Diya mengeleng sekali lagi. tidak ingin mengakui di hadapan hakimi. Biarlah dia penat. Sekejap je penat ni. berbalaoi dia kepenatan kalau Mai sihat semula.
"Dah la tuh... tak usah la nak sembunyi-sembunyi macam ni. Kimi tahu Diya penat." Hakimi sudah berada di sisi diya. entah bila masa hakimi bergerak ke arahnya dia sendiri tidak sedar.
Tangan yang dihulur dipandang sepi oleh diya.
Haki mengeluh lagi. Apa lagi yang tak kena ni? "Apa lagi Diya. Bak ummi biar Kimi jaga pulak..."
Diya tersengih.. "Tangan diya tak boleh gerak.. kebas..." Malu-malu diya mangaku.
Kimi tepuk dahi. Ingat apa la tadi. Kimi cepat-cepat hamparkan kain di sofa bila disuruh diya. Bantal kecil yang dibawa bersama turut diletak bersama. Ditepuk-tepuk bantal tersebut.
Diya yang melihat nak tergelak melihat hakimi buat kerja mengikut arahannya. Tak pernah diarah agaknya. Ye la di pejabat asyik dia je yang mengarah. Kekok je tapi cekap. Ada tokoh nak jadi bapa mithali si hakimi ni.
Setelah memastikan si kecil usdah nyenyak tidur, Hakimi bergerak menghampiri Diya. Dilihat diya berusaha menggerakkan tangannya untuk menghilangkan rasa kebas tadi. Kasihan melihat diya dalam keadaan macm tuh.
"Meh sini Kimi tolong..." Dipalingkan kerusi diya menghadapnya. Tidak peduli akan wajah Diya yang terpinga-pinga. Terus melutut dan tersenyum ke arah diya.
Kening Diya yang terangkat seolah bertanya akan tingkahnya namun dia buat-buat tak faham. Jari jemari diya diletak di tangan kanannya. Tngan kirinya mengusap lembut jari jemari itu. Sekali lagi dipandang Diya yang ingin berkata-kata dan cepat pulak jarinya menutup mulut gadis itu...
"Tak payah cakap pape. Syhh...." jari yang tadi bertamu di bibir diya dibawa ke mulutnya mengisyaratkan agar Diya diam.
Jari jemari diya ditarik perlahan-lahan... meregangkan otot-otot yang lenguh tadi. Hati kecilnya tertanya-tanya dengan sikap diam Diya. Tak ada apa-apa ke yang dia nak cakap kat aku? Kemudian dia tringat akan arahannya supaya diya tidak berkata-kata.
Juga akan sentuhannya di bibir diya. Lembut. Naluri lelakinya tetiba berbicara. Dan sedaya upaya dia enumpukan perhatian akan tugasan di tangannya.
"Dah ok ke?" lembut bertanya. Tangannya sudah naik ke pergelangan lengan diya. Masih mengurut-ngurut lembut lengan isterinya.
Dia bangun dan mengibas seluar di bahagian lulut yang berdebu. Tersenyum lagi bila Diya menganggukkan kepalanya.
Bahu diya pula yang menjadi sasarannya. Tangan diya mencapai tangannya sambil mengeleng kepalanya.
Hakiimi mencapai tangan diya dan meletakkan kembali ke riba diya. "Dah... jangan nak buat hal.. ingat senang ke Kimi nak jadi kuli macam ni. Hari ini je.. Lain kali payah diya nak Kimi macam ni tau..."
Suraya membuka pintu bilik perlahan. Si kecil tertawa keriangan kerana sudah dibelikan lolipop untuk keduanya. Kedua-duanya memang hantu lolipop. Senang hatinya kerana Syafik dan intan tidak lagi bertanya tentang ibunya. Mungkin sudah maklum akan keadaan ibunya mereka sudah tenang.
Teragak-agak dia masuk ke bilik kerana terpandang akan perlakuan Diya dan Hakimi. Pelik dan rasa ingin tahunya bertambah melihat Hakimi yang jelas mengambil berat terhadap sahabatnya itu. Apa hubungan mereka berdua agaknya? Untuk bertanya dia jadi berat mulut. Diya akan bercerita jika dia ingin bercerita tapi kalau bertanya jangn harap akan dijawabnya kalau dia ingin berahsia.
Intan berlari ke arah diya sambl menunjukkan lolipop yang dibeli suraya kepadanya." Aunty... tengok ni.. Aunt Sue belikan lolipop ni tok kami..." Becok mulut itu bercerita.
Diya terus melayani karenah Intan. Hakimi bangun dan menepuk lututnya untuk embuang habuk yang melekat kerana melutut tadi.
"Sue dah makan?" Ramah Hakimi bertanya kepadanya.
Suraya menganggukkan kepalanya. "Ini makanan untuk diya ngan Hakimi. Makanlah nanti ye.. Biar Sue temankan Mai pulak.."Makan yang dihulur disambut hakimi dan diletakkan di atas meja kecil di tepi katil.
"thanks ye sue.."
Hakimi mengeluh kepenatan. Diya ditinggalkan bersama anak2 mai. Bimbang juga hatinya kerana membiarkan Diya bersama anak2 itu di rumah namun kerana desakan dari Diya dia balik juga. Tambahan pula Suraya turut menemani Diya di sana.
Tidak pernah dia merasa sepenat ini. Kerjanya yang bertangguh dipandang sepi. Jauh lamunannya mengingatkan Diya. Rupa-rupanya banyak perkara yang dia tidak tahu berkenaan Diya. Siapa keluarga dan sahabat isterinya. Diya terlalu perahsia orangnya.
Sehari ini dapat dilihat sifat Diya yang jarang ditunjukkan padanya. Gadis itu begitu ceria dan penyayang. Banyak pula omelan dan kata-kata dari bibir yang sentiasa melayan karenah Intan dan Syafik.
Perasaan sayangnya makin bertambah pada gadis itu. Entah apa yang Diya fikirkan pasal dirinya. Ahhh... Sudah.. Mabuk kepayang ke dia? Kepala digeleng berkali-kali menafikan perasaannya. Jangan dilayan sangat perasaan kau Hakimi. Diya bukannya suka kat kau pun..
Tuala yang tesangkut dicapai. Ingin membersihkan diri. Seronok jugak kalau sesekali berendan dalam tub bagi menghilangkan otot-otot yang terasa tegang. Langkah diatur ke bilik air.
Dari jauh kedengaran telefonnya berbunyi. Hakimi tidak mempedulikannya. Malas untuk menjawab panggilan tersebut. Matanya dipejam rapat. Pura-pura tidak mendengar panggilan untuknya.
Siapa la pulak ni...?Rengusnya. Menggagau dia mencari telefon yang nyaring minta diangkat. Dipandang nama si pemanggil. Butang hujau ditekan.
Terus terbuka matanya bila mendengar suara nyaring di talian. Dia mengeluh dalam hati. Apa la yang Sofea ni nak agaknya. Dia sudah keletihan. Takkan la nak ajak keluar pulak. Tak larat la.
Kenapa ni sayang...?lemah dia bertanya bila mendengar suara rajuk di talian. Pasti yang saat ini muka Sofea sudah macam dan muncung.
Sorry sayang... I penat sangt hari ni.. lain kali la sayang...?memujuk lagi. Dijauhkan telefon di telinga bila mendengar jeritan Sofea. Marah sangt nampaknya. Hari ini dia tidak mahu melayan rajuk si Sofea. Penat.
Sorry... so sorry... I love u... I penat sangat yang... Tadi ada emergency.. kawan I masuk hospital. Ni pun baru balik yang..?masih memujuk sofea.
Ok... nanti kita gi sesama ye... I belikan untuk U nanti... jangn la marah lagi...?Pujuk Hakimi lagi. Tahu yang gadis itu cepat sejuk jika dijanjikan hadiah bagi memujuk rajuknya. Lagipun sudah beberapa kali Sofea bercerita padanya tentang kalung mutiara itu.
:korang ada affair ke?" Suraya bertanya setelah diya dan dia duduk bersandar di sofa. Penat menguruskan anak2 Mai tadi.
"Siapa?" Tanya diya pura-pura tak tahu. Bukannya di ayak tahu yang suraya bertanyakan dirinya dan Hakimi. Takkkan nak jawab yang Kimie tue husband dia. Meletup kawaanya nanti kalau tahu.
"kimie tuh la. Dari tadi bukan main mesra je aku tengok... " Suraya menjawab pantas. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Macam gunung berapi yang akan menumpahkan lavanya.
"Dia tuh... Kawan aku la. Mana ada mesra. Biasa-biasa je la. Lagipun Kimie tuh bos aku. Mana aku ada masa nak ada affair nih.." Terang Diya panjang lebar.
Suraya angkat kening. Ingat aku akan percaya ke jawapan yang tak cukup rempah ratus tuh. Kau ni kan, memang tak pandai menipu. Kalau nak menipu pun biar la real sikit.." Kalau tak pandai cakap bohong tuh jangan la cakap. Kau memang ada affair ngan kimie kan..."
Diya diam. Alamak, terkantoi la pulak. "Kalau ada affair pun tak salah kan..." cuba memprovok suraya.
"Kalau dengan Kimie tuh, nak main jeling-jeling pun aku tak bagi. Perangai bukan main playboy." Balas suraya. Tidak suka benar dia bila memikirkankawannya yang baik hati ini ada hubungan dengan Hakimi. Habis hancur kawannya yang sorang ni nanti.
Diya tertawa dengar jawapan dari Suraya. Sampai macam tuh sekali kawannya tak suka ngan Hakimi. Dan dia adalah isteri lelaki playboy tuh. Apa agaknya reaksi Suraya kalau dia tahu?
"Yang kau tak suka sngt denga kmie ni kenapa?"
"Sebab kau kawan aku. Kimie pulak buaya paling bahaya kat dunia ni. Aku tak nak kau kena makan dek dia. Lagipun aku tak suka la dengan aweks dia hari tuh... Sapa? emmm... Haa... Julia..Sofea... "Berkerut dahi suraya cuba mengungat nama teman wanita Hakimi.
"Sofea.." Balas Diya memabantu Suraya.
"Betullah tuh... Sofea. Bukan main sombong perempuan tuh.. Aku tak suka..." Bersungguh-sungguh suraya berkata.
"Habis tuh sapa pulak yang kau suka?"
suraya berpaling ke rah kawannya. Takkan la selama nji kau tak tahu kot. Siapa manusia yang aku suka kat dunia ni Dr. irwan dan kau je tau..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment