"Sya jemput kawan dia datang makan hari ni..emmm.."
"kawan sya? kawan yang macam mana tu?" hakimi ingin tahu. dia merasa sedikit cemburu kerana Diya seolah-olah lebih rapat dengann adiknya berbanding dia abangnya. kalau la perkahwinan ini terbongkar macam mana agaknya penerimaan adiknya itu?
"sya tak bagitau hakimi ke?" Soal diya. Dia menyangka yang sya telah menceritakan hubungannya dengan Zamri. bukankah Sya begitu menyanjung abangnya itu?
hakimi mengelengkan kepalanya. sekali lagi dia terasa diketepikan. Diya memang nampaknya lebih rapat dengan adiknya berbanding denagn dirinya.
"awak rapat dengan sya?"
Diya terkejut dengan soalan yang tidak dijangka itu. apa kena mengena hubungannya dengan sya dengan hakimi. salahkah dia rapat dengan sya?
"tak ada la rapat sangat. kenapa?"
hakimi memandang Diya. tidakkah diya faham kenapa dia tidak menyenangi perhubungan ini. ia nanti akan merumitkan keadaan. dia tidak ingin diya rapat dengan ahli keluarganya.
"jauhkan diri dari sya. I tak nak keadaan jadi semakin rumit nanti. "
rumit. siapa yang merumitkan keadaan sekarang? aku atau hakimi?
"Diya tak boleh buat macam tu. Sya kawan diya. kalau hakimi nak jauhkan diya dari sya luangkan masa dengan sya. jangan benarkan sya rapat dan cari diya. boleh ke hakimi buat macam tu?"
hakimi memandang geram. kenapa diya harus berkata seolah-olah ingin bergaduh dengannya.
"diya sengaja buat macam ni kan. rapatkan diri dengan sya dan rampas semuanya dari hakimi.."
"apa yang nak diya rampas? Sya? diya tak pernah fikir macam tu. apa lagi yang bernilai pada hakimi? tell me.. diya akan ambil semuanya yang bernilai pada hakimi.."
my heart..
"akak..." sya menjerit ke arah Diya.
Diya memandang sya. hakimi mula bangun untuk menenangkan perasaannya. Dia tidak mahu sya mengesyaki sesuatu telah berlaku bila dia meninggalkan mereka tadi.
"abang ke laman jap" ujar hakimi. dia terus melangkah meninggalkan sya dan diya.
Sya memandang mereka berdua. ada sesuatu yang telah berlaku. dia dapat meresakan ketegangan di antara mereka berdua. bergaduhkah?
Diya mengeluh perlahan. kenapa la dia asyik bertekak je bila jumpa dengan hakimi. tak bolehkah mereka berbaik macam kawan.
"kenapa ni akak?"
Sya memandang muka diya yang jelas dalam kekecewaan. tangannya memegang bahu Diya.
Diya meraup mukanya perlahan.
"akak tak apa-apa la sya. dah call zamri belum?"
Diya cuba menukar topik. Dia tidak mahu Sya terlibat dalam masalah yang dia sendiri wujudkan. kenapa la mulutnya gatal sangat membidas kata-kata hakimi. kenapa dia tidak je bersabar dengan hakimi. kenapa harus hakimi muncul dalam hidupnya. kehadiran lelaki itu mengugat ketenangannya.
hakimi terus duduk di kerusi. matanya liar memerhati keadaan sekeliling. bunyi pancutan air di kolam kecil di laman rumah mendamaikan. kenapa la hatinya tidak jugak tenang?
Apa agaknya yang diya buat kat sini. kenapa aku harus berjumpa dengannya. dia bukan sesiapa. tapi kenapa setiap kali memandang diya dia jadi tak keruan. kata-katanya sentiasa menbuatkan diya makin benci padanya. Mulut. kenapa kau tak pernah nak memahami aku? aku selalu menyakitkan hati diya.
Aku suaminya. aku behak melarangnya. Namun aku juga tahu yang gelaran itu cuma pada dasar. realitinya aku tidak inginkannya. begitu juga dengan Diya. aku melakukannya kerana maruah Diya dan maruahku. Aku tiada hak itu. Kami berdua orang asing antara satu sama lain.
Deruman kereta mematikan khayalannya. Hakimi memandang dari kerusinya. Apabila mendengar salam pantas kakinya melangkah ke arah pemuda yang sedang berdiri di pagar.
ini ke tetamu Sya. aku pernah melihat lelaki ini. ya.. lelaki inilah yang menemani Diya sewaktu menghantar Sya tempoh hari. Walaupun agak gelap, namun dia masih mengenali lelaki itu.
"Sya dan Diya ada kat dalam. jemputlah masuk.." Ramah hakimi menyapa. dia berjabat tangan dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zamri itu.
"Hakimi ke?" Zamri menyoal ramah. Bila hakimi menyapanya dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu merupakan abang Sya. Wajah mereka berdua saling tak tumpah antara satu sama lain.
"U ni kawan Diya kan. Kita pernah jumpa masa U all hantar Sya hari tu."
Zamri menganggukkan kepalanya. Hakimi nampaknya tidak lupa pada dia. Walaupum mereka tidak pernah diperkenalkan, hakimi masih mengingatinya.
"I cousin Diya. " Ujar Zamri penuh makna.
tergamam seketika hakimi bila Zamri memberitahunya akan hal itu.
Dalam diam hakimi memuji masakan yang Diya sediakan. Dia tidak menyangka yang Diya pandai memasak. hari ini satu lagi kelebihan pada dia dapat diketahuinya. Jika dia tidak datang melawat adiknya, mungkin dia tidak akan tahu yang dia memang pandai memasak.
"abang nak gi mana-mana ke lepas ni?" sya bertanya apabila Diya meninggalkannya keseorangan bersama abangnya.
Zamri sudahpun balik ke rumahnya. Hakimi menyukai pemuda yang baru dikenalinya itu. ramah dan mempunyai pekerti yang tinggi. kalau itu pilihan adiknya, dia akan bersetuju. namun, hubungan Diya dengan pemuda itu yang meresahkannya. kalaupum mereka bercerai, namun mereka akan tetap berkemungkinan untuk berjumpa kerana perhubungan itu.
Hakimi mengeleng perlahan. perutnya terasa penuh. Apa lagi yang boleh dibuat sekarang selain bermalasan di ruang tamu. Hari ini, dia tidak berjanji dengan kekasihnya. masanya amat terluang. Semalam beratus ringgit sudah dihabiskan untuk mengembirakan kekasih hatinya itu.
"tak keluar dengan makwe ke?" Sya bertanya ingin tahu. hairan dengan sikap abnagnya, biasanya hakimi terlalu sibuk terutama pada hujung minggu. ada saja perkara yang ingin dilakukan dengan kekasihnya itu. hari pula dilihatnya abangnya agak lapang. Tidak tergesa-gesa dan nampak lebih relaks.
hakimi mengeleng lagi. malas untuk bersuara. matanya dipejam rapat.
"akak nak gi mana tu?"
Dalam sayup-sayup kedengaran suara sya di telinga hakimi. matanya masih dipejam namun dia turut ingin mendengar apa yang mereka berdua bualkan itu.
Hakimi dapat mendengar suara diya bertingkah dengan Sya namun dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka berdua bualkan. tangannya perlahan-lahan membetuljan posisi bantal di kepala agar lebih selesa.
"abang free tak?" kedengaran suara sya di telingan hakimi. Hakimi menarik bantal lagi kuat dan menarik tangannya ke telinga kerana diganggu.
"Abang" sya masih tidak berputus asa. geram betul dengan tingkah abangnya yang tidak mahu mempedulikannya. kalau nak tidur tu balik rumah pun boleh.
tangannya mencubit lengan abangnya geram.
pantas sahaja hakimi bangun dan memegang tangan adiknya itu. sya mengaduh kesakitan akibat kenggaman yang kemas itu. hakimi hanya tersenyum. tu la.. siapa suruh cubit abang.
"sakit la abang.." sya cuba melepaskan genggaman tangan abangnya itu. perlahan-lahan pegeangan itu menjadi semakin longgar.
"kenapa?" lembut aja pertanyaan hakimi. Dia menepuk-nepuk ruang kosong di sofa. mengajak sya untuk duduk di sisinya. Sya menurut dan menghempaskan dirinya di sofa di sebelah abangnya.
"abang free tak? sya nak ajak abang keluar temankan sya dan kak diya Shopping jap. boleh la abang..." sya memegang lengan abangnya memujuk lembut agar ditemani. lagipun apa yang abangnya nak buat seorang diri di rumah itu.
hakimi berpaling ke arah diya yang bergerak menghampirinya. bukan ke arahnya sebenarnya tetapi ke arah meja kecil di tepi sofa untuk mengambil sesuatu.
Telefon Diya ada di situ.
"duduklah..." pelawa hakimi.
Diya mengerti dengan pelawaan tersebut dan teus duduk di kerusi kosong di sisi hakimi.
akhirnya pergi juga hakimi menemani diya dan adiknya. Mujurlah diya bukan seorang yang banyak karenah. Hakimi dapat melihat adiknya ynag lebih beriya-iya untuk berbelanja berbanding dengan Diya.
"macam mana dengan kerja kimi?" Diya menyoal sebaik sya menghilang di sebalik rak-rak yang menempatkan barangan dapur. Dia dan hakimi sama-sama berada di sisi troli.
hakimi agak tersentak dengan pertanyaan diya yang tiba-tiba.
"kita boleh berbual sebagai kawan kan. Jangan anggap diya ni musuh kimie.." balas diya apabila
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment