelah tidak mendapat respon daripada gadis itu. Harapannya masih ada untuk mengenali gadis itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
arill memandang gambar-gambar yang berada di mejanya. hatinya merasa geram.. Diya, kenapa kau tak nampak siapa Hakimi yang sebenarnya. Dia cuma ingin main-mainkan kau. Kenapa kau masih tak nak maafkan aku.. Kenapa sayang...
pantas kakinya melangkah meninggalkan pejabatnya. hari ini jugak dia akan selesaikan segalanya. Setiausahanya yang ingin memasuki biliknya memandang hairan..
"bos, mesyuarat petang ni.."
"cancel semua. I nak keluar.." balas lelaki itu pantas.
setiausahanya memandang bos yang tergesa-gesa keluar hingga hilang dari pandangan. Apa kenanya dengan dia hari ni. Selalunya tak macam ni. ada pape hal pun bosnya ini masih rasional. Hari ini wajahnya dilihat seperti nak berperang. bersedia untuk mati..mengeleng perlahan dia mengingatkan fikirannya yang melayang entah ke mana.
"mana dia?" lantang arill bersuara. seisi pejabat gempar dan terdiam memandang stu sama lain. Inilah kali pertama mereka berdepan dengan lelaki yang kelihatan bersedia untuk bertempur. masing-masing kecut perut dengan gelagat lelaki itu.
tergagap-gagap perempuan di hadapannya bersuara cuba menenangkan arill.
"bos ke..kke..lluar.. sabar encik.."
"call him.. I nak jumpa dia sekarang jugak.." Arill masih lagi lantang. kemarahannya sudah menguasai diri.
Ikmal tergesa-gesa keluar dari biliknya apabila mendengar bunyi kecoh di luar. terkejut dia melihat lelaki yang mundar-mandir di depan bilik hakimi.. dia menepuk dahinya perlahan. bala apa pulak kau bawak ni hakimi..
cepat-cepat dia menghampiri lelaki itu. cuba berlagak tenang. sedangkan dalam hatinya berlumba-lumba rasa gemuruh dan gerun.
"encik.. sila ikut saya.. "
"why?" soal arill. dia tidak nampak kenapa dia harus ikut lelaki yang tiba-tiba bersuara. dari pemerhatiannya, lelaki itu memegang jawatan yang agak tinggi berbanding pekerja lain. Pekerja lain kelihatan menunduk dan membuat kerja masing-masing apabila lelaki itu bergerak ke arahnya.
wanita yang bersuara tadi berbisik sesuatu kepada lelaki itu. arill memerhati dengan matanya. setiap gerak lelaki itu diperhati. walaupun hanya seketika, arill dapat melihat muka lelaki itu sedikit menggelabah dan bila berdepan dengannya, wajah menggelabah itu disembunyikan dengan senyuman dan keyakinanya. bijak..
"kalau encik nak jumpa dengan encik hakimi, better encik ikut saya. Or encik lebih suka berada di sini dan menimbulkan gosip pekerja kat sini? "
"I ikut U " balas arill perlahan. Dia mengekori Ikmal masuk ke pejabatnya.
Ikmal menghela nafas lega apabila tetamu tidak diundang itu bersetuju untuk mengikutnya. kalau tak dia tak tahu apa yang akan berlaku jika kejadian tadi smpai ke pengetahuan bapa Hakimi. Perang dingin balik la jawabnya.
Sebelum menutup rapat pintu biliknya, Ikmal sempat menyuruh wanita tadi menyediakan minuman untuk menenangkan tetamunya itu.
Ikmal tidak dapat menyembunyikan kegelisahannya. dapat dirasakan lelaki itu memerhatikan setiap gerak gerinya. tangannya terasa sejuk. keadaan begitu dingin dan sejuk. dadanya terasa sesak.
"U kawan hakimi kan.. " arill bersuara mengisi masa dan mendapatkan maklumat.
Ikmal mengangguk. Macam mana dia boleh tahu.. tiba-tiba dia teringat akan siapa lelaki ini. kejadian di parking lot tempoh hari.. Apa urusan lelaki ini dengan hakimi?
"You kawan hakimi ke?"
Ikmal bertanya sedangkan dia tahu yang lelaki itu tidak mungkin berkawan dengan hakimi. Mana mungkin seorang kawan menyerang kawannya macam ni sekali. kalau musuh ada kemungkinan la. tapi kenapa? Adakah lelaki ini sudah tahu akan hubungan Hakimi dan Diya. Ya.. Mungkin.. kerana lelaki ini sentiasa mengekori Diya. Tapi apa pula hubungan Diya dengan lelaki ini? Bermacam persoalan bertamu di mindanya.
Arill mengelengkan kepalanya. Ikmal sengaja bertanya soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.
"maybe satu masa nanti kami akan berkawan. tapi buat masa sekarang.." arill membuat isyarat pangkah menggunakan jarinya.
"bila hakimi akan masuk office ni?" ikmal bersuara kepada dirinya. Jam ditangan dipandang seolah-olah masa masa terlalu perlahan bergerak.
"U kenal Diya?" Arill masih lagi bertanya. Tidak ada kemesraan dalam setiap pertanyaannya. Kaku dan tidak meleret.
"Kenal la jugak. She used to work here.. "
"I know that.. apa yang I nak tahu apa hubungan Diya and Hakimi. Would U like to tell me what are their relationship?" Arill sudah memotong percakapan Ikmal.
Pintu bilik Ikmal tiba-tiba terbuka. Ikmal menarik nafas lega apabila melihat wajah yang tersembul di muka pintu.
"what up bro..." Hakimi tidak sempat menghabiskan soalannya saat terpandang wajah tetamu di bilik ikmal. Dia lagi..
pantas Ikmal bangun dari kerusinya. dia berjalan ke arah hakimi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment