Aku tersenyum hambar.. “thanks”aku
mengucapkan terima kasih keranaIkmal sahabat yang prihatin.
"jom temankan aku.." ajakku pada Ikmal. Tiba-tiba terlintas di fikiranku akan cadangan Ikmal tadi. Bukan susah sangat pun.
"kita nak gi mana ni?" terpinga-pinga Ikmal sebentar.
Aku bangun dan menarik tangannya." kita nak jumpa zamri jap.. kau sendiri yang cakap aku kena kenal saudara mara Diya. lagipun Zamri tuh bakal adik ipar aku. Takkan la aku tak nak sapa dia.." aku beralasan. Alasan yang aku rasa akan diterima Ikmal.
**************************************************************************************************************
aku meramas kertas di tangan kasar. Geram. Apa hal la hakimi semenjak dua menjak ni. Dulu tak sudah-sudah mengelak darinya. sekarang tak abis-abis mencari gaduh dengannya. dah tak betul ke?
Masih diingat lagi perangai hakimi yang macam budak tak cukup bulan tuh. Baru je nak buat kerja dah dipanggilnya masuk ke office. tercegat dia berdiri menunggu arahan dari hakimi namun lelaki itu terus leka dengan kerjanya atau dengan jkata lain sengaja leka dengan kerjanya. dia menunggu macam orang bodoh.
sesudah dia bersungut baru la hakimi bersuara dan mempamerkan senyumnya. mengarahkan dia itu dan ini. yang peliknya, hari ini saja dah berapa kali entah dia masuk ke bilik itu. sekejap diminta dibuatkan air, sekejap pulak fotostat kertas, sekejap menaip dan kadang2 arahan yang sama diteimanya. dah penat tangannya asyik membuat air untuk suaminya yang tercinta.
bila dihulurkan air, pantas sahaja lelaki itu menghirupnya. setengah jam kemudian, lelaki itu memanggilnya kembali menyuruhnya membuat air. Direnung air yang hanya luak sedikit itu. hendak ditegur dia malas. dengan akurnya dia mengikut saja rentak hakimi.
Tapi kali ini dia sudah tak dapat menahan sabar.Kesabarannya dah senipis kulit bawang. bila-bila masa je akan meletup.
Dia masuk ke bilik bosnya itu bila hakimi memanggilnya. Dipandang hakimi dengan wajah selamba. Dipandang gelas yang tinggal separuh isinya. Lega. Kali ini minum jugak hakimi. Bukan dibazirkan macam sebelumnya. agaknya dahaga sangat la tu.
"Buatkan air ye sayang...." ujar hakimi masih khusyuk dengan kerjanya. Dihadiahkan senyuman buat Diya yang kelat di hadapan.
"Kan air tu banyak lagi..." Dalih diya.
hakimi memandang Air yang sudah luak separuh. Tangannya berhenti melakar. Direnung wajah yang kelat mencuka. Agaknya macam ni la muka Diya bila merajuk. Sengaja dia menguji kesabaran Diya dari tadi. Seronok sangat mengusik Diya.
Dari tadi dia asik tertawa bila Diya hilang dari pandangan. Bila diya datang sengaja dia pura-pura sibuk dengan kerja. Dia sendiri hendak tertawa dengan arahan yang diberikan yang kadang-kadang tak masuk akal. bila Diya memprotes, sengaja pula ditonjolkan wajah yang serius mambalas tiap kata-kata Diya.
"I nak air sejuk la sayang... panas sekarang ni.." sengaja diluah kata-kata itu untuk melihat reaksi diya.
Diya mencebik geram. hakimi menahan tawa.
" jangan panggil sayang boleh?" luah diya. Dia tidak suka hakimi memanggilnya sayang. sedar yang perkataan itu hanya gurauan tapi bagaimana kalau ada yang mendengar. tak ke nanti timbul salah faham. Setiausaha berhubungan sulit dengan ketuanya. Ahh. Dia tak nak benda macam tu berlaku.
"takkan itu pun nak marah. Cepat.. buatkan air untuk I ye sayang.." hakimi sekali lagi tidak mengendahkan amaran Diya.
terkejut dia bila diya tiba-tiba meluru ke mejanya dengan geram. Alamak. Aku ada tersentuh fius ke ni? Macam nak makan aku je.. hatinya berdegup kencang.. Dia yang bersandar di kerusi bangun.. berjaga-jaga.
"Apa diya nak buat ni?" tergagap-gagap bersuara. Takut dengan mata diya yang memandangnya tajam.
Diya memandang hakimi yang terkebil-kebil memandangnya. Lucu benar dia dengan tingkah laku hakimi. Tahu takut. Yang tadi tak sudah-sudah mengusiknya apasal.
Terlintas akal nakalnya untuk terus mengusik lelaki itu. Jaga la kau hakimi. tengok la macam mana seronoknya kena buli... Tanduk dah nak kat kepala dah... hehe..
Dipandang hakimi dengan muka paling serius yang pernah dibuat sedangkan dalam hatinya terbahak-bahak tertawa. Langkahnya diatur menghampiri hakimi yang kaku. Nak buat ke tak nak... akalnya berbicara. tidak pasti sama ada untuk meneruskan rancangannya atau tidak. Dia sudah tak dapat nak menahan ketawanya memandang wajah hakimi yang gelabah+pucat+takut.
Diya dapat mencium bau perfume yang dipakai hakimi. duduknya terlalu dekat dengan lelaki itu. Diya melurut-lurut tali leher lelaki itu. Tali leher yang pernah dipakaikan buat lelaki itu. Dia masih ingat. Mukanya masih serius.
Ditarik tali leher ke sisinya supaya wajah lelaki itu mengadapnya. Bibir hakimi ingin berbicara namun suaranya tidak terkeluar.
Hakimi kaku. Dia hanya mampu memandang Diya yang keluar dengan tawa yang masih meniti di bibirnya. Terduduk dia di kerusi sebelum sempat diya pergi dari situ. Wajahnya merah padam.
Apa? Apa yang berlaku tadi? Akalnya cuba mengolah dan menganalisa peristiwa tadi. Mimpikah dia?
Dia memandang sepi pintu biliknya. Sejak kejadian tadi sengaja disibukkan diri dengan kerjanya. Sekalipun tidak dipanggil diya masuk ke biliknya. Setiap kali teringatkan tindakan diya, wajahnya memerah.
Tak pernah dia dibuli seteruk ini. Tapi betulkah itu buli? Diya cuma bermain..bermain dengannya. Bukan apa-apa.
Hanya tinggal dia di pejabat itu. Diya dan pekerja lain sudah menghilang pergi. Dipandang sekilas pada jam yang sudah menginjak ke angka lapan. Patut la tiada sesiapa lagi. Sudah lewat.
Tiba-tiba dia teringatkan diya. Langkahnya diatur ke tandas. Dia membasuh mukanya untuk menyegarkan dirinya.
Dipandang biasan di cermin. Dia meraup mukanya membuang saki baki air di muka. Tangannya terhenti di lehernya.Pada bekas merah dileher.
Dia kaku. Gelisah dengan reaksi Diya yang tak disangka. Tidak menyangka yang diya akan menyerangnya. Serangankah itu?
Akur sahaja dia bila diya menariknya dekat padanya. makin akur bila bibir diya singgah di lehernya. Dia terpana tidak percaya. Asyik dengan kelembutan bibir itu sehingga gigitan yang dihadiahkan buatnya tidak terasa kesakitannya.
Masih diingat bisikan diya di telinganya sebelum gadis itu pergi dengan tawanya.
"that thing just now... its means nothing.. baik hakimi jangn kemana-mana dengan that mark u got.. u know what i mean darling"
hakimi pandang siling putih di biliknya walaupun pengelihatannya samar-samar aje. Lampu bilik sudah dipadam. Penat masih beraja di badannya. Fikirannya kusut dengan perasaan yang bercampur baur sejak dari tadi.
Teringat dia akan bekas di lehernya. Diya cuma bermain dengannya. Adakah itu hukuman Diya padanya? Dia sendiri tidak pasti.
beruntung dia kerana kejadian itu berlaku pada waktu petang. Kalau pagi hari dia sendiri tak tahu bagaimana dia akan habiskan waktunya. Terperuk di pejabat ataupun melarikan diri. Tadi pun ikmal sudah bertanya akan kesan merah itu. Pandai betul diya. Diletakkan pada tempat yang dia tak dapat sembunyikan.
Tetawa besar Ikmal bila dia mengatakan ada nyamuk besar mennggigitnya. Mungkin ikmal menyangkakannya berjenaka.
hakimi tidak menyangka Diya seberani itu. Permainan apa yang sebenarnya Diya rencanakan? Tidak mungkin gadis seperti diya boleh berkelakuan macam tu. Atau diya menyembunyikan wajahnya yang sebenar di sebalik topeng tidak bersalahnya itu?
Permainannya tidak sehebat permainan yang Diya rencanakan. Dia hanya mengusik sedangkan Diya sudah mula menanam benih-benih cinta di hatinya tanpa dia sedar. Jelas di matanya dia akan kalah jika dia teruskan permainan ini. Tindakan diya tadi sudah jelas menyatakan supaya Hakimi jangan terjebak dengannya jika tidak mahu kehilangan.
Dan entah kenapa pula hatinya menginginkan dia terus bermain. Terus menduga hati milik diya. kalau tadi dia terkejut bila tapi pancingnya tiba-tiba ditarik, kali ini dia bersedia. Apa yang dikatakan Ikmal benar. Isterinya itu terlalu misteri dan sukar dijangka.
**************************************************************************************************************
aku memandang pintu yang tertutup rapat. Hai.. takkan tak bangun lagi mamat ni. Bukan ke pagi ni dia ada meeting ngan Farid ke? Ish... menyusahkan betul la. Pantas tangannya mengetuk pintu bilik Hakimi.
Beberapa kali diketuk namun tiada jawapan. Dipandang jam di tangan.. Dah lewat ni. Bersoal jawab sama ada nak menyerbu ke dalam atau tak. Tak dikejutkan nanti dia pulak yang disalahkan. Tinggal serumah takkan la tak boleh tolong bos besar tu.
Tombol pintu dipulas. Eh.. tak berkunci la plak. Agaknya mamat ni tidur memang tak pernah kunci pintu kot. Bukan macam dia. Setiap malam pintu biliknya dipastikan berkunci. Bukan takut dengan hakimi tapi dia dah biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment