Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 31

"Kenapa ni?" Lembut pertanyaan hakimi. Sedaya upaya cuba ditenangkan Diya yang kegelisahan. Entah apa yang terjadi sehingga muka Diya menjadi pucat. Sama seperti kejadian sewaktu di rumahnya dahulu bila Diya tiba-tiba meminta diri untuk pulang.

Kali ini dia tidak ingin membenarkan Diya pergi tanpa dia tahu apa tujuannya. Makin meronta hatinya melihat Diya yang jelas tidak keruan.

"Mai.... Mai sakit... "

Pilu Hakimi melihat air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi Diya. Tidak pernah dia melihat Diya menangis. Teruk sangatkah sakit kawannya sehingga Diya macam hilang arah.

Tangannya mengesat air mata yang mengalir di pipi Diya."Syh....Dah...Dah... jangan menangis k... Kimi hantarkan diya ye... Kimi tukar baju kejap k..."

Cuba dipujuk diya yang macam angak kecil itu. Dipeluk kejap sebelum dikucup dahi diya lama untuk menenangkannya. Dan entah kenapa pula tangisan diya terus terhenti bila bibir Hakimi singgah di dahi Diya.

Bergegas Hakimi masuk ke biliknya menukar pakaian. Dalam simpati dan kasihnya terasa lucu dengan Diya berhenti menangis bila dicium Ajaib betul sedanngkan waktu itu Diya dilihat macam tak nak berhenti menangis aje.

Tergesa-gesa Hakimi mendapatkan Diya yang sudah menanti di sisi kereta. Wajahnya masam bercampur sedih. Cepat-cepat pula dikesat air mata yang mengalir bila Hakimi mendekati.

"Dah... jangan nangis lagi ye... Udah-udah la tu... Kimi hantarkan diya k. " Bila hakimi membuka kunci kereta cepat-cepat Diya meluru masuk ke dalm kereta. Tidak sabar.

Hakimi mengeleng-ngeeng sebelum turut sama masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Kita nak ke mana ni sayang..." Hakimi bertanya.

Diya memberitahu alamat destinasi dan Hakimi hanya mengikut. Tertanya-tanya juga dia dengan insan yang bernama Mai yang disebutkan Diya tadi. Siapakah dia? Sahabat yang bagaimanakah mereka berdua agaknya. Nampak rapat aja perhubungan mereka berdua. Ingin bertanya namun didiamkan bila melihat wajah diya yang mencuka.

Ditengah perjalanan telefon Diya berbunyi.

"Sue... Kat mana?"

"Aku kat depan rumah kau ni... "

Diya menjeling pada Hakimi yang memandu.

"Sorry... Kau pergi hospital terus je... aku pergi jemput Intan ngan adik-adik dia..."

"Kalau macam tu tak pe lah.., Aku pergi hospital dulu k..."

Panggilan ditamatkan. Diya menyimpan kembali telefon ke dalam beg.

"Tu sue ke?" Hakimi bertanya. Rupanya-rupanya Hakimi memasang telinga dan mendengar perbualan anatara keduanya.

Diya menganggukkan kepalanya.

"Suraya yang hari tu ke?" Masih lagi Hakimi bertanya.

"iya... Suraya yang hari tu..." Balas diya sedikit geram.

Hakimi menganggukkan kepalanya. Rupanya diya dan Suraya bersahabat baik. Sebab itulah Suraya begitu beriya-iya benar mempertahankan Diya hari itu.


"Kimi tak de kerja ke hari ni. Kalau sibuk tinggalkan Diya kat sini je..." Ujar Diya berbicara. Dia tidak mahu mengganggu jadual Hakimi pada hari ini. Mana tahu lelaki itu ada urusan lain hari ini.

"Kimi free je hari ni. Kimi temankan Diya k. Lagipun penat nanti kalau nak jaga budak bertiga ni sorang-sorang. " Kimi memberi kata putus. Kasihan dia melihat anak-anak ini. Apatah lagi dia memang sukakan kanak-kanak. budak-budak ini pun tak banyak sangat kerenah. Tidak macam Akim. Kalau Akim memang penat nak dijaga. Lincah bukan main.

Diya menghadiahkan senyuman buat Hakimi. Menghargai bantuan yang hakimi hulurkan padanya. Berjaga-jaga diyabila bayi kecil di atas ribanya bergerak-gerak. Mungkin sudah bangun dari tidurnya. Cepat-cepat ditepuk perlahan namun si kecil sudah terjaga. Matanya terbuka luas memandang diya.

"Dah bangun ye sayang.... Ala... comelnya dia.." diya mengagah-agah setelah dilihat si kecil mula merengek-rengek.

Syafik yang berada di riba Hakimi mula bergerak lincah. Ingin turun dari riba hakimi. beberapa kali Haki cuba membetulkan kedudukan Syafik namuk kanak-kanak itu tetap lincah bergerak turun dari riba Hakimi.

Hakimi memandanng ke arah diya. Seolah berharap agar diya membantunya.

"Tak pe kimi. Biarkan Syafik turun. Nak tengok adiknya ni kot..." Diya seolah mengerti akan tindakan Syafik.

Meluru si Syafik mendapatkan adiknya itu. Dibiarkan si kecil itu menggenggam tangannya. dia tersenyum ke arah adiknya. Mengagah-agah si kecil dengan riang.

"Macam mana Diya tahu Syafik nak main dengan adiknya? Apa nama si kecil ni?" hakimi turut bangun menghampiri Diya. Tangannya diletakkan di bahu Diya. Sengaja mengambil peluang. Di depan anak-anak itu dia pasti yang diya takkan berani memarahinya.

"Ummi... Ummi Maisarah.... Syafik memang macam tu... Sayang benar ngan adiknya ni... Kalau ada orang yang nak ambik adiknya ni mulalah dia marah. Macam hak dia sorang-sorang... Maybe sebab dia sorang je lelaki kat rumah ni,dia jadi macam ni.. walau tak tahu pape tapi dia macam tahu yang dia kena lindungi keluarganya ni.."

"Bapanya ke mana?" aju hakimi. Diya tidak pula bercerita pasal bapa anak-anak ini. Rasa ingin tahunya bercambah.

"Suami Mai dah tak ada. Meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya. Dah dekat setahun dah.." balas Diya perlahan.

Hakimi makin pilu. Tidak menyangka yang keluarga ini menyimpan pelbagai kedukaan. Patutlah diya begitu mengambil berat akan masalah yang meinpa keluarga ini.

"Aunty... Intan dah siapkan semuanya.." berlari-lari intan berkejar ke arah Diya.

Diya menghalang tindakan Intan yang ingin memeluknya.." Intan... Nanti k.. nanti adik sakit pulak... Aunty nak bangun jap.. dah tu baru boleh peluk Aunty k.."

Intan berhenti namun wajahnya menunjukkkan rasa tidak puas hatinya dengan kata-kata Diya sebentar tadi.

Diya membetulkan letak si kecil. Perlahan dia membelai rambut si Intan.

"Marah kat aunty ke?" Bertanya memancing respon dari intan. Dari raut wajah Intan diya tahu yang anak itu merajuk kerana dia tidak membenarkan Intan memeluknya sebentar tadi.

"Tak la.." Sepatah aja dibalas Intan. Masih terasa.

Diya tersenyum. " Siapa yang siapkan barang-barang tadi? Intan sorang ke Makcik siti tolong siapkan... Kalau Intan mesti kemas dan cantik kan... Intan ni kan bijak...Tahu apa barang yang adik-adik nak kan... "

Kali ni dipancingnya pula dengan mmemuji anak itu. Lega bila Intan dengan bangganya membaalas pertanyaan Diya. Siap masuk bakul angkat sendiri lagi..


Hakimi memandang Diya yang kelesuan. Mai yang baru sahaja dimasukkan diwad dipandang dengan belas. Wajah itu pucat tidak berdarah. Intan dan Syafik sudah diusung Sue menemaninya ke kafeteria.

Pada saat hadirnya dia bersama Diya dapat dilihat kejutan di wajah Sue namun cepat-cepat pulak wajah itu tersenyum hambar ke arahnya. Tidak bertanya apa-apa. Mungkin kerana kekalutan menguruskan Mai.

"Kimie nak makan ke?" Sempat lagi Diya betanya pada hakimi yang bersandar di dinding bilik yang menempatkan Mai. Mai masih tidak sedarkan diri. Wajahnya kelihatan tenang.

"Patutnya Kimi tanya Diya. Dari tadi berkejar ke sana ke mari. Diya tentu penat.."

Diya memandang hakimi. Tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Baik semacam hakimi hari ini. Ada apa-apa ke?

"Apa yang diya pandang tuh.. tak berkelip je kimi tengok.." Sengaja mengusik Diya. cuba mengurangkan resah di dadanya sebenarnya. Diurut tengkuknya perlahan sambil tersengih.

"Kenapa kimi baik sangat pada Diya?" Entah kenapa soalan itu yang terkeluar di bibir Diya. Rasa ingin tahunya mengatasi segalanya. dia musykil dengan kebaikan yang ditunjukkan Hakimi.

"Baik dengan isteri sendiri.... takkan tak boleh Diya..." Ada keluh kesah dalam kata-katanya.

"Kenapa ni? Sakit ke?" ujarnya bila melihat Diya yang keresahan di kerusi. Bimbang beraja di hatinya.

Diya mengeleng. Tangannya sudah mula merasa kebas. Ummi masih lena di ribaan. bimbang benar dia jika si kecil terjaga sekali lagi. Tadi di dalam kereta si ummi dah buat perangai. Merengek dan menangis sepanjang perjalanan. Bukannya selalu si Ummi meragam. Macam tahu-tahu akan kejadian yang menimpa ibunya.

"Diya penat ke?" lembut Hakimi bertanya. Mula mengerti bila terpandang ummi masih setia di ribaan.

No comments:

Post a Comment