"Diya.. boleh kita berbual kejap" hakimi menyoal pantas. Dia tidak ingin mensia-siakan waktu yang dia ada dengan diya. Dia tidak ingin melihat diya menjauhkan diri darinya seperti beberapa hari yang lalu.
"apa yang kimi nak bualkan dengan diya.." soal Diya hairan. Pertemuan dengan hakimi memang tidak pernah dijangka. Entah kenapa takdir slalu menemukannya dengan lelaki ini. Dia tidak membenci hakimi namun bukan bererti dia menyukai lelaki itu. Kehadiran hakimi tidak menyenangkannya. Dia tidak menggemari lelaki itu.
Ikmal dan risa sudah kembali ke bilik mereka. Mungkin kerana akim yang sudah lena membuatkan mereka terpaksa meminta diri. Tapi hakimi merasakan yang ikmal sengaja memberinya peluang untuk bercakap dengan diya.
"Diya apa khabar?"
Diya mengerutkan dahinya tidak mengerti. Adakah hakimi sengaja nak melawak. untuk apa hakimi bertanya sesuatu yang hakimi sendiri dapat lihat. Dia sihat walafiat. Tidak sakit pun.
"Diya sihat. Macam yang kimi tengok ni. Kimie nak tanya tentang ni je ke?"
hakimi tergagap-gagap inin bersuara. kenapa la aku ni. cakap je la apa je kat diya.Dia dah kat depan mata.
"Bukan.. actually pasal hari tu.. I nak mintak maaf.." ujar hakimi perlahan.
Diya memandang lelaki di hadapannya. lelaki yang selalu serius kelihatan agak kalut hari ini. apa agaknya yang menyebabkan hakimi berkeadaan macam ni.
"tak apa la hakimi. Diya dah lupa semua tuh.. kita kena pandang ke depan. Lagipun diya memang salah. clumsy.. bodoh.." ujar diya sambil tersenyum mesra.
Hakimi sekali lagi terdiam. Untuk apa senyuman tu diya. Adakah kau betul-betul ikhlas dengan ucapan kau atau kau sengaja nak redakan keresahan hatiku.
"diya ni cantik bila senyum..." Hakimi tidak sedar dengan pujian yang dilemparkan pada Diya.
"Kimie jangn nak puji Diya. Diya sedar siapa diya ni.. tak setanding dengan teman wanita Kimie.. Lagipun siapa la yang nak perempuan macam diya ni.."
"Ada.. hakimi pun dah pernah jumpa dengan orang tuh. Diya ada kelebihan tersendiri.. Kalau tak takkan dia terus menncari diya.. mengugut kimie.."
"Arill cari kimie?" Soal diya tidak percaya.
kimie menganggukkan kepalanya. dia tidak pernah berniat mencertakan tentang kedatangan Arill kepejabat dan mengugutnya. Dia bukan lelaki yang macam tu. Pantang dia jika masalahnya diceritakan kepada orang lain.
"Bila?" soal Diya lagi.
"beberapa hari lepas.. He still love u diya.. I tahu.." Ujar hakimi. Dia teringat akan ugutan dan amaran yang Arill berikan padanya. Dia tahu yang Arill takkan teragak-agak untuk mengotakan apa yang diucapkannya. Arill begitu mencintai Diya. Dia tidak faham kenapa Diya masih tidak mahu menerima lelaki itu.
"Jangan cakap apa-apa kalau kimie tak tahu apa-apa. Itu bukan urusan kimie. Kenapa kimie tak bagitau diya yang Arill ugut kimie. Diya boleh selesaikan sendiri."
Diya agak marah dengan berita yang baru diketahuinya. Kenapa Arill sebodoh tue. Sanggup dia melibatkan Hakimi dalam masalah mereka. Kenapa Arill harus melibatkan semua orang. Kenapa Arill begitu degil?
"Itu urusan Kimie. Bukan urusan Diya." Ujar hakimi tegas.
"that also my problem. diya yang libatkan hakimi dalam masalah ini. Hal ni tak ada kena mengena langsung dengan hakimi. Next time bila Arill datang, just tell me. I'll handle him myself" Diya membalas berang.
"hey.. Cool down.. Ok.." hakimi cuba menenangkan Diya yang kelihatan marah. Dia tidak pernah melihat diya dalam keadaan macam ni.
Diya tidak mempedulikan Hakimi dan dan terus bergegas keluar. Dia perlu menenangkan perasaannya.
diya tidak mempedulikan hakimi yang mengekorinya. dia perlu segera pergi dari situ. Pergi dari masalah yang sama mengganggu hidupnya. Dia tidak tahu sampai bila masalah antara dia dan arill akan selesai. Selagi dia keseorangan, dia pasti yang arill akan tetap mencarinya.
"Diya.. nak ke mana tuh... kimie temankan k."
"Kimie tak payah ikut diya. Nanti apa pulak kata orang bila tengok kita berdua macam ni. Tak manis.." ujar Diya.
Diya terus berjalan dan tidak mempedilkan hakimi yang masih tetap mengekorinya.Lelaki ni pun degil jugak.
"tak elok Diya jalan sesorang macam ni. kalau terjadi apa-apa kat diya macam mana?"
"Diya tahu jaga diri diya.. Diya tak perlukan bantuan kimie atau sesiapa pun. "
Diya terus mengatur langkah ke tepi pantai. Deruan angin dan bunyi ombak melegakan hatinya. Sudah lama dia tidak dapat berehat. Fikirannya selalu berserabut.
Diya tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. tidak juga memandang atau kisah sama ada hakimi mengekorinya ataupun tidak. Apa yang dia inginkan sekarang hanyalah ketenangan jiwanya. Kenapa dia harus menderita di atas kesalahan orang lain. Kenapa dia yang harus dipersalahkan?
Perkenalan dengan arill memang tidak pernah dijangka. mereka berkawan, bercinta dan kemudian berpisah. pertemuan setelah lebih 3 tahun berpisah mmemang dia tidak duga. lelaki itu sudah dia hapuskan namanya di hatinya. Kenapa lelaki itu harus menyeksa perasaannya sekali lagi?
Hakimi cuma memerhati akan diya. Tidak bersuara dan tidak juga berniat ingin mengganggu diya. kehadirannya di situ cuma untuk menemani Diya yang kelihatan memerlukan masa bersendirian.
Saat ini, banyak yang bermain di fikirannya. Siapa diya yang sebenarnya? kenapa Diya berada di sini? Apa sejarah diya dan lelaki itu sehingga kini tidak diketahui. Apa yang dia tahu cumalah lelaki tersebut begitu mencintai Diya dan diya selalu mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu.
Dia bagai wanita misteri dan sehingga kini Diya masih lagi satu misteri baginya. Diya yang dianggap tidak berpelajaran tiba-tiba berubah persenolitinya menjadi seorang wanita korporat. Kadang-kaang diya kelihatan begitu beku dan ada kalanya dia kelihatan begitu periang. Kadang-kadang tenang dan adakala sukar diramal.
##############################################
"Kita lupakan apa yang berlaku." Ujar diya kepada hakimi. Sudah seminggu sejak pristiwa itu berlaku. Dia ingin melupakan kisah yang berlaku di pulau itu.
"Diya ingat senang ke kimie nak lupa semua nie. Diya tanggngjawab kimi sekarang.."
Diya memandang hakimi. Sukar untuknya menerima hakimi dalam hidupnya. lebih-lebih lagi dalam tempoh yang singkat macam ni.
"diya bukan tanggungjawab sesiapa. Diya boleh jaga diri diya sendiri kimie. "
"itu yang diya cakap. kita kena selesaikan masalah ni segera. "
"apa yang kimie nak sekarang?"
"let see.. kita masih tak kenal satu sama lain. dan kejadian kat pulau tu sat kesilapan. Diya dan kimie pun tak pernah sangka ia akan jadi seburuk nie. kita terperangkap. waktu tu ini je solution yang ada. So.."
"hakimi.. Diya tahu semua ni memang tak masuk akal. kita tahu yang hakimi tak pernah membanyangkan yang hidup kita akan kusut macam ni. Diya tak minta apa-apa dari hakimi. Diya cuma harap kisah kita, kejadian tu kekal rahsia. Cuma kita yang tahu. Diya takkan menghalang hakimi untuk berkahwin lain. kimie buat la apa yang kimie nak dalam hidup kimie. Diya takkan halang. Dia mintak tempoh setahun. Selepas tu hal ini Diya selesaikan sendiri. Hakimi tak perlu bimbangkan apa-apa. "
"Diya.." hakimi bersuara lembut memandang diya. Walaupun hubungan ini bukan kehendaknya namun dia masih ingin mengenali gadis di hadapannya.
"Kenapa setahun? kenapa setahun baru Diya nak selesaikan masalah ni. Kita boleh selesaikan esok jugak."
"kimie.. Diya nak kimie tahu ini. banyak yang kimie belum tahu pasal diya. Pasal famili diya. Diya tak mintak macam ni. kalau boleh esok jugak diya nak semua ni selesai. Tapi kimie kena faham. bukan kita aje terlibat. Diya tak nak malukan famili diya. Walaupun ini hanya salah faham tapi diya tak nak tengok abah diya merana kerana diya. Diya perlukan kasih abah. Diya tak nak hampakan abah diya. Dia segala-galanya bagi diya.."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"farid bila balik uncle?"
"Minggu depan diya. Diya betul-betul dah fikir masak-masak ke. Diya sanggup tinggalkan posisi diya sekarang? Nanti apa plak abah diya fikir..Diya masih anak dia. Jangan lupa tu semua. "
"Diya tahu tu semua. Diya ni bukan sesiapa pun uncle. Apa yang diya buat sekarang adalah untuk famili diya. untuk abah. Diya tak nak famili diya berantakan kerana diya. Farid berhak dapat haknya. Diya akan bantu kalau mereka perlukan bantuan diya. Abah dah sihat ke uncle?" Osman memandang gadis yang sudah dianggap macam anaknya sendiri. amat sukar untuknya memahami apa yang berada di fikirannya. Hubungan mereka rapat namun diya terlalu perahsia. Dia sayangkan diya. Anak kawannya yang dari kecil sehingga sekarang tetap dilawati dan memberi kasih yang kawannya tidak pernah berikan. Dia kasihan pada anak itu. Perasaan kasihan yang makin lama berkembang kepada perasaan sayang setiap kali melihat diya menangis, tersenyum setiap kali dia datang melawat.
"Abah Diya dah boleh bernafas tanpa perlukan bantuan oksigen lagi. tekanan darahnya pun dah ok. Diya tak nak jumpa abah diya?"
"untuk apa diya jumpa abah. Dia masih tak dapat terima diya. lagipun diya tak rasa diya patut jumpa abah dalam keadaan macam ni. abah akan makin membenci diya."
"apa yang diya maksudkan. terangkan pada uncle.." Osman bertanya tenang. Dia merasakan yang diya ada sesutau yang ingin diceritakan padanya.
"Diya dah kahwin uncle.. Diya ada call abah mintak izin dan abah benarkan tapi abah cakap yang dia tak nak jumpa diya lagi. " ujar diya menahan tangis. Dia merasa sedih. Sedih kerana abahnya sekali lagi menolaknya dari hidupnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kepulangan farid memang diya nantikan. akhirnya dia akan bebas dari segala bebanan yang terpaksa ditanggung sekarang. bukannya senang untuknya menguruskan syarikat yang besar macam tu. Apa jua yang dia lakukan mendapat perhatian orang. Semuan orang memandang gerak gerinya. mencari salahnya.
Bukan salah mereka mempunyai syak wasangka padanya. bapanya tak pernah memperkenalkan dirinya pada masyarakat sebagai anaknya. Malah rumah bapanya tidak pernah dijejaki. dia cuma dapat melihat bapanya di dada akhbar dan berita.
Apabila pakcik osman menyambut kedatangannya di pejabat dan memberitahu yang dia bakal memangku juwatan ayahnya buat sementara waktu, banyak mata memandangnya tidak percaya. Siapa dia sehingga diberi kercayaan sebegitu besar? adakah dia mampu memikul tanggunjawab tersebut. semua orang mempertikaikan kebolehannya.
Dia tidak mengerti. kenapa dia yang dipertikaikan kebolehannya. dia bukan minta diberikan bebanan itu. Bukan salahnya berada di kerusi itu. dia lakukan semuanya kerana rasa tangungjawab terhadap ayahnya. Siapa mereka untuk mempertikaikannya. mereka bukan sesiapa. hatta ayahnya sendiri mempertikaikan kewujudannya. itu yang paling mengecewakannya.
"farid apa khabar?"
Diya memandang adik tirinya yang baru sahaja pulang. kepulangan farid hanya disambut olehnya dan pakcik osman. Farid sendiri yang meminta mereka merahsiakan tarikh kepulangannya.
"farid sihat. Farid rindukan akak. Akak sihat ke?"
Diya menganggukkan kepalanya. Dia memang sihat. sekurang-kurangnya kepulangan farid dapat meredakan keresahan di hatinya.
dia teringat akan pertemuan pertamanya dengan farid. farid tidak pernah tahu yang dia mempunyai kakak tiri. dia bertembung dengan farid sewaktu keluar dengan pakcik osman bagi menguruskan visanya. Waktu itu farid masih di tingkatan empat. pakcik osman cuma memperkenalkannya sebagai anak kawannya kepada farid.
Farid seorang yang peramah dan baik. pertemuan itu membuahkan kemesraan antara mereka. Farid begitu beria-iya mengambilnya sebagai kakak angkat. Diya pula merasa begitu bersyukur. sekurang-kurangnya dia dapat berhubung dengan farid biarpun sebagai kakak angkat. dia ingin mengenali keluarganya.
Dalam emelnya farid banyak bercerita tentang dirinya dan persekolahannya. diya pula banyak menasihatinya. hubungan tersebut berterusan selama dua tahun. Akhirnya setelah sekian lama, rahsia itu terbongkar.
Entah bagaimana rahsia tersebut terbongkar. Farid terkejut bila mengetahui statusnya sebagai kakaknya. Apa yang telah diberitahu farid padanya adalah dia dengan tidak sengaja mendengar perbualan antara ayahnya dan pakcik osman. Setelah beberapa kali memujuk pakcik osman, barulah dia menceritakan hal sebenar kepada farid.
pada mulanya Diya amat takut sekiranya Farid menjauhinya. namun lain pula halnya dengan farid. dia dengan gembiranya menerima Diya sebagai kakaknya. katanya sudah lama dia inginkan seorang kakak atau abang untuk bermanja.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"akak.. akak macam mana sekarang?" sya bertanya lembut. dia memandang Diya yang kelihatan gembira di sampingnya. namun dia tidak tahu apa yang berada di hati Diya. Gadis itu amat sukar untuk difahami.
Bila mendengar yang Diya adalah kakak iparnya. dia betul-betul gembira. dia memang inginkan seseorang seperti diya sebagai keluarganya. Namun dia juga tahu yang perhubungan Diya dan abangnya begitu rumit. Dia sendiri tidak faham apa yang mereka berdua gikirkan. Namun, dia gembira biarpun terpaksa merahsiakan perkahwinan tersebut di atas permintaan Diya. Malah Diya juga meminta padanya agar merahsiakan apa yang dia tahu dan tidak menceritakan kepada sesiapa termasuk Hakimi.
Sha sedar jika bukan kerana hubungannya dengan Zamri, mungkin hal ini juga akan menjadi satu rahsia baginya. Dan dia turut ingin menjadikan hubungan yang kepura-puraan ini satu realiti. dia memang sukakan Diya dengan abangnya.
"akak ok je sekarang sha. Akak betul-betul happy sekarang tau. Segala masalah akak dah selesai sekarang." Balas Diya sambil memeluk sha kegembiraan.
"abang hakimi macam mana pulak?" Sha bertanya ingin menduga.
Diya memandang sahabat merangkap adik iparnya itu. Kenapa sha harus membangkitkan hal itu padanya.
"akak tak ada masalah dengan abang sha tu. kami masing-masing dah dewasa sha. Lagipun kami dah capai kata sepakat. tak ada apa-apa yang perlu sha bimbangkan pasal kami. "
Apa yang harus aku buat. aku tak ingin mereka terus macam ni. memang ini bukan apa yang mereka berdua inginkan tapi aku mahu Diya terus menjadi kakakku.
"sha harap sangat akak bersama dengan abang hakimi. Sha betul-betul sukakan akak. "
"Sha.. akak tak boleh buat apa-apa. perkahwinan kami satu kesilapan. tapi ia bukan bermakna akak akan tinggalkan Sha. Sha tetap akan akak anggap macam adik akak sendiri. Akak dengan abang hakimi memang tak mungkin bersama. jalan kami berlainan. "
"akak tidur rumah Sha malam ni yea. banyak yang sha nak tanya akak tau."
"tak pe ke? akak takut kalau abang hakimi tahu nanti masak akak kena marah. "
Entah kenapa diya dapat merasakan yang kehadirannya di rumah Sha akan menimbulkan masalah. adakah kerana statusnya kini sebagai isteri hakimi membuatkan dia tidak selesa berada dalam persekitaran hakimi.
"ala. akak datang ke rumah sha sebagai kawan sha. Bukan sebagai isteri abang hakimi. Sha rasa tak ada masalah kan. Lagipun abang hakimi tu dah lama tak balik rumah. Dia dah ada rumah sendiri. " balas sha
Diya mengangguk bersetuju.
Diya memandang Sha yang sudah lena dalam tidurnya. Dia memandang siling yang putih itu. alangkah gembiranya dia jika hatinya juga seputih ini. Namun realiti bukan seperti itu.
hatinya sekarang penuh dengan warna-warna yang dia sendiri sudah tidak pasti apa warnanya. lakaran-lakaran yang dia tidak pasti apa hasilnya. jalan yang dia tidak tahu di mana penghujungnya. adakah kegembiraan ataupun kedukaan akan dilalui sepanjang hidupnya.
Aku ingin menjadi diya yang dulu. Aku ingin melupakan semuanya dan memulakan segalanya dari awal. Mungkin ini yang aku perlukan. Lapangkan jiwaku. lupakan dan mulakan segalanya dari mula. Lupakan segala keperitan.
Aku harus tabah.
Diya terus terlena dengan tekad yang baru.
###############################################
"Sha.. bangun la.. dah pagi ni.. "
Diya terus menjerit-jerit ke telinga Sha yang sedang lena.
Sha menjerit dalam hati. suara itu benar-benar mengganggu tidurnya. Jangan kacau la. Orang nak tidur ni.
Perlahan sha membuka matanya. Silau. semua tingkap sudah dibuka Diya. Dia sebenarnya tidak pernah dikejutkan dengan cara sebegini seumur hidupnya.
sha tidak sedar bila matanya kembali tertutup namun dia masih mendengar suara Diya yang makin perlahan di telinganya.
"sha.. Baik sha bangun sebelum akak simbah sha dengan air sejuk ni..."
Ujar diya mengugut apabila melihat sha masih tidak mahu bangun. Dia mencelup tangannya ke dalam mangkuk yang berisi air dan sedikit ais itu. memang sejuk.
Degilnya..
sha terus mebuka mata sambil menjerit apabila merasa sesuatu yang sejuk meraup mukanya. sejuk yang amat. Apa benda sejuk sangat ni?
"Dah bangun ke sayang?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment