amin menunjukkan kelima-lima jarinya.. aku mengeleng.. tidak percaya.
"5 hinggit" mulutku lagi gatal bertanya.
lagi kuat gelengan aku bila amin mengelengkan kepalanya. sebelah tangannya dibentuk bulat. hah... biar betol.. apa helah Zamri menyuruh amin mengekorinya. siap bagi upah yang teramat lumayan plak tuh. biasanya kalau banyak2 pun tak de la sampai rm50.00. Apa yang dalam kepala Zamri tu agaknya.
"udah la akak... tutup mult tu... kang masuk lalat plak..." ujar amin masih dengan sengihnya. trademark dia la tu.
"jom masuk dalam" aku berjalam masuk ke rumah itu. mataku meliar takut-takut ada antara mereka yang menyedari kehadiranku. bersyukur dengan kerancakan mereka berbual, kehadiranku tidak disedari.
"akak ni kenapa.. dari tadi amin tengok asyik pandang kanan.. kejap pandang kiri... akak cari apa?"
Aku diam. kalau cakap pun amin mana la nak faham.
"tak ada apa la amin.. akak takut terserempak ngan raksasa je.." usikku padanya..
tertawa aku dalam hati bila melihat cebikan di bibirnya. merajuk la tuh.. budak sorang ni bila diusik sikit cepat je rajuknya. namun cepat pulak hilang rajuknya bila kena pujukannya.
cepat-cepat aku mengajak amin masuk ke dalam bila melihat sepasang mata memandang ke arah kami berdua.. harap-harap dia tak cam dirinya.
majlis pertunanangan Zamri dan adiknya berjalan lancar. kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka. Aku gembira. mataku meliar mencari si dia di antara tetamu yang hadir. Ke mana menghilangnya si dia? bukankah dia turut serta dalam rombongan itu.
lega rasa hati bila melihat si dia bergerak masuk ke dalam rumah..Datang pun, ingatkan tak nak datang tadi. langkahnya diatur ingin menyapa dia namun terhenti bila ada tamu lain yang lebih dahulu menyapa.
matanya tak lepas dari memerhati keduanya. Dapat dilihat seorang budak turut sama di sisi dia. si dia dilihat bercakap sesuatu dengan budak itu dan mengarahkannya pergi tapi budak itu masih tidak berganjak dari duduknya masih mengekori dia.
langkah yang tadi terhenti mula menyusun rentak menghampiri si dia dan temannya. benarkah teman? dia cuma mengagak. si dia kelihatan kenal dengan tamunya itu. namun perbualan keduanya nampak tegang. bergaduhkah?
Keduanya masih tidak sedar akan kehadirannya.
"salahkah diya nak datang sini?"
"bukan salah.. tapi akak sendiri tahukan.. nanti mereka bising..." ujar farid menoleh pada keluarganya yang rancak berbual.
"takkan akak tak berhak nak datang sini.. takkan farid nak akak sembunyi tiap kali jumpa ngan mereka? takkkan tak boleh terserempak langsung.. mereka igat akak ni apa? tak de perasaan macam mereka?" ujar diya berbaur marah dan kecewa namun suaranya masuh direndahkan. takut didengar tetamu lain. mujur farid yang datang menemuinya. kalau yang lain sudah pasti bergaduh sakan dibuatnya.
"maaf akak.. farid tak de niat pun nak halau akak.. Farid faham sangat-sangat. tapi farid kena jugak jaga hati mereka. hati akak lagi la farid kena jaga. kang tak pasal2 akak merajuk. sapa nak tolong Farid.. sapa nak buatkan puding karamel tok farid.." ujar farid lagi.
Diya cuba membuang segala amarahnya. di sini bukan tempat untuknya bertindak macam budak-budak. bukan temptnya bila sepupunya sedang meraikan hari gembiranya. dipandang wajah amin yang kelihatan takut-takut dengannnya. tu lah kau. tadi sudah disuruhnya masuk ke dalam namun amin masih berdegil untuk menemaninya.
"min masuk dalam dulu ye... akak nak borak ngan kawan akak jap.." aku memujuk lagi..
lambat-lambat amin menganggukkan kepalanya dan bergerak pergi. takut agaknya dengan sikapnya yang macam raksasa kejap tadi. bukannya mudah untuk sepupunya itu melihat wajahnya yang marah macam tu. sekali dalam seratus je kemungkinan itu.lebur je duit Zamri yang diberikan pada Amin. haha...
"anak sapa tuh?" Farid meyoal.
"tu sepupu akak la.. akak tak datang sini kalau bukan sepupu akak yang tunang. Sya tu pun kawan akak jugak.. Rasional la Farid.. takkan la akak tak boleh datang hanya sebab mereka tu.. " Diya bersuara.
"diya..." satu suara menyapanya. dipandang ke kiri... aik tak da sapa pun.. dipaling pula wajahnya ke kanan.. hampir terlompat dia dari tempatnya berdiri kerana terkejut. sejak bila pula hakimi di situ? dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?
mampus aku macam ni.. dipandang pula wajah farid..adik kesayanganku farid... please la.. tolong jangan cakap apa-apa kat mamat sebelah akak ni.please... rayuku dalam hati.
"farid.. dah kenal ke dengan diya ni.. I tengok bukan main rancak lagi U all berborak.." Soal hakimi selepas berjabat tangan dengan Farid.
"emm.. diya ni kakak I" ujar farid tanpa segan silu.. ye la.. dulu pernah ingin diperkenalkan mereka berdua namun kakaknya tetiba menghilang. masih diingat akan usikan dato' hakim ingin menjodohkan kakaknya dengan hakimi.
Diya ketap bibir bila melihat raut wajah hakimi yag nampak terkejut. Apa aku nak cakap ni. Mata hakimi sudah berkalih tajam padanya. Isk.. marahkah hakimi padanya kerana menyembunyikan rahsia sebesar ini padanya? tapi bukan salahnya. Hakimi tidak pernah tanya apa-apa padanya perihal keluarganya. Untuk apa dia nak rasa bersalah..
"Diya ni kakak angkat Farid..Jangan salah faham ngan apa Farid cakap tuh..kan farid..." bohong diya. matanya berpandangan dengan Farid memintanya turut berlakon bagi pihaknya. lega Diya bila farid mengiyakan kata-katanya. Selesai satu masalah.
"hakimi kenal ke ngan kakak farid ni?" soal Farid lagi. perkataan kakak sengaja ditekannya. hairan dia kenapa diya tidak suka bila diperkenalkan sebagai kakaknya. kalau orang lain dah tentu berbangga.
"takkan tak kenal kot.. Diya ni wife I..." usik hakimi. sengaja melihat reaksi keduanya. tadi pun mati-mati dia percaya bila Farid cakapkan bahawa diya kakaknya. kali ini takkan dia tak boleh membalas balik.melopong mulut Farid. Diya pula memandangnya tajam bergerak ke arahnya. Marahnya Diya.. comelnya.. sempat lagi hati nakalnuya berbicara.
belum apa-apa perutnya terasa senak. Aduh.. sakitnya.. apa dah jadi ni.. berubah wajahnya menahan kesakitan yang mencucuk. dipandang diya yang tersenyum kemenangan.
"kak... betul ke?" Farid yang memerhati bertanya. sukar mempercayai ucapan hakimi. Melihat wajah diya yang berubah kelat ia seolah-olah mengakui akan kebenarannya.
diya ketap bibir. mengeleng. mana mungkin dia nak mengaku. Entah apa kena ngan hakimi tiba-tiba mengaku dia isterinya sedangkan lelaki itu mati2 ingin perkara itu dirahsiakan.
"marah ke sayang?" hakimi masih ingin mengusik. bukan senang untuknya berlawak macam ni. lagipun dia tahu yang diya takkan berani memarahinya dengan kelompok tetamu yang hadir. walaupun begitu sekejap tadi dia sudah merasa kemarahan diya padanya bila perutnya disiku diya tanpa disedari sesiapa.
"Farid... jangan percaya cakap hakimi ni.. dia mengarut je ... "Balas diya masih menafiakan kata-kata hakmi.
"hakimi... betul ke apa awk cakap ni.." soal farid dengan wajah yang serius. dia tidak tahu hendak berpihak pada siapa.
hakimi ketawa terbahak-bahak. "I gurau je Farid... Diya ni memang wife I. tapi kat office je la.. Setiausaha baru I. " terang hakimi masih dalam tawanya.
Diya menarik nafas lega.
"akak kerja ngan hakimi ke sekarang?"
aku menganggukkan kepala mengiyakan jawapanku. ingin bersuara lagi namun suaraku tidak terkeluar melihat seorang lagi tamu yang bergerak ke arah kami. Apa lagi ni. satu demi satu masalah datang.
"akak nak masuk dalam dulu la.." cepat-cepat aku meminta diri namun berjaya dihalang oleh tamu yang seorang itu.
"nak ke mana pulak tu.. sibuk sangt ke?" soalnya sinis.
aku berpaling menghadapnya. muka Farid sudah berubah wajah. tahu yang Farid juga tidak senang hati dengan kehadiran tamu tiba-tiba itu.
"sis... jom ikut farid.." kulihat lengan tamu itu dipegang kejap oleh farid. tidak mahu sebarang kekecohan mungkin.
"lepas la..." tamu itu menepis tangan Farid kasar. matanya mencerlung tajam ke arahku. Aku hanya diam. menunggu serangan yang sudah kujangka. namun hatiku tidak senang kerana hakimi turut berada di situ.
"U apa khabar? sihat nampak..." ujarnya dengan suara yang kasar. sengaja mengundang kemarahanku. aku diam. malas sbertengkar dengan tamu yang kutahu tidak pernah berfikir panjang. hanya suka melepaskan kemarahannya.
hakimi kulihat bertanya pada farid siapa tamu yang tidak dijangka itu. malu-malu farid memperkenalkan adiknya itu atau lebih senang adik tiriku, tina. wajahnya yang tadi kelihatan marah berubah mesra bila berbicara dengan Hakimi.
dalam diam kuakui karisma yang ada pada suamiku itu. gadis mana yang tak tertawan dengan senyuman dan penampilannya yang sentiasa kemas itu. makin meluat kulihat perangai adikku yang bertanya itu dan ini pada hakimi. hakimi pula dengan senang hatinya melayan. sesuai... memang sesuai la kedua-duanya.. gumamku dalam diam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment