Mengeluh dia bila melihat hakimi masih nyenyak tidur dalam kepompong selimutnya. Sejuk sangat agaknya. Apa yang dibuat malam tadi sampai lena sangat tidur. Seingatnya semalam bukan lewat sangat Hakimi balik. seawal jam sepuluh dan bukan di pagi hari.
"kimie... bangunlah... bangun la kimi.." kejut diya dari jauh. Makin merengkok hakimi dalam selimutnya.
Alahai.. apasal susah sangat nak kejut dia ni? Agaknya masa sekolah dulu macam ni la perangai hakimi. Macam mana la maknya nak kejut hakimi ek..Entah-entah mak hakimi simbah air kot.. tertawa dia dalam andaiannya sendiri.
Diya makin mampir ke katil. Dipandang wajah yang sedang nyenyak tidur itu. Tenang sahaja wajahnya. Cute jugak mamat ni bila tidur. Entah apa yang hakimi mimpikan bila bibir itu menguntum senyum dalam tidurnya.
"hakimi... bangun la... dah lewat ni... awak ada meeting hari ni.." kejut diya agak lembut. tak nak bangun lagi ke? Payah benor nak kejut mamat ni. Nak je diya simbah air kat hakimi.
Tangannya sudah gatal bergerak. Dipegang bahu hakimi cuba mengejutkannya dari lena. Tak puas hati betul dia bila Hakimi tidak mempedulikannya malah makin kejap menarik selimut hingga menutupi kepalanya.
Diya naik geram. Nak disimbah air tak sampai hati plak. Ditarik selimut yang menutupi kepala Hakimi. "Hakimi... bangun..." dijerit kuat ke telinga Hakimi. Kalau tak bangun lagi tak tahu la.
Tergamam diya sekejap. Kedudukannya sekarang tidak memihak padanya. Tak sempat dia mengelak dengan dengan tindakan refleks dari Hakimi yang memeluk dan menghempap dirinya. Masalah ni.. Dipejam mata rapat-rapat sambil mengelih.
"apa bising-bising ni..." rungut hakimi dalam igaunya. Masih tak sedar. Terpisat-pisat cuba membuka matanya.
Dipandang wajah diya. Apa Diya buat kat katilnya? Tersenyum dia kerana menyangkakan yang dia masih dalam mimpinya. Kenapa Diya? Jangan la pejam mata tu. Tengok la sini.
Makin lebar senyumannya bila Diya membuka matanya. Ahh.. Diya ni macam tahu je apa yang ada dalam fikirannya.
"Sayang buat apa kat sini? Rindukan hakimi ke?" Soal hakimi masih dalam angannya. Diya hanya diam. Memandang hakimi dengan pelik. Ngigau lagi ke mamat ni.
Pipi diya diusap perlahan. Emm... Indah betul mimpinya kali ini. Direnung wajah itu sepuas hatinya. Ini mimpi je kan. Jadi tak kisah la lama mana pun nak dia tenung wajah itu. Ikut suka la apa yang dia nak cakapkan. Diya bukan tahu pun.
"Diya tahu tak..Kimi suka Diya... Diya lain dari yang lain...Dulu kimi selalu jahukan diri dari diya... Diya nak tahu kenapa. sebab tiap kali kimie dekat dengan diya perasaan Hakimi tak keruan.. Kimi tak tahu kenapa.." Luah Hakimi berani.
Diya pandang hakimi.. Amaran... Amaran.. Ni kira pengakuan berani mati ke? Mengigau lagi ke mamat ni.. Naik sesak nafasnya dengan pengakuan Hakimi. Lagi sesak sebab dihimpit lelaki itu. Sedarlah Hakimi... Ni bukan mimpi.. Namun mulutnya masih tidak ingin berbicara. Menanti bicara Hakimi.
Terasa dahinya dicium lembut..Problem...Problem... Hakimi hilang akal...
"Kenapa diam Diya.. Diya pun suka kimi jugak kan... " Masih senyum memandang wajah di depannya. Indah benar mimpinya hari ini.
"Hakimi... wake up... Diya dah sesak nafas ni..." tersekat-sekat diya bersuara. Tidak tahan dihimpit lama-lama.
"Ini mimpi Hakimi. Hakimi tak nak bangun.." hakimi bersuara manja.
Diya mengeluh perlahan. Geram dengan Hakimi. Suruh bangun tak nak bangun. dah digerak pun masih mengigau lagi. Tapi mimpi Hakimi mimpi yang menarik.
"Hakimi.. lepaskan Diya.. U r not dreaming. Ni realiti.. realiti.." Luah diya satu persatu.
"No.." jawab hakimi tegas. Tak nak mengalah. Makin seronok memeluk diya.
Diya tukar strategi.." hakimi..." panggil diya lembut.
"Ye sayang..." balas hakimi. Dalam mimpi pun masih gatal nak panggil aku sayang. Dah melampau mamat ni. Tak de etika langsung.
"Boleh longgarkan tak pegangan kimie... sakit..." Adu Diya mengharapkan simpati. Hakimi mengeleng tanda tidak mahu melonggarkan pelukannya.
"Please.. sakit ni.." Masih merayu.
Muncung bibir hakimi namun pelukannya dilongarkan. Diya menarik nafas lega.
"Kimie... ni bukan mimpi... ini kenyataan.. Kimie ada meeting pagi ni.. cepat bangun.. Diya pun dah lewat nak pergi kerja ni.. Kalau tak percaya cuba kimi cubit lengan kimi..."
Hakimi diam.. perlahan merungkaikan pelukannya. Dia bangun dan mencubit lengannya. Auch... sakit..Dia memandang Diya yang terbaring di katil. Dipandang dirinya pula. Kemudian teralih pada Diya yang sedang cuba bangun dari katil.
"ni mimpi bukan..." Hakimi masih cuba menafikan yang dia sekarang tidak bermimpi. Menafikan segala tindakannya kejap tadi.
"U are not Hakimi.. " ujar diya tegas.
Hakimi meraup wajahnya. Berjalan di dalam bilik itu tanpa arah tujuan.
"Hakimi siap-siap la... Kejap lagi Hakimi ada meeting... Diya pergi kerja dulu k.." Ujar diya seolah tiada apa-apa yang berlaku. Seolah adegannya tadi hanyala sebuat mimpi.
***************************************************************************************************************
"aku tengok kau asyik space out je dari tadi... Kenapa? semalam pun asyik termenung je.." Ikmal menyoal setelah habis perbincangannya dengan Farid and d geng. Tinggal dia dan Hakimi je di situ. Hairan dengan sikap kawannya yang makin banyak termenung.
"tak ada apa-apa la.. " ujar hakimi cuba menafikan apa yang membuatkannya banyak berfikir dua hari ni. Kejadian-keajdian yang tak disengajakan yang berlaku padanya. Dengarkah diya pada omelannya pagi tadi? Fikirannya tak berhenti memikirkan kejadian tadi sehingga perbincangannya dengan Farid berjalan sambil lewa aja.
Farid pula seolah menyedari keadaanya dan tidak banyak bertanya padanya. Pertanyaannya lebih diajukan pada Ikmal. Ikmal yang tidak menyedari menyangkakan Farid bertanya padanya kerana Hakimi jarang hadir pada meeting yang dijadualkan mereka dan lebih selesa bertanya padanya.
"oh ye... sorri la aku lewat tadi. Aku tak bangun tido.." hakimi meminta maaf di atas kelewatannya. Tadi semasa dia sampai Farid seolah tidak kisah dan terus memulakan perbincangan. Hanya senyuman dihadiahkan padanya bila dia memohon maaf pada Farid dan anak buahnya.
"Tak pe. Lagipun kau dah call Farid kan cakap kau lewat.."
"bila masa pulak?" hakimi bertanya. Dia tidak pernah menelefon Farid. Bukan pagi ini.
"Habis siapa pulak yang telefon?" Ikmal pulak yang bertanya padanya.
Hakimi mengeleng tidak tahu. Mungkinkah diya yang menelefon? Bukankah diya isteri merangkap setiausahanya yang cekap?
"Diya kot..." terluah jugak tekaannya.
" kau ngan diya macam mana sekarang?" Ikmal tidak sabar bertanya. Seolah tahu apa yang melanda kehidupannya sekarang. Ikmal, mulutnya tak pernah segan nak bertanya jika dia nak tahu pasal sesuatu.
"biasa je.." balas hakimi.
Ikmal tersengih. Tahu yang soalannya mengena. Pasti ada kisah yang hakimi sembunyikan. Hatinya mengeletek ingin tahu tapi dari nada Hakimi dia faham maksud hakimi. 'no komen' jelas terpancar di raut wajahnya.
***************************************************************************************************************
Hakimi bergegas masuk ke biliknya. dipandang meja diya yang kosong tidak berpenghuni. Kemana Diya pergi? Ke restroomkah?
Dia menyemak fail-fail yang menimbun di mejanya sementara menunggu diya. Menunggu kehadiran Diya yang sudah menjadi rutin sejak Diya bekerja dengannya. Menyediakan air untuknya.
sudah setengah jam. Hatinya menjadi kacau. Matanya memandanng pintu yang tertutup rapat. Diya? Bila Diya nak masuk ni. Dari tadi dia menunggu kehadiran Diya ke biliknya namun bayang-bayang gadis itu masih tak kelihatan. Takkan la ke tandas lama macam ni.. Sudah lupakah diya pada pesannya?
Pantas dia bergerak ke pintu. Dijenguk di muka pintu memandang meja yang masih kosong tidak berpenghuni. Hilang.. Diya hilang? Matanya melilau sekeliling mencari diya di ruang pejabat. Tak jumpa lagi.
"Diya mana?" soal Hakimi pada pekerjanya yang paling cepat dapat ditemuinya.
Gelengen dri pekerjanya itu meresahkannya. Terus matanya liar mencari-cari. Ditanya insan yang lain namun jawapan yang diterima menghampakannya. Tak tahu, tak nampak, tak kenal..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment