Tuesday, March 31, 2009

Dia selamanya 29

"Bos... kenapa dengan cik Diya tu.." Suhaimi menyoal ingin tahu setelah Diya dan hakimi berlalu dari situ. Walaupun dia jenis tak ambil kisah akan hal peribadi orang lain namun sikap Diya dan diam bosnya memeningkan kepalanya.

"Tak ada apa-apa la suhaimi. Diya kan dah kerja kat tempat lain. Jadi tak elok la kalau dia terlibat dalam urusan yang bukan urusan dia lagi.." balas Farid menerangkan.

" tapi bukan cik diya masih terlibat secara langsung ke dalam projek ni. Bila saya lihat Cik diya tadi memang terkejut sangat. Tak tahu pulak dia kerja kat company dato' hakim. .." Suhaimi masih tetap meneruskan perbualan. Tidak faham denga karenah Diya dan bosnya sekarang.

Sebagai pekerja bawahan yang pernah bekerja dengan keduanya, dia jadi hairan. dia tahu yang Diya masih terlibat dalam projek itu walaupun peranannya tidak di hadapan pekerja yang lain. Farid selalu menghubungi diya melalui telefon ataupun e-mel untuk melapor setiap perjalanan projek.

"Awak kena faham Suhaimi. Diya bukan bekerja dengan kita lagi. Walaupun saya dan awak tahu yang dia masih melibatkan diri secara tidak langsung dalam projek ni tapi kita jugak kena faham akan kedudukan diya sekarang. Membuka cerita ni macam mencabar kredibiliti dan kepercayaan syarikat yang sedang dia kerja sekarang. Dia ada tugas di sana dan kita tidak berhak campur adukkan urusan kerja kita. Awak faham kan apa yang saya cakapkan ni... "


"Diya buatkan puding untuk kimie boleh?" minta hakimi sambil tersenyum. Lelaki ini tak pernah lekang dengan senyumannya. Patutlah ramai yang berkenan.

Diya mengangguk walaupun dalam hati menyumpah. Nak merasa puding konon. Bukan sedap sangat pun puding buah-buahan yang dibuatnya. Sekadar boleh dimakan. Farid dan suhaimi tu saja menambah pujian padanya. Tengok la sekarang. Lelaki itu makin cuba menghampirinya.

"Bila kimie nak?" Diya bertanya.

"buatkan esok la. Kimie rasa nak lepak kat rumah je esok... penat la..." balas kimi bersandar di kerusinya. Dipandang diya yang kaku.

Diya.. Diya. tidak fahamkah akan hint yang diberikannya sejak beberapa hari ini. Dia sudah balik kerja awal. Cuba sebaik mungkin intuk berbicara dengan gadis itu walaupun respons yang diterima masih hambar. Diya masih melayannya acuh tak acuh.

Sedaya upaya dia cuba menceruskan perbualan dan pertanyaan pada diya. Tidak lagi marah -marah dan sengaja memaniskan mukanya. Malah dia turut menawarkan untuk menumpangkan diya pergi kerja bersamanya namun gadis itu menolak dengan lembut dengan alasan Hakimi sering lewat bersiap dan dia perlu masuk awal untuk menguruskan segala keperluannya.

Bila difikirkan balik, diya tidak pernah mengelak darinya. Apa yang terjadi adalah sikap diya terhadapnya. Walaupun tidak menolak, reaksi yang ditunjukkan melumpuhkan semangatnya. Apa sahaja yang dilakukan tidak mendapat respon yang positif dari dya. Macam robot yang tiada perasaan.

"kimie temankan Diya petang ni boleh?" Ajakan diya membuatkan hatinya berbunga riang. Tidak mengjangka akan pelawaan itu. Sudah buang tabiatkah diya? Tidak pernah diya meminta pertolongan atau mengajaknya ke mana-mana. Ini dah baik ni..

"kita nak ke mana?"

"Temankan diya beli barang2 dapur. Peti ais tu dah kosong dah Diya tengok. Nak beli barang untuk buat puding yang kimie mintak tu..Boleh tak?" tanya diya.

Hakimi mengangguk. Nak ajak membeli belah rupanya. Ingatkan nak ke mana la tadi.

***************************************************************************************************************

"Diya... perlahan la sikit..." Adu hakimi yang menyorong troli di lorong-lorong yang menempatkan pelbagai barangan dapur itu.

Diya berjalan pura-pura tidak mendengar rungutan dan sungutan yang lahir di bibirnya. Sengaja membiarkan Hakimi terkial-kial mengekorinya. Bukannya senang nak mengajak lelaki itu ke tempat macam ni. Sekali sekala nak juga dia buli Hakimi. Nak hakimi merasa apa yang dia rasakan sebelum ini.

"Kimie penat sangt ke? Nak diya tolong tolakkan ke?" Diya bertanya nakal. Dia membelek-belek agar-agar yang dalam pelbagai jenama di rak disisinya. Lama dia memandang kotak agar2 menanti bicara hakimi.

"Nak..." laju aja jawapan Hakimi. Dipandang troli yang sudah separuh terisi. Banyak jugak barang-barang yang dibeli diya. Patut la dia diajaknya sekali. nak jadikan kuli rupanya. Kalau dia tahu tak adalah dia setuju tadi.


Hampir terjerit hakimi bila Diya menolak dirinya dan bukan trolo yang ditolak. Terpana dia seketika melihat tawa ikhlas yag lahir di bibir diya. Dia turut sama tertawa sebelum diya mampir dan sama-sama menolak trroli bersamanya.

"Kenapa?" Soal diya masih dalam tawanya.

"tak ada apa-apa la.. Tapi kimi suka tengok Diya senyum.." balas Hakimi.

"Diya tak pernah senyum ke kimie? Sampai ajaib sangat kalau tengok diya senyum?" soal Diya. Entah kenapa hatinya terasa lapang bila berada di samping Hakimi sejak akhir-ikhir ini. Mungkin disebabkan sikap hakimi yang makin banyak berubah sejak mereka tinggal bersama. Arill pun sudah tidak mengganggunya sejak tahu yang dia kini bekerja dengan hakimi. Mungkin lelaki itu sudah berputus asa terhadapnya.

Hakimi merenung diya yang sedang ligat memilih sayur. kejap diangkat dak kejap pula diletaknya. serius bukan main wajah diya memilih sayur. Nak tergelak tapi ditahannya.

" apa kimi senyum sorang2 tu..." Entah kenapa diya perasan akan lagaknya. Tawa yang dari tadi ditahan akhirnya terluah juga. Makin nak tertawa dengan wajah Diya yang memandangnya dengan muka blur.

Tak lama sebelum hakimi menutup mulutnya sendiri bila melihat berpasang mata memandang ke arhnya. Kuat sangt ke dia gelak tadi. Ada yang dilihat berbisik sesama sendiri sambil berpaling ke arahnya. Fuh... mensti dikatanya tak betul sebab tertawa sendirian.

"cukup la gelak tu. Kimie tak malu ke? apasal kimi gelak tadi hah?" Soal diya ingin tahu. Tidak mengjangka sikap hakimi yang berubah mendadak. Tawa hakimi yang tetiba belumpun dia tahu sebabnya.

"Diya ni memang serius ke?" Soal hakimi masih kedengaran gelaknya walaupun cuba disembunyikan dari diya. Berjaga-jaga takut menyinggung perasaan Diya. Dua kali dia diasak dengan tindakan diya yang tidak dijangka. Dia tidak akan terjebak untuk kali ketiga.

"Lebih kurang la..." Balas diya menolak troli menjauhi hakimi. Bukan apa, malu dia berada di samping hakimi yang gelak tak ingat dunia.

Tergesa-gesa Hakimi mengekori Diya. Marah ke? Alahai Diya. Cepat pulak rajuknya kali ni..

"Diya marah ke?" soal hakimi memandang tepat ke mata diya. Tangan Diya yang menyorong troli digenggam erat. tidak dilepaskan biarpun diya meronta-ronta agar pegangannya dilepaskan.

"Diya akan marah kalau kimi tak nak lepaskan tangan diya ni..." Ujar diya memberi amaran. Tak tahan dengan Hakimi yang romantik tiba-tiba. Siap memujuk pulak tu.

Hakimi mengeleng tanda tidak ingin melepaskan pegangan nya. Hakimi kemudian berkalih dengan mengubah kedudukannya supaya diya berada dalam pelukannya.

"Jangan la marah sayang... Kimie nak manja-manja ngan wife kimi takkan tak boleh kot.." Aju hakimi memberi hujah. Cuba mendapatkan kemafan dari diya dibuat wajah kesian.

Diya mencebik. mengada-ngada betul la. makin sakit hati bila mendengar hilai tawa dari bibir lelaki itu.


Diya memandang Hakimi yang begitu asyik menikmati puding masakannya. Dia tertanya-tanya sendiri, sedap sangatkah puding yang dibuatnya itu sampaikan hakimi begitu asyik menikmati masakannya.

"Apa pandang-pandang tu sayang... nak ke? meh la..." Begitu ceria hakimi mempelawa diya. Garfu yang berisi Puding diunjukkan pada Diya. Lupa yang Diya sebenarnya yang membuat puding tersebut.

"Tak payah la kimi.. Diya yang buat puding tu. Lagipun banyak Diya buat tadi.." Diya menolak lembut.

Terpaksa jugak Diya membuka mulutnya bila Hakimi begitu beria-ia ingin menyuapkannya. Apatah lagi melihat wajah hakimi yang begitu berharap. Lagi cair hatinya.

Perlahan dikunyah puding buatannya.

"Sedap tak?" Beria-ia hakimi bertanya.

Diya menganggukkan kepalanya. Geli jugak hatinya dengan pertanyaan hakimi. tidak sedarkah hakimi dia yang membuta puding itu.

"Sedap la kimi. Siapa yang buat ni?" Sengaja mengusik hakimi diya bertanya.

Hakimi tersengih. Mungkin sudah terdetik di fikirannya akan siapa yang membuat puding itu.

No comments:

Post a Comment