Diya mendengar tapak kaki meluru bergerak ke arahnya. matanya masih dipejam. ada seseorang memanggilnya. diakah yang dipanggil? tarasa seorang membuka matanya. Silau dirasakan pada matanya. terus dikatup kembali matanya. Siapa mereka ni? kenapa menggangunya berehat.
"Diya..." Sekali lagi nama itu dipanggil. tapi bukan dari lelaki yang masuk tadi tapi lelaki yang memberikan minuman padanya. Dibuka mata dan menghadiahkan senyuman tawar pada lelaki itu. Lelaki berbaju putih hanya memandangnya. begitu juga lelaki yang mengikut lelaki berbaju putih itu.
"awak tahu di mana awak sekarang?" Soal lelaki berbaju putih padanya. Dia mengeleng tanda tidak tahu apa-apa. memang dia tidak tahu apa-apa. apa yang dirasa hanya pening di kepalanya.
"berapa jari saya ni? " Soal lelaki tadi. dia menjawab dengan mudah. Apa yang lelaki ini hendak agaknya. Takkan la itu pun tak tahu.
" awak kenal lelaki ni?" lelaki itu menunjuk ke arah hakimi. Dia memandang hakimi. direnung dalam-dalam sebelum mengelengkan kepalanya. wajah itu berubah? Dia kenal ke lelaki itu? Berkerut dahinya cuba mengingat namun ingatannya kosong.
28/2/09
Hakimi mengeleng kepalanya kesal bila doktor menerangkan kepadanya yang mungkin terjadi gegaran ketika kemalangan itu di otak Diya dan menyebabkan Diya hilang ingatan. Namun doktor itu tidak dapat mengesahkan sama ada keadaan yang dialamai diya akan kekal ataupun sementara.
“Diya... Ni Kimie sayang... Diya tak kenal ke ngan Kimie?” Hakimi meramas lembut jari jemari diya yang berada di tangannya. Diya hnya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Hakimi mengeluh. Entah macam mana ingin dia terangkan pada Diya.
“Ni kimie.. Husband diya. Kita accident masa nak balik hari tu.. Kimie yang salah. Kimie sepatutnya tak lalai waktu memandu. Maafkan Kimie ye sayang. Sebab kimie Diya jadi macam ni. “ Ujar Hakimie masih tidak mahu mengalah biarpun Diya hanya memandangnya kosong. Setidak-tidaknya Diya tidak lagi melarikan diri darinya. Tangan itu masih lagi dalam jangkauannya. Tidak lagi melarikan diri setiap kali dia mendekati.
Tiba-tiba Diya tersenyum kepadanya.Tangannya dirasakan disentuh lembut oleh Diya. Hakimi hanya memandang dengan tanda tanya.
“Bukan salah awak..” ujarnya perlahan.
Tangan hakimi berkalih pada wajah Diya. Diusap lembut pipi Diya. Terasa sayangnya pada gadis itu makin bertambah. Ahh.. Gadis ini. Selalu sahaja memaafkan setiap perbuatannya walau[un tidak mengerti apa-apa.
“abang...” Hakimi memandang Sya yang datang menegurnya. Turut ikut bersama tunangnya Zamri. Bila mereka datang tidak pula disedarinya. Apa yang dia tahu diya sudah sedar dan mula berbual-bual dengannya sejak dari tadi biarpun gadis itu teragak-agak bila bertanya soalan padanya. Mujurlah soalan-soalan yang ditanya Diya biasa sahaja seperti bila mereka kahwin dan cuaca atau tarih hari ini. Macam mana kemalangan boleh berlaku? Soalan-soalan yang dia dapat jawab dijawabnya namun tidak secara terperinci. Dia tidak ingin membebankan diya dengan masalah ingatannya.
“Kak Diya.. akak dah sedar ek.. Sya rindu dengan akak” Terus meluru Sya memeluk Diya bila melihat diya sudah sedar. Hakimi hanya mampu memandang Diya yang terkebil-kebil sambil memandangnya dengan tanda tanya.
“ Sya... Kak diya tak kenal ngan Sya.. Dia hilang ingatan...” ujar Hakimi.
Perlahan Sya melepaskan pelukan sambil mengesar air matanya yang mencurah-curah. Hakimi memandang ke arah Zamri memohon pengertian. Lambat-lambat Zamri datang menyelamat dan memeluk sya.
“its ok Sya.. Jangan nangis macam ni.. Comot tau..” Zamri cuba memujuk. Sekejap-sekejap dia memandang ke arah Diya smbil melemparkan senyuman pahit padanya.
“Diya... Sya ni adik Kimie.. Yang lelaki tuh pulak sepupu Diya, Zamri.. “ Ujar Hakimi memperkenalkan sya dan Zamri pada Diya.
Sekali lagi diya menghadiahkan senyuman pada insan-insan yang tidak dikenalnya itu. Entah apa kena dengan perempuan itu. Dari tadi asyik menangis bila memandangnya. Dia bukannnya sakit teruk pun. Cuma ingatannya hilang. Kata doktor hanya untuk tempoh yang singkat. Habis kenapa perempuan itu meraung-raung di biliknya. Bising..
Dia memandang lagi lelaki yang tenang di sisinya. Katanya suami.. Suami aku ke? Hensemnya.. Macam mana la perempuan macam aku ni boleh dapat suami macam ni? Kalau tengok-tengok, tilik-tilik memang tak padan langsung.
“ abang... Diya lapar...” entah kenapa dia tersasul bersuara bila memangdang suaminya lama. Nak tergelak pun ada. Betul ke aku panggil dia ni? Abang... ish..lidahnya rasa tersekat-sekat sebut bila sebut abang tadi.. aku panggil apa kat dia ni?
Tersenyum lagi aku bila memandang suamiku itu akur dan mencapai bekas makanan untuk disuapkan padaku. Hehe.. masa macam ni la baru nak manja-manja dengan suami. Bila dia bersuara ‘aahhh’ barulah aku buka mulut. Perlahan-lahan aku kunyah sampai hancur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment