Sha mendengar satu suara menyapanya. Dia memandang Diya yang berpeluk tubuh memandangnya.
"ngantuk la akak.... " Sha buat muka sedih memandang Diya.
"Bangun, gosok gigi.... kita nak keluar kejap lagi.. kalau sha nak tidur jugak akak simbah dengan ais dalam mangkuk tu. Sha nak try mandi dengan air sejuk ke pagi-pagi ni?"
Sha terus bangun ke bilik air apabila memandang mangkuk yang berisi ais itu. Tak nak la dia merasa ais di tubuhnya pagi-pagi macam ni.. sejuk gler.. dia lagi rela bangun dari merasa disimbah dengan air tu. Apa kena dengan Diya hari ni yea.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
farid memandang ayahnya yang terlantar di katil hospital. kepulangannya disambut gembira oleh bapanya. juga adik beradiknya termasuklah kakaknya. namun perjumpaannya dengan kakaknya tidak diketahui sesiapapun. Dia tahu hanya dia seorang yang menerima kehadiran Diya di dalam keluarganya. ayahnya langsung tidak mempedulikan kehadiran Diya. Cuma sewaktu ketiadaan dirinya, ayahnya mengharapkan pertolongan Diya.
Dia tidak faham. Ayahnya boleh mencari diya saat dirinya berada di penghujung cerun. namun saat berada di tanah rata, ayahnya tidak langsung mencari kakaknya. Adakah Diya cuma pengganti dan hanya kerana itu maka aahnya mengharapkan diya? Dia tidak mengerti. kenapa begitu sukar untuk ayahnya menerima kakaknya? dia langsung tidak nampak apa kesalahan yang diya lakukan. Diya seorang kakak yang baik.
dia teringat wajah diya yang begitu gembira menyambutnya. dia teringat kata-kata kakaknya yang memang mengharapkan dia kembali. kakaknya itu benar-benar gembira kerana dapat melepaskan kerusi yang diduduki sekarang.
Dalam kegembiraan kakaknya itu, dia juga dapat melihat kelukaan yang cuba diya sembunyikan darinya. dia tahu yang kakaknya begitu kesal dengan bapanya. Dia juga turut kesal kerana ayahnya tidak menghargai seorang anak yang baik seperti diya.
"jangan jumpa diya lagi."
tersentak farid apabila mendengar suara garau menegurnya.
Dia memandang ke katil. ayahnya sudah terjaga. dia tidak tahu sudah berapa lama ayahnya terjaga dan memerhatikannya.
Farid merenung wajah tua itu. apa yang ayah fikirkan? kenapa farid harus mengikat kata-kata ayah?
"maaf abah. farid tetap akan jumpa kakak farid. tak ada salahnya kalau kami berjumpa."
tajam mata ayahnya memrhatikannya namun farid tidak mempedulikannya. dalam keadaan sekarang dia tahu yang ayahnya cukup lemah untuk bangun dari katil tersebut.
"degil. sama macam kakak kamu jugak. "
Farid dapat mendengar dengusan kasar keluar dari mulut ayahnya.
Farid tersenyum. sakit-sakit pun masih jugak nak menangkan dirinya. ayahnya pun degil jugak. kenapa nak salahkan kakaknya. mereka dari rumpun yang sama. kedegilan mereka diwarisi dari ayahnya. kami ini anakmu.
"farid mintak diri dulu". Ujar farid setelah hampir lima belas minit berbual dengan ayahnya. Ayahnya perlu berehat. wajah tua itu jelas keletihan.
ayahnya menganguk. dia sudah penat.
"pasal syarikat abah jangan bimbang. farid akan berbincang dengan kak diya kalau ada apa-apa yang farid tak faham. lagipun selama ni memang kak diya yang uruskan semuanya."
Hakimi terjaga dari tidurnya. hatinya merasa resah. malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya. terlalu banyak perkara yang merunsingkan kepalanya. Dia memandang jam tangan di meja. sudah pukul sebelas. apa yang nak aku buat hari ini?
tiba-tiba dia teringat akan keluarganya. sudah lama dia tidak singgah di rumah itu. perutnya tetiba kosong dan lapar. Dia teringatkan masakan pembantu rumahnya. apa agaknya menu hari ini. Dia kerinduan.
pantas sahaja hakimi bangun dan terus bersiap untuk ke rumah keluarganya. Dia ingin mengejutkan mereka.
Namun tidak pula dia menyangka yang dia akan dikejutkan dengan kehadiran Diya dirumahnya. Saat dia memberhentikan kereta, dia sudah dapat mendengar jeritan tawa adiknya berselang seli dengan tawa seseorang. Dalam kepalanya tidak pernah terlintas yang ia adalah Diya. Dia cuma menyangka yang itu adalah salah seorang kawan adiknya.
hilang tawa sya dan Diya saat memandang tetamu di muka pintu. terkejut dengan kunjungan Hakimi yang tidak disangka. mereka memang tidak mengjangkakan yang hakimi akan datang pada hari ini.
"abang.. buat apa tercegat kat muka pintu tuh.. masuk la.." ujar sya mesra cuba menutup keresahan di hatinya. Dia pura-pura tidak mengerti pandangan abangnya pada diya.
Diya tersenyum pahit memandang hakimi. Dia juga tidak menyangka akan secepat itu bersua dengan hakimi.
Sya berlari ke arah abangnya dan terus manyalami dan memeluk abangnya itu. Diya masih kaku dan hanya memandang tingkah sya dengan hakimi.
Hakimi membalas pelukan sya. matanya memandang Diya yang sudah bergerak dari duduknya menuju ke dapur.
"abang dah makan belum?" Soal sya sambil menarik abangnya ke sofa.
hakimi mengelengkan kepalanya tanda belum makan. matanya melilau mencari Diya. Namun diya sudah hilang ke dapur. Dia masih mengeluh perlahan namun keluhan itu masih dapat didengar oleh Sya.
"abang lapar sangat ke?" sya sengaja bertanya
"apa diya buat kat sini?" soal hakimi ingin tahu.
"sya yang ajak dia datang sini. bosan la sorang-sorang kat rumah. Lagipun dah lama sangat sya tak jumpa kak diya. dia sibuk sangat kebelakangan ni. baru-baru nie je baru dia free. "
"mak cik siti mana?" hakimi ingin tahu. rumah itu kelihatan sunyi.
"Dia balik kampung. Ada kenduri kat rumah saudaranya. " ujar sya.
hakimi menggaru kepalanya. saudara mana pulak. tak pulak dia tahu siapa saudara mak cik siti.
"sya dah makan belum?" hakimi bertanya. jika adiknya itu belum makan dia ingin sekali mengajak adiknya makan bersama. Patut ke dia ajak Diya sekali?
"Sya belum makan lagi la abang."
"kita makan sama2 nak? lagipun abang dah lama tak makan dengan adik abang yang cantik jelita nie.." ujar hakimi sambil mencuit dagu adiknya itu.
Sya mengelengkan kepalanya.
"sebenarnya kak Diya dah masak dah. semua dah siap dah. Sha sebenarnya tunggu kawan ni. Dia janji nak datang. abang join kite orang sekali ek.."
"kawan? kawan mana nie?" hakimi bertanya ingin tahu.
"adalah. nanti sya kenalkan kat abang yea. " ujar sya malu-malu.
hakimi memandang wajah adiknya yang berubah warna. Sah. Adiknya menunggu tetamu yang agak istimewa. tapi siapa? teman lelakinya ke? Adakah Diya mengenali tetamu adiknya itu?
Diya muncul membawa segelas air sejuk kepada hakimi. Sya masih menunjukkan reaksi yang sama. diya ingin pergi dari situ namun sya menegahnya dari pergi.
"akak duduklah. berborak dengan kita orang. lagipun akak dengan abang kimi kan pernah kerja kat tempat sama. "
"hakimi apa khabar?"
diya bertanya perlahan sebagai satu formaliti untuk memulakan perbualan. sebenarnya dia tidak tahu untuk berbual apa dengan hakimi. lelaki itu sering membuatkan dia tidak keruan walau hanya dengan jelingan matanya.
"baik. Diya macam mana sekarang?" soal hakimi agak gugup. Diya dilihat masih tidak berubah. Namun gadis itu kelihatan agak mesra. tidak lagi menghindarkan dirinya seperti selalu. adakah kerana statusnya sebagai suami membuatkan diya tidak lagi kekok dengannya?
"fine. Oh ya sya.. dah try call zamri belum?". soal diya cuba mengurangkan keresahannya. sekurang-kurangnya kehadiran sya sedikit sebanyak membantunya.
"akak tungguu kejap yea.. sya call zamri jap.." ujar sya dan terus berlalu meninggalkan bersama hakimi.
semasa sya berjalan sya sempat mengenyitkan matanya pada Diya. Diya tergamam dengan tindakan sya. Sah dia terperangkap dalam percaturan yang sya aturkan.
"so..." hakimi memicit-micit jari jemarinya. gugup bila berduaan dengan Diya. perasaannya tidak keruan.
"siapa tetamu kita ni?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment