Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 33

"Kau la kawan yang paling aku suka.. Pluss Dr Irwan la..." balas suraya yakin.

Diya teringatkan salah seorang senior yang disebutkan Suraya itu. Dr irwan Shah.. Dah jadi doktor dah sekarang ni. entah apa yang menarik pada lelaki itu sehingga sahabatnya bagai gila bayang terkenangkan lelaki itu. Sampai sekarang Suraya masih berangan-angan nak kahwin dengan lelaki itu. Dan mamat tuh entah ke mana la sekarng ni?

"Asyik dengan Dr Irwan je. mamat tuh entah sesat ke hutan mana dah sekarang ni.. entah-entah dah kawin.. ada anak. Kau je yang dok tunggu dia sampai sekarnag. "

"Ala Diya.. Kalau dah jodoh 4 sure nya aku akan kahwin dengan Irwan Shah tuh. Aku akan tunggu jugak Irwan. tak kira macam mana sekalipun. " suraya tegas dengan keputusannya.


"mai dah sihat?" Soal hakimi sebaik diya masuk ke biliknya untuk menghantar air pagi itu. Sudah lebih tiga hari Diya diberikan cuti. Sedikit sebanyak banyak kerjanya yang bertangguh kerana diya tidak ada untuk membantnya.

"Mai dah makin sihat dah. Mungkin esok atau lusa boleh keluar wad.." Balas Diya. Air ditangan diletakkan ke meja lelaki itu. Pagi-pagi lagi dia sudah masuk ke bilik lelaki itu untuk mengemas kertas2 yang bertabutan merata temapt. Sudah menjadi tugasnya untuk menyusun dan mengemas bilik lelaki itu. Tukang sapu pun tak dibenarkan masuk ke bilik itu. entah apa alasan lelaki itu tidak membenarkan mereka masuk ke biliknya dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu darei dulu lagi hanya setiausahanya dibenarkan untuk mengemas bilik itu.

"Diya saihat..." Air diteguk untuk menghilangkan dahaga. Sedap. Sudah lama tidak merasa air tangan isterinya.

"Sihat bos. Kalau tak sihat saya tak masuk office hari ni.." Balas diya.

"Jangan la panngil kimie bos. Kan kimie husband diya... Panggil la yang mesra cikit.." Luah hakimi. bukan apa. Sekarang dia teringin merasa hidup berkeluarga. Lagipun tak salah dia bermanja-manja dengan diya.

"Mana boleh. Kan kimie ni bos diya. Tak sesuai la kalau Diya tak panggil bos. Nanti apa kata orang kalau mereka dengar..." Diya cba mengelak. Buat apa dia mesra dengan hakimi jika akhirnya dia akan terluka dengan perhubungan itu.

"ala... pedulikan kata orang diya. diya isteri Kimie.. Itu je yang penting sekarang ni. Laksannakan tanggungjawab Diya sebagai isteri Hakimi. " Balas Hakimi. Kalau Diya tidak terkutik dari alasan yang diberikan, dia akan menggunakan statusnya sebagai suami untuk menarik perhatian Diya. Lagipun dia sudah mula sukakan Diya.


Muka diya masam mencuka. Apa taknya dia dipanksa mengikut Hakimi untuk bertemu janji dengan client pulak. dari pagi tadi Hakimi suka benar mengganggunya. Tahula yang awak tuh suka kat saya. Tapi jagn la main-main paksa macam ni. Geramnya dia pada Hakimi.

Ikmal yang mengikut pula hanya tersenyum-senyum bila dia berbalas kata dengan Hakimi. tidak masuk campur. Memang patut pun kawan mereka dua orang ni. Sekepala je perangainya. Nasib la si ikmal tak tangkap perangai Playboy macam Hakimi. Kalau tak nanya la si Rissa ngan Akim.

"Marah lagi ke?" Tersenyum-senyum hakimi bertanya sebaik masuk ke dalam kereta. Suka benar mengusik Diya. Makin mencuka wajah diya dia makin suka.

Diya diam. Mals melayan karenah Hakimi. Pandangannya dialih ke luar tingkap. Kau cakap la sorang-sorang. Tak ingin melayan.

Terasa lengannya dicengkam seseorang. Diya menjeling geram. Pandangannya tajam pada pegangan hakimi di lengannya.

"Bos boleh tak alihkan tangan bos tuh. "

"Kalau kimie tak nak?" bersama dengan kening terangkat Hakimi bersuara. Masuh tidak mahu melepaskan pegangan tangannya.

" Tak ada apa..." Balas diya bila terpandang Ikmal yang memerhati dari tempat duduk hadapan.

Hakimi tersenyum kemenangan. Mujur si Ikmal ikut bersama. Kalau tak pasti penumbuk diya hinggap di badannya. diya ni bukannya boleh diagak. Sekejap baik dan ada kalanya marahnya tak tertahan.

Lengan diya makin erat dipautnya. Ala.. dah ada peluang nak bermanja.. Kena la ambil segala peluang yang ada.

"Dah contac Farid belum?" Soal Hakimi pada Ikmal. Sebenarnya Ikmla seorang sudah cukup untuk mewakilkan syarikatnya.

Sengaja dia mengambil kesempatan mengajak diya bersama untuk ke sesi perbincangan tersebut. Lagipun di pejabat, diya selalu melarikan dir darinya. Kalau masuk ke biliknya pun sekejap sahaja. Belum sempat dia bersuara, diya sudah berlari keluar dari biliknya. Nak papepun kena pakai telefon. Tak pun dia yng terpaksa menjenguk keluar.

Taktik itu walaupun nampak macam kebudak-budakan namun ianya berjaya. jarang dia dapat memandang wajah itu. Nak memanggil banyak kali sudah pasti yang pekerja bawahannya akan perasan. Hanya ini sahaja peluang yang ada. Kenapa hendak lepaskan?

Hakimi memndang diya. Kenapa setiap kali nama farid disebutnya wajah dia berubah. Walaupun sedikit, namun dia dapat melihat kegugupan Diya setiap kali nama itu disebut. Kata Farid, diya kakak angkatnya. Benarkah begitu?

"Dah lama ke diya kenal ngan Farid?" Soal Hakimi pada diya.

"Farid.. maksud bos ...Farid yang tu ke?" Diya bertanya walaupun dia tahu siapa yang dimaksudkan Hakimi. Kenapa Hakimi tiba-tiba bertanyakan soalan ini padanya?

"Yup. Farid cakap Diya ni kakak angkat dia. Kenal kat mana?"

"Kita orang kenal ngan chat. Dah lama jugak la.. Waktu Diya masih sekolah menengah lagi.. " balas diya. Dia mengesot sedikit ke tepi. Rimas dengan Hakmi yang rapat dengannya. Setiap kali dia bergerak setiap kali itulah Hakimi makin mengecilkan ruang antara mereka. Bencinya..

"Owh... macam tuh ke.. Diya kenal rapat la dengan famili farid.. ayah farid, Dato' Abdullah, Diya kenal la ye.."

Diya diam. teragak-agak untuk menjawab soalna itu. Tidak menyangka soalan tu yang akan ditanya Hakimi.

"Tak... Diya tak kenal sangt ngan famili Farid.. Jumpa pun jarang-jarang. "

Diya bersalam dengan Farid. entah kenapa dia lupa pada Hakimi dan Ikmal yang memandangnya dan Farid. Lupa yang mereka ada penonton. sudah lama wajah adiknya itu tidak dilihat. jarang-jarang dia dapat bertemu dengan adiknya itu. Rindu..

Lantas dia duduk di sofa berangkai tiga bersebelahan dengan Hakimi. Tak dapat mengelak. Takkan la dia nak duduk di sebelah Ikmal? Mahunya mengamuk Hakimi padanya. Dihulur senyum pada farid yang memerhatikannya.

Hakimi hanya memandang tingkah farid dan Diya. Hatinya dipaut cemburu. Betulkah mereka ni kakak dan adik angkat? tidak percaya dia dengan omongan itu. Kalau tak masakan diya bersalam dengan Farid. Perbuatan yang dah macam selalu dibuat mereka. Atau lebih mesra dari itu?

Hatinya makin sakit bila Farid dan diya berbalas senyum. Macam dia dan ikmal tak ada kat sini. Didekatkan jarak duduknya dengan Diya. Cemburu. Ingatkan nak bermesra dengan diya selepas perbincangan namun melihat aksi didepannya sekarang, dia jadi resah.

Tangan Diya yang berada di ribanya digenggam. Hakimi buat-buat tak nampak dengan Farid yang memandangnya dan Diya dengan seribu persoalan. Terasa tangan diya keras di dalam genggamannya.

Ikmal yang melihat berdehem. Perlahan dilepaskan genggaman tangannya. Namun dia pura-pura tidak mengerti pandangan tiga pasang mata yang memandangnya namun tiak bertanya apa-apa.

Akhirnya Ikmal yang memula bicara. Berbincang tentang isu yang sebenar. Perlakuan tadi dibiarkan sepi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Hakimi turut serta walaupun matanya dalam diam memerhatikan tingkah Farid dan Diya. Dia masih curiga.



Tiba-tiba sekujur tubuh melintasinya dan terus menyeranng Diya. Hakimi tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaku dia di tempat duduknya. Farid sudah bangun memegang tubuh yang menyerang Diya.

“Sis... sudah la tu... malu orang tengok ni...” Hakimi dapat mendengar suara Farid yang keras memujuk perempuan yang berada di dalam pelukannya.

Hakimi memandang Diya yang kaku dan hanya memandang perempuan yang menyerangnya. Tangan kanan diya sudah memegang pipinya. Hakimi memandang tidak percaya. Perempuan tadi tampar Diya ke?

Tidak peduli lagi akan perempuan yang masih menyinga. Dialihkan tangan Diya dari pipi itu. Merah.. Mesti sakit... Diusap-usap pipi itu. Tidak peduli pada mata yang memandang.

“U memang siol. siol...” Dapat didengar cemuhan perempuan tadi pada Diya. Amarahnya masih menyinga.

“Sis... cukup la tu... jangan nak buat hal kat sini pulak...” Farid pulak yang menengking. Mata-mata sudah memandang ke arah mereka.

Hakimi memandang wajah yang masih berang itu. Tina? Kenapa dia serang Diya. Dibawa tubuh diya ke dalam pelukannya. Sunggah dia kesal.. Kenapa dia tidak dapat melindungi diya yang dekat dengannya. Dia tidak sempat menghalang diya dari dilukai.

“What the hell...” Mulut tina berbicara dengan mata tidak percaya melihat aksi didepannya. Dia benar-benar benci akan Diya.

No comments:

Post a Comment