Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 38

Hakimi memandang isterinya yang sedang enak dibuai mimpi? Apa yang dimimpikan diya agaknya? Mimpikan diakah? Tersenyum dia sendirian dengan angan-angannya. Dipandang lagi wajah yang sedang tidur lena itu.

Macam mana agaknya Diya kalau ingatannya pulih? Sudah tentu layanannya tidak seperti seminggu ini. Dia terasa benar-benar bahagia. Apatah lagi dengan Diya yang melayannya dengan manja. Kadang-kadang dia tersenyum malu padanya.

Perasaannya bercampur baur ketika ini. Diya yang sekarang ini memang berbeza dengan Diya yang dikenalnya selama ini. Kalau dulu mana Diya ingin bermanja dengannya. Apatah lagi merajuk sampai muncung mulutnya. Diya yang sekarang senang menunjukkan emosinya. Tidak se[erti Diya yang jarang-jarang menunjukkan emosi padanya.

Dalam seminggu juga Farid tidak pernah putus-putus datang ke sini. Setiap hari mesti akan dibawa ros kuning pada Diya. Ada masanya dia sendiri merasa cemburu pada Farid. Layanan diya pada farid biarpun dalam keadaan tidak mengingati apa-apa masih kelihatan mesra. Apatah lagi bila melihat diya tersenyum riang dengan jenaka yang diberitahu Farid padanya.

Dia masih teringat akan tindakannya yang hampir-hampir ingin menarik dan menumbuk Farid bila Farid menyentuh dan memegang erat tangan isterinya. Mujurla pada waktu itu diya memandangnya dengan senyuman menawan di bibirnya. Kemarahannya yang memuncak reda.

Perlahan dia mengatur langkah keluar dari bilik Diya. Hakimi memandang orang yang lalu lalang di koridor sambil tangannya menoak kerusi roda untuk ke biliknya. Seorang jururawat yang berada di luar menolong menolaknya selepas melihatnya yang terkial-kial menolak kerusi itu. Hakimi mengucapkan terima kasih pada jururawat tersebut.

Dalam rancak dia bicara dengan jururawat terbabit dia terpandang seseorang. Pantas matanya terarah pada pada lelaki yang sedang bertanya sesuatu pada Doktor Rahim. Tidak lama kemudian dilihatnya doktor rahim dan lelaki tadi berjalan menuju ke koridor yang dilaluinya namun lelaki itu sedang asyik mendengar akan kata-kata doktor sehingga kehadirannya tidak disedari lelaki itu.

Pantas juga matanya mengekori langkah doktor rahoim dan lelaki itu. Berkerut dahinya sekali lagi bila melihat bilik yang dimasuki dr. Rahim dan lelaki itu? Sekali lagi dia terkejut.. Apa yang lelaki itu buat di bilik Diya.

No comments:

Post a Comment