"lupa pulak..." balas hakimi dalam tawa malunya.
keduanya-duanya terdiam seketika sebelum hakimi memula perbualan. Kali ini seikit menyentak perasaan Diya.
"Apa pandangan diya pada hakimi?"
Diya merenung kosong meja yang berada didepannya."Kenapa kimi tanya macam tu? pandangan Diya? pasal apa tu.." Matanya berkalih pada hakimi.
"pasal hakimi.. pasal kita.. hubungan kita ni. Sampai bila nak macam ni? "
Diya mengeluh.
"kimi... diya tak pernah benci kat kimi.. hakimi tahu kan yang kita macam ni pun bukan masing-masing nak benda ni jadi. Walaupun bukan cinta, tapi Diya masih sayang akan hakimi.. Senang dengan hakimi.. pasal sejauh mana hakimi nak hubungan kita ni berjalan, terpulang pada hakimi.."
"jadi diya hanya berserah? macam tu? Ni bukan jawapan yang hakimi nak dengar dari Diya..." ujar Hakimi garang. sedikit sebanyak dia terasa dengan jawapan Diya yang acuh tak acuh. Dia serius tapi diya macam mempermainkannya.
Tersentak aku bila ditengking sebegitu rupa oleh hakimi. Entah kenapa mood lelaki itu berubah sebegitu rupa. Salah kah apa yang dicakapkannya itu? Kalau salah di manakah silapnya? Bukankah selama ini Hakimi yang beriya-iya tidak ingin mempunyai hubungan langsung dengannya?
"Apa yang kimi nak sebenarnya dari diya.. Tell me so that i can understand.. diya bukan ada kuasa psikik nak tahu apa yang kimi fikirkan. Luahkan supaya diya faham..." Luahku. Kupandang wajah hakimi yang kusut. Sekejap tadi aku melihat wajah itu ceria dan gembira. Salah akukah hakimi jadi macam ni?
Hakimi mengetap bibirnya kuat. sakit namun hatinya lagi sakit dengan diya yang tidak mahu mengerti. Bagaimana harus diluahkan agar diya faham apa yang dialaminya sekarang?
"kimi sayangkan Diya. Kimi tak tahu bila masa kimi mula suka kat diya... semalam... sejak Diya datang ke sini... Entah... Kimi sendiri tak tahu sejak mula perasaan sayang ni mula berputik....."
Dia memandang diya yang sedkit berubah ekspresi mukanya. Terkejut mungkin dengan pengakuannya. Ditarik nafas agak panjang sebelum menyambung kata-kata.
"Bila diya tak ada Kimi rasa kosong. tak menentu.. Macam tu jugak bila lelaki tu datang cari kimi mintak lepaskan diya.. Diya tahu tak apa perasaan kimi waktu tu? ....Pedih yang amat... Tell me Diya.. Apa yang kimi rasa ni kalau bukan suka? "
Hakimi diam.. menanti bicara diya. Menanti jawapan ataupun kata-kata yang bisa menenangkan hatinya saat ini. Dia sendiri tidak faham kenapa dia dengan senang meluahkan segalanya hari ini sedangkan selama ini bukan main susah untuknya mengungkapkan ucapan sayang terjhadap diya. Dari mana kekuatan itu dia dapat? dia tak tahu. Ia seolah-olah ada dorongan untuknya berkata-kata sebelum terlambat.
"kimi sayangkan diya? kimi pasti ke? kimi pasti perasaan itu takkan berubah sampai bila-bila? " bukan jawapan sebaliknya semakin banyak soalan yang diluah Diya pada hakimi.
Hakimi menganggukkan kepalanya.
"Kimi pasti kimi sayangkan Diya. Kimi tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Apa yang boleh kimi janjikan adalah kimi akan sayang Diya selagi termampu."
Perasaan hakimi makin goyah bila melihat kerutan di dahi diya. Please... Jangan tolak pengakuannya tadi. Dia tahu yang jawapan yang diberikan memang tidak dapat meyakinkan Diya.
"Macam mana dengan Sofea? Awak masih cintakan dia? Diya nak jawapan iklas dari Hakimi. " soal Diya. Diya bangun dari duduknya dan bergerak ke sink. Menyibukkan dirinya dengan mencuci gelas bekas minumannya. Memberikan masa untuk Hakimi berfikir setenang-tenangnya.
Diya bergerak semula ke arah Hakimi yang menundukkan wajahnya itu. Menanti bicara Hakimi.
"Fikirkan sebelum beri Diya jawapan. Kalau hakimi tak nak jawab pun tak apa.."
Diya bergerak ke ruang tamu. Ingin masuk ke bilik. Baginya perbincangan mereka berakhir selagi tiada jawapan ynag pasti dari bibir Hakimi.
Sedkikit tersentak bila ada tangan yang menghalang gerakannya. Mata hakimi memujuknya terus berbicara. Diya resah. Selagi lelaki itu masih ragu dengan perasaannya bagaimana harus dia menyambut huluran tangan lelaki itu? Dia sudah serik. Walau sebanyak mana kasihnya pada lelaki dia harus menyimpan rasa sayang pada dirinya sendiri.
"I love her... " pendek namun diya merasakan hatinya bagai dilapah. Lelaki didepannya ini sekejap menyatakan padanya perasaan sayang dan pada masa yang sama menyintai wanita lain. Tidak pelikkah itu?
Diya mengeluh perlahan.
"Apa yang hakimi nak dari Diya sekarang? Diamkan apa yang kami baru cakapkan tadi dan lupakan semuanya? Jadi isteri yang baik... Macam tu?"
"Kimi tak mintak macam tu. Cuma hakimi nak kita kekal macam sekarang ni. Jangan larikan diri dari kimi. Ceritakan apa saja pada Kimi. Jangan berahsia dengan kimi... Boleh tak?... Perlahan-lahan sehingga Diya percaya yang Kimi serius denngan kata-kata Kimi..."
"ok... Diya masuk bilik dulu ye Kimi..." Tanpa menunggu jawapan dari Hakimi diya terus masuk ke biliknya.
Diya menutup rapat pintu biliknya. Satu keluhan dilepaskan. Berat betul masalah dia sekarang. Seingatnya bila ia tinggal dengan hakimi masalahnya akan makin berkurang. Ini tidak, masalahnya kini makin bertambah.
Dari dulu dia sudah sedar akan perasaan Hakimi makin berubah terhadapnya. Tidak pula dia menyangka yang Hakimi akan meluahkan perasannya di saat ini. Di saat dia sendiri masih keliru dengan perasaannya sendiri. Bukan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap lelaki itu tapi dia dah puas berharap.
Dia pernah menidakkan rasa hatinya namun bila lelaki itu melafaz akad sebagai suami dia mula menerima kehadiran Hakimi dalam hidupnya secara perlaha-lahan. Dia cuba membataskan pergaulannya dengan lelaki lain biar mereka tidak tinggal sebumbung. Sedaya upaya dijaga batasannya sebagai seorang isteri.
Sofea.. Gadis yang dicintai Hakimi. Entah apa yang perempuan itu akan buat jika dia tahu akan hubungannya dengan Hakimi. Mungkin caci maki akan meniti dibibirnya. Masih diingat akan peristiwa direndahkan Sofea. Mungkin dirinya akan dikatakan sebagai mata duitan.
Diya mengeleng-ngeleng kepalanya cuba membuang apa yang beraja di fikiran. Langkahnya diatur ke katil bujang bewarna biru yang berselerakan dengan kertas-kertas. Tangannya laju menyusun kertas-kertas yang bertaburan . Matanya menangkap tiap baris ayat yang tertera di kertas tersebut.
Sekali lagi dia mengeluh. Dia teringatkan adiknya Farid. Sudah pasti masih sibuk biar masih di hujung minggu. Dia bersimpati dengan adiknya itu. Sebagai kakak dia ingin membantu setakat yang termapu olehnya namun tingkahnya tidak lagi sepantas sebelum ini kerana abahnya sudah pasti menghalang tindakannya. apa yang boleh dilakukan sekarang adalah membantu setakat yang mampu di luar waktu pejabatnya. Itupun tanpa pengetahuan abah. Senyap-senyap dia masih membantu Farid dalam urusan perniagaan.
Lamunannya hanya sementara sebelum jari jemarinya laju menaip di komputer riba miliknya. Proposal itu mesti disiapkan secepat mungkin. Tidak boleh bertangguh lagi. Namun ada kala juga fikirannya melayang memikirkan hakimi. Cepat-cepat juga dihapuskan ingatannya pada leaki itu.
Kejnya terhenti sebentar apabila telefonnya menjerit-jerut minta diangkat. Diya merengus kuat kerana kerjanya yang memang sudah terganggu dengan Hakimi kini diganggu pula dengan bunyi yang bingit memecah halwa telinganya.
Dibiarkan ia berdering sehingga berhenti sendiri. Tangannya malas manyambut telefon bila ia berbunyi buat kali ketinga. Nak terkeluar biji matanya bila melihat ID pemanggil. Tegak badannya menyambut panggilan tersebut.
"Kenapa ni sayang?" Diya cuba memujuk si pemanggil. Tangisan di hujung talian memilukan hatinya. Pantas dia bangun menuju almari mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. Sambil itu dia memujuk-mujuk si pemanggil. Menyuruhnya bertenang.
Laju sahaja dia menutup komputer riba dan mengemas katilnya. Selendang panjang hitam disaring ke kepala. Talian diputuskan setelah si pemanggil tadi sudah tenang.
Diya mendail telefon sahabatnya. Dalam hati berdia agar tiada kejadian buruk yang berlaku terhadap Maisarah. Tangisan Intan tadi sudah meresah dan membimbangkannya. Dia takut kejadian hari itu berlaku sekali lagi. Entah bagaimana keadaan Intan sekarang. Sudah pasti ketakutan dan gelisah. Sejak akhir-akahir ini penyakit Maisarah makin membimbangkan.
"Kau kat mana?" Pantas diya menyoal bila panggilannya dijawab.
"Aku tunggu kau Sue... Cepat.. " Perbualan yang pendek namun mempunyai makna yang mendalam.
Diya segera keluar dari biliknya. Hakimi yang berada di ruang tamu nampak terkejt dengan kehadirannya. Dari tadi Hakimi asyik menonton rancangan kegemarannya.
"Diya nak ke mana?" Soal Hakimi mengejar Diya yang terus meluru ke muka pintu. Tertanya-tanya dengan Diya yang nampak cemas dan tergesa-gesa.
"Diya ada emergency ni. Nak keluar.." balas diya pantas. Terasa tangannya menggigil cuba membuka pintu gril yang berkunci.
Gigilannnya masih ada biar tangan sasa Hakimi meramas lembut tangannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment