Dia rindukan hidupnya yang dulu. Datin Salmi yang memabntu Hakimi hanya mampu memandang anak lelakinya itu. Tidak sudah-sudah dilihat Hakimi meluahkan perasaannya pada diya yang tidak sedarkan diri. Tahu yang anak itu merasa bersalah kerana menyebabkan kecelakaan tersebut.
"Ma... kalau diya tak sedar jugak kita bawak balik rumah kita ya... kimi nak jaga diya. " Pujuk Hakimi pada ibunya. Dia tidak sanggup berpisah dengan Diya. Lagipun siapa lagi yang hendak menjaga diya kalau bukan dia.
"mama tak kisah kimie.. Tapi apa pulak cakap famili dia? "
"Kan kimie ada.. isteri kena selalu di sisi suamikan ma...macam diya.. Diya kena selalu di sisi hakimi..kan kimie suami diya.."
Mamanya masih mampu senyum namun Hakimi dapat melihat kejutan di wajah itu.." Kimie jangn nak bergurau la.. Calon pun tak ada. Inikan pulak nak kahwin.." Ujar mamanya tidak mempercayai kata-kata hakimi.
"Ma... kimi mintak maaf ma..." hakimi menyalami tangan mamanya. Dia mencium tangan wanita yang melahirkannya. Dia ingin meminta maaf keran merahsikan hal tersebt dengan mamanya, keluarganya.
"Kenapa kimi mintak maaf ni.." Terasa tangan yang disalamnya mengusap dan menbelai rambutnya.
"Diya memamng isteri Kimie ma... Kimie tak tipu.." balas Hakimi memandang wajah itu sayu. Dia mengharapkan pengertian dari mamanya. Terasa tangan yang membelai rambutnya kaku. Terperanjat dia bila melihat mamanya terjelepok di sofa..
"Ma... mama ok ke?" Soal hakimi bimbang.. Terkial-kial dia cuba bergerak ke arah mamanya dengan kerusi roda yang didudukinya. Kakinya retak akibat kemalangan itu. Terpaksa berada di kerusi roda.
Datin salmi baru sedar dari pengsan. dia memandang wajah-wajah yang berada di depan matanya. Suaminya sudah ada di situ sambil membelai-belai rambutnya. Hakimi dilihatnya tunduk menghadapnya.
Betul ke apa yang didengar dari mulut anaknya tadi? Benarkah anaknya itu sudah berkahwin? atau sebab kemalangan itu minda Hakimi masih belum stabil. hinggakan tidak mengenal mana satu realiti dan fantasi.
"Betul ke apa yang hakimi cakap tadi?" entah kenapa hatinya ingin tahu sama ada apa yang didengar tadi bukan ilusinya semata. Suami yang memandang bimbang tidak dipedulikan. Saat ini tumpuannnya lebih terarah pada anak lelakinya. anak yang paling liat bila disoal tentang kahwin. anak yang jarang-jarang mendengar cakapnya dan suami. Walaupun begitu, kasihnya pada anak itu tak pernah surut.
Hakimi menganggukkan kepalanya. "Kimi tak tipu ma.. Hakimi memang dah kahwin. dia memang isteri hakimi yang sah. Mama boleh tanya Ikmal kalau mama tak percaya..." Bersungguh-sugguh hakimi cuba meyakinkan ibunya. Papanya yang memandang hairan mendengar perbualannya dengan mamanya. Tapi tidak pula bersuara.
"Kalau betul la apa yang hikimi beritahu mama.. Kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru kimie nak beritahu mama? Dah berapa lama? Dah berapa lama Kimie tipu mama ngan papa?" Rasa pilu datin salmi tidak dapat ditahan lagi. anaknya sudah pandai menipu. Kenapa sampai sanggup hakimi merahsiakan hal yang sebegitu besar padanya. Dia terasa terpinggir dari hidup anaknya itu.
"Hakimi tak berniat pun nak rahsiakan hal ni pada mama ngan papa. waktu tu hakimi tak berniat nak teruskan perkahwinan kami. Kami dah merancang nak bercerai lepas setahun berkahwin. Tapi bila tengok diya macam ni, kimi tak sanggup ma.. kimie sayangkan diya.. Kimie tak sanggup nak berpisah dengan diya. " Tesekat-sekat suara hakimi cuba menjelaskan hal yang sebenar pada mama dan papanya.
Datin salmi memeluk suaminya erat. Bukan ini yang ingin didengar dari mulut anaknya. Kenapa anaknya tidak percayakannya. Bukan dia tidak sukakan Diya tapi hal ini sudah menjangkaui fikirannya. Tidak pernah dia melihat anaknya menitiskan air mata. Hari ni, anaknya menangis kerana diya. Pasti Hakimi sangat sayangkan Diya. Kalau tidak masakan Hakimi menangis di depannya.
"Kimi sayangkan diya? " Soal datin salmi sekali lagi. Kalau tidak diberitahu pun dia tahu yang hakimi sayangkan diya namun dia ingin mendengar dari mulut anaknya sendiri.
"Kimi memang betul-betul sayangkan diya. "
"Kau tak apa-apa ke? " Soal satu suara pintu bilik diya. Papa dan mamanya sudah pulang setelah dia menceritakan segalanya pada mereka.
Hakimi melemparkan senyum malas bila melihat tamu yang datang melawat diya. Farid rupanya. Sejak dari hari kemalangan farid selalu dilihat datang melawat diya. Kadang-kadang hadirnya farid dengan beberapa orang yang tidak dikenalinya. Namun merka kelihatan mengenali Diya yang terbaring kaku. Namun tidak pula dia bertanya apa-apa tentang tamu yang datang. Fikirannya waktu itu hanya memikirkan Diya.
"Dah habis kerja ke?" Tanya hakimi sekadar berbasi-basi. Tidak betah dengan kesepian berada di bilik itu.
"Dah.. Diya macam mana? Doktor ada cakap apa-apa tak?"
Hakimi mngeleng. "Doktor cakap tunggu dan lihat je. sekarang ni terpulang pada Diya nak bangun ke tak nak.. Doktor cakap keadaannya stabil tapi masih dapat menjelaskan kenapa diya masih tak sedar. Sepatutnya diya dah sedar.."
Hakimi mendenga Farid mengeluh. kemudian melihat Farid bergerak menghampiri diya. Bunga di dalam pasu dituka rdengan bunga baru yang dibawanya. Selama ini dia tidak perasan. Farid selalu menukar bunga di pasu setiap kali dia datang. Patutlah bunga ros kuning itu sentiasa segar.
"Bunga untuk diya lagi?" Tanya Hakimi.
"Diya suka sangat kat ros kuning. sebab tu aku selalu bawak ros bila datang. " balas Farid.
Hakimi rasa bagai sesuatu menusuk hatinya. Pedih dirasakan. dia tidak pernah tahu yang diya sukakan ros kuning. terlalu banyak yang dia tak tahu pasal diya.
"Apa lagi yang diya suka?" Walaupun perit namun hakimi tetap bertanya. Farid lebih mengenali diya. tentu farid tahu apa yang dia suka dan tidak suka.
"Diya suka membaca.. kalau nak tahu diya lebih prefer romance books dari buku ekonomi yang tebal-tebal tuh.. Tapi yang hairannya dia tetap score marketing walau dia cakap dia paling benci bukak buku tu. " Ujar Farid tertawa .
Hakimi tersenyum. Romance books? tak pernah terfikir pun yang diya sukakan sesuatu seperti itu.
" apa lagi?" Soal hakimi lagi. Tak sia-sia dia bertanya pada Farid.
Dan Farid pula tidak segan bercerita tentang diya yang dia tahu. Mungkin kerana dengan menceritakan hal itu dia akan dapat memikirkan Diya.
"Banyak yang kau tahu pasal Diya...Korang mesti rapat" ujar Hakimi lagi. Tidak dia sedar yang sudah lebih sejam Farid berada di situ. Bererita tentang diya sehingga lupa akan masa yng berlalu.
"Dia kakak yang paling baik pernah aku kenal.. dia terlalu memahami. dia rela menderita untuk orang lain. " Ujr farid. dia duduk katil dan mengusap pipi Diya lembut.
Hakimi yang memandang terkejut. Jangan.. jangan sentuh diya kesayangannya. Ingin sahaja dia menepis tangan itu dari terus menyentuh isterinya. Disabarkan hatinya.
"Ada tak diya beritahu apa-apa pasal suaminya. Ada dia datang melawat?" Soal Farid tiba-tiba.
Makin terperanjart Hakimi. Farid tahu ke yang diya sudah berkahwin. Bermakna hbungan mereka lebih rapat ari apa yang disangkanya. Patut ke dia beritahu farid siapa dia? Papa dan mamanya sudah diberitahu. Sudah pasti hal ini akan terbongkar tidak lama lagi.
"Macam mana kau tahu?" Hakimi tetap bertanya.
Hakimi melihat senyuman Farid." Dia kakak aku. Takkan dia nak rahsiakn hal macam ni pada adik dia sendiri. " balas Farid.
Diya membuka matanya.. Sakitnya.. apa yang terjadi padanya. Dipandang bilik yang serba putih itu. Dimana dia. Perlahan dia mengerang bila sendi-sendinya terasa lemah. Terasa dua pasang mata memandangnya bimbang.
Sayup-sayup sahaja dia mendengar suara mereka. Dalam samar-samar pandangannnya dapat dilihat salah seorang daripada mereka berlari keluar. Ke mana?
Hakimi masih memandang Diya. Tangan gadis itu dusap perlahan. Bila diya ingin bangun dari katil dia menahan. Diya baru sedar. dia tidak mahu pergerakan dia memberi kesan pada kesihatannya. Farid sudah bergegas mendapatkan doktor. Dia tersenyum dalam paksa bagi menenangkan Diya.
"Kat mana?..." Diya menyoal lemah.. Hakimi bangun dan mendapatkan air bila mendenga r suara diya yang serak. Untuk menenangkan tekak diya. Lagipun dia pasti yang diya psti dahaga sekarang ini.
Dihulur air pada Diya. Perlahan Diya meneguknya. Hanya sedikit sahaja luak. mungkin kerana kesan terbaring lama di katil.
"Diya kat hospital sekarang. kita kemalangan' ujar hakimi. terkial-kial dia membantu diya baring di katil. pergerakannya agak terbatas dengan kerusi roda yang diduduki.
Diya memegang kepalanya yang terasa pening. dia memandang lelaki berkerusi roda itu. Ingin bertanya namun kepalanya terasa sakit. perlahan dipejam matanya cuba menghilangkan kesakitan yang dialami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment