Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 13

Hakimi tidak dapat menjawab soalan yang ikmal ajukan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mengambil berat akan Diya.

Hakimi menunggu di ruang depan bangunan tersebut. Entah kenapa dia bertindak pergi ke situ. Mungkin untuk meminta maaf pada Diya kerana hal tempoh hari. Dia sendiri tidak tahu.

Apabila melihat Diya keluar dari pintu lif, Hakimi terus menghampiri Diya.

"Ada apa kimie datang nie?" Diya menyoal pantas. Dia terus berjalan keluar. Hakimi terus mengekori.

"I nak mintak maaf bagi pihak Sofea..I tahu Sofea agak melampau hari tu..Sorry k."

"itu je ke?"

Hakimi memandang diya yang tampak begitu asing padanya. Dia kelihatan lebih sinis dan tegas.

"No.. No.. ada lagi.."

"Hakimi.. Diya tak ada masa nak main-main sekarang ni.. Diya maafkan semuanya.. Kalau ganti rugi tempoh hari tak cukup lagi hakimi boleh call Diya.. Kirim salam diya kat sha. I need to go now." balas Diya dan terus masuk ke dalam kereta yang baru sahaja berhenti di hadapannya.

Hakimi cuma mampu memandang. Dia tidak memahami apa-apa. Apa yang berlaku nie.

"Kau dah jumpa dengan diya?" ikmal menyoal pantas.

"dah." balas ikmal pendek..
"ada apa kau datang jumpa aku nie?" hakimi meyoal. dia tidak ingin ikmal menyebut pasal diya lagi hari ini. kepalanya sudah berserabut. libih-lebih lagi dengan perlakuan Diya.

"kau jangan lupa. hujung minggu ni ada conference kat pulau redang. Jangan nak lari pulak."

"aku tahu la.. Boleh aku bawak Sofea skali."

Ikmal mencerlung tajam. Dia tidak memahami rakannya yang seorang ni.. mereka pergi bekerja dan bukannya berseronok.

"kita ada kerja kat sana. Kau jangan nak buat pasal. Nanti heboh satu malaya pasal kau tau.. Aku pun tak suka kau bawak sapa-sapa kali ni.. Dato' dah membebel panjang dengan aku. Dia cakap jangan biar kau buat onar lagi.."

Hakimi mengeluh.. Amaran Ikmal kali ini lain.Ikmal nampaknya marah dngannya. Ayahnya jugak.

Amaran bapanya supaya tidak membuat onar masih diingati. malah bapanya juga mengugut untuk melucutkan haknya selaku pewaris hartanya.

"aku faham. kali ni just U and me. ok" Hakimi mengalah.

"sorry la kalau aku hampakan kau.. Kali ni aku bawak wife ngan anak aku. Aku ambik cuti pas conference tuh. Nak bercuti denan famili aku."

Hakimi cuma mampu memandang Ikmal yang gembira kerana berjaya mengenakannya. Nampaknya sepanjang berada di pulau tersebut dia akan kesunyian.

"kau ni kenapa?"
"tak ada apa la ikmal.. Sorang-sorang la aku kat sana." hakimi meluahkan rasa tidak puas hatinya..

"kau marah ke? Aku dah lama plan nak cuti ngan famili aku. Sekarang baru ada peluang.. Tak pe.. Akim temankan kau kat sana nanti.. Biar aku ngan risa honeymoon skali lagik.." Ikmal berkata sambil mengenyitkan matanya..

Hakimi tersenyum.. Ada ke patut dia disuruh jadi baby sitter.. Dah la si akim tu nakal gler.. Larat ke dia nak handle budak tuh?

"apa-apa je lah kau nie.. Asyik nak kenakan aku je.. knape tak tinggal je akim tuh nagn mak kau."

"kau lupa ke mak aku pergi umrah sekarang.. Lagipun akim tu nakal. tak ada sape2 nak jaga. Dia nak ngan kau je..Lagipun aku takkna tinggalnye si akim kat kau.. "


#################

Hakimi memandang Ikmal dan Rissa yang nampak romantk bersama. Dia terasa keseorangan. Akim sudah lena di ribanya.. Anak Ikmal memang rapat dengannya. Apabila akim nampak dia je, budak tu tak habis-habis meronta-ronta ingin berada dalam pelukannya.

"kenapa kimie?" Rissa menyoal.

Hakimi sudah tidak asing lagi padanya. Sahabat suaminya memang seorang yang baik namun sikap suka berfoya-foya yang kadang kala meresahkan hatinya. Melihat Akim yang lena di riba hakimi, dia tahu yang Hakimi bakal menjadi ayah yang baik pada anak-anaknya suatu hari nanti.

"tak ada apa-apa Rissa. Akim ni dah penat agaknya.Lena betul dia tido."

"Akim ni kalau nampak U je mesti dia nak pergi kat U. Apa ilmu U pakai kat anak I sampai dengan mamanya pun dia tak nak?"

Ikmal tertawa dengan gurauan isterinya itu.

"betul cakap wife aku nie kimie.. Akim ni nampak kau je mesti lupa kat kite orang.."

"Akim ni tahu aku sayang kat dia kot."

"I harap akim jangan ikut perangai romeo U dah la bila besar nanti."

"takkan.. aku akan make sure anak kau nie jadi pencinta sejati nanti." Balas hakimi sambil mengusap-usap rambut Akim..Akim.. Jadilah anak yang soleh.. Uncle akan doakan Akim.


"okey ke kau tinggalkan Rissa ngan Akim tue.." hakimi menyoal.

"kau jangan bimbang la. Pandai la mereka jaga diri. Sementara tu kita ada kerja kena buat nie.mangamuk Dato' nanti." Balas ikmal dan terus mengheret hakimi masuk ke dalam dewan. Entah apa kena dengan hakimi. Bimbang yang bukan-bukan pulak. Macam la Rissa dan Akim tu tanggungjawab dia.

"Akim.. jangan la nakal sangat. meh kat mama nie.." jerit Rissa apabila melihat Akim makin jauh berlari meninggalkannya. Walaupun Akim masih kecil namun dia adalah budak yang aktif. Mungkin Akim teruja melihat air. Akim memang sukakan air.

Akim tidak mempedulikan panggilan mamanya.. berlari-lari dia apabila melihat air yang banyak.. Sukanya.. Tiba-tiba dia terjatuh.. terasa sepasang tangan mengangkat badannya.Mama.. mama angkat akim.... badan akim sakit..

Akim memandang mamanya.. ini bukan mama.. akim memandang sekeliling.. Dapat dilihat mamanya berjalan pantas menghampirinya..Mama.. siapa nie?. akim memandang orang yang membersihkan pakaiannya dari pasir.. Dia tersenyum memandang akim.. Mama.. akim suka orang nie..

"adik ok ke?"

Akim hanya diam membisu..Matanya diam memandang mama barunya... Mama.. akim suka mama baru nie..

"akim.. sini sayang.." Rissa memanggil lembut anaknya..

Akim memandang mamanya...Tangannya memegang kain mama barunya.. Akim tak nak.. akim nak mama nie..

Rissa memandang hairan tingkah anaknya. Apa plak nie..

"Mama... Mama..." akim memandang mama barunya.. makin erat pegangan tangannya pada kain mama barunya.

Rissa memandang akim dan gadis yang dipegang akim.. Dia tidak tahu kenapa akim bertindak macam ni.

"maaf la cik.. Akim... ni mama ni sayang.. jangan ganggu untie.. sayang.." Rissa menghulurkan tangannya ingin mengambil Akim namun anaknya itu berlari ke belakang mama barunya.. tangan halusnya masih lagi memegang kain mama barunya..

Rissa mengeleng tidak percaya. Akim jarang bertindak macam nie. Bukan.. Tidak pernah bertindak macam ni kecuali dengan Hakimi..

"tengok tu.. Air.. Akim suka air kan.." Rissa memujuk lembut sambil menunjukkan ke arah laut..

Akim memandang ke arah yang ditunjukkan mamanya.. Akim suka air.. Matanya bercahaya memandang air tersebut.. Akim suka mama.. akim suka air..

"ikut mama sayang..". Rissa memujuk..

Akim mengeleng dan menyembunyikan wajahnya di balik mama barunya..
Rissa mengeluh.. Macam mana lagi dia nak pujuk akim yang degil nie..


"Sorry miss...Anak I ni degil sikit. I pun tak tahu kenapa hari ni dia buat perangai macam ni.." Rissa menerangkan pada gadis di hadapannya.

Rissa cuba memujuk Akim namun akim masih melarikan dirinya dari mamanya sendiri.Bila ditarik dia menjerit-jerit tidak mahu mamanya memisahkan dia dengan mama barunya.

"macam ni la.. U biar je anak U ni dengan I.. I tak kesah pun." balas gadis di hadapannya.

Gadis itu menarik Akim ke sisinya. Akim memandang mama barunya.tertawa Akim bila mama barunya memeluk dan mencium pipinya.

"tak pe ke ni.." rissa inginkan kepastian. Rissa memandang Akim yang sudah berada di dalam pelukan gadis yang tidak dikenalinya itu. Akim tertawa kesukaan.Gadis itu menganggukkan kepalanya.

"I rissa. yang U dukung tu Akim..Anuar hakimi.."
"panggil I Dee... U datang bercuti ke?"

Rissa menganngukkan kepalanya.
"I datang bercuti ngan husband I. tapi sekarang nie dia ada conference. So tinggal I dengan anak I ni. Jadi I buat keputusan keluar ke pantai.. Boring duduk hotel sorang-sorang."

Mereka menghabiskan masa bersama-sama. Rissa gembira kerana mempunyai teman untuk berbual. Selepas sejam. Gadis yang dipanggil Dee meminta diri kerana ada urusan yang harus diselesaikan.

Akim merengek ingin mengikut namun Dee memujuknya supaya terus tinggal dengan mamanya.


"Apa anak papa buat hari nie?" Ikmal bertanya setelah seharian meniggalkan Rissa dan Akim sendirian.

"We went to the beach.. Betul tak Akim cayang..." Risa bertanya kepada anaknya..
Akim menganggukkan kepalanya dan melompak2 lompat gembira.
"mama.. mama.. mama deee..." ujar akim menepuk-nepuk tangannya..

"akim pegi ngan mama ye.. Happy betol anak papa ni..." ujar ikmal terus memeluk erat Akim.. Akim tertawa kegirangan.

"I meet some one this morning.."

Ikmal memandang isterinya.. Siapa yang isterinya jumpa.. Bekas kekasih Rissa ke? dia tak senang duduk. Rasa cemburu bermukim di hati melihat wajah Rissa yang ceria.

"Siapa?"
"U betol-betol nak tahu ke?" Rissa memandang Ikmal yang nampak sedikit tegang. Apa hal pulak nie.

"who is it?" Ikmal bertanya tidak sabar. hatinya berdegup kencang..
"I jemput dia to have dinner with us.. U tak kesah kan.."

Ikmal mengelengkan kepalanya. jika Rissa ingin menduakannya dia mesti kisah. Rissa isterinya. 5 tahun dia memendam perasaan sebelum dia mengorak langkah untuk memikat rissa. Bukan senang untuk memiliki hati isterinya. Apatah lagi hubungan mereka tidak direstui keluarga Rissa.

"We met at d beach. Akim pun suka dia.. btol tak Akim? I rasa dia calon yang sesuai untuk kawan U tu.."

Ikmal menarik nafas lega.Rissa benar-benar mengejutkannya. Bila dia mendengar patah yang keluar dari mulut rissa, dia membayangkan yang paling teruk.

"Calon untuk hakimi? Are u sure?" Ikmal bertanya.

Rissa mengangguk."I tahu memang la I ni tak berhak tok masuk campur dalam urusan kimie.. Tapi I bimbang tengok kimi macam tu.."

"sayang nak jadi match maker ke ni?" Ikmal tertawa.

Rissa menarik muka. Dia serius dengan cadangannya namun suaminya mengejeknya.


"Rissa... where is our guest?" hakimi bertanya setelah rissa memberitahu dia menjemput seorang rakannya untuk makan malam bersama.

Ikmal sibuk melayan Akim yang berada di ribanya.

"I dah call dia tadi.. Kejap lagi dia sampai la." Balas Rissa.

"siapa kawan U nie.. " Hakimi bertanya..

Belum sempat Rissa menjawab, ada satu suara yang menyapa rissa di belakang Hakimi.

"Sorry Rissa. I lewat sikit. Ada urgent phone call dari client I tadi."

Akim yang dari tadi diam di ribaan Ikmal mula meronta-ronta untuk lari dari pelukan papanya. Tangannya menggapai-gapai ke arah Dee..

Hakimi tersentak memandang Dee. begitu juga dengan Ikmal. Dia tidak mengjangka perempuan yang dikatakan Rissa adalah Diya.. Jadi ini calon yang Rissa cadangkan. Calon yang perfect. Dia mengaku dalam hati.

"ok Dee.. this is my Husband, Ikmal and yang kat sebelah U tu pulak Hakimi.. Khairul Hakimi."
Dee agak tersentak apabila melihat hakimi di sisinya namun dia cuba mengawal perasaannya. Lagipun mereka tiada hubungan langsung.

"kami dah kenal dah." balas ikmal kepada Rissa. Dia cuba mengawal akim yang semakin agresif di ribanya.

"Come here Akim.." Dee menghulurkan tangannya. Akim cepat-cepat menggapai tangan mama barunya.

Ikmal makin terkejut apabila Akim begitu beriya-iya ingin memeluk Dee.

"abang.. Just give Akim to her.. Akim ni memang pantang kalau nampak Dee. Macam pag itadi... puas I pujuk tapi dia tak nak berenggang dengan Dee ni. "

Dee menyambut Akim dan terus memeluk dan mencium pipi Akim. Comel betol budak nie.. Geramnye.

"Diya.. I tak sangka pulak akan jumpa U kat sini.. Kita ni asyik terserempak tapi tak pernah dapat bersembang.. Betul tak kimi?" Ikmal bertanya.

Diya memandang hakimi yang berada disebelahnya. Lelaki itu kelihatan cuba melayan kerenah akim yang berada di ribanya namun tangan Akim melambai-lambai ke arah Hakimi.

"Yup.. kebetulan plak kita jumpa kat sini."
"Diya buat apa kat sini?" hakimi bertanya ingin tahu.. Mungkin diya datang ke sini dengan kekasihnya. Melancong atau bermadu kasih?

"Diya ada business ngan client kat sini. Kimi ada conference ke?" Diya bertanya.

Hakimi menganggukkan kepalanya.. rasa ingin tahunya makin membuak-buak. diya memp[unyai begitu banyak rahsia. Makin disorok makin dia ingin mengetahuinya.

"Business macam mana tu..?" Ikmal bertanya.
"Dee ada beritahu I yang dia terlibat dengan research pasal projek pembangunan resort baru kat pulau ni.. "

ikmal memandang rissa. Betul ke apa yang rissa beritahu nie..

Hakimi memandang Diya inginkan kepastian.."Diya memang terlibat dengan projek tu. Sekarang ni dalam proses perancangan. "


"U all macam mana kenal dengan Dee ni?" Rissa ingin tahu. dia dapat merasakan ketegangan antara Diya dan juga Hakimi. Walaupun dekat namun mereka saling mengelak antara satu sama lain.

"Actually first time kiteorang jmpa Diya ni waktu balik dari jumpa client. Kat kawasan hutan. hakimi ni suruh kite orang terus jalan je.. Yela, dah la tengah malam, ada orang melambai-lambai pulak. Dia ingatkan Diya ni hantu.." ujar Ikmal sambil tergelak..

Merona merah telinga hakimi mendengar kata-kata Ikmal. Kau ni pun, kenapa la nak malukan aku depan Diya nie.

Rissa turut sama tertawa. Akim turut ketawa bila melihat mama dan papanya ketawa walaupun dia tidak tahu apa yang kelakar.

"Terima kasih banyak-banyak kat U all sebab tumpangkan Diya hari tu.. Kalau tak tak tahu la nasib Diya." Diya menyatakan penghargaannya. kalau tak kerana mereka dia pasti terpaksa berjalan kaki balik ke rumah.

"what happen back there" Ikmal bertanya. Melihat pada Hakimi, dia pasti yang hakimi akan terus membisu. Kehadiran diya pasti membuatkan hakimi serba tak kena.

"Nothing actually.. Ikmal dengan Rissa dah lama kenal ke?" Diya cuba mengubah topik.

"Lama jugak Dee. tapi waktu tu I ngan Ikmal ni macam musuh. kalau jumpa ke mesti bergaduh. Lagipun waktu tu si Ikmal ni sombong gler.."

"I tak sombong la sayang. U tu yang tak suke kat I. Tengok I je mulut tu mesti muncung.." Ikmal cuba menangkis. teringat kisah lama antara dia dan Rissa yang tak pernah sefahaman. Namun jodoh mereka kuat. Ejek mengejek menbuatkan rasa cinta bercambah di hati..


Hakimi tidak tahu perasaan apa yang melanda hatinya saat melihat diya di depan matanya ini. dia seolah-olah tidak percaya yang dya berada disisinya, berbual dengannya.

Namun begitu, dia juga merasa kekok dengan perubahan pada diri diya. Diya yang dikenal semasa bekerja dengannya bukan begini. Diya yang dahulu agak pemalu dan selalu menjauhkan diri darinya.

Diya yang dikenal sekarang pula seolah-olah diya yang baru. Diya kelihatan tegas dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Diya kelihatan lebih educated dan tidak lagi berpura-pura. Namun hatinya lebih menyukai Diya yang dahulu.

No comments:

Post a Comment