"U buat apa lagi kat sini.. tadi kata nak pergi.. pergi la.." masih dalam nada kasar tiba-tiba tina bersuara padaku. aku masih dengan mode diamku. tidak ingin berbalah.
" akak pergi dulu k.. " aku bersuara pada farid yang jelas mununjukkan perasaan bersalahnya padaku. Menjeling pada tina yang memaparkan rasa benci padaku. pedulikan semua itu.
"diya nak ke mana?" soal hakimi pula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. seolah dia tidak mendengar kata-kata tina padanya. Takkan hakimi tidak perasan akan tingkah tina padanya?
Aku berpaling ke arahnya. berkerut dahiku dengan pertanyaannya. "diya nak masuk dalam.. jumpa Sya.." balsku dan bergegas pergi dari situ..
dalam sepuluh langkah aku terasa bahuku disentuh seseorang. hakimi tersenyum memandangku ." kenapa cepat sangat nak pergi tadi.. marahkan kimie ke?"
aku mengeleng. masih meneruskan langkahku.
"diya marahkan kimi pasal tadi ke? sorry la..jangan la marah sayang.."hakimi masih memohon maaf.
tersentuh hatiku bila hakimi memanggilku sayang? namun cepat-cepat juga aku sedar yang perkataan sayang itu hanya gurauannya untukku. hanya untuk memujukku.
"diya tak kisah. tapi jangan buat macam tu lagi kimi" akhirnya kuluahkan jua ucapan yang ingin kucakapkan padanya yang mengharap.
"kenapa? Diya kan wife I.." ujar hakimi masih dalam keselambaan.
aku hanya mampu diam. terfikir oklehku kenapa sejak akhir-akhir ini perangai hakimi makin pelik. sekejap baik dan sekejap pula melarikan diri dariku seolah-olah aku ini virus ynag merbahaya.
"mama.. mama..."
mataku menoleh sekeliling mencari tuan empunya suara. Ikmal dan keluarganya bergerak menghampiri kami. Akim dengan becoknya asyik memanggil-manggil mama padaku. Entah apa kena dengan akim ni.. tidak habis-habis memanggilku mama.
Risa menghulurkan akim pada Hakimi. Hakimi dengan senang hati mendukung Akim. Ikmal mengamanahkan akim padaku dan hakimi. mereka hendak masuk ke dalam dan makan.. hendak melepaskan lelah manjaga akim. ujar mereka. kata ikmal lagi kalau ada si Akim jawabnya tak dapat makan la diaorang. Lasak sangat..
Akim tertawa bila diagah dan diterbangkan hakimi.. seronok sangat la tu.
"Diya ni kenapa.. macam bad mood je?" tanya hakimi.
Aku senyum.. mengacah-acah akim yang didukung hakimi.
"Diya nak jumpa sya ke?" aju hakimi lagi seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiranku. manakan tidak dari tadi aku tak jumpa lagi Sya.. asyik kena sekat seorang demi seorang sebelum sampai ke destinasi utama. mengucapkan tahniah pada adik iparku.
bila melihat Akim tidak lagi mahu lekat dengan hakimi aku menghilurkan tanganku padanya. Pantas sahaja si akim kudukung.. hakimi tolong memegang beg tanganku.
terasa tangannya berada di pinggangku. Aku memandang ingin tahu.
"I temankan Diya k.. " senyuman hakimi kali ini membuatkan aku terpinga-pinga sebentar sebelum kakiku akur mengikut langkahnya.. Spell apa ni? Farid... tolong akak...
Terpinga-pinga aku sebentar bilatiga pasang mata memandang kea rah kami dengan senyuman di bibir mereka. Diyajuga turut memandang ke
arahku denganpertanyaan di sinar matanya.
“kenapa dengan korang semua ni?”ajuku ingin melarikan diri dari kesunyian dan pandangan pertanyaan dari mereka.
“tak ada apa-apa la… “ balasandari ikmal tidak dapat menyenangkan perasaanku. Mereka bertiga macam ada rahsiayang ingin disembunyikan.
Kucuit ikmal agar mengikutkukeluar dari bilik. Diya kulihat sudah menghampiri adikku dengan akim masihdalam dukungan.
“tak pe ke akim dengan U all ni?”bimbang juga hatinya jika akim bertindak nakal. Kecoh dibuatnya nanti jika jikabarang-barang
diusik akim.
“kau jangan bimbang la hakimi.. kan risa ada.. risa tumaknya. tahu la dia jaga akim…”
balasikmal menarik hakimi yang seolah-olah tidak mahu keluar dari situ. Heran. Kejaptadi hakimi yang beria-ia mengajaknya keluar sekarang terbalik pulak. Dia pulayang terpaksa
menarik hakimi keluar.
Aku mengekori ikmal ke balkoni.Menurut langkah ikmal yang dengan senang hatinya duduk di kerusi yang sudah sedia ada di situ. Aku turut melabuhkan punggungku di kerusi di tepi meja bulat itu.
“kau ngan diya macam happy family tadi…” kata-kata ikmal membuatkan aku berpaling ke arahnya. Meminta penjelasan.
Family? Aku dengan Diya?Mungkinkah itu semua akan berlaku?
"kau jangan mengarut la. aku temankan diya je tadi.. takut kalau akim buat hal.." balasku menafikan kata-kata ikmal. aku bangun dan memandang ke arah tetamu yang hadir. mataku tertancap pada Farid dan adiknya Tina. Teringat aku akn peristiwa tadi. dapat aku rasakan kedinginan hubungan Diya dan Tina. Sengaja dia berbual mesra dengan Tina bagi mengelak Tina dari berbalas kata dengan diya. Sinis kata-kata Tina terhadap diya sedikit sebanyak menyakitkan hatinya.
"apa yang kau pandang?" dapat kudengar pertanyaan ikmal yang ditujukan khas buatku, teman baiknya.
tanganku memegang penghadang balkoni dan mataku masih liar ke arah mereka. "Kau selalu deal dengan farid kan..." bukan pertanyaan sebaliknya pernyataan yang inginkan kepastian..
"selalu la jugak.. kau kan selalu mengelak tiap kali meeting.. aku jugak yang kena gantikan kau.." terasa bahuku ditepuk ikmal.
"kenapa kau tanya ni? ada pape ke?"
aku meraup wajahku.. kubetulkan songkok dikepala." entah.. kalau kau nak tahu.. Diya kenal rapat ngan Farid tu.. kalau kau jadi aku kan... tak ke pelik tu sume.. "
aku pandang ikmal yang mengjungkitkan bahunya. Dia memandangku dan berbicara." apa yang kau nak herankan kalau diya orangnya. U know her.. Misteri.."
Bicara Ikmal menarik perhatianku. Diya sampai sekarang tidak dapat kukenal. Hidupnya penuh dengan rahsia. Pandai pulak Diya simpan rahsia. Banyak perkara tentangnya yang aku tak tahu.
"Apa yang misterinya?" sengaja aku ajukan soalan itu. Ingin mendengar pandangan ikmal tentang Diya.
Dari duduk di sebelahku Ikmal bersandar di balkoni menghadap ke arahku. "ye la.. sampai sekarang kau tak tahu pasal famili dia kan.. yang kau kenal cuma dia.. kawan-kawan dia kau kenal tak? apa yang dia suka? aku rasa kau tak pernah tahu kan.. "
aku anggukkan kepalaku mengiyakan kata-kata ikmal." sebenarnya tunang Sya tu sepupu diya" entah kenapa aku terasa ingin memberitahu Ikmal akan perkara itu.
"Dah tu kenapa kau kat sini lagi. lepak ngan aku.." Ikmal bertanya dengan nada marah. terpinga-pinga aku sebentar. Memandangnya meminta penjelasan.
Ikmal tersenyum ke arahku. " masa ni la peluang kau nak kenal dengan Diya. kan ramai sedara mara dia yang datang. Berkenal-kenalan la dengan dia orang.. bukan orang lain, sedara bini kau jugak.." ujar Ikmal dengan nada berselorah.
“jangan nak mengarut la ikmal.Kau bukan tak tahu sebab apa aku kawin ngan Diya.” Aku cuba mengelak dari memikul beban ucapan Ikmal sedangkan aku sedar yang kata-kata Ikmal ada benarnya. Seratusperatus benar. Kalau aku benar-benar ingin mengenali diya, sekarang merupakanmasa yang paling sesuai.
“kau cakap aku mengarut? Bukan kekau yang mengarut. Dah kawin tapi mengaku bujang. “ Ikmal menempelak balikdiriku.
Aku menghela nafas sebelumberbicara menolak hujag Ikmal yang kurasakan tak konkrit langsung.
“Aku ada sebabnya. Dan Diya jugakmintak perkara ni dirahsiakan. Alasan dia tak nak sakitkan hati papanya kalau kami bercerai sekarang. Tu sebab sampai sekarang aku teruskan jugak hubunganni…”
“kau tak suka diya?” aju Ikmallagi. Satu pertanyaan yang memerlukan jawapan dariku.
“Aku suka dia..” akuiku. Penatberdiri aku duduk di kerusi. Ikmal masih setia bersandar memeluk tubuhnyasambil memandanngku.
“habis apa masalahnya. Aku tahupasal alasan dan syarat Diya pada kau. Tapi aku jugak tahu yang hanya duasyarat je yang Diya berikan pada kau bukan. Apa salahnya kau ambil masa yangdiberikan ni kenal dengan Diya. “ Ikmal masih tidak mengalah memberikanhujahnya.
Aku mengeleng. Tidak dapatmenerima kata-kata Ikmal. Ingat senang ke aku nak buar semua itu. Sekarang punaku dah mula rasa bersalah pada Sofea. Pada diya? Mungkin namun sikap Diya yangselamba mengurangkan sedkit rasa bersalahku padanya. Kenapa Diya tidak sepertigadis lain yang kukenal. Kenapa diya begitu sukar untukku fahami dan selamiperasaanya?
“ambik masa kau kenali Diya… “uajr ikmal seolah memujukku. Aku menyambut genggaman tangannya yang berada dibahuku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment