Suamiku pula dengan sabar melayan karenahku. Pada masa yang sama aku lihat kedua tamuku sudah beransur dari bilik. Mungkin untuk memberi ruang padaku dan suami.
" abang lapar tak?" dalam suapan dan kunyahan yang berlaku aku sempat bertanya padanya. Yelah, takkan aku seorang nak makan. Dia mengeleng dan menyatakan sudah kenyang bila melihat aku makan dengan berselera. Tersenyum malu aku dengan ucapannya.
Usai makan, dia mengelap mulutku dengan tisu yang diambil di meja kecil katil yang menempatkan sebiji termos dan bekas makanan tadi. Sebakul buah turut berada di meja itu.
Aku mengelengkan kepalaku bila dia menghulurkan beberapa biji pil yang pelbagai warna. Lidahku rasa loya dan kelat bila melihat ubat-ubat itu. Takkan la nak suruh makan semua. Bukan sebijik dua pil yang dihulurkan padaku setiap kali selepas makan.
"Kenapa diya tak nak makan.. Diya nak sihat kan.. makan ubat ni sayang..." dia memujuk lagi.
Aku mengeleng. Masih berdegil tidak ingin makan ubat itu. Berkali-kali dipujuk, bermacam-macam alasan diberi namun aku tetap tidak ingin makan ubat itu. bukan apa, aku dah bosan asyik makan ubat.
"Diya sayang abang tak?" Tanyanya lagi.
Malu-malu aku angguk. Kalau dia dah suamiku semestinya aku sayang di kan.Kalau tak takkan kami berkahwin. begitu logik akalku.
"Kalau Diya sayang abng, Diya kena makan ubat ni.. Cepat sembuh.. Cepat keluar dari sini. Makan ye sayang..."
Akhirnya aku akur. Sayu aku dibuatnya. Suamiku ini sempat lagi mengugutku untuk makan ubat. Naknya dia merajuk dan membiarkan aku sendirian, siapa nak manja-manja dengan aku... Waaaa... Tak nak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment