“ Tina... tina dah melampau... ikut farid balik sekarang jugak..” Arah farid pada adiknya yang sorang itu.
“ U memang bawak malang.. Kenapa semua yang aku nak kau senang-senang dapat.. Tak cukup lelaki ke kat dunia ni sampai boyfriend aku pun kau nak. Kau memang dengki kat aku kan... Semua yang aku dapat kau nak..” Tina masih menghemburkan marah nya.
Makin terpana Hakimi bila melihat tangan farid pula yang singgah di pipi Tina.
“Tina jangan melampau.. ingat, tina kena hormati Diya. “ Marah Farid..
“No.. will not.. tina tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan ni. Abah sendiri benci dengan Diya. Kenapa pula Tina nak kena hormat pada perempuan ni.. ?”
Hakimi terasa bahunya dicuit seseorang. Ikmal. Ikmal mengajak mereka pergi dari situ. Meja mereka sudah menjadi tontonan ramai.
“Sorry Farid... Kita orang pergi dulu k...Kita discuss benda ni lain kali je...” Ujar Hakimi sekadar berbasi-basi. Terus dia mengheret diya keluar bila farid menganggukkan kepalanya.
Hakimi masih lagi memegang tangan diya saat meeka tiba di lobi hoel. Dia memandang diya yang masih membisu dari tadi. Hanya menundukkan mukanya tanpa bersuara sepatah pun.
Ikmal sudah meminta diri untuk mengambil keretanya. semenara menunggu pipi diya diusap perlahan. Masih berbekas lagi. Kuat sangt tina menampar wajah isterinya itu.
Dalam pada itu tertanya-tany dia dengan kata-kata yang diluah tina dalam keadaan marah. Siapa yang direbutkan sebenarnya? Dan sikap Farid yang tidak sedikitpun memihak pada Tina menunjukkan yang Farid benar-benar kenal dengan Diya dan adiknya.
Apa pula maksudnya bila tina berkata yang Dato' abdullah benci pada Diya. patut la masa kenduri hari itu diya cuba mengelak dari bertemu Tina. Dan diya pula berkata yang dia tidak rapat dengan mana-mana ahli keluarga farid. Inikah maksudnya?
"diya tak apa-apa ke? Hakimi bertanya penih prihatin. sekarang bukan masanya untuk dia bertanya dengan apa yang mengganggu fikirannya. Kebajikan Diya yang paling utama.
"I'm ok.." Dapat hakimi dengar jawapan diya. Nak tak nak je diya bersuara.
Hakimi memandang ke depan. Menunggu ikmal menjemput mereka. Matanya terarah pada seorang lelaki yang berlari-lari bergerak ke pintu hotel di mana mereka berada. Hendak ke mana lelai itu tergesa-gesa macam ni. ada hal mustahak ke?
Dalam nafas yang pendek lelaki itu berhenti di hadapan mereka. Wajah diya yang menjadi tump[uannya.
"Diya... ada you jumpa dengan tina?" soal lelaki itu.
Tajam mata Hakimi memandang lelaki itu sebaik mendengar nama Tina disebut.. Lelaki itu. Mana dia akan lupa lelaki yang beberapa bulan yang lalu mengugut untuk merampas diya daripadanya. Bekas kekasih diya. Jadi inilah lelaki yang Tina cakapkan.
"Tina ada kat dalam... " Balas Hakimi dalam amarah.
Lealki itu memandang hakimi sebentar. Kemudian memandang diya yang membisu. Dipandang pula tangan diya yang kemas di dalam genggaman tangan Hakimi. mengerti namun pura-pura tidak sedar akan hal itu..
"Diya tak apa-apa ke?" Cemas lelaki itu bertanya bila melihat pipi Diya yang sedikit merah. Kalau tina sudah berada di dalam bererti diya sudah berjumpa dengan Tina. Apa yang perempuan itu cakapkan pada diya? Apa yang tina dah buat?
"Stay away from her.. Aku bagi last warning kat kau... Kalau aku tahu kau ganggu diya lagi..." Hakimi menunjukkan penumbuknya ke muka lelaki itu.
Lelaki itu terdiam. Tahu yang amaran Hakimi bukan main-main. Lelaki itu serius dengan ugutannya. Dapat dilihat pada sinar matanya.
"Apa yang berlaku..." tanya lelaki itu pada Hakimi. Tangannya yang ingin mengusap pipi diya ditarik ke sisi badannya. Takut denagn renungan hakimi. Lagipun Diya sendiri sudah mengaku yang lelaki itu teman lelakinya. Dan lelaki itu sudah banyak kali memberi maran padanya. dan amarannya tadi memang bukan main-main.
" Your girlfriend tina slap her... u cakap kat tina supaya stay away from Diya. Dengan U sekali.. jangan sekali-kali dekat dengan diya lagi.. " Hakimi meluahkan rasa marahnya..
Terus dia mengheret diya masuk ke kereta bila Ikmal membunyikan hon kereta. amarahnay menggunung pada mereka yang melukai diya. diya kesayangannya.
"Kita ke klinik ye... merah pipi diya ni..." Luah hakimi penuh prihatin. Ikmal yangmemandu hanya diam. Sesekali matanya memerhati Hakimi dan diya.
"Tak payah.. Kita balik office je.." Luah diya tidak setuju dengan cadangan Hakimi. Bukannya sakit sangt pun kena tangan adiknya itu. dia cuma rasa malu dengan sikap adiknya itu. Datang menyerangnya begitu sahaja tanpa bertanya apa-apa padanya. Lebih-lebih lagi bila Tina sendiri tahu yang abahnya tidak suka padanya. terang-terang ditunjukkan rasa tidak suka padanya.
"Ikmal.. kita ke klinik..." Hakimi memberi arahan. Ikmal memandang Diya yang masam mencuka sebelum menganggukkan kepalanya. Akur pada arahan Hakimi.
"Kita nak ke klinik mana ni Kimie?" Baru kali ini ikmal bertanya.
"Klinik panel Dr. borhan je. Lagipun dekat ngan company.." Ujar Hakimi.
"Diya tak nak ke klinik.. kita balik aje.. Lagipun diya tak apa-apa ni.." Diya masih degil. Hakimi berang. Dia mengambil berat akan diya namun gadis itu tidak menghargai perhatiannya. Degil.. keras kepala.
"Jangan asyik lawan cakap kimie boleh tak.. Kalau kimi cakap kita ke klinik , klinik la.. Jangan nak buat hal kat sini pulak.." marah Hakimi.
Diya diam. Kata-kata hakimi tidak diendahkan walaupun dapat didengar kemarahan pada suara Hakimi. Peduli apa Hakimi nak marah ke tak, dia tetap nak balik ke office.. Tak nak ke klinik..Benci..
"Diya nak balik ke office.. Kalau Hakimi tak nak balik ke office, berenti kat sini je.. diya boleh balik sendiri.." Ujar diya masih tidak mahu beralah.
"Ikmal, berenti kat sini... " Arah hakimi pada ikmal. Berang sungguh dia dengan perangi diya yang keras kepala. Terus diarah ikmal keluar dari kereta bila kereta itu berhenti.
"Kau nak ke mana tu?" Soal ikmal bila Hakimi mengambil tempat di tempat duduk pemandu. diya masih berdiam diri di belakang. Langsung tidak ambil peduli akan perkara yang berlaku.
"Kau amik teksi je balik office. Aku ngan Diya ada hal yang kami nak bincangkan. " Ujar hakimi sebelum memecut laju meninggalkan ikmal seorang diri di tepi jalan.
Diya memandang hakimi yang memecut laju meninggalkan Ikmal di tepi jalan. Dipandang jalan kiri dan kanan. Tahu yang ini buka jalan ke pejabat. Ke mana Hakimi hendak membawanya?
"Kita nak ke mana ni?" Soal diya. Diya sudah tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi bila melihat meter kelajuan yang tak turun-turun dari tadi. Nak bunuh diri ke Hakimi? Pecut macam pelesit.
"Ke mana? Ke neraka pun boleh... " Ujar hakimi sinis dan terus menekan pedal minyak. Dia sudah hilang sabar. amarahnya memuncak.
"Kimie dah giler ke? stop the car..." Jerit diya lantang. Bahu hakimi digoncang-goncang untuk menyedarkan Hakimi dari terus menggila.
Hakimi buat-biuat tidak peduli. Kereta dibiarkan terus memecut di jalan. Tidak peduli akan arah yang dituju asalakn kemarahannya boleh lenyap.
Diya masih terus menggoncang-goncang tubuh hakimi. Mengjerit-jerit dia pada Hakimi suruh memberhentikan kereta. dia tidak mahu mati dalam keadaan macam ni. Tidak bila pemandu kereta dalam kewarasan yang kurang.
Tiba-tiba diya memandang ke hadapan. Hakimi masih memecu keretanya. diya menjerit memberi amaran pada Hakimi hinggalah apa yang dilihat hanyalah cahaya putih yang lama kelamaan makin pudar dan pudar..
***********************************************************************
Hakimi memandang tubuh yang terbari dikatil.. Dia menyesal.. Kenapa dia tidak berhati-hati. Kalau la dia ikut cakap diya dan memperlahankan kereta sudah tentu kemalangan itu takkan terjadi. Apa yang sudah dia buat?
Tubuhnya masih terasa sakit-sakit namun digagahkan juga untuk menemani diya yang lena dalm tidurnya. Bangunlah diya. Kimi janji.. Kimie akan ikut cakap diya. Kimie takkan bergaduh dengan diya lagi.
"abang..." Satu suara menyapanya perlahan. Tangan yang berada dibahunya diramas lembut.
"Sya... Suruhlah diya bangun.. abang nak sangat diya bangun... Sya tolong kejutkan diya untuk abang ye..." Pinta Hakimi dalam esak tangisnya. Air mata lelakinya tidak malu-malu keluar.
"Abang sabar la... nanti kak diya mesti bangun..Bila kak diya bangun kita lepak sesama ye..." Pujuk sya. Zamri yan turut berada di bilik itu hanya diam.
Sayu hatinya melihat sepupunya di katil hospital. lagi sayu hatinya bila tidak lagi mendenga rgelak tawa dan celoteh manja Diya. Diya tidak lagi menegurnya macam apa yang mereka selalu buta setiap kali mereka berjumpa.
Sudah hhampir seminggu dia berada di hospital. selam itulah juga dia tidak pernah tidak melawat diya di biliknya. Entah kenapa perasaan bersalahnya melebihi segalanya. Kalau bukan sebabnya sudah tentu diaya masih boleh bangun dan memarahinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment