Tuesday, August 18, 2009

Dia Selamanya 39

Hakimi berkalih ke kiri dan kanan di katil itu. Hatinya terasa tidak tenang dengan kehadiran lelaki tadi. Sementalh pula dengan keadaan Diya yang masih hilang ingatan itu. Dia takut andainya lelaki tadi mempengaruhi Diya dalam keadaan ini. Mujur sahaja dia tidak terus masuk ke biliknya. Dia terus menunggu di hujung koridor sambil memerhati ke arah bilik diya. Mujurlah lelaki itu hanya beada sekejap sahaja di situ. Tidak sampai sepuluh minit lelaki yang masuk ke bilik Diya sudah keluar dari situ. Namun lelaki itu tidak segera pulang sebaliknya asyik sekali berbual dengan dr. Rahim.Dalam pada itu, dia masih hairan dengan kehadiran lelaki itu di sini? Apa niatnya berjumpa dengan Diya. Di luar waktu melawat pulak tu? Dan macam mana pula Dr. Rahim boleh membenarkan dia berjumpa dengan diya. Apa hubungan Diya dengan lelaki itu? Apa yang makin menjadi tanda tanya adalah sikap farid pada Diya. Seerat itukah hubungan adik dan kakak angkat. Hendak dikatakan kekasih sikap mereka berdua bukan pulak macam tu. Mesra tapi tidak semesra hubungan kekasih Diya? Apa agaknya yang dirahsiakan daripadanya. Sebagai suami kepadanya dia masih tidak tahu apa dan siapa Diya yang sebenarnya. Diya memerhati si suami yang sedang sibuk menyediakan sarapan untuknya. Bukannya memasak tapi menolongnya untuk bersarapan. Ada kala terdetik rasa geli hati dengan perangai dia dan suaminya Hakimi. Dia yang tulang empat kerat masih boleh bergerak sepatutnya menyediakan makanan buat si suami namun kini terbalik pula. Hakimi yang kaki masih bersimen pulak yang melayannya bagai raja. Agaknya sewaktu mereka berkahwin memang dia selalu dimanjai agaknya. Bila diberitahu akan apa yang bermain di fikirannya Hakimi pula hanya tersenyum dengan mengatakan yang dia sering dimanjai oleh diya. Dalam keadaan ini sekurang-kurangnya dapat hakimi tunjukkan kasih sayangnya pada Diya. Diya membelek majalah yang berada di tangannya. Bosan berada dalam bilik yang terkurung. Dinyatakan hasrat ingin keluar di taman namun tidak dibenarkan kerana Diya masih dalam keadaan lemah. Itu kata-kata doktor yang membuatkan Diya makin kecewa. Mujurlah Hakimi selalu menemani kecuali bila pemeriksaan doktor. Hakimi terpaksa pulang ke biliknya. ?sayang bosan ke??Aju hakimi. Pantas Diya menganggukkan kepalanya. Dia benar-benar terasa bosan. Sudah beberapa kali dia memebelek halaman majalah yang lama. ?sabar ye sayang.. abang dah tanya doktor dah tadi. Dia cakap esok Diya dah boleh nak bergerak.. Nak jalan-jalan pun boleh.. Tapi kat kawasan hospital je tau.. ?pujuk hakimi.Diya terjaga dari tidurnya sekali lagi. Sudah beberapa hari tidurnya terganggu dengan mimipi yang sama. Dia tidak mengerti akan mimpi yang dialaminya. Ingin sahaja dia memberitahu akan mimpi yang dialaminya pada suami yang sedang nyenyak tidur di sisinya namun dia tidak sampai hati. Lelaki itu terlalu menyayanginya. Bagaimana untuk dia khabarkan mimpi yang dialaminya pada hakimi? Diya memenung sekitar ruang bilik itu. Pada awal kedatangannya dia masih terasa kekok berada di rumah itu. Apatah lagi bila tiada sebarang pakaian pun di bilik utama tersebut. Bila ditanya hakmi dalam nada berjenaka menjelaskan yang mereka bergaduh sebelum kemalangan tesebut. Habis semua barang dipindahkan ke bilik lain. Dia pula hanya mengiyakan kata-kata yang dikeluarkan Hakimi walau dalam hatinya masih terdetik keraguan. Kalaupun dia merajuk takkan la tak ada satu pun peninggalannya di bilik tersebut?Kadang kala dia terfikir sendiri.. adakah dia sebahagia ini sebelum ini? Hakimi benar-benar melayannya dengan baik. Begitu juga dengan keluarga mertuanya terutama adik iparnya Sya. Sejak dia dibenarkan keluar hospital, mereka kadang-kadang datang melawat mereka di sini. Ada kalanya Dia dan Hakimi akan ke rumah mereka. Layanan mereka baik dan mesra namun agak kekok di mata diya.. Ianya seperti mereka tidak pernah kenal dengannya selama ini. Dia memandang hakimi yang sedang lena. Dikucup perlahan dahi lelaki itu. Tidak mahu mengganggu tidur suaminya. Sudah seminggu Hakimi mula bekerja dan selama itulah tidur lelaki itu tidak pernah cukup. Hampir lewat malam barulah dia pulang. Terlalu banyak kerja di pejabat. Adu hakimi padanya. Adakala dia akan cakap yang dia ingin meningalkan segala kerja dan bercuti bersamanya namun impian itu tidak dapat dilaksanakan kerana banyak urusan sekarang begantung pada keputusannya. Dengan perlahan langkah diatur ke dapur. Tekaknya terasa dahaga. Dituang air kosong ke dalam gelas panjang dan diteguk perlahan. Diya memejamkan matanya sambil bersandar di sisi kaunter dapur. Fikirannya masih lagi tidak tenang. Dia merasakan yang dirinya sekarang bukan lagi diya dahulu. Segala perbuatan yang dilakukan terasa salah.. kekok.. tidak selesa. Dia seolah-olah tidak kenal siapa dirinya sekarang ini..

No comments:

Post a Comment